Khamis, 6 Oktober 2011

BOSANLAH (SM)


sajak pilhan warga Cr.

Bosan hidup ini dari mana datangnya
ungkapan ini mungin dari sana
dari sudut jiwa kosong punya sifar matlamat
tercari cari arah tujujelas penuh kesamaran
mengapa harus rasa bosan
bukankah hidup ini indah
wahai jiwa yang kosong
penuhkan segera jiwa itu agar ia jadi kaya
nescaya tiada rasa bosan
kamu ada tugas hadir bukan percuma
lahir bukan sia-siatugas kamu pada dirimu
jadi makhluk di bumi
pasti banyak sekali tugasbuat mengemudi arah
tugas sebagai manusia pada tuhan
mana mungkin boleh lari dari kewajipan penuh ini
benarkah jiwa kaya tiada sempat merasa bosan


Oleh: Mr Tan
sajak nasihat/29 September 2011 1:41 AM
salah seorang pemenag bersam16
sayembara Cr 9/ 2011.




30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011
    Mr Tan dengan sajak bertajuk” BOSANLAH . Pengucapannya bagaikan mencarikan sesuatu? Mungkin tentang kehidupan atau jiwa yang kekosongan. Untuk mengisi hati atau jiwa yang kosong ini bukanlah perkara mudah. Tidak semestinya ada harta atau pangkat tinggi. Kerana nabi Adam yang tinggal dalam syurga juga tidak tenang. Lalu Allah jadikan Hawa untuknya. Tetapi bagtui kita yang sering bosan dan mencari sesuatu jika semuanya sudah cukup dan ada bagi sesaorang tetapi masih bosan .Ini ternyata jiwanya perlu diisi dengan keimanan (kepercayaan) dalam pemilihan agamanya Cuma terpulang kepada hak sesaorang itu. Demi mengisi kekosongan dan kebosanan.dirinya sendiri. Layak untuk seterusnya (SM)

    Qalam.

    BalasPadam
  2. Tunggu dengar kata bukan khabar angin. boleh dipercayai...
    harga cpu akan merudum hujung tahun ini.

    BalasPadam
  3. aik? bosan plak mr tan ni?

    BalasPadam
  4. xkn sajak boring plak mr tan ni?

    BalasPadam
  5. mr tan punya sajak mcm ketuhanan je?

    BalasPadam
  6. aik! mr tan nk masuk islam ke?

    BalasPadam
  7. mr tan x lama lagi msuk islam agaknya kot?

    BalasPadam
  8. sajak je cerpen mne?

    BalasPadam
  9. eh! cerpen dh hbis ke?

    BalasPadam
  10. eh! sajak je cerpen dh xde ke?

    BalasPadam
  11. cerpen kenapa xde?

    BalasPadam
  12. aik! sajak je ada cerpen mne?

    BalasPadam
  13. mne cerpen ni?

    BalasPadam
  14. eh! mr tan sajak mcm posl tuhan jer

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. KISAH LAMA

    terkenang kisah lama
    bila terjumpa gambar lama
    fikiran segera berputar
    teringat kisah jadi sejarah
    kisah silam berlalu sudah
    manis sekali waktu itu
    masa masih gila-gila remaja
    naik motor ramai-ramai
    kacau awek di hujung denai
    di kejar pak mat hingga ke balai
    habis bengkak kena tibai
    kisah semuanya manis
    tiada rasa perit sakit
    tiada fikir masa mendatang
    kala akal tiada matang
    semua serba hanya menatang
    tadah sahaja sampai kenyang
    jumpa gambar kisah cinta
    kisah mabuk dilamun asmara
    namun berlalu begitu sahaja
    tiada khabar tiada berita
    entah di mana dia berada
    berapa jumlah anaknya
    bercinta bagai nak gila
    akhirnyaku kahwin dengan anak dara
    walau dia bukan orang berada
    apa nak kesah itu semua
    janji ada orang jaga sentiasa
    terkenang kisah lama
    jalan hadapan harus dituju diburu

    Datuk Borhan
    sajak terkenang

    BalasPadam
  17. TANAH DI KAKI LANGIT

    Matahari terbit pagi ini
    mencium bau di kaki langit
    melihat menjalar ke lautan
    mendengar dengung di dalam hutan
    kini ia dua penggalah tingginya
    menjadi saksi kita berkumpul disini
    memeriksa keadaan dilakukan
    makin banyak petani hilang tanah
    tanah di gunung dimiliki orang kota
    perkebun yang luas
    menguntungkan segolongan kecil alat kemajuan diimport tidak
    untuk petani yang sempit tanah

    Haji Hamdan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  18. TERKESIMA

    Aku terkesima disergah
    kejadian tak terduga.
    Rahmat turun bagai hujan
    Membuatku segar tapi
    buatku menggigil bertanya
    aku adalah bahagia atau sedih.
    Bahagia dikalbu sedih dalam hati
    karena kita sering terpisah.
    matahari dari satu sisi,
    Memandang segenap jurusan.
    Akan menulis sajak-sajak lagi.
    Rasa berdaya tidak mati begitu saja
    Ke sini daya hidup
    menjadi kamu dan harapan.

    Jupri Helmi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  19. TERCIPTA

    cipta indah dalam mimpi
    dunia kemudian menari
    berwarna kembali titip pada langit
    pada angin untuk hembuskan
    lelahku atas hari atas waktu
    mengharapkan satu mimpi
    kutemui diujung waktu
    ketika terlelap harungi dunia ini
    tak banyak berharap ketika khayal menyetuh relung hati aku temani malam dengan doa menanti terlelap
    agar tak tersesat maka inilahku
    bawalah pergi ketika dia padam
    agar dapat mengisi kembali
    karena ikhlas mendalami luka
    menyemai mimpi adalah kata dititipkan oleh surgawi
    kau adalah wujud
    tercipta dari doa pencita

    Madah Pujangga
    sajak simbolik

    BalasPadam
  20. AKAL SIHAT

    Aku menyaksikan zaman berjalan
    melihat waktu melaju
    Aku merindui wajahmu.
    Kampus telah diserbu ditapis baja.
    Kata-kata dilawan dengan senjata.
    Aku muak dengan gaya semacam ini
    justeru menciptakan ketakutan
    keamanan seharus hukum akal sihat
    Keamanan yang berdasarkan senjata kekuasaan adalah penindasan.

    Raju Linggam
    sajak ni bukan sy punya pinjam sajak kawan dari seberang sy pun xthu sajak ni pasal apa

    BalasPadam
  21. DIKTATOR DAN KONTRACTOR

    Tuhan yang Maha mengetahui,
    alangkah tak masuk akal
    jarak selangkah bererti
    empat puluh tahun gaji seorangburuh
    memisahkan halaman tanaman hias
    dengan rumah-rumah
    Hati manusia telah menjadi acuh,
    diktator angkuh kontraktor dendam.

    Ustaz Majusi
    sajak tak puas hati

    BalasPadam
  22. KELAM DINGIN

    dalam sinarmu kelam dingin malam
    akankah kau jawab jiwaku
    bulan terdiam akankah esok untukku
    bulan meredup di balik kelam
    jangan biarkan aku
    berikanlah jawabmu untuk jiwaku ini
    rengkuhlah aku bersama bintangmu
    hingga jiwaku melebur dalam malammu

    Astar Mujid
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  23. OLEHNYA

    kita yang diciptakan olehNya
    dengan segala keindahan dimiliki
    ingin selalu menjadi miliki selamanya
    akupun jadi milikMu selamanya
    segala puji bagi Tuhan kukatakan
    aku sangat menyanyangiMU
    kerana kau pun menyayangi
    walau segala kekurangan kelebihanku

    Lelangit Biru
    sajak ketuhanan

    BalasPadam