Jumaat, 18 November 2011

LAUNGKAN




16 menang bersama ke final


Kau laungkan dalam renungan
seribu penyair ghaib tak berhujung,
pada bait paling hening angin dan cemara tak berdesir,
menebar senja menghantar senyap, menghantar seribu guna,
maka cobalah tinjau, di setiap yang dikeramatkan
pada hati penuh cinta lihatlah kepedihan sembilu matahari terbakar
sebab takdir siapa lagikan melerai
dari keinginan untuk terbakar.

 
Oleh: Tuan Haji Abkam
sajak simbolik/23 Oktober 2011 7:13 PM




30 ulasan:

  1. SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

    Tuan Haji Abkam dengan sajak simboliknya bertajuk LAUNGKAN. Pengucapannya agak kabur
    dan sukar meangkap maksud berbeza debngan sdra aruah sayembara muzik. Namun tetap ada rasa daya kreatif dan puitisnya.Cuma andaian penceritaannya berbau politik juga kerana ada laungan dari pihak tertentu untuk memperbetulkan keadaan dalam kemelut kehidupan yang sering bergelut dengan pihak pengasut untuk mencelarukan fahaman. Itulah yang kita terasa lewat kebelakangan ini. Cabar mencabar sering berlaku namun apa pun ketentuan hanya pada takdir Illahi.sama ada bulan atau matahari yang terbakar. Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA ENTAH BERANTAH DISIAR MULAI SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA.

    Bahagian ke 2 / Siri 46 atau siri keseluruhan 79

    Putera Wira Syahir pun menceritakan apa yang telah berlaku selama ini . Dan bagaimana dia disumpah oleh nenek kebayang tua yang banyak sakti menjadi batu bersama dengan kuda dan putra di raja yang lain di atas gunung mentera alam itu.

    Bagaimana adik kandung kembar seiras yang datang dari selatan tanah air telah menyambar menjadi dirnya dan tinggal di istana kayangan ini untuk menyiasat akan kehilangannya selama ini, tidak siapa pun yang mengetahui .

    Sebab itulah dia tiur di luar bilik peradauan dan mengatakan dia dalam pantang larang Untuk tidak boleh bermesra dengan adinda kononnya sedang menntut ilmu yang belum tamat di atas gunung Mentera Alam itu.

    Sebenarnya dia telah bersusah payah untuk menyelamatkan kekanda engan mnjalani berbagai ujian dan penyeksaan . Kekana sendiri gagal mlakasanakannya. Sedangkan dia begitu tabah menghadapi segala rentangan dan ujian di atas ke ikhlasan hatinya terhadap makhluk kejadian yang maha pencimpa.

    Tetapi kekanda telah menaruh perasaan cemburu kepadanya dan telah memukulnya dengan perisai di bahagian tengkoknya dan jatuh tersungkur ke tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri , dan meninggalkannya.

    Apabila kekanda pergi semula untuk menemuinya . Dia sudah tidak ada lagi , Cuma seorang dua pencari ubat pokok harba yang menceritakan saudara kekanda itu telah bertanya jalan keluar dari kaki gunung mentera alam itu untuk pulang ke selatan tanah air . Kekanda gagal menemuinya dan tidak sempat memohon maaf dan segera kembali ke istana keyangan ini. Kekanda juga memohon maaf kepada adinda kerana tidak menceritakan yang kekanda ada saudara kebar seiras selama ini yang tinggal di selatan tanah air.

    BERSAMBUNG>

    BalasPadam
  3. KOPI DAN TERKENANG

    entah sudah gelas ke berapa
    ku teguk kopi ini
    kadang sulit untuk dipahami
    kenapa aku tak bisa aku berhenti
    meneguk kopi seperti tak pernah
    berhenti mengenang dirimu
    samasama pahit menenangkan

    Tok Mahat
    sajak tiba-tiba terkenang arwah tunang saya semasa muda-muda

    BalasPadam
  4. RINDU KAMU DI MANA KAMU?

    Aku rindu Kamu dan dinding kamar
    demi bajubaju lusuh tergantung
    demi kertas dan buku berserak
    demi kabelkabel menjuntai
    demi peluh yang mengering di bantal
    aku ingin kamu tahu hanya ada
    sepi terperangkap waktu
    peluh membeku dan rintih bisu

    Datin Hajjah
    sajak dari anak dara saya ingin menyumbang sajak

    BalasPadam
  5. SEBUAH LANGKAH

    aku memulai sebuah langkah
    perjalanan menjalani kehidupan
    di saat aku mulai memahami tujuanku
    aku terlalu jauh dari kenyataan
    duduk termenung disudut terdalam
    belajar dan mencoba tentang erti
    hingga hari tiba aku mulai tersedar
    entah berapa waktu aku merenung
    aku mulai bergerak menuju setelah
    terlalu lama aku terdiam
    terperangkah dalam lubang hitam
    melupakan kenyataan dalam penantian
    hari ini aku mulai merangkak lagi sebelum dapat menuju titik cahaya
    menyeberangi kembali pada realiti
    apapun menantiku disana
    pengalaman akan kenyataan
    selalu lebih punya arti
    daripada penantian

    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. TERBELENGGU KEKOSONGAN

    Ruangan ini hampa dan sunyi
    Tak ada keindahan dapat digambarkan
    Hanya orang tertentu yang mengerti
    jauh dari suasana ramai
    Hatiku mula telah membeku
    Sulit ditembus manisnya madu
    Setiap gerakanku penuh dengan ragu
    Karena racun merasuk ditubuhku
    Sehelai padi yang telah merunduk
    Ternyata tak berisi bahkanbertanduk
    Hamparan langit bumi begitu luas
    Hanya kekosongan yang menderas
    Angin meniup kencang dan terhempas
    Aku tetap terbelenggu disini

    Penyair Agung
    sajak sinis dan kebingungan terhadap rakan-rakan di sekeliling

    BalasPadam
  7. final nanti aku pun x thu nak bagi tinggal berapa orang? hehe mungkin

    1 ustaz rahman
    2 penyair agung
    3 syeikh al habib
    4 Kareem Kramjit
    5 Ustaz Omar sharif
    6 ustaz saad
    7 tok mahat
    8 datin hajjah
    10 tuan haji
    11 jalal rafzee
    12 pak bostamam
    13 mr tan
    14 Sulaiman Embong
    15 ravi ramachandran
    16 Pak Kassim
    17 Lukiee
    18 Raja Muda
    19 puteri bunian
    20 seri suri
    21 Vijay Kumar
    22 Bob Kuli
    23 mr david
    24 apek liew
    25,Ambuak
    26 bulan terang
    27En Sanusi
    28 Ustaz muda
    29 Atikah
    30 Tan sri Yunus
    31 Syaibul
    32 En Zainal Arifin

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 3 PEMENANG BULANAN 2011

    Tok Mahat nampak bagaikan kekeriangan idea tepaksa merakam kembali memori lama.Apa pun kali ini diketengahkan sebuah sajaknya pendek yang bertajuk: KOPI DAN TERKENANG. Sepatutnya SECANGKER KOPI DALAM KENANGAN. Tema kenangan atau memori lama. Pencritaannya sebuah mempri lama, entah kenapa saban hari si penlis ketagih mengirup kopi di rumah atau dikedai bekas tunangnya.walapun pahit hati tetap kata manis, itulah penyakit cinta yang selalu diperkatakan orang tua2 Bentuk sajak dan pengucapan
    menarik juga, tetapi isi atau mesej yang hendak diampaikan terlalu biasa. Harap maaf! Hanya sampai disini sahaja penyertaan sajak anda. (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 3 PEMENANG BULANAN 2011

    Datin Hajjah juga agak sebuk kekurangan idea , terpaksa guna sajak anak nampaknya yang bertajuk; RINDU KAMU DIMANA KAMU? Tema semacam rindu mencari. Penceritaannya biasa mungkin mencari sahabat lama atau bf yang menghilang entah kemana tiada dengar kabar berita, sesekali bila melihat barangannyaatau yang pernah digunakan tentu hati akan terkenang dan betanya. Pengucapannya baik juga , bentuk sajak pendek , mesejnya kiah orang muda punya biasa. Harap maaf! Hanya sampai disini sahaja penyertaan sajak anda. (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 3 PEMENANG BULANAN 2011

    Sajak Ustaz Rahman masih menyedut dari sajak siri lalu , kini dengan tajuk: SEBUAH LANGKAH . tema semacam kecewa dalam perjuangan .Penceritaannya semacam ada sesuatu peluang besar yang terlepas tidak ada penilaian yang diharapkan. Pengucapan sajak nampak ada maksud tetapi masih longgar, kini terpaksa diperbetukan sadikit untuk lebih berkeyakinan. Seperti pakaian yang cantik perlu diletak minyak wangi. Anda diberi peluang lagi untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 3 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra PenyairAgung seoang anak tuk guru ini masih dengan sajak menyentuh alam panorama persekitarnya. Kali ini dengan bertajuk TERBELENGU KEKOSONGAN. Temanya semacam keresahan yang melanda di hati penulis. Penceritaannya tentang kawasan atau tempat yang beliau bertugas agak mengecewakan terasa semacam satu kekoongan yang membelengu hati,mungkin sikap orang tempatan yang masih kental dengan budayatempatan dan kepartian.Terutama ada pula jerangkung politik di kedai kopi atau kantin yang meperjuangkan sesuatu yang tidak reasional seprti pengganas dikatakanya hero negara, pastinya memberi idea bercelaru dan membosankan.Apa pun anda yang bertugas disitu terpaksa membelengukan diri dengan omong kosong , Inilah penyakit yang dilaungkan lawan tetap lawan. Tidak betul lawan ternyata kita bersubahat. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  12. PUSINGAN KE-4

    KUM 1

    1 ustaz rahman
    2 penyair agung
    3 datin hajjah
    4 tok mahat

    KUM 2

    1 Ustaz Omar sharif
    2 ustaz saad
    3 syeikh al habib
    4 Pak Kassim

    KUM 3

    1 saizul maizav
    2 tuan haji
    3 Sulaiman Embong
    4 jalal rafzee

    KUM 4

    5 mr tan
    6 tan sri yunus
    7 zainal arifin
    8 apek liew

    KUM 5

    1 Lukiee
    2 Raja Muda
    3 Bob Kuli
    4 bulan terang

    KUM 6

    5 Vijay Kumar
    6 en sanusi
    7 nur atikah
    8 Kareem Kramjit

    KUM 7

    1 ravi ramachandran
    2 seri suri
    3 mr david
    4 ustaz muda

    KUM 8

    1 ambuyak
    2 sohibul wakdiamin
    3 pak bostamam
    4 puteri bunian

    BalasPadam
  13. TUNDUK MENGELENG

    semua akan tertunduk menggeleng?
    bila terdengar dia telah pergi
    bagai mereka seperti tak mengerti
    tak dapat menahan air mata
    namun semua itu akan
    kembali dalam jejaknya sendiri
    terbayang pusaranya nanti mungkin
    sepi sendiri tanpa namanya

    Syeikh AL habib
    sajak mengenang nasib

    BalasPadam
  14. FAJAR CUBA MENAMPAR MENTARI

    fajar nampaknya kini mencuba
    untuk menampar mentari
    mungkin kerana dipaksanya bulan
    yang muncul melalui celah jendela
    tanpa undangan mengusik semua alam
    masih terngiang ditelinga
    hidup adalah soal keberanian
    harus menempuh perjalanan panjang
    biarlah aku hapuskan dulu
    kenangan yang diconteng bintang
    yang dahulunya menarik ku
    hidup dalam sebuah kepalsuan

    Pak Kasim
    sajak kesedaran

    BalasPadam
  15. MENCURI SEHELAI RAMBUTMU

    Aku mencuri sehelai rambut
    menanamnya di tubuhku
    sampai tumbuh subur
    Mungkin kata juga seperti rambut.
    Hitam di kamu bisa jadi perang.
    Kakiku kau jadikan kaki kursimu.
    Jangan duduk terlalu lama,
    nanti kakiku patah rebah
    Gemerlap membuatku berkhayal,
    kelak kita bisa bersama-sama

    Ustaz Saad
    sajak dari anak bujang saya sbb skrg sy xda idea nak buat sajak sibuk dgn jaga exam

    BalasPadam
  16. HARIMAU MUDA

    tahniah skuad harimau muda
    berjaya akhirnya jinakkan garuda
    di pentas sukan asia
    jika dilihat permainangerakan
    tangkas larian kawalan padang
    layak kamu menang
    hebat mengaum menerkam
    lagak bagai pemangsa hebat
    tangkas kerah kudrat kuasa
    kawal segala jentera
    itu semangat harimau
    kian lama kita tagih dan tunggu
    teruskan lagak aksi hebatmu
    buktikan pada mereka semua
    bahawa kita juara juara

    Ustaz Omar Sharif
    sajak buat pasukan malaysia..

    BalasPadam
  17. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Pak Iman Syeikh AL habib bertajuk: TUNDUK MENGELENG .Pengucapannya bagaikan sedih mengenang nasib. Tema mengenangkan. Penceritaannya masih memabawa mesej hal tempat kelahirannya , negara timur tengahnya yang kian perit dan parah dilanda musibah, satu demi satu bangsa arab tertindas dan bertelagah dengan arus rusuhan yang amat menyedihkan.Apa yang dapat dikatakan melainkan tunduk dan mengelengkan kepala tanda kesal dengan musibah yang menimpa. Layak untuk menyertai sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  18. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Pak Kassim nampak begitu bersemangat untuk melancung ke Dubai. Kalah menang peluang tetap ada. Sedia duit saku saja.Kali ini dengan sajaknya yang bertajuk: SANG FAJAR CUBA MENAMPAR MENTARI. Pengucapannya simbolik pada ungapan panorama alam. Tetapi ceritanya berbau politik dan sinis tajam juga nampaknya. Apa pun begitulah keadaanya manusia di dunia ini akan melakukan apa saja demi kepentingan agenda sempit mereka.Layak untuk menyertai sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  19. SAYEMBARA PUISI CINTRASA PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Ustaz Saad sebuk dengan exam kini diketengahkan sajak anak bujangannya kali ini yang bertajuk: MENCURI SEHELAI RAMBUTMU. Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan. Tajuk semacam simbolik, tema tidak dinyatakan? Apa pun sekadar andaian saja, mungkin ada sesuatu yang diharapkan , tetapi masih perlu ada pengobanannya. Bolehkah brsama jika tanggungannya terlalu berat? Atau tinggal khayalan saja. Mesejnya tiak kesampaianan.Harap maaf cuma di ini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  20. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Ustaz Omar Sharif dengan peminat bola x ada idea lagi, kini dengan tajuk HARIMAU MUDA. Apa pun harimau muda menang lagi dengan Indonesia dan mymmar 1-0 pula, ada harap kah juara sukan sea game ? Pengucapannya bersahaja , Nampaknya si penulis semacam ingin turut serta sahaja dalam sayembara kali ini, tidak nampak kesungguhannya lagi. Atau kekeringan idea ? Harap maaf cuma di ini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  21. dia cerita semua kat bini adik dia ke?

    BalasPadam
  22. semua sekali dia cerita

    BalasPadam
  23. di mengaku ke salah dia?

    BalasPadam
  24. dia bagitahu semua ke?

    BalasPadam
  25. dia dh kesal nampaknya

    BalasPadam
  26. adik dia hidup ke mati?

    BalasPadam
  27. apa la nasib adik dia tu

    BalasPadam
  28. klu mati adik dia mana mayat?

    BalasPadam
  29. apa la yg terjadi kat adik dia?

    BalasPadam