Isnin, 21 November 2011

TERSEDAR




16 menang bersama ke final

Tersedar didalam sepiku
setelah jauh melangkah
kini cahaya kasihmu kembali
dalam dekapan tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
aku berjanji tak akan terulang lagi 
semuaa kesalahanku


Oleh: Nuri Jaguh
sajak kekesalan/21 Oktober 2011 2:23 PM



30 ulasan:

  1. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Sdra Nuri Jaguh dengan sajaknya bertajuk TERSEDAR. Pengucapannya bagaikan terjaga dari Mimpi panjang.
    Satu cerita keinsafan nampaknya kurang pasti pada kekesalan apa kerana kisah cinta atau selainnya.
    Semuannya bagai diakui sendiri oleh si penulis dia merasakan kekesalan. Sajak menarik tetapi terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. Harap maaf dan usaha lagi lain kali . Apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

    BalasPadam
  2. Esok mungkin sajak hasil karya sdri Dewi Sageenta.SEPINTAS RASA akan disiarkan dalam Ruang Utama (RU)
    bersama ulasannya. Sepatutnya hari ini tersilapa lepas Si Nuri Jaguh pula. Sorrylah!

    BalasPadam
  3. KEKAL SELAMANYA

    aku ingin tahu apa rasa
    beritahu aku nyanyian itu
    lemparkan semua isi di benak
    biarkan sabar hanya lewat malam,
    aku kembali tumpahkan semua kehampaan
    tak sadar sudah membicarakan risau
    takutkan hidup abadi kekal selamanya

    Tan Sri Yunus
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. TULISAN

    sedikit waktu saat kumulai pergi
    Ku titik seluruh tulisan
    Karena aku tidak menutup mata
    Hanya sekedar tinggalkan
    tempat bermain jagalah
    seluruh nyanyian tetap dimainkan
    Jagalah seluruh tulisan
    Dengan segenap hati
    Karena itu adalah hiasan

    Zainal Arifin
    sajak terkenang

    BalasPadam
  5. LANGIT KEMERAHAN

    langit biru di atas padang hijau.
    sepasang camar terbang berkejaran
    di bawah dalam angan dan impian.
    kujemput pagi ini dengan senyum
    detak jantung mula berirama,
    tapi kini langit kemerahan
    tiada lagi seindah birunya dahulu walau ada setitik warna merah
    merosakan kecantikan langit itu

    Apek Liew
    sajak dari wa pnya kawan sajak sinis dia ala marah wa talak tulis dia pnya nama jd ini sajak wa pnya kawan Syed Ahmad Uwais bin Syed Nizam umur 58thn...

    BalasPadam
  6. TAK KENAL DIRI

    Tak kenal diri ketika buat angkara
    Tertunduk malu kubaca segala dosa
    Keluh kesah dan dendam bergelora
    ditimang gelisah di tompokan lara
    Hentakan kakinya hingga
    boleh meratakan gunung
    ketika matanya buta membuat salah
    tak mungkin akan celik kembali

    Mr Tan
    sajak dari kwn sy Kiyai Abdul Prayogo

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Tan Sri Yunus nasib kena undaian kumpulan maut munkin guru sastra agakanya. Apa pun sajak pendek anda hasil daya diri sendiri kali ini bertajuk: KEKAL SELAMANYA. Pengucapannya agak samar dan sukar di tangkap maksud , tema simbolik pada ungapannya. Sekadar andaian cuma: Mungkin ada sesuatu yang mungkin diketahui dari nyanyian yang didendangkan. Namun hati rasa engan mengetahui jauhkan dari benak yang merisaukan.kerana semuanya itu tidak abadi atau kekal selamanya.Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Zainal Arifin kali ini masih terlepas peluang lagi, kerana undi yang tidak menyebelahi nasibnya. Kali ini dengan sajak TULISAN. Pengucapannya pun agak samar dan kabur untuk ditangkap maksud, bagaimana untuk menerangkan pencertaannya? Tema masih sama terkenang kisah lama.Sekadar cuma andaian saja. Mungkin ada sesuatu yang hendak diwasiatkan pada pewaris agar jagalah harta kampong kelahiran tempat bermain , lagu yang dinyanyikan dan cerita atau buku yang dituliskan, kerana semuanya itu perhiasan harta warisan. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Apek Liew masih dengan sajak mangan kawannya Syed Amad Uwais in Syed Nizam. Kali ini diketengahkan dengan tajuk: LANGIT KEMERHAN. Pengucapannya agak menarik. Temanya kali ini isu politik . Penceritaanya terasa hati bercampur keharuan pada simbolik ungapan alam panorama dengan sinis politik semasa tanah air. Ternyata Khas untuk sebuah parti pembangkang nampaknya. kerana lewat kebelakangan ini PR agak goyah dengan kemelut kurang sefahaman. Biru dan Hijau ingin membena sebuah negara ciri islamik, tetapi merah menentangnya lantas Merosakkan agenda kerjasama dengan cabar mencabar. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Mr. Tan masih menompang hasil idea Pak Kiyai Proyogo jiran seberang agaknya.Kali ini diketengahkan sebuah sajak berkepalakan: TAK KENAL DIRI.Pengucapannya agak menarik, tema keharuan pada sikap ankuh sesaorang. Penceritaannya terasa satu sinis tajam jua buat sesaorang yang amat dikesali begitu angkuh mempertahankan angkara dosa-dosa yang telah dilakukannya. Sehingga tanah bukit dan gunung boleh rata dengan tarian kakinya .ketika hati dan matanya buta, begitu berat dan sukar untuk celik kembali. Kini dia sedang menunggu kejatuhan bila tiba masa dan ketikanya nanti . Layang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. SEMAK LIAR

    apapun yang di depanku
    hanyalah semak liar yang
    menyerah pada angin
    bunga-bunga pula pudar kian berdebu
    bunga-bunga segar menderu
    berhijrah ke taman lain
    mengejar mimpi yang jauh terasing!

    Lukiee
    sajak simbolik

    BalasPadam
  12. AKU MAHU JADI SEPERTI EMBUN

    embun dipagi hari menitis
    bening mememukau menyelimuti alam
    burung berkicau dengan suara merdu
    semuanya menerima dengan suka cita
    jikalau matahari sudahtinggi
    semuanya hilang ditelan
    embun adalah penyejuk sesaat
    pembawa kedamaian sementara
    embun dicipta penyejuk dipagi hari
    kerana pagi adalah segalanya
    apakah aku bisa seperti embun
    selalu mbawa kedamaian buat rakyat
    sebagai penyejuk hati semua

    Raja Muda
    sajak dari baginda sajak keluhan katanya

    BalasPadam
  13. KU INGIN

    Ingin kutawarkan diriku
    Namun tak mampu kubahasakan
    Ingin kubasuh air mata
    Kutakut menangis lebih lantang
    Ingin kuteduhi dengan perlindungan
    Kutakut berlari menjauh
    rahasiaku terbungkus rapi
    Kutertawa saat berjauhan
    Kutermangu saat cantik merona dunia
    Kutertegun saat kau terlalu indah
    Indah yang tak ingin kucela
    Walau tak terucap kuingin
    sampaikan pesan dalam bunga
    Bahwa ku merasa indah dunia cinta

    Bob Kuli
    sajak terkenang

    BalasPadam
  14. MENGANGANKAN DIRIKU

    Mengangan Diriku ini
    ketika terbang melayang
    tapi kucoba menarik serta anganku
    mengajakku menyempurnakan
    kehidupan satu kali saja
    sementara semua disisiku

    Bulan Terang
    sajak dari adik bongsu sy dia nk sgt hntr sajak dia padahal sajak sy ada tp xpa beri peluang..

    BalasPadam
  15. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Lukiee dengan sajaknya yang bertajuk: SEMAK LIAR . Pengucapannya semacam ada kisah sinis simbolik pada suasana atau mungkin tempat penajiannya Cuba menceritakan akan bunga-bunga segar yang liar dan pudar sehingga menjadi kelabu kerana bertukar pasangan dan tangan, kerana mengejar mimpi disiang hari. Sehingga sanggup menjual maruah dan lupa harga diri kerana memburu kebebasan yang terasing jauh tidak bertepi.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  16. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Raja Muda dengan sajak bersama bagindanya kali ini bertajuk: AKU MAHU JADI SEPERTI EMBUN PAGI, sebaiknya biarkan aku menjadi embun pagi. Pengucapnnya rasa Simbolik pada ungapannya perbandingan alam ciptaan tuhan.. Tema inginkan pengorbanan pada situasi yang ada disekelilinginya. Kini cuba membicarakan alangkah baiknya mejadi diri seperti embun pagi yang menyegarkan dan member kedamaian dan keselesaian dengan rasa kesejukannya. Begitulah hati seorang pemerentah yang ingin melihat rakyatnya dalam kedamaian dan ketenteraman selalu. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  17. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra. Bob Kuli masih dengan sajak terkenang kemasa dahulu. Kali ini bertajuk: KU INGIN. Pengucapannya bagai lantunan irama boria, tema semacam ada kenangan ,mungkin kisah lama agaknya, sewaktu alam rangmuda punya biasa, bagaimana ingin memuja dan menilai harga sebuah atau erti indahnya dunia cinta. Pastinya ada penyakit jiwa2 juga nampaknya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  18. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011


    Sdra. Bulan Terang dengan sajak pendeknya 6 baris kali ini bertajuk: MENGANGANKAN DIRI. Pengucapannya terlalu biasa buat rang muda dengan sajak jiwa2nya, berbagai fanti atau khayalan akan datang menjelma , malah lebih dahsat jika burung terbang tinggi , fantasi orang muda lebih tinggi lagi dari tingginya beburung yang terbang. Begitulah keadaan yang melanda hati seorang anak muda. Kerana muda Cuma sekali sahaja.Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  19. tanpa nama menyerang plak

    BalasPadam
  20. lupa nak kunci adeh

    BalasPadam