Sabtu, 8 Oktober 2011

SEBUAH PERAHU KECIL (SM)



Diantara 16 pemenang bersama.

Sebuah sampan kecil berlabuh
di tepian laut biru
Dengan sehelai layar
menerjang ombak menderu
Berbekal dayung sebatang bambu
Kembali dari panjang perjalan
mencari tepian pasir kering berdebu
Sehelai layar bisa diperbaiki
Dayungan dapat berganti
Lubang kecil telah dipatri
tak akan lagi dibawa pergi
Biarlah di sini mengisi hari
Sehelai layar taklagi putih berseni
Hari-hari taklagi sepi dan sunyi
tak akan kubiarkan berganti kembali
Biarlah berlanjut tak berhenti
Sampan kecil memilikiku penuh arti


Oleh: Raja Muda
sajak ni bukan saya punya atok saya punya dia nak masuk tp
dia hantar melalui saya\29 September 2011 1:45 AM
hadiah sumbangan tuan haji  ke negeri china



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Kini Raja Muda mengemukakan sajak barunya bertajuk SEBUAH PERAHU KECIL atau sampan kecil.daripada nenekndanya pula. Pengucapannya begitu tinggi jua daya kreatif dan puitisnya. Penceritaan mungkin tentang mengenang kembali kisah kehidupan yang lalu. Satu memori yang perlu difahami buat anak cucu yang ditinggalkan kini. Betapa perit getelnya seorang pelayar yang bergelut dengan ombak dan gelombang dilaut kehidupan.Dengan perahu bucur dan layar yang koyak. Sehingga berjaya sampai ke tepian pantai. Kini biarkanlah dia berlabuh sebagai sejarah yang tidak perlu sesiapa yang cuba untuk diputar belitkan. Untuk renungan anak gendarasi kini. Layak untuk sayembara setrusnya (SM) Qalam.

    BalasPadam
  2. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

    Sajak Datuk Borhan bertajuk KISAH LAMA pengucapannya agak biasa sahaja , mungkin juga kisah lama sesekali bila terkenang kembali boleh juga dibuat drama, cerita kembali pada anak ataupun cucu. Apa pun ada kemampuan untuk menulis dengan isu semasa yang lebih mencabar lagi. Harap maaf terpaksa berhenti disini, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  3. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011
    Haji Hamdan dengan sajak beretrajuk : TANAH DI KAKI LANGIT. Pengucapannya menarik ada sadikit rasa samar maksudnya. Apa pun bicaraanya tentang tanah tema perjuangan untuk sang petani kecil agaknya.Ada tanah yang sekangkang kera. Habis dimonopoli warga kota yang kaya raya atau mungkin juga tertipu dengan orang tengah yang menjanjikan sesuatu, seperti Projek mini estate, atau tanaman berkelompok. Tetapi apa yang sedihnya janji tinggal janji yang kenyang orang tengah. Layak untuk sayembra seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  4. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011


    Sdra Jupri Helmi semoga ada ketenangan dalam keimanan sajaknya beretajuk TERKESIMA. Pengucapannya simbolik pada pengalaman agaknya dalam tugas seharian. Mungkin sesekali ditegur majikan, agak tersinggung. Hati pula bertanya bahagia atau sebaliknya.Namun kerana Tugas untuk negara atau keperluan hidup, kerja itu satu ibadat buat yang terbaik. Sebagai orang beriman tiap teguran itu memjadikan Ia semangat untuk terus maju kehadapan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  5. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

    Madah Pujangga dengan sajaknya bertajuk; TERCIPTA Pengucapannya agak berbelit-belit, apa cerita dan maksudnya, agak samar-samar. Tema simbolik tetapi bunyi semacam serapah fantasi atau khayalan dan kecewa sahaja. Dalam khayalan mana boleh mengharapkan sesuatu, perlu ada ikhtiar dan usaha , baru boleh menjadi kenyataan. Selain berdoa pada maha pencipta. Jadikanbait yang lebih ekonomi dan pengucapan yang tepat. rengkas dan padat dengan isi dan maksudnya. Apa pun harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

    Sdra Raju Linggam dengan sajak pinjam kawannya bertajuk: AKAL SIHAT atau minda yang sihat penceritaannya mungkin kisah luar Negara agaknya. Bagaimana penindasan dan huruhara berlaku, sehingga menganggu pelajar pengajian tinggi. Bila mencabar mereka pula mengunakan kekerasan senjata. Ini yang menjadikan hati menjadi kecut dan takut. Di mana keamanan yang diharapankan , jika tidak mengunakan akal yang sihat? Jika kerajaan tidak dirastui rakyat akan terjadilah penindasan yang tidak terbela. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

    Ustaz Majusi dengan sajak tak puas hatinya yang bertajuk: DIKTATOR DAN KONTRACTOR. Pengucapannya ada berbau sinis marah dan geram sakit hati. Dengan dua nama koprat ini diantara angkuh dan dendam.Tetapi yang tidak puas hati agaknya pembeli , biasanya begitulah, bank dan pemaju perumahan. pembeli jadi mangsa. Dengan janji sekian, bila sudah siap rumah , pahat pula berbunyi. Ini pun satu cerita yang biasa kita dengar. Tetapi kini rumah kena siap dulu pembeli boleh pilih kumudian .Apa pun Pengucapan sajak ini perelu banyak diperbetulkan lagi. Harap maaf terpaksa berhenti sahaja disini, usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

    Sdra Asyar Mujid dengan tema jiwa2nya bertajuk KELAM DINGIN. Ternyata tidak ada langsung rasa tindak balas. Pengucapannya begitu asyik, pemujaan yang tidak jemu, bagaikan sang punggok merindui bulan. Begitulah keadaannya hati rang muda dilambung cinta. Apa pun jika bertepuk sebelah tangan akan merana padahnya. Harap maaf cerita biasa dan usaha lagi tema yang lain pula. Terpaksa berhenti disini dahulu. (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN OKTOBER 2011

    Sdra Lelangit Biru dengan sajal OLEHNYA tema ketuhanan nampaknya. Pengucapan memuji pada Ilahi. Apa pun yang berlaku atau telah terjadi , semuanya ketentuan taqdir Ilahi. Kita mesti menyatakan keikhlasan hati jangan ismulzan atau buruk sangka kepada Allah . cantek atau pun huduh , miskin atau kaya mungkin ketentuanNya. Allah tetap menyayangi kita. Layak untuk sayembra sewterusnya. (SM)

    BalasPadam
  10. Bajet 2012 satu bajet mesra rakyat yang berani kerana semuanya dapat
    merasakan. Ini mungkin pengelaman
    yang mengajar beliau di antara YB
    yang termuda di satu masa dahulu .
    Ditambah dengan darah mesra rakyat
    dijana oleh ayahndanya. PM berani mengetengahkan bajet bermewah, rakyat saja yng perlu belanja dg berhemah. walaupun negara lain sedang bergelut dengan kemelut
    kemerosotan ekonomi. Syabas!! PM.

    BalasPadam
  11. sajak sultan ke raja muda pertaruhkan ni?

    BalasPadam
  12. org seni jgk sultan ni

    BalasPadam
  13. sultan selangor pnya sajak ke raja muda/

    BalasPadam
  14. tinggi la sajak raja muda ni

    BalasPadam
  15. x sangka sultan selangor org seni jgk jiwanya

    BalasPadam
  16. patutlah raja muda menang minta bantuan rupanya

    BalasPadam
  17. nampaknya skrg byk yg menang bukan sajak sendiri

    BalasPadam
  18. untung raja muda menang plak pakai sajak sultan

    BalasPadam
  19. sultan selangor ke sultan mana ni raja muda?

    BalasPadam
  20. tinggi sajak raja muda ni

    BalasPadam
  21. hbis la pembangkang ni bgi isu apa plak lps ni

    BalasPadam
  22. pembangkang senyap la lps bajet kali ni agak mengejutkan

    BalasPadam
  23. x sangka najib bagi bajet yg agak byk jgk

    BalasPadam
  24. mmg untung btol rakyat bajet 2012 ni

    BalasPadam
  25. mmg najib utamakan trakyat

    BalasPadam
  26. rasanya pilihan raya nnt najib boleh emnang besar ni

    BalasPadam
  27. najib x kedekut dia mmg bagi sunggu la

    BalasPadam
  28. kali ni bajet bdk2 pun dpt

    BalasPadam
  29. tahniah najib bajet paling puas hati la!

    BalasPadam
  30. hrp2 barang jgn naik la lps ni

    BalasPadam