Khamis, 27 Oktober 2011

JALAN BUNTU (SM)




Pemenang puisi sayembara Nov 2011.(L) 

 
Semalam aku bermimpi temui jalan
tapi aku buntu jalan itu tak ada penghujung  
Walau pun ada angin berlalu dicelahnya
tapi di depan hanya kosong jadi kubiar hatiku di pasung sunyi
walau nada resah terbuku di hati
ku cuba padamkan hati yang gelisah
kerana hatiku kini terasa bagaikan bola api di langit
menghujam kencang menumbuk tanah
diriku terasa ingin lari dari bumi supaya tuhan tak nampak
tapi apakan daya sudah takdirnya
aku pasti akan pergi jua

 
Oleh: Sayembara Muzik
sajak misteri di dalam diri
(sajak ni sajak terakhir arwah Bakti Aswira Bin Gunawan 3 hari sebelum beliau ke ramahtullah)
25 Oktober 2011 4:16 PTG




30 ulasan:

  1. SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRANURI BERSAMA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Satu sayembara yang luar biasa dari sahabat Bos Kacak buat aruah sahabat qaribnya yang telah amanahkan sajaknya untuk disertakan dalam sayembra puisi sahabat citrasa atau cintranuri. Apa yang anehnya semua puisi terakhirnya terasa semacam aruah sudah tahu apa yang akan berlaku. Amat menyanyat hati dan perasaan pembaca. Apa pun sebagai dijangkan sama seperti semalam. Beliau layak untuk dinobatkan sebagai pemenang terutama lelaki sayembara puisi cintarasa bulan oktober 2011. Terima kasih sdra Bos Kacak kerana menghantar puisi beliau . Dan terima kasih juga buat Jalal yang tidak menolak penyertaannya. Al Fatehah (SM) 26 Oktober 2011 9:06 PG

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA

    Bahagian ke 2 / Siri Ke Tiga puluh sembilan atau siri 72 kini


    SEBELUM hukuman dijalankan Putera Wira Syakir mengarahkan nenek bayan tua banyak sakti itu memohon maaf kepada orang ramai dan semua makhluk yang telah diseksa dan disumpahnya menjadi batu bertahun-tahun lamanya itu.

    Dalam keadaan ketakutan kerana kuasa kesaktiannya telah dirampas oleh Putera Waira Syakir . Dia mengikut arahan sambil terketar ketakutan bunyi suara orang ramai yang terseksa selama ini telah naik berang ada yang mencapai kayu dan batu serta petang yang terhunus untuk membunuhnya.

    “Hamba memohon maaf kepada tuan hamba semua kerna melakukan kesalahan dan menyeksa tuan hamba sesmua dan keluarga yang ditinfggalkan bertahun-tahun lamannya.Ampunkan hamba!!” tetiba berapa ketul batu telah menghinggap ke mukanya dan diikuti pula beberapa ketul lagi dan batang kayu kayu .

    Melihat keadaan itu nenek kebayan tua banyak sakti itu pun melarikan diri dipuncak gunung metra alam. Kerana orang ramai telah marah yang tidak boleh lagi dibendung. Mereka telah mengejarnya sehingga ke puncak gunung metra alam.

    Dalam pergelutan itu Putra Wira Syakir tidak boleh lagi membantu nenek kebayan tua itu, Akhirnya ada juga diantara mereka yang berjaya memukul dan menyepaknya kerana kuasa saktinya tidak berupaya lagi dia bagaikan kain buruk yang disepak di tendang dan diterajang.

    Setiba nya dipuncak gunung metra alam itu mereka kedengaran bunyi suara sayup memekek bagaikan orang jatuh dari tempat tinggi dan terjun ke dalam gaung. Seketika kelihatan orang ramai berhenti dari mengejarnya dan kembali turun semula sambil bertempek sorak sebagai mendapat satu kemenangan dan kepuasan bagi mereka.

    Namun Putra Wira Syakir tidak lagi menghiraukan keadaan itu, Dia terus mencari saudra sulungnya Putra Wira Suahir. Cuba melihat ke dalam kumpulan orang ramai itu dan mencarinya disekitar batu-batu besar dan pokok-pokok yang tinggi dan mengerikan itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. TANYA PADA REMBULAN

    tanyaku pada rembulan
    mengapa sinarmu redup begini
    sapaku pada angin malam
    mengapa terpaanmu dingin begini
    sedangkan sepi kian menghujam
    di kala hati terkikis kerinduan
    di ujung penantian malam
    kala kurengkuh indahnya bayangan
    berpegang rasa kuhibur hati
    kala kugoreskan pena
    berpeluh rindu kurangkai kata
    diatas secarik kertas putih ini

    Simsalabin
    sajak simbolik bkn sajak sy minta tolong orang tolong buatkan.. hehe

    BalasPadam
  4. SEPI DAN HENING

    Sepi hening dalam gelap
    udara malam yang dingin
    berhembus angin yang berbisik
    suara-suara daun kering,
    terserak dan berguguran
    di atas tanah yang berdebu.
    Musim kemarau terlalu lama kulewati,

    Warga Emas
    sajak tentang sisa hidup

    BalasPadam
  5. JANGAN PERNAH TAKUT

    kala rindu meraja bagai bara
    merah lalu datang memanggil pulang
    aku terhanyut dalam kebingungan
    satu hati yang tak kunjung hilang
    adakah rindu itu datang lalu musnah
    begitu seperti tak pernah terjadi
    antara aku kau dulu begitu satu
    tapi kini entah apa hilang
    jangan pernah takut itu hanya
    yang ingin membawamu pergi dari ku.

    Sufian Al Zahri
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. BUIH

    aku hanyalah buih yang terhempas
    di tengahn lautan mencari pelangi yang lalu berpalinglah kau
    mendamba sejati karena hatiku terlalu daif untuk kau kenangi
    aku terjerumus dalam sepi
    yang kau kenangi dengan tawa
    tatapmu tak ada suka tak ada luka

    Tan Sri Yunus
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. KESEMPURNAAN

    untuk cinta ku anggap kesempurnaan
    Janganlah munculkan arti penyesalan
    Karena ini adalah akhir sebuah jalan kenangan yang tak akan berakhir
    Hanya dengan ditemani dengan kenangan
    kenangan yang manis untuk dikenang

    Nurul Syahirah
    sajak kenangan

    BalasPadam
  8. ALONG OH ALONG

    konon bukan along katanya
    cuma mahu tolong sesama kawan
    lu kawan gua gua kawan lu
    sama satu malaysia
    mesti hidup tolong menolong
    ada masalah kami tolong
    sebut sahaja pasti kami hulur
    masalah bayar hutang duit kurang
    rumah tak bayar,kedai kena lelong
    kami penyelesai masalah
    kami bukan along cuma mahu tolong
    kasi tolong,bagi benih,baja
    kalau tak cukup bulan
    bagi kami jari tangan buat hidangan

    Nurul Lisa Kim
    sajak buat along

    BalasPadam
  9. SETENANG

    tak perlu ada setiap masa
    cukup cuma tahu aku setia
    terpulang pada engkau untuk percaya
    kerana saat ini aku hanya ada kata
    setenang kabus pagi senyummu
    selembut awan kuhias cintaku
    sekejap lagi mentari naik
    begitulah harapanku

    Tuna Tatiati
    sajak tentang kepercyaan

    BalasPadam
  10. KESALAHAN

    Tanpamu tiada berarti
    tak mampu berdiri cahaya kasih
    Kembali dalam dekapan tanganmu
    Terima kasih cinta untuk segalanya
    Kau berikan lagi kesempatan itu
    Tak akan terulang lagi
    Semua kesalahan pernah menyakitimu
    Terima kasih cinta untuk segalanya
    Kau berikan lagi kesempatan itu
    Tak akan terulang lagi
    Kesalahanku yang pernah menyakitimu

    Salina
    sajak tentang kemaafan

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


    Sdra Simsalabin Bagaimana tv okey? Kini dengan sajak bertajuk: TANYA PADA REMBULAN. Pengucapannya terasa bagaikan bersimbolik sinis buat satu kumpulan nampaknya. Ada berbau politik dengan isu semasa . Tetapi ternyata lewat kebelakangan ini angkara si mulut celupar sipengganas dikatakan hero negara. Ramai ahlinya diserang senderum penyakin tertekan. bercakap seorang macam nak gila. Tidak kira tempat. Sampai di balai polis pun berkempen tak tentu arah minta oang jangan undi BN. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  12. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Warga Emas dengan sajaknya bertajuk: SEPI DAN HENING . Pengucapannya juga terasa bersimbolik pada kejadian alam ciptan tuhan untuk menterjmahkan akan kehidupan yang di rasai atau dialami kini. Apapun itulah lumrah buat jagat manusia bila usia kian meninggi diri pun mengisut di ujung senja. Terlalu sepi dan gersang untuk bermesra. Bertampah parah tiada pula teman bicara .Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  13. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Sufian Al Zahri punya anak kembar lelaki kali ini sajaknya bertajuk: JANGAN RASA TAKU. Bukan pernah takut. Pengucapannya perlu diperbaiki ungapannya agar bersusaian dan dengan dapat menghidupkan penceritan dan mesej yang hendak disampaikan . Pencritaannya terasa sebagai mengingatkan. Dalamkehidupan ini terlalu banyak pancaroba, jika kita gagal menghadapinya pati akan kecundang, terutama pasangan suami isteri. Cubaan dalam permasalah akan dating melanda , hanya keimanan dapat menghalanginya. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  14. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Tan Sri Yunus dengan sajaknya bertajuk: BUIH . Pengucapannya terasa agak kabur disebalik simboliknya, namun berbau politik an falasafah.. Baitnya boleh dimantapkan lagi. Apa pun penceritaan hidup ini umpama buih yang sememangnya tidak ada tinggi nilainya. Nabi pun pernah berpesan dia amat khuater di akhir zaman umatnya seperti buih2 di laut Nampak banyak tetapi tidak bearti, mudah pecah dan mengalah.Tetapi cerita si penlis ini sebaliknya terasa bagaikan buih yang tersisih dan terpingger dari kumpulannya.Apa pun mungkin ada fahaman yang berbeza agaknya? Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  15. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011
    Sdri Nurul Syahirah dengan sajaknya bertajuk KESEMPURNAAN. Pengucapannya juga kurang menyengat kali ini. Tema kenangan. Penceritaan kisah atau pengertian sebuah cinta Itu diangkap sempurna pada padangannya bagi yang Berjaya , tetapi sebaliknya bagi yang gagal pula. Cuma disini Harap maaf usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  16. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Pn. Nurul Lisa Kim Bagaimana suami sejahtera selalu? Kini dengan sajaknya yang aneh bertajuk : ALONG AH ALONG. Pengucapannya agak Terlalu biasa. Tema kisah cara ceti perangkap orang bila beri pinjaman ketika sesaorang itu teresak. Kemudian kena syarat dengan ugut kepada sipi utang . Isunya bagus, ttapi cara penyampaiannakrang daya kreati dan puitisnya.sekadar semacam cerita dalam seni kata boria pulang pinang.Harap maaf usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  17. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Pn. Tuna Tatiati kali ini sajaknya bertajuk: SETENANG Pngucapannnya tentang kepercayaan kepada sesaorang itu, tidak perlu ada selalu disiinya cukup isimpan dalam hati. Bgiulah penangannya tentang kaih saying barangkali. Ttapi bagaimana dengan suami an isteri yan rasa cemburu ,pati adaperasaan mencurigai. Apa pun penceritaan biasa saja. Cuma disini Harap maaf usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  18. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Cikgu Salina isteri Harimau berantai masih bernaung di ujung jalan mati? Kali ini sajaknya bertajuk KESALAHAN .Pengucapannya sekadar memberi padangan dan pengucapan biasa Tentang kasih saying dan perasaan cinta, sama seperti cuaca menyambut hari, kekadang hujan dan panas ,rebut piter, kekadang sebaliknya, kena sabar separuh dari iman. Slagi masih selesai utang , tekanan hiup akan menjadi-jadi terutama PTPTN.. Cuma disini Harap maaf usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  19. syakir x jmpa ke abang dia?

    BalasPadam
  20. mati jgk nenek kebayan tu

    BalasPadam
  21. hbis la riwayat nenek tu akhirnya

    BalasPadam
  22. aik! mati dgn seksa jgk nenek tu?

    BalasPadam
  23. dorg kejar nenek tu smpai puncak bukit

    BalasPadam
  24. hahahha padan muka nenek kebayan tu

    BalasPadam
  25. mana abang kembar dia tu?

    BalasPadam
  26. abg kembar dia hilang plak?

    BalasPadam
  27. aik! smua dh jd manusia abang dia mana?

    BalasPadam
  28. dia dpt jmpa ke abang dia?

    BalasPadam
  29. eh! abang dia x jmpa ke?

    BalasPadam