Selasa, 22 November 2011

SEPINTAS RASA




16 menang bersama ke final

sepintas sahaja hatiku diragut
hilang raut wajah dibawa pergitinggal jantungku saja berdenyut
yang hidup saat itu hanya mata
jika aku tahu siapa peragut ituaku mahu pulangkan kembali
sekeping hatiku yang kau curi
tetapi bagaimana casanya pula?jika kehadiranku yang sebenar
tidak wujud pun pada dirinya.

 
Oleh: Dewi Sageenta
sajak simbolik/22 Oktober 2011 3:48 PM




30 ulasan:

  1. PUSINGAN SUKU AKHIR SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

    Ada 4 sajak boleh dikira jiwa tetapi semua kisah peribadi , luahan hati, sepintas rasa, sembolik cinta, kecewa cinta dan. Cuma satu sahaja terpilih. Oleh Dang Anum, itu pun ada pembetulan pada ungapan yang tidak menasabah.
    Sajak sdri Dewi Sageenta dengan sajak bertajuk SEPINTAS RASA. Pencerotaannya agal pantas dan cepat bagaikan detekkan jarum jam. Bila hatinya disambar si pencuri hati, tetapi dia kembali sedar bila dirasakkannya dirinya bukan milik si perampas atau peragus jantung hatinya, Harap maaf kerana anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

    BalasPadam
  2. ISU SEMASA: SUARA POLITIK DI IPT.


    Budak U yg nak kalut sangat suara kebebasan di IPT ini bukan semua,
    cuma segelentel sahaja.

    Mereka ini sepatutnya beri tumpuan
    pada bidang pengajian masing-masing bukan lama mana,habis itu masuk bertanding, jadi wakil rakyat..

    Kalau benar nak jadi ahli politik. sebab apa yang berlaku kini, dulu hebat di IPT cari pengaruh. bila dah buat salah cuba nak kelentong lagi sana sini pula.

    Satu lagi mereka ini telah dicelarukan minda atau jadi pak turut pada pihak tertentu, bila berlaku huru hara, mulalah mereka bercempera, tak tahu nak buat apa, tak berani nak bertanggung jawab pula...

    Semua idea ini dalam poket orng tua2 sahaja. belajarlah dahulu, sementara usia masih muda.Yang PRU12 kalah dulu 2008 semuanya fitnah dan hasutan.

    Geletek Petang

    BalasPadam
  3. 1. Lukiee berkata...
    SEMAK LIAR (SM)

    apapun yang di depanku
    hanyalah semak liar yang
    menyerah pada angin
    bunga-bunga pula pudar kian berdebu
    bunga-bunga segar menderu
    berhijrah ke taman lain
    mengejar mimpi yang jauh terasing!

    Lukiee
    sajak simbolik/22 November 2011 2:08 PTG

    SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Lukiee dengan sajaknya yang bertajuk: SEMAK LIAR . Pengucapannya semacam ada kisah sinis simbolik pada suasana atau mungkin tempat penajiannya Cuba menceritakan akan bunga-bunga segar yang liar dan pudar sehingga menjadi kelabu kerana bertukar pasangan dan tangan, kerana mengejar mimpi disiang hari. Sehingga sanggup menjual maruah dan lupa harga diri kerana memburu kebebasan yang terasing jauh tidak bertepi.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  4. 2. Raja Muda berkata...
    AKU MAHU JADI SEPERTI EMBUN (SM)

    embun dipagi hari menitis
    bening mememukau menyelimuti alam
    burung berkicau dengan suara merdu
    semuanya menerima dengan suka cita
    jikalau matahari sudahtinggi
    semuanya hilang ditelan
    embun adalah penyejuk sesaat
    pembawa kedamaian sementara
    embun dicipta penyejuk dipagi hari
    kerana pagi adalah segalanya
    apakah aku bisa seperti embun
    selalu membawa kedamaian buat rakyat sebagai penyejuk hati semua

    Raja Muda
    sajak dari baginda sajak keluhan katanya/22 November 2011 2:11 PTG

    SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Raja Muda dengan sajak bersama bagindanya kali ini bertajuk: AKU MAHU JADI SEPERTI EMBUN PAGI, sebaiknya biarkan aku menjadi embun pagi. Pengucapnnya rasa Simbolik pada ungapannya perbandingan alam ciptaan tuhan.. Tema inginkan pengorbanan pada situasi yang ada disekelilinginya. Kini cuba membicarakan alangkah baiknya mejadi diri seperti embun pagi yang menyegarkan dan member kedamaian dan keselesaian dengan rasa kesejukannya. Begitulah hati seorang pemerentah yang ingin melihat rakyatnya dalam kedamaian dan ketenteraman selalu. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  5. 3. Bob Kuli berkata...
    KU INGIN(TK)

    Ingin kutawarkan diriku
    Namun tak mampu kubahasakan
    Ingin kubasuh air mata
    Kutakut menangis lebih lantang
    Ingin kuteduhi dengan perlindungan
    Kutakut berlari menjauh
    rahasiaku terbungkus rapi
    Kutertawa saat berjauhan
    Kutermangu saat cantik merona dunia
    Kutertegun saat kau terlalu indah
    Indah yang tak ingin kucela
    Walau tak terucap kuingin
    sampaikan pesan dalam bunga
    Bahwa ku merasa indah dunia cinta

    Bob Kuli
    sajak terkenang/22 November 2011 2:14 PTG

    SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra. Bob Kuli masih dengan sajak terkenang kemasa dahulu. Kali ini bertajuk: KU INGIN. Pengucapannya bagai lantunan irama boria, tema semacam ada kenangan ,mungkin kisah lama agaknya, sewaktu alam rangmuda punya biasa, bagaimana ingin memuja dan menilai harga sebuah atau erti indahnya dunia cinta. Pastinya ada penyakit jiwa2 juga nampaknya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  6. 4. Bulan Terang berkata...
    MENGANGANKAN DIRIKU(TK)

    Mengangan Diriku ini
    ketika terbang melayang
    tapi kucoba menarik serta anganku
    mengajakku menyempurnakan
    kehidupan satu kali saja
    sementara semua disisiku

    Bulan Terang
    sajak dari adik bongsu sy dia nk sgt hntr sajak dia padahal sajak sy ada tp xpa beri peluang../22 November 2011 2:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011


    Sdra. Bulan Terang dengan sajak pendeknya 6 baris kali ini bertajuk: MENGANGANKAN DIRI. Pengucapannya terlalu biasa buat rang muda dengan sajak jiwa2nya, berbagai fanti atau khayalan akan datang menjelma , malah lebih dahsat jika burung terbang tinggi , fantasi orang muda lebih tinggi lagi dari tingginya beburung yang terbang. Begitulah keadaan yang melanda hati seorang anak muda. Kerana muda Cuma sekali sahaja.Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  7. itulah IPT ni smua pak sibuk je org nk main politik dorg pun nk join

    BalasPadam
  8. semua kena tipu je mainan politik

    BalasPadam
  9. pelajar IPT xpyh la berpolitik tumpu pelajaran sudah

    BalasPadam
  10. pembangkang pandai pengaruh bdk2 U

    BalasPadam
  11. smua terperaguh dgn janji2 paslu

    BalasPadam
  12. semua terkenan pelajar U pun sama

    BalasPadam
  13. hrp2 jgn la pelajar U terlibat dgn politik2 ni dorg msih mentah

    BalasPadam
  14. MENYENTUH

    Seandainya aku harus menyakinkan
    kau berada disampingku mengapa ketika aku merasakan kehadiran
    Aku tetap mendengar senandungmu
    Kau nyanyikan lagu kau lantunkan
    ketika kulihat laut pun menari
    sambil menyebarkan serbuk keperakan
    berkilau diterpa sinar matahari
    Aku tersadar lagu itu pujian biasa
    Kau persembahkan aku menyerah untuk bisa menyentuhmu Selamanya

    EN Sanusi
    sajak lama-lama dulu xda idea nak buat sajak sbb kelam kabut

    BalasPadam
  15. APA ADA?

    Ada apa dengan semua ini
    Mengapa semuanya terjadi
    Apakah semua yang benar-benar
    di damba harus dilalui seperti ini
    Mungkin semua dibalik kejadian ini
    akan mendapat apa yang aku inginkan
    Mudah-mudahan begitu Tuhan
    Tunjukkanlah jalanMu
    Jalan kebahagian direhai olehMu
    Kuatkan lah diriku lalui semua ini

    Karim Kareemjit
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  16. TERLALU LAMA MELAWATI

    Maaf karena terlalu lama melewati gantian hari tanpa cerita
    bukan melupakan cuma hanya
    melarutkan diri dibawah mentari
    aku tidak menari tak juga tersadung
    Karena melindungi kuku yang redup
    takut merasa begitu sempurna, sekalipun hanya menjadi abu
    Catatan ini tak berarti apapun dibanding kebisuan yang terpendam

    Vijay Kumar
    sajak dari luahan hati uthaya sajak sedih katanya

    BalasPadam
  17. BINTANG HIBA

    Bila memang kau ada
    mengapa angin berlalu bisu
    Rindu membelenggu hati,
    bebaskan aku dari hukuman ini!
    Sayap jiwaku bebas,
    mengapa hati teriris perih?
    takdir diam di sudut hari,
    tak buka mata meski bintang hiba.
    Mimpiku tercabik nyata,
    tak lagi berdaya terhapus hujan,
    tinggalkan biru langit bergetar

    Nur Atikah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  18. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011
    En Sanusi dengan ketandusan idea cuba mengetenaghkan sajak lama nampaknya dengan tajuknya bertajuk : MENYENTUH. Penguapanya juga agak samar dan mengelirukan. Apa yang ingin disentuh. ? Besar kemungkinan cerita jiwa2 juga Bila seorang yang sering bersua dan cuma menyanyikan lagu pemujaan pasti ada mahunya. Sama seperti ombak yang menari di laut bergelora. Apa pun kita perlu sedar kemesraan yang bagaimana untuk di mulakan menyenthnya Sebaiknya dengan selembut hati sepenuhnya.Sajak ini hamper diberi kemenangan, tetapi ternyata sajak Kareem karamjit lebih memberi makna dan artinya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  19. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Karim Kareemjit dengan sajak tema ketuhanannya betajuk ADA APA atau APA ADA? Pengucapannya ternyata bagaikan satu pertanyaan atau persoalan pada diri kita sendiri yang memburu kehidupan dan bergelut dengan masa. Mengapa semuanya mesti terjadi,mungkin ada hikmahnya dan ujian daripada Allah untuk menilai kimanan adakah kita semuanya lupa?Apa pun si penlis berkata , apa yang kita cari itulah yang kita dapat. Sebaiknya ikutlah jalan kebahagian yang diredhai Allah swt. dengan penuh asa keimanan kepadaNya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  20. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Vijay Kumar dengan memenjam sajak Uthaya nengetenagkan sebauh sajaknya yang bertajuk;TERLAKU LAMA MELEWATI. Pengucapannya ada daya kreatif dan puitis. Tema Semacam kelohan hati sedih. Mungkin menceritakan akan kepedihan hidup yang sehingga kini telah melewati berbagai halangan dan rentangan, bukanlah membencikan segala tetapi diam cuma untuk berfikir mengatasi kemelut yang terpendam. Jangan biarkan sehingga ke hujung senja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  21. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdri Nur Atikah dengan sajak simbolik tanpa penerangan. Kali ini bertajuk BINTANG HIBA. Pengucapannya agak kabur sukadar ditangkap maksud. Cuma simbolik pada ungapan untuk menghuraikan penceritaan atau mesejnya mengelerukan. Sekadar andain saja,mungkin ada rasa kekecewaan dengan keadaan atau takdir yang menimpa, sehingga hati bagaikan terhires dan hiba jadinya ada jiwa2 juga nampaknya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam