Isnin, 7 November 2011

SEBUAH ZAMAN YANG AKU LALUI DALAM PERALIHAN MUSIM-MUSIM.





SETELAH
Aku mengerti kini, Bahawa hidup ini,
Satu kembara .....................................................................
Yang jauh ....................... lalui zaman dan musim-musim .
Betapalah musim yang masak;
Satu keriduan ......... mulai luntur tiada hebat
Cuma meniti  .......... dalam hari-hari yang menanti
TETAPI
Alangkah zaman kemuncak kegemelangan
Adalah meliputi musim-musim yang muda
Punya emonsi dalam ribu pergolalakan imaginasi
Cita-cinta-kemesraan hidup bersama
Diantara jodoh yang dikecapi dalam meniti hari
DAN
Betapalah zaman pertama
Dengan suara pertama
Palimg tiada mengerti tentang perjalanan dan kehidupan
Namun tetap terus ...............meniti dalam musim berputik
Kegundahan dan kebimbangan merangkak
Kehidupan mencari pengertian yang unggul
JUSTERU
Dalam rakaman hidup ini ..... mungkin pasti
Ada zaman yang mesti kita lalui
Dalam musim-musim, musim-musim, musim-musim .......


Oleh; nurimanja Pk.
Tanjung Nipis  petang    Hb26\4\74.Siar PERENTAS.
Siarsemula 7hb,November 2011.



30 ulasan:

  1. Tinta Azimad

    Puisi ini andakna nilai sendiri, mudah saja cuma rakaman sebuah kehidupan yang pernag orang dewasa lalui...

    BalasPadam
  2. iri berkembarxada pula dlam simpanan
    fail en nuri . Apa pun crita kian menarik pula apakah yang terjadi kepada Putera Wira Syakir yang jatuh tersungkur ke tanah dibelasah oleh audara sulungan mungkin cemburu agaknya?

    BalasPadam
  3. aik! abang dia pkul adik dia plak?

    BalasPadam
  4. teruk btol dia pkul adik dia plak!!!!

    BalasPadam
  5. barua pnya abang dia pkul plak kepala adik dia

    BalasPadam
  6. kenapa dia dengki kt adik dia sendiri?

    BalasPadam
  7. naya adik dia kena pkul

    BalasPadam
  8. x berhati perut la kembar dia tu

    BalasPadam
  9. adik dia jadi mangsa

    BalasPadam
  10. kesian dh tolong kena pukul plak?

    BalasPadam
  11. cerpen xde ke kali ni?

    BalasPadam
  12. SEKEPING HATI

    Sekeping hati makna lisan
    Arti sikap begitu luas..
    Kata hati begitu menghujam..
    Tak mampu ku menatap.berucap..
    Hanya hati yang dapat menangkap
    Meski misteri belum juga tersebar..
    Selalu ada sikap yang aku tangkap
    Kadang seolah tak ada apa-apa…
    Entah makna apa yang tersirat…
    Tak mampu sepenuhnya ku ungkap…
    Sampai tak berani aku menafsirkan
    Aku hanya hati mengikuti kata
    mengalir seirama bila hatimu
    masih mengetuknya.

    Yusri Nawab
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  13. BERUCAP

    kamu biarkan aku bahagia bersamanya
    akupun harus rela kamu bahagia kini
    aku menyayanginya kamu pun mengerti
    maafku untuk cinta pertama
    selamat tinggal selamanya
    Bila kau baca coretan ini
    Jujur aku sangat merindukanmu
    Walau tak pantas berharap tentangmu
    Karena kau bukan milikku
    berat rasa rindu yang ada…
    Tapi ini adalah realiti…
    aku hanya bisa berucap

    Petualang Tiga
    sajak kekesalan

    BalasPadam
  14. RASA TAK DAPAT DIGAMBARKAN

    Rasa itu datang
    Ku pun tak pernah meminta
    Rasa itu mengalir dalam hulu hati
    rasa itu membuatku bahagia
    Berbunga kedamaian di hatiku
    Takkan sanggup ku ungkapkan
    Karna aku lama tak rasakan luka
    aku terlalu hampa kerana tak mampu
    Hingga menahan suka cita bahagia

    Lagenda Pulau
    sajak kegembiraan

    BalasPadam
  15. SUATU BERBEZAAN

    dari mekarnya kelopak mawar merah
    kutemukan arti dari sebuah ghairah
    dari tetesan embun didaun hijau
    kudapati kesejukan rasa rindu
    pada hangatnya mentari pagi
    kurasakan kedamaian bersatunya hati
    dari pergantian panas kepada hujan
    kusadari indahnya suatu perbezaan

    Kareem Kramjit
    sajak simbolik

    BalasPadam
  16. HUTAN HILANG

    Hutan hilang terhampar
    Hasilkan udara segar
    Tanah gembur kehidupan liar bebas berkeliaran dalam satu kawasan
    Kita semua kagum melihat memiliki
    tapi alat-alat berat dikerahkan
    senjata-senjata tajam digunakan
    para tenaga kerja dikerahkan
    Deru gergaji meraung dengan ganas
    Diiringi kematian sang penunjang
    Tidak lagi hijau subur
    Yang ada hanya gersang
    Tak ada tempat bernaung udara segar
    Tak ada lagi penahan banjir
    Semua habis semua hilang


    Ziarah Makrifat
    sajak terkenang nasib hutan2 yang di tebang

    BalasPadam
  17. DALAM SECANGKIR KOPI

    secangkir kopi mengingatkan
    aku pada kebanyakan gula
    pada kenangan manis kita
    yang tidak mudah pudar
    tapi bila mengingatkan aku pada
    pada perpisahan kita
    ku rasa semakin pahit kopi ini
    menyadarkan aku bahawa
    menjadi tidak mudah menghabiskannya
    seorang diri tanpa kamu

    Ustaz Zamree
    sajak terkenang semasa remaja dahulu

    BalasPadam
  18. KASIHAN AYAH

    cuma kerana secubit harta
    peninggalan wasiat ayah
    kamu jadi terlupa
    mana sifat solehmu itu
    yang ayah ajarkan semaikan dahulu
    mengapa kamu lupa cuma kerana dunia
    kerahkan segala keringat
    berkeriut tulang empat kerat
    peluh menitis ke buku lali
    sanggup ikat perut berhabis segala
    demi kesejahteraan semua
    ini juga balasanmu kasihan ayah

    Tok Mahat
    sajak ketika bermimpi arwah arwah

    BalasPadam
  19. SUSAH JADI MANUSIA

    Bagaimana aku menjadi manusia?
    jika nurani tergadaikan kuasa
    Hasrat utamakan rasa
    Milikku dahulukan bahagia
    Hak Asasi Manusia!
    Bagaimana aku punya hak
    kalau aku bukan manusia!!?
    Bagaimana aku menjadi manusia?
    Hak Asasi utamakan damai
    Susahnya jadi manusia…

    Pak Bostamam
    sajak simbolik

    BalasPadam
  20. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


    Sdra Yusri Nawab bagaimana dengan sayembara masakan anda? Sudah selesai ke? Kali ini dengan sajak jiwa2 bertajuk: SEKEPING HATI. temanya mungkin kisah lama agaknya. Pengucapannya biasa-biasa saja, mesej sudah ada, harap perlu mencari pekataan yang lebih sesuai dan pembinaan ayat atau baitnya yang boleh menyakinkan Apa pun ada kemampuan jiwa diolah dengan lebih terssusun dan menarik lagi. Harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  21. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Petualang Tiga bagaimana dengan keaadaan kasihatan anda? Sudah baik ke? Kali ini dengan sajak jiwa2 bertajuk: TERUCAP .temanya mungkin kisah lama agaknya. Pengucapannya biasa-biasa saja, mesej kisah orang muda punya biasa, Apa pun ada kemampuan . Tetapi kerana ada persaingan yang lebih hebat dan menarik lagi. Harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  22. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Lagenda Pulau bagaimana dengan tugas anda okey? Kali ini dengan sajak bertajuk; RASA TAK DAPAT DIBANGGAKAN .temanya mungkin ada cerita yang menyenangkan hati. Pengucapannya biasa-biasa saja, mesej kisahbagaikan orang hendak dapat durian runtuh nampaknya , Apa pun ada kemampuan . Tetapi kerana ada persaingan yang lebih hebat dan menarik lagi pengucapannya . Harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  23. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Kareem Kramjit bagaimana dengan keaadaan anda okey? Kali ini dengan sajak bertajuk; SUATU PERBEZAAN Pengucapannya tema simbolik pada keadaan alam, mesej mengambarkan keadaan cuaca yang selalu berubah-ubah nampaknya, Semuanya ada hikmat dan pengajarannya dari Allah swt. Apa pun ada kemampuan layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  24. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Ziarah Makrufat lama tidak nampakan karyanya.? bagaimana dengan keaadaan anda okey? Kali ini dengan sajak bertajuk; HUTAN HILANG Pengucapannya tema kemusnahan alam.pada tangan manusia yang rangkus membina projek pembangunan hutan bukit bukau menjadi mangsanya. nampaknya, Semuanya mungkin ada baik dan buruk atau hikmat dan pengajarannya dari Allah swt. Apa pun ada kemampuan layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  25. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Ustaz Zamree bagaimana dengan tugas anda okey? Tunggu perubhan gaji nampaknya? Kali ini dengan sajak bertajuk;DALAM SECANGKER KOPI .temanya semacam jiwa2 mungkin ada cerita lama agaknya? Pengucapannya biasa-biasa saja, mesej nampaknya jelas, Apa pun ada kemampuan . Tetapi kerana ada persaingan yang lebih hebat dan menarik lagi pengucapannya . Harap maaf, setakat ini sahaja penyertaan anda, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  26. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


    Tok Mahat bagaimana dengan raya koban tahun ini ? Kali ini dengan sajak bertajuk; KISAH AYAH Pengucapannya kisah mimpi, ada pertanda perlu difikirkan. Mungkin kisah pemberian harta yang tidak bersesuaian dengan kehendak wasiat aruah perlu diperbetulkan nampaknya, Kekadang kerana harta pusaka yang ditinggalkan menjadikan si aruah di dalam kubur duduk tidak senang akibat persengketaan pewaris. Apa pun ada kemampuan layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


    Pak Bostaman bagaimana dengan raya koban ini Raya puasa dulu ada peluang untuk shopping? Kali ini dengan sajak bertajuk; SUSAH JADI MANUSIA Pengucapannya menyedarkan kita. Tema sinis tajam pada simbolik keadaan issu terkini.Bagaimana manusia kini sudah tidak ada lagi rasa keperikemanusiaan, kekadang haiwan melata lebih tinggi moralnya lebih senang cuma perlu makan dan sesekali melepaskan nafsunya daripada manusia yang tuhan kurniakan otak tidak merasai hidup damai di dunia ini, berbeza dengan haiwan .Perlu difikirkan? Apa pun ada kemampuan layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam