Sabtu, 29 Oktober 2011

DIKEPONG BANJIR




 satu pemandangan banjir kotaraya dibngkok

Bangkok ibu kotaraya Thailand
kini telah di kepong bincana banjir
kemusnahan mulai dirasa bermaharajalela
beratus ribu penghuni akan menylamatkan diri
apakah musibah alam bagaikan membantah
sebuah kejayaan parti adiknya Thaksin Shinawatra
menjadikan ibu kota metropolis meruncing dilanda banjir.

Kini 50 daerah ditengelami banjir
dan bersedia akan melanda yang lain
cuma  mengharapkan kekuatan 3 benteng
jika 3 benteng pecah semua terpaksa  berpindah
sejak julai hingga kini banjir engan berhenti
adakah tuhan ingin membasuh dan membersih dosa
rakyatnya  suka bertelagah kerana fahaman yang berbeza? 


Oleh: Nurimanja,
Bandar Baru Telok Kumbar, 
Catatan daripada Akhbar kosmo.28/11/2011




30 ulasan:

  1. DUDUK MEMBATU

    waktu lapuk kita masih terduduk empuk
    sudut malam yang kian pudar
    bibirmu yang mekar
    dikecup mimpiku setangah sadar
    kembalikan aku pada malam,
    biar aku diam tak lagi bercinta denganmu dalam yang abadi
    kau menuggu atau aku yang membatu

    Ai Kutubudin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  2. SANG PENGUASA

    Senja perlahan tenggelam
    Butiran malam menyapaku pelan
    Selamat datang sang penguasa malam
    larutku dalam dendang kerinduan
    bulan sabit menoleh pelan……
    oh sang penguasa malam…
    senandungmu menembus jauh dipucuk-pucuk ringan melayang
    menebarkan aroma kerinduan….

    Tuan haji
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. SUNNAHNYA

    kenalkah kamu dengan Muhammad
    siapakah Muhammad itu?
    ramai yang sudah lupa
    ramai mula buat lupa
    tiada lagi jadi ikutan
    amalannya tiada pedulikan
    sunnahnya terpinggir kesepian
    tapi sekali lagi aku bertanya
    kenalkah kamu dengan Muhammad
    manusia paling agung
    ciptaan tuhan paling sempurna
    usah dilupa asal kita
    walaupun kita sudah moden
    zaman sudah berubah
    yang akhir untuk kita
    ada syafaat besar menanti
    semua untuk ummatnya
    apakah masih kamu lupakannya
    usah kamu jawab biar hati menjawab
    kerna hati begitu tulus
    pasti kamu ada jawapannya
    ucaplah penuh bangga
    dampingilah sunnahnya

    Orang Lama
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  4. KEDIAMAN BARU

    hari ini paling istimewa buatku
    Hari ini terindah selama hidup ku
    mungkin hari ini juga hari terakhir
    hari dimana ku bisa tidur damai
    damai dalam kesendirian
    kerana ku telah berhijrah
    ke tempat lebih selasa
    seteleh ku tinggalkan tempat seksa
    ku harap kediaman baru ini
    boleh membawa erti dan hidup baru

    Indera Syahpura
    sajak buat rumah baru setelah berkahwin dan berpindah dari rumah lama yg agak kecil

    BalasPadam
  5. BEGITU

    begitu sayangnya kamu padaku
    begitupun diriku padamu
    tapi ku pergi tinggalkanmu
    karena perbezaan bukan karena hati
    walau aku masih cinta
    meski kamu masih sayang
    tapi kita saling tau jarak kita
    yang pergi dan saling mengerti

    Ummu AKilah
    sajak cinta

    BalasPadam
  6. MATAHARI DAN BULAN TAK BERSAMA

    malam dingin langit kelam
    lampu padam penat tumbang
    huruf hurufku berciciran
    aku hanya bisa berkata
    telah habis malam dimangsa sepi
    berganti pagi yang sama
    seperti kemarin dan sebelumnya
    dingin dan hampa masih sama
    aku dapati matahari dan bulan
    masih tak bersama

    Nur Atikah
    sajak simbolik sinis

    BalasPadam
  7. KESALAHAN BESAR

    kutemukan jawaban dari penantianku
    harapan angan dan cinta
    tak ku rasakan lagi.
    ku termenung menahan perih hati..
    jiwa ini berontak menerima realiti
    tapi serpihan hati yang hancur,
    tak akan ku susun kembali……..
    ku biarkan hati ini hampa tanpa karna bagiku itu semua hanyalah sutu kesalahan besar pernah ku laku
    takdir yang membuatku tenang

    Mawar Merah
    sajak kekecewaaan

    BalasPadam
  8. SANG MENTARI

    Merajut mimpi bertabur harapan
    Kuterbalut selimut kegelisahan
    Telah kutulis keceriaan
    dalam lembar hitam
    Kugadaikan masa depan
    Mengarungi dunia hitam tak terbatasi
    Sang Mentari telah pergi kembali…

    Yusmanira
    sajak sedih

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Ai Kutubudin dengan sajaknya bertajuk DUDUK MEMBATU. Pengucapan biasa tersa tidak dapat dinilai dari segi kreatifnya. Tema semacam kecewa simbolik yang digunakan pun tidak diketahui pada simbul apa? Sekadar andain Cuma kecewa dalam arti kata lain cinta yang tidak berbalas dan diam membatu. Tidak ada tanda nohtah pada individu yang bersikap begini. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Ai Kutubudin dengan sajaknya bertajuk DUDUK MEMBATU. Pengucapan biasa tersa tidak dapat dinilai dari segi kreatifnya. Tema semacam kecewa simbolik yang digunakan pun tidak diketahui pada simbul apa? Sekadar andain Cuma kecewa dalam arti kata lain cinta yang tidak berbalas dan diam membatu. Tidak ada tanda nohtah pada individu yang bersikap begini. Harap maaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


    Tuan Haji pulakali ini dengan sajak pendek dan rengkas dan pendek bertajuk SANG PENGUASA. Pengucapan terasa samar dan simbolik pada keadaan alam maya.Tema semacam kelohan dan kerisauan . Namiun apa saja yang berlaku akan berlaku semuanya Terserah kepada sang penguasa malam yang menjadikan segala sebagai takdir dalam kehidupan.setelah berusaha , bertawakal dan berdoa. Apa yang dihasilkan itulah aromanya. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  12. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Orang Lama dengan sajak tema ketuhanannya , bertajuk: MANA SUNAHNYA? Pengucapannya agak biasa tetapi punyai pengertian sinis yang mendalam buat mereka yang lalai dan lupa akan kebesaran junjungan nabi kita Muhamad saw. Malah ramai anak muda kini mereka lebih mengenali akhlak binang timur dan barat. Apa tah lagi, jauh untuk mengikuti akan amalan sunat dan sunahnya. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  13. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Indera Syahpura sudah terkeluar dari kepongpong kemiskinan keseorangan kerana punya isteri dan rumah sendiri yang lebih besar. Kali ini sajaknya bertajuk: KEDIAMAN BARU. Tema keceriaan nampaknya. Kerana bebas dari kemikinan , daya kreatifnya pun agak sudah lari dan luntur menghasilkan karya. Al maklum kebarangkalian agak sebuk sama seperti Bos Kacak. Apa pun semoga bahgian selalu. Harap maaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  14. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Ummu Akilah ibu muda punya anak satu berhempas pulas menjaga anak yang berjauhan dengan suami di perbatasan. Kali ini sajaknya bertajuk; BEGITU . Pengucapannya hanya satu rentihan biasa buat mereka yang berjauhan. Jodoh pertemuan telah ditentukan, susah payah adalah menguji keimanan dalam kehiupan. Harap maaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  15. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdri Nur Atikah dah bertunang gelapah nampak.? Ali ini sajaknya berkepalakan MATAHARI DAN BULAN SUKAR BERSAMA . Pengucapannya ada sadikit pembetulan. Apa pun isinya masih kekal. Tema berbau politik atau kefahaman dan perbezaan penapat. Bagi yang ingin bebas melihat perbezaan satu penyakit kemunuran yang memecah belahkan umat. Kekadang terlalu taksup boleh terjerumus dan tergelencer akidah Islamiah. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  16. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

    Sdri Mawar Merah dengan sajaknya bertajuk: KESALAHAN BESAR . Pengucapannya agak samar dan perlu diperbetulkan ungapan agar lebih menarik. Masih bertemakan kekecewaan sama dengan Yumanira, Penceritaanya lebih kepada jiwa2 dari memperjuangkan masa depan yang diharapkan. Harap maaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  17. kenapa qalam x ulas sajak sy? sbb ai kutubudin ada 2 ulasan? tp aikutubudin kata dia dh kalah jd sy la yg menang btol ke?

    BalasPadam
  18. kosong je ke ruangan ni cerpen mana?

    BalasPadam
  19. aik! xde cerpen ke?

    BalasPadam
  20. aik! politik pun xde ke kt sini?

    BalasPadam
  21. mne cerpen en nuri?

    BalasPadam