Rabu, 19 Oktober 2011

BUTA SEJARAH (SM)



salah seorang 16 pemenang bersama CR.

ramai buta sejarah
itu sememangnya fakta bukan auta
usah disangkaltiada guna menyangkal
terkadang buat terlupatakut periuk nasi tiada
terkadang sememangnya buta
kisah lama terbiar tanya si kecil
terkadang lebih petah bicara
hebat mengulas fakta
hingga terdiam si tua cuba tanya si tua
terkadang lebih telus kata
sejarah fakta diadun mesra hingga terlopong si muda
kenapa terjadi demikian rupa
jawapannya cukup mudah
kita sebenarnya menghafal sejarah
belajar cuma untuk lulus periksa
lepas periksa semuanya terbiar sepi
sejarah sebenarnya kita tak hayati
itulah silapnya

 
Oleh: Lagenda Pulau
sajak sinis/21 September 2011 11:07 PM





30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Lagenda Pulau dengan sajak sinis sejarahnya bertajuk : BUTA SEJARAH. Nah! Ternyata kian ramai anak-anak gendarasi kini tersalah menangkap tapsiran sejarah . lebih lagi setengahnya sengaja pula di putar belitkan oleh pihak tertentu, kerana mencari pengaruh publasiti murahannya. Tetapi dunia tidak akan tersenyum . Malah pewaris yang terlibat juga akan marah jika sesuatu keadaan yang benar telah berlaku dan menimpa keluarga mereka cuba diputar belitkannya pula. Sebenarnya kita jangan lupa, belajar sejarah perlu jadikan ianya untuk mengukuhkan jati diri kita. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  2. Bersambung


    Kenapa negeri yang diperentah PEMBANGKANG jadi bergini? Kalau tidak perak pun dapat number 4 dia keluar PR pentas. johor gantinya.

    Kerana ramai kawan-kawan saya mak bapak bercerai berai pasal parti. Ada suami perak lari kawin lagi di kelantan, kerana isteri kuat umno dak mahu pas. ini kenyataaan bukan mainan.sebahagian darinya.


    Sikap perungus dan perampus memang jadi budaya ahli parti tertentu ini , tak ada tolak ansur seolah2 apa yang dilakukan tuhan merestui dan perkenankan. kerana jubah dan songkok mereka ada ciri islamik konon.

    Sebenarnya mereka syok sendiri. tunjuk angkuh. Akhirnya lupa dan riak akan segala-gala. itu yang berlaku termasuk buta sejarah ini. Dia tahu sebenarnya tapi untuk kepentingan tertentu. dilakukannya juga! Apa nak jadi?

    BalasPadam
  3. KITA BERSATU

    malam ini seperti malam sebelumnya
    Kulewati hanya untuk memikirkanmu
    Kulalui hanya dengan bayangmu
    Dan aku tak boleh hidup seperti ini
    Biarlah aku mengagumimu
    setiap sahajamu dari jauh saja
    dari dulu sehingga selamanya
    aku tetap mencintaimu
    hingga kita bersatu

    Mozaire
    sajak mengharap cinta

    BalasPadam
  4. PUTERIKU

    Puteriku sayang
    suaramu merdu lembut memanggilku
    bagai angin laut mendesah bagiku
    meratapku dengan wajah yang merdu.
    Engkau adalah putriku
    tergolek lemas matanya yang indah

    Jupri Helmi
    sajak cinta utk tunang sy

    BalasPadam
  5. Apabila aku mencintaimu
    mengapa kau anugrahkan cinta
    tidak mungkin untuk bersatu
    Aku pun datang dan berucap sayang
    Menyatakan rasa yang aku rasa
    Menunjukan cintaku pada matamu
    Berharap engkau melihat hal itu
    Dan sebuah kalimat terucap darimu
    Kalimat yang terukir di hatiku
    Kata-kata yang tersusun
    begitu sempurna menurutku

    Lelangit Biru
    sajak cinta

    BalasPadam
  6. SALAH

    Hingga suatu senja
    Aku merasa semua adalah sama
    Asa yang kita asah bersama
    Asa yang kita cintai bersama
    apapun itu asal kita bersama
    Namun itu salah aku melihat
    Tidak ada lembayung senja itu
    Aku salah merasakan tulus itu
    Aku salah berharap
    Tidak ada asa seindah itu
    Aku pun salah bersikap
    Tidak ada setetes cinta untukku
    Tapi semoga aku tidak salah,

    Wasiril Aswad
    sajak pasrah dengan percintaan

    BalasPadam
  7. SABARLAH

    Suatu hari pasti akan berubah
    Bersabarlah dan usahalah lagi
    tapi jangan menunggu atau merenung.
    Sambil menanti itu tidak perlu
    untuk menembus kekesalanmu itu
    Membiarkan diri bertambah sakit
    berikan sikit harapan
    kepada dirimu itu
    Biarkan matahari di hatimu
    kembali bersinar jangan padamkan

    Tuna Tatiati
    sajak semangatb utk adik sy yang gagal dalam peperiksaan di kolej

    BalasPadam
  8. LUAHAN HATI BAYI ITU

    Tanpa pilihan dan sebab munasabah
    bayi itu mati dibunuh ibunya
    sedangkan dia perlu kasih sayang
    tapi ia ibarat tak pernah
    tahu siapa ibunya sendiri
    walaupun ibunya waktu kecil dulu
    diasuh dengan baik oleh neneknya
    tapi bila mengajak umur belasan
    ibunya itu dibawa ke kota
    lupa semua tentang asuhan neneknya
    kasihan bayi kebebasannya direntap

    Datin maimun
    sajak isu semasa

    BalasPadam
  9. KIAMAT DAH DEKAT

    tanda tanda kecil kiamat
    semua nampak berlegar di pandangan
    menjengah keliling
    lihat sahaja hari ini kelmarin esok
    pasti kita denga lihat dan rasa
    semuanya telah hadir
    sudah lengkap semua sekali
    semuanya sudah berlaku
    petanda apakah agaknya itu
    cuba renung-renungkan
    mana tahu ada terlupa buta pekak
    katakan pada mereka kiamatdah dekat

    Ustaz Janariah
    sajak nasihat

    BalasPadam
  10. KAKI MELANGKAH

    Akan kuatkah kaki untuk melangkah
    Bila disapa duri yang menanti
    Akan kaburkah saat mata ini menatap
    debu yang pastikan hinggap
    Aku selalu mengharap
    senang dalam berjuang
    Ibarat merindu rembulan
    di tengah siang
    Walaupun aku sendiri tahu likunya
    Jalannya selalu tak seindah dimata

    Dewi Sageenta
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  11. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Sdra Mozaire dengan sajak jiwa2 bertajuk KITA BERSATU . Pengucapannya penuh dengan jiwa2 mana dari segi puitisnya engkau tak ambil kisah yang boleh kau luahkan segala isi hati dalam perasaan, sama seperti en nuri mula-mula menulis sajak cinta dahulu.Dalam rtm kuching en nuri buat siri kenangan mengusik jiwa dia kata; Wahai putri dusun yang kurindui, wajahmu sentiasa basag dg air sembahyang, benarkanlah aku melukis wajahmu di awan biru. Inilah baru puitis Apa pun usaha lagi lain kali (TK)

    BalasPadam
  12. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdra Jumpri sajak bertajuk PUTERIKU . Pengucapannya agak dahsat sampai tergolek lemas bila dia melihat mata kekasih atau tunangannya. Ada megik panah arjuna barangkali menjadikan si penulis tak boleh lena atau lupa nampaknya. Sajak ini kalau dibaca sekali semacam untuk si bayi kecil pun ada. Penutupnya agak mengelirukan. Apa pun usaha lagi lain kali (TK)

    BalasPadam
  13. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Sdra Lelangit Biru dengan sajak bertajuk: Pengucapannya terlalu biasa orang muda punya biasa.
    Apa pun cerita nya bagaikan bertanya kena ada perasaan cinta sesame manusia? Itu satu kejadian yang lumrah buat anak muda ingin mencari pasangannya. Dan tuhan pun suka melihat lelaki dan perempuan berpasangan tetapi mengikut lunas yang dibenarkan Islam.Apa pun harap maaf nampaknya semua sajak jiwa terkeluar , usaha lagi lain kali (TK)

    BalasPadam
  14. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Sdra Wasiril Aswad dengan sajaknya bertajuk SALAH . Pengucapannya masih berlegar dengan kisah jiwa2. Apa pun keempat sajak lelaki kali ini terpaksa dikeluarkan kerana terlalu banyak sajak jiwa2 yang terlalu biasa tidak menyengat hati , kecuali ada satu si nabil quldi sajak laut cina selatan. Semacam sama dengan sajak en nuri waktu di serawak dahulu. Apa pun kita kena berserahlah kepada ketentuan Illahi kekasih dan pasangan akan dating dengan sendiri. Harap maaf Cuma disini terpaksa berhenti usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  15. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Sdri Tuna Tatiati dengan sajaknya bertrajuk: SABARLAH Penbgucapannya biasa saja yang pernah kita alami dan dengari. tema perjuangan memburu cita atau Kata nasihat yang diharapkan dapat membantu saudara untuk terus berjuang dalam dunia pendidikan memburu ilmu sebanyak mungkin yang dapat demi masa depan yang penuh mencabar , jika kecundang hari ini, akan meranalkah hari esok dalam perjalanan meniti hidup.Layak untuk sayembara seterusnya. (SM).

    BalasPadam
  16. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

    Sajak Datin Maimun dengan tajuk LUAHAN HATI BAYI ITU. Pengucapan biasa yang sering kita dengar dan ketahui di dada akhbar dan berita tv. Inilah reality dunia hamper qiamat, Cuma bezanya dahulu anak perempuan ditanam hidup2 kerana takut malu, tapi kini dicampak kemana saja sesuka hati.Itulah pengaruh budaya yang bukan kuning lagi tetapi keadaan semasa dengan dunia jalur lebar tanpa sempadan ini segala macam boleh diketahui. Terpulang kepada hak individu pengunanya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  17. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Ustazah Janariah dengan sajak tema keagamaan berbentuk nasihat bertajuk: QIAMAT DAH DEKAT. Pengucapannya sekadar mengingati kita semua alamat atau tanda2 kecil qiamat dah dekat. Terutama perempuan lebih ramai dari nisbah lelaki. Buang anak merata, perkara mungkar menjadi kebanggaan orng kenamaan, agama dijadikan lantasan untuk kepentingan peribadi. Dan lain-lian lagi. Pada yang lupa dan pekak elohlah berhati-hati dengan petanda ini. Layak untuyk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  18. PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


    Dewi Sageenta dengan sajak bertajuk: KAKI MELANGKAH. Pengucapannya bolehlah diterima. Penceritaan tentang tema kehidupan yang ingin dibicarakan . Begitulah adanya dalam kehidupan kita seharian dalam menghadapi dunia yang penuh kemelut, susah senangnya kita juga akan terasa tempiasnya.Kekadang kita rasa bagaikan tidak terdaya menghadapi cabaran hidup, berat kaki melangkah menghadapi masalah sama seperti mencari atau merinbdui rambulan di tenagahari. Layak untuyk sayembarta seterusnya (SM)

    BalasPadam
  19. Qalam bertanya: sajak calun wanita agaknya berkurangan, sebab sajak lelaki mula masuk ke geliran calun wanita pula.

    BalasPadam
  20. Tambah Qalam lagi kalau boleh sajak
    jiwa2 ini kurangkan sadikit, tetapi ahli kebanyakannya cuma berminat sajak jiwa2 Terpaksa dipilih atau
    terkeluar terpulang kepada Qalam
    sebagai pengulasnya, jika ada yang mantap, boleh diambil kira.

    BalasPadam
  21. byk org tua pun buta sejarah org yg paling ketara mat sabu

    BalasPadam
  22. skrg byk org dh lupa psl sejarah

    BalasPadam
  23. kdg2 org buat2 lupa pasal sejarah ni

    BalasPadam
  24. ramai org semakin lupakan psl sejarah melayu

    BalasPadam
  25. aku kalau tanya psl sejarah mmg aku xthu apa2 lgpn aku dok london 10thn thn ni bru balik malaysia

    BalasPadam
  26. psl sejarah ni malaysia pun aku xthu aku tahu indonesia saja mcm malim kundang

    BalasPadam
  27. org jawa x thu psl sejarah malaysia x pe kan?

    BalasPadam
  28. bab2 sejarah ni mmg aku fail jgk

    BalasPadam
  29. aku kalau sejarah mlyu ni hang tuah pnya sejarah aku tau la? hahaha

    BalasPadam
  30. skrg smua lupa psl sejarah dh

    BalasPadam