Rabu, 16 November 2011

SIMPATI




 16 layak ke final


Geram si mulut becok itu
kesian khayalannya tercampak sambil ia mengisi tangis
bangun berlari lalu terjatuh
minta dibeli simpati
merangkul lutut di depan mereka
pagi itu telah cerah
menunggu mengukur apa banyak
atau tidak ada simpatinya lagi.

Oleh: Haji Hamdan
sajak sinis/23 Oktober 2011 7:23 PM




30 ulasan:

  1. SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

    Haji Hamdan dengan sajaknya beretajuk SIMPATI . Pengucapannya agak biasa tema sinis pada isu keadaan semasa. Apa pun ada berbau politik juga. Begitulah keadaannya satu agenda politik tanah air yang agak tercemar teruk, bila ada segelenter tokoh cuba putar belit fakta dan buktinya. Bila rasa terjebak kini melaung minta simpati. Lihat sajalah masa akan menentukannya.sadikit atau banyak simpati kepadanya. Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

    BalasPadam
  2. POLITIK

    ARKIB : 15/11/2011
    Sikap suka putar belit fakta

    Oleh ABD.HALIM HADI TALIB
    pengarang@utusan.com.my


    Muhyiddin Yassin bersama Mohd. Shafie Apdal menyaksikan persembahan silat oleh kanak-kanak Tadika Kemas pada majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

    KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.

    Itu sebahagian daripada amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan kepada kira-kira 6,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada ucapan tertutup Sambutan 50 tahun Kemas, di sini, hari ini.

    Pesanan beliau itu dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas perasmian majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Muhyiddin berkata, keghairahan pembangkang menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan melalui pelbagai tuduhan dan fakta yang diputarbelit selain dikaburkan dengan janji-janji kosong.

    "Dalam isu belanjawan misalnya penyampaian kerajaan dituduh tidak betul malah mereka mengaku mampu melakukan dengan lebih baik.

    "Mereka juga janjikan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan telus sedangkan apa yang berlaku di Selangor dan Kedah terbukti sebaliknya," katanya.


    KOMENTAR:

    HANYA rakyat yang masih dicengkam kecelaruan minda yang maih setia beri simpati dan percaya dengan putar belit segala fakta. Bagi yang waras dan bukan fanatik pati apat mngambil jalan tengah dengan perhati dan lihat dimana kebenaran an dimana janji kosong.

    Ternyata kini mereka penyokong pembangkan ramai di ataranya diserang sindrom sakit jiwa memikirkan betul ke atau auta sikap pemimpin mereka? Banyak yang bercangah dengan selogan kata yang dilaungkan parti unuk rakyat , sedangkan satu pembohogan sahaja.


    Sedutan dari akbar UM.

    BalasPadam
  3. Cahaya Suram

    Menanya kembali kepada angan
    dalam sunyiku tersedu merayu
    Namun kalbu tak lagi ingin
    kembali menyentuh sukma
    rasa bersama mimpi jutaan harapan
    Kini aku terbangkan ia
    Biar ia pergi sendiri
    Karena ˜tak pernah ingin menemani
    Hanya dapat menatap jiwa raga
    Yang menjauh dari sisi
    Biar ia melangkah jauh
    Biar cintanya yang bertemu
    Karena aku sudah tak lagi mampu

    Mia Safiyah
    sajak sedih

    BalasPadam
  4. KEJAR MENTARI

    Biar ia berlari kejar mentari
    Karena cahaya bulan disini
    Sudah meredup menyuram
    Hingga hilang dalam gelapnya malam
    Kita leraikan korupsi,
    kebudayaan nasional menurut kita!
    Jangan lupa konconya.
    sampai tulang belulang kita terbaring di sepetak tanah
    berukuran dua kali satu kali satu!

    seri suri
    sajak dari ayah sy pun tak tahu apa sajak ni yg sy thu politik sbb ayah sy kuat berpolitik

    BalasPadam
  5. LANGIT GURUG GEMURUH

    Warna pelangi kerapkali gaduh
    Roh tujuh bersulang seluruh
    Ingin langit menabuh guruh-gemuruh
    mengepak surga sampai utuh
    Titah Raja nafas para nabi
    Pangeran meneguk cawan pekat, menerjemahkan sempurnanya cinta
    hingga doa berdarah dibalik serambi
    bagi untuk melafazkan cinta.

    Nur Atikah
    sajak dari ayah saya pun tak tahu sajak apa ni?

    BalasPadam
  6. LUKISAN SAYAP

    Jika aku adalah seorang pelukis
    akan aku tambahkan sepasang sayap
    pada susukku tubuhknu atas kanvas.
    Agar dapat ku terbang,
    menjangkau batas ruang,
    melihat dunia dari sisi yang luas.
    dapat melihat seluas lautan,
    kemudian terbang tinggi
    dengan nurani yang bersih,
    bebas melihat kemanusiaan
    terus hidup menjadi inspirasi setiap gerak kehidupan.
    semoga sayap kulukis dapat buatku terbang dari dunia mimpi
    yang penuh rasa kepalsuan.

    Raja Muda
    sajak sy bersama baginda kami bergabung dalam membuat sajak

    BalasPadam
  7. MELAMBAI

    ada seseorang berkata padaku kembalilah meneruskan langkah
    Di jalanan dahulu kau lalui
    Sejenak terlelap dalam cakrawala
    memerah perlahan menjauh.
    Sebuah elegi bersenandung
    dalam senja di akhir bulan,
    mulai riuh dalam benak
    lenyap dalam batas pandang.
    Saat ku mulai sedar
    terukir sebentuk senyum yang tulus

    Puteri Bunian
    sajak ketika mengalami mimpi pelik

    BalasPadam
  8. JALAN ITU

    Di jalan itu..
    Semua peristiwa terukir terjadi
    Diam amati semua
    Suara suara terdengar
    Raut muka tersirat dirasa
    Duduk di sini jalanan lantang..
    Pelukis wajah penuh harapan
    Aroma yang menggelitik..
    Warna warni kian merona
    kesungguhan hati perjuangan
    semangat hidup yang tak putus
    Denyut kehidupan bergairah..
    takkan pernah mati menawan hati.
    Tak peduli rentangan usia

    Lukiee
    sajak sumbangan dari pensyarah sy

    BalasPadam
  9. TERPISAH

    saat itu kulihat dirimu
    bersinar kecil menggoda
    terang diantara lain..
    ditengah kegelapan malam
    kaukah disana selalu dengarkan
    perwujudan semuanya kau berputar
    Buatku pusing kepala
    Entah di depan belakang menghilang
    Tapi terang kecil selalu menerangi?
    Tiap hari mulai detik ini..
    Kita terus berjumpa
    Takan terpisahkan

    Ustaz sahzan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  10. BULAT HIJAU

    Bulat hijau balut merah senja
    Biji kuning keras patahkan tulang
    dalam perut menari-nari
    Seiring gerakan tanpa seirama
    Kasat mata sayang beribu sayang..
    Hidup bulat hijau belum berguna
    Menari keliling belum menjerat hati
    Tapi tiba saatnya sedetik berlalu..
    Melayang tepat takkan sia-sia
    Mati untuk berguna melepas dahaga

    Pedang Kesatria
    sajak bidalan

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Pn Mia Safiyah buka bisnes apa sekarang ? Kini dengan sajaknya yang bertemakan kesedihan.
    Bertajuk: CAHAYA SURAM. Pengucapannya terlalu biasa bagi seorang yang dilanda kekecewaan ,pastilah bersedih dan muram. Tetapi munkin ada hikmahnya . Apa pun jangan salahkan jalal yang menganggu waktu kuliah dulu.x lama akan dpat MA. Ada peluang minta jadi pensyarah di KUIS, kalau bekas MA akan dipertimangkan. Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan mencabar kewibawaan minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

    BalasPadam
  12. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011


    Cikgu Seri Suri sudah dapat bf sekangnya sperti wajah misteri? Kali ini seri suri dengan sajak
    daripada ayahandanya betajuk: KEJAR MENTARI. Pengucapannya simbolik pada ungapan. tema ada brbau politik tanah air dalam isu semasa. ceritaannya sinis pada sebuah parti yang memperjuangkan islam keni telah dilanda kemurungan panjang, akibat domenan pemilihan yang menolak ulama. mencetuskan rasa tidak puas hati pengikutnya . Apa pun kembali pada jalan asal ,kerana apa yang dicari semuanya akan kembali sekadar amalan diri yang menjamin diakhirat nanti . Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  13. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdri Nur Atikah dengan sajak ayahndanya pula bertajuk: LANGIT GURUH GEMURUH. Pengucapannya dan tajuk semacam mengegarkan. Penceritaannya kabur dan mengelirukan, terasa bait-baitnya semacam melompat menyukarkan untuk menangkap isi masud atau mesej yang hendak disampaikan. Sama dengan dua sajak yang bertajuk BULAT HIJAU dan TERPISAH . Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan memberi kefahaman minda. Kepada pembaca Sajak anda tepaksa tehenti di sini saja. (TK)

    BalasPadam
  14. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Raja Muda kini bergabung dengan datukndanya mencipta puisi usur fantasi dengan tajuknya
    INGIN KULUKISKAN SAYAP . Pengucapannya simbolik pada ungapan fantasia atau pun khayalannya, Bagaimana jika seorang manusia ada kepak pasi dia boleh terbang dan melihat
    langit dan bumi semesta alam. Dan dapat melihat gelagat segelinter manusia yang hidup penuh dengan kepura-puraan , tetapi apakan daya ada hikmah tuhan tidak memberi kepak pada manusia untuk kita boleh berfikir dengan lebil waras dan rajin berusaha. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  15. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdri Puteri Bunian dengan sajak mimpi anehnya bertajuk: MELAMBAI Pengucapannya juga biasa sekadar gambaran dalam mimpi .Apa pun penceritaannya ada petanda yang mengarah agar anda kembali pada jalan dan impian cita yang asal, jika tertingal separuh jalan sila teruskan. Insyaallah seyuman akan terukir jika diteruskan mengikut alamat dan petanda mimpi itu. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  16. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Lukiee kini memimta sumbangan daripada puisi pensyarahnya dengan sajak yang bertajuk JALAN ITU . Pengucapannyasembolik pada ungapan , mesejnya hanya mahu mengingatkan saja ditempat pengajian tinggi ini, sebagai tempat mencorak warna kehidupan anda yang dating menuntut ilmu, tidak kira wajah , warna kukit . keturunan dan usia. Jika anda berjaya wajah masa depan depat memberi warna yang membaggakan anda dan keluarga. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  17. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Ustaz Shazan dengan sajak sembolik yang bertajuk: TERPISAH .Pengucapannya bagaikan teka teki. Semacam sama dengan sajak BULT HIJAU. Kabur dan mengelirukan untuk diterjemahkan .melaikan anda senii yang faham. Apa pun cuma andaian saja, agaknya berjumpa sahabat lama yang kini munkin telah ada nama dan dikenali lalu kini telah menjadi sahabat rapat. Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan memberi kefahaman minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

    BalasPadam
  18. SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Pedang Kesatria dengan sajak yang bertajuk BULAT HIJAU .Penucapannya pada tajuk mesej politik. Tema bidalan atau sinis. Tetapi bait- baitnya yang terlalu mencari ungapan kata-kata yang amat puitis menyembabkan isi dan maksud lari dari penceritaanya. Ini menjadikan ianya kabur dan sukar dinilai oleh khayalak atau pembaca, melainkan anda sendiri saja yang faham dan dengan istilah lain syok sendiri. Sepatutnya sajak ada kefahaman mesej yang berkesan yang hendak disampaikan . sajakini sama dengan sajak ustaz muda semalam. Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dan mencabar kewibawaan minda. Sajak anda tehenti di sini saja. (TK)

    BalasPadam
  19. hahahahhaa

    BalasPadam
  20. cerpen x smbung lagi ke?

    BalasPadam
  21. cerpen kembar dh hbis ke

    BalasPadam
  22. pengodam dh msuk la plak

    BalasPadam