Isnin, 10 Oktober 2011

AKU DENGAN TUHANKU (SM)





sajak pilihan warga Cr

Bila aku pulang terlebih dahulu
Janganlah kalian cari aku lagi
Karena aku sedang sibuk dengan TUHANKU
janganlah terus mencari karena aku bukan bersembunyi
bila kalian  bertanya atau ingin temui aku…
Pergilah menuju jalan lurus
melewati jalan qalbu
Karena aku hanya inginkan
Senyum tulus dari raut wajah
untuk setiap jejak langkahku
Karena langkah-langkahku berikutnya
lebih memberatkan kepada iman dan takwa
yang kuharap dalam hidupku terus berlanjutkan
untuk menuju suatu arah teramat KEKAL


Oleh: Ustaz Sahzan
sajak ketuhanan/26 September 2011 4:13 PM
salah seorang 16 Pemenang  Bersama Cr





30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Ustaz Sahzan dengan sajaknya bertajuk AKU DENGAN TUHANKU. Pengucapannya agak bersahaja, naum ada sadikit kekaburan yang perlu diperbetulkan. Begitu juga dengan bait cari perkataan yang sesusai yang boleh memantapkan lagi puisi ini.Apa pun pembicaraannya menyetuh tema ketuhannan, Kita tidak dapat lari dari kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan, kerana amal ibadat hidup dan mati kita keranaNya. Kerana jika kita buat sebab yang lain jiwa dan hati kita tidak akan tenang menuju jalan yang kekal dan abadi di sisiNya. Layak untuk seterusnya.(SM)

    Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. KOMENTAR

    RAMAI penyokong taksuf pembangkang melabelkan TV dan Utusan Melayu pembohong. Kalau mereka terima bajet dan bantuan anak mereka rm100 duit buku tahun 2012, hapuskanlah kecelaruan minda anda yang telah bertahun ditanam oleh pemimpim nyanyok yang jadi idola anda itu.

    BalasPadam
  3. CINTA DALAM HARI-HARI

    Cinta dalam sehari
    mengebu menjalar tanpa logika
    Cinta dalam sebulan
    penuh dengan api asmara bergelora
    Cinta dalam enam bulan,
    mulai menuntut pengertian
    Cinta dalam setahun,
    saling menjaga antara dua perasaan
    menghasilkan buah cinta
    namun tetaptak pernah sempurna

    Ain Elina
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. SETIA MENANTI


    Setia Menantimu
    Ku tahu apa kau pikirkan.
    terhanyut pada perasaanmu.
    Namun takkan kubiar padam cahayamu.
    Akan tetap ku jaga hanya untukmu.
    Tulus cinta ini bawa arti
    Kejujuran itu membawa kita bersama
    Keiklasan terbaik meraih tujuan
    Aku disini akan setia menantimu.

    dewi sageenta
    sajak cinta

    BalasPadam
  5. MENTARI BERSINAR

    Saat ini mentari kembali bersinar,
    menebar sinarnya dengan hangat.
    Kebekuan ini luluh perlahan
    oleh kehangatan mentari
    Kuberharap jangan ada bulan
    yang akan menutupi sinarnya,
    tak ingin kebekuan datang lagi.
    Kau mentari hati semoga sinarmu abadi hingga ajal tiba.

    kanchana Manisha
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. sy ada lps 4 org sajak wanita baru mereka ni penjaga blog yg bru msuk dorg minat sajak jd sy panggil sebagai jemputan boleh ke qalam? sbb sajak pmpuan dh xde dh kebanyakan sajak yg lama2 yg org dh menang dulu

    BalasPadam
  7. 1 ain elina
    2 Mista Prempon
    3 kanchana manisha
    4 rosalinda khoo

    mereka berempat sy jemput sertai sayembara hrp qalam x kisah... mista prempon dia org siam tp dpt kerakyatan malaysia

    BalasPadam
  8. BEGITULAN CINTA

    aku bercerita tentang rasa
    sengaja tak kubawa di dunia nyata
    begitulah cinta menempuh gelombang bagai belati bergelatar di dada
    begitulah cinta menempuh puncak dosa
    bagai jamuan yang datang dari surga

    Rosalinda Khoo
    sajak cinta

    BalasPadam
  9. KAYA

    benar kata orang tua
    jika berduit pasti bahagia
    masakan tiada bahagia
    apa dihajat senang dapatnya
    apa mahu pinta sahaja
    orang keliling pasti sukaa
    untung orang berharta
    jika berduit senang curi pahala
    orang susah bantu sahaja
    senang sekali hulur derma
    pahala dapat pasti berganda
    lubuk pahala depan mata terjah saja
    lihatlah si hartawan
    mudah jalan tuju syurga
    aku juga mahu kaya
    mahu jadi seperti mereka
    pasti bahagia aku rasa…

    Dang ANum
    sajak nasihat

    BalasPadam
  10. KATA ORANG

    ramai berkata bajet 2012
    ada mainan politik perangkap halus
    terasang dalam diam
    itu kata korang sebelah rumahku
    tapi kita berfikiran terbuka
    bukan kolot apa baik bagi kami
    kami terima senang hati
    apa buruk bagi kami pasti juangkan
    biar kami berhabis
    janji kami hati puas
    cuba kamu tanya cina,melayu india
    mereka tak pernah membantah
    kita kan satu malaysia
    itu yang kita laungkan
    jika benar kamu tak suka
    jangan hasut aku juga!

    Ustazah janariah
    sajak buat jiran sy

    BalasPadam
  11. SEMUA SENYUM

    semua senyum manis berseri wajah
    kami faham semua gembira bahagia
    kerut di wajah sudah hilang
    tiada lagi keluhan semua senyum
    sejak petang jumaat
    tercangak depan tv
    menanti ucapan datuk seri
    bentang bajet belanjawan 2012
    menanti berita gembira
    apa bakal kita miliki semua dapat
    sejak petang jumaat itu
    semua senyum tak pernah lekang
    sentiasa terhias di bibir
    seronoknya asyik senyum

    Marjinah Markonah
    sajak komedi

    BalasPadam
  12. PEDANG,KAPAK LAWAN PARANG,GALAH

    Pedang melawan parang
    kapak menahan telapak
    galah memecah lincah
    kampung dikurung gunung
    sawah di bawah kawah
    lombong makin menggembung
    padi menjadi kurus melidi
    kapak menajdi selicin pedang
    orang bermain galah berkelahi
    sama-sama tak mahu mengalah
    sawah melengkung di kampung
    berkumpul di kaki gunung
    padi padi menggunung dilombong

    Haita Promn
    sajak simbolik isu semasa di negara saya

    BalasPadam
  13. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdri Ain Elina pendatang baru diperkenalkan en Jalal agaknya dengan tema jiwa2 bertajuk: CINTA DALAM HARI-HARI. Pengucapan bagaikan berfelasafah bagi orang muda punya biasa. Apa pun kali ini ada 3 sajak jiwa2 antaranya Rosalinda Khoo dan Dewi Segeneta .Cuma satu sajak terpilih untuk tidak menghapakan penulis terpaksalah bersaing sesama sendiri. Jadi kami memelih daya cipta yang kreatif dan puitis.disamping mesej yang berkesan. Setelah dibuat penilaian sajak SETIA MENANTIMU oleh Dewi Segeneta layak untuk diketengahkan. Harap maaf. Sajak anda terpaksa berhenmti di sini, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  14. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011


    Sdri Dewi Sageenta masih dengan sajak jiwa2nya bertajuk: SETIA MENANTI . Pengucapannya kisah orang muda punya biasa, kerana lebih dari dua sajak jiwa kami terpaksa memilih hanya satu untuk diketengahkan. Setelah dinilai ada daya kreatif dan puitis dan menyakinkan. Apa pun
    Jika boleh ketengahkan tema2 yang lain pula selain jiwa2. Harap mencuba. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  15. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdri Kanchana Manisha dengan sajaknya bertajuk MENTARI BERSINAR Pengucapannya menarik tertumpu pada isu semasa Tema simbolik berbau politik. Menyetuh tentang politik tanah air . Mungkin ada orang cukup rasa selesai dengan apa yang ada, danm ingin terus pula mengekalkan keadaan atau pemerentahan seterusnya. Tetapi kita tidak dapat memuaskan hati semua. Dimana pun di dunia ini pasti ada watak dalang yang akan membangkitkan cerita. Itulah dinamakan lumrah manusia dalam alam kehidupan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  16. :ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdri Rosalinda Khoo pendatang baru diperkenalkan en Jalal agaknya dengan tema jiwa2 bertajuk:. BEGITULAH CINTA Pengucapan biasa buat orang muda punya biasa. Apa pun kali ini ada 3 sajak jiwa2 antaranya Ain Elina sajak CINTA DALAM HARI-HARI dan Dewi Segeneta SETIA MENANTIMU.Cuma satu sajak terpilih untuk tidak menghapakan penulis terpaksalah bersaing sesama sendiri. Jadi kami memelih daya cipta yang kreatif dan puitis.disamping mesej yang berkesan. Setelah dibuat penilaian sajak oleh Dewi Segeneta layak untuk diketengahkan. Harap maaf. Sajak anda terpaksa berhenmti di sini, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  17. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdri Dang Anum sajak bertajuk KAYA Pengucapannya mudah dan biasa sahaja, tapi punya pengertian dan maksud yang bermaana. Barangkali khusus untuk tuan haji dengan kawan2nya yang banyak menyumbang royalty buat ahli Cr dalam blog ini. Amin..Ada satu hadis nabi berkata: Orang yang fakir hamper pada kufur. Orang kaya yang dermawan calun ke syurga.Apa pun sajak nasihat ini layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  18. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011


    Ustazah Janariah seyum lebar nampak? Al maklum gaji akan naik Insyaallah. Berkat doa anda semua Negara akan jadi pusat pungutan ilmu antara bangsa. Atau baladun taibyibatun, warabbul ghafur. Jika ramai berfikiran terbuka seperti anda.tidak mudah dicelarukan minda.Apa yang kita amat sedih Islam jadi mainan pihak sebelah untuk wacana merosakan minda belia dan demi agenda kelang sungan politik sempit mereka. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  19. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdri Marjinah Markonah dengan sajak komedinya bertajuk SEMUA SENYUM. Penceritaan lebih kurang sama denagn sajak ustazah janariah, walaupun tema komedi tapi isu bajet 2012. Dan sama juga dengan sajak jalil janggut semalam.Cuma gambarannya menceritakan suasana wajah2 yang akan menerika hasil bajet 2012 ini. Jadi kami terpaksa memikih satu sahaja. Maaf harap maklum dan usaha lagi di lain kali (TK)

    BalasPadam
  20. ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

    Sdri Haita Promn ahli baru P/blog jalal keturunan siam agaknya kini mengemukakan Sajak bertajuk: PEDANG, KAPAK lawan PARANG , GALAH. Pengucapannya penuh simbolik.Apa pun lami kurang pengetahuan tentang newgara jiran di utara tanah air ini, berbeza dengan negara di selatan atau seberang. Apa yang kami fahamkan pergolakan politik sadikit reda, tetapi sang banjir pula datang melanda. Kefahaman politik dan agama juga meresahkan keadaan kehidupan seharian. Cuma andaian. Maaf kerana kami tidak dapat gambaran tepat . Sajak anda terpaksa berhenti disini dan cuba lagi lain kali (TK)

    BalasPadam
  21. ustaz sahzan sajak senang je?

    BalasPadam
  22. sajak mudah je dari ustaz sahzan

    BalasPadam
  23. sajak ketuhanan je smua ustaz sahzan ni bagi.. hehe

    BalasPadam
  24. sajak solat tahaujud ke ustaz sahzan ni

    BalasPadam
  25. sajak mudah paham ketuhanan dari ustaz sahzan

    BalasPadam