Ahad, 20 November 2011

BILA AKU KESEPIAN DAN SENDIRI



16 pemenang bersama Cr.

 
Bila diajak pergi ku merasa sepi
tinggalkanku sendiri disini
tanpa satu yang pasti
Aku tak tahu harus bagaimana
rasa tiada berkawan
Kirim aku seorang kawan
tunjuk jalan kau pilihkan untukku
Kirim aku malaikatmu
Karena ku sepi berada di sini
di dunia ini aku tak mau sendiri
Tanpa terasa kuteteskan air mata
tiada berhenti mengiringi kisah hati

 
Oleh: Tuna Tatiati
sajak ini pinjam dari adik saya/22 Oktober 2011 3:39 PM




30 ulasan:

  1. PUSINGAN SUKU AKHIR SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Ada 4 sajak boleh dikira jiwa tetapi semua kisah peribadi , luahan hati, sepintas rasa, sembolik cinta,kecewa cinta dan. Cuma satu sahaja terpilih. Oleh Dang Anum, itu pun ada pembetulan pada ungapan yang tidak menasabah. Apa pun sajak Tuna Tatiati yang baru saja dapat bayi Thaniah! Sajak kali ini pinjaman dari adiknya bertajuk BILA AKU KESEPIAN DAN SENDIRI. Penceritaan tentang kecewa juga melani perasaan atau jiga bila gagal examnya. Ini perkara biasa setiap yang hidup akan cuba merasaai perasaan kecewanya. Harap maaf kerana anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. ergg43egerdbfdfxbd

    BalasPadam
  4. LIDAH TAK BERTULANG

    berkesan sekali luahan
    tajam sekali menikam
    lembut luaran tiada bertulang
    namun kuasa tiada terbatas
    bisa memangkas musuh mendatang
    tiada akan terhenti
    selagi belum merasa puas
    semua belum terlontar
    lidah senjata paling ampuh
    buat tuan berkot hitam
    melontar segala hujah
    memangkas segala belaan
    hebat sekali anak didik membatu
    dengar ajaran sang guru
    telinga harus tebal berinci
    untuk tahan bedilan bertalu
    si kuasa lidah…

    Sulaiman Embong
    sajak nasihat

    BalasPadam
  5. CUBA BERDIRI TEGAK

    ku melihat hijau daun
    walau kecil tapi jiwanya kuat
    tapi aku berdiri tegak
    tak mampu menahan harus
    tetap bergerak perlahan
    Menahan segala seksaan
    Rintangan tak masalah,
    Kembali bangun setelah tertidur
    Menahan semua rintangan
    Menjalani semua inspirasi terindah
    Dalam kehidupan kata-kata

    Tuan Haji
    sajak ketika mengantuk semasa dalam dewan

    BalasPadam
  6. PENDOSA

    inilah sejujurnya dari seribu satu
    pengakuanku buat semua
    aku hanya seorang pendosa
    kerna hidupku dibayangi kebohongan
    bahkan aku sendiri telah dibohongi
    bagai badai di tanjung rapuh
    menunggu untuk runtuh ditepian
    masih adakah lagi harapan

    saizul maizav
    sajak ni bukan saya punya sajak dari bapak sedara sajak kesedaran dulu dia orang kuar PKR skrg dh kluar

    BalasPadam
  7. AKAN KU KHABARKAN

    terbuai di alam mimpi tenang
    Mempesona aku terpaku
    damai dalam kelam kelabu
    kukabarkan pada samudera
    Bahawa aku penghuniNya?
    kukahbarkan pada embun pagi
    kau kabarkan pada awan cerah bergulung bersama mentari
    Bahwa aku penaung sejati?
    Akankah kau kabarkan pada rembulan
    Tidak! rembulan hanya kepalsuan
    Tak perlu kau kabarkan semua
    Kelak cukup kabarkan pada maha Esa

    Jalal Rafzee
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Sulaiman Embong degan sajak tema nasihatnya yang terdapat saikit sinis tajam yang bertajuk: sama dengan perumpamaan LIDAH TAK BERTULANG. Sepatunganya lidah memang tidak bertulang. Pengucapannya ternyata ada emonsioal sehingga terlepas pandang pada sebuah puisi msti ada daya kreatif dan puitisnya. Kiasan pada mesejnya sudah menarik , namun akhir penutupnya agak janggal sadikit. Sepatutnya si kuasa lidah yang tidak bertulang.Apa pun semoga berjaya juga pergi Ke Dubai . Harap maaf namun, penyertaan sajak anda terhenti disini (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Tuan Haji ini agak anih dalam mengantuk pun boleh mencipta sajak. Biasanya begitulah bila seksi sebelah petang selepas makan tengahari, ramai yang tidak dapat beri tumpuan jika berada di dewan atau ceramah apa pun. Sekurangnya dapat lelap 4 atau 5 minit. baru pulih sadikit. Kali ini sajaknya bertajuk: CUBA BERDIRI TEGAK . Pengucapannya juga simbolik , tema penceritaannya semacam melihat gelagat orang lebih muda yang memberi hujah dan katanya yang membakar semangat terus berjuang. Menjadikan hati pada orang melewati senja ini cuba terus berdiri tegak. Apa pun trasa terabai daya kreatif dan puitisnya. Harap maaf penyertaan sajak tuan haji terhenti disini saja, semoga dapat beri tumpuan pada pru13. (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011


    Sdra Saizul Maizav masih dengan sajak bapak saudaranya bertajuk bertajuk: AKU HANYA SEORANG PENDOSA. Tema kesedaran dan keinsapan. Pengucapannya biasa sahaja dan ada sadkit pendaan agar mudah ditangkap maksudnya buat pembaca. Pnceritaannya rasa teperankap dengan dakyah yang dimainkan atau diputar belitkan oleh satu pihak yang ada agenda kepentingan politik peribadinya.Apa pun masa akan mencritakan sesuatu yang benar atau dusta, bila tiba masanya nanti. Layak untuk .menyertai sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Jalal Al Rafzee kali ini mengetengahkan sebuah sajak tema ketuhanan katanya yang bertajuk: PERLUKAH AKU KHABARKAN? Pengucapannya terpaksa diperbetulkan sadikit untuk lebih member keyakinan pada pembaca.Penceritaan berkaitan dengan apa yang dirasa dan dilihat sesuatu yang rasa semacam tidak kena, perlukah dikhabarkan kepada alam atau kyalayak (orang ramai) atau baik diam sahaja kerana tuhan itu amat maha mengetahui .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  12. Untuk Pengetahuan Anda dibawah ini nama-nama 16 orang yang sajak mereka sedang disiarkan di RUANG UTAMA hasil sayembara oktober 2011

    1 Sayembara Muzik @
    2 nuri jaguh
    3 ustaz Omar Sharif
    4 Tuan Haji Abkam
    5 haji hamdan
    6 ustaz muda
    7 teksi manaf
    8 tok mahat
    9 ummu akilah
    10 Dang anum
    11 mona
    12Datin Hajjah @
    13 ustazah janariah
    14 tuna Tatiati
    15 datin maimun
    16 dewi sageenta

    Cuma buat pehatian ahli/pblog Cr.

    BalasPadam
  13. cerpen xnk smbung lagi ke en nuri?

    BalasPadam
  14. 16 org rupanya bulan lps

    BalasPadam
  15. tahniah buat 16 org atas ni!

    BalasPadam
  16. datin dgn sayembara muzik yg menang rupanya

    BalasPadam
  17. kalau en nuri x keberatan nnt sy nk hantar sajak arwah penyajak istana tp xbyk la ada 2 saja sajak sebelum beliau meninggal

    BalasPadam
  18. aik! xde cerpen ke isu semasa pun xde?

    BalasPadam
  19. tanpa nama msti masuk jgk adeh

    BalasPadam
  20. maaf en nuri x dpt dihalang mereka tetap boleh msuk tanpa nama

    BalasPadam