Jumaat, 23 September 2011

RAWAT BUMI (SM)



sajak pilihan warga Cr.

Ia menjelma dalam hujan
sekedar mencuri kerinduan
ia adalah kristal berserak
menghujam dengan lembut
demi pada bumi bersatu hapus kemarau
Lihat kesuburan kembali terpancar
rona harapan kebahagiaan
sedikit terpancar

 
Oleh: Abang
sajak buat alam sekitar/24 Ogos 2011 11:48 PM
layak ke luar negara londan





30 ulasan:

  1. SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

    Abang Serawak dengan sajaknya RAWAT BUMI. Berkaitan dengan kehidupan alam maya dan bumi salah satu cekerawala yang patut diplihara oleh makhluk yang bernama manusia, kerana Kita salah satu makhluk yang mendiaminya. Jadi jaga dan peliharalah keadaannya jangan buat Kerosakan . kerana allah berkata: makan dan minumlah di muka bumi ini,tetapi janganlah kamu melakukan krosakan di muka bumi ini. Samalah kita merawat sebelum peakit lebih tnat.amin layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  2. Oleh HELMI MOHD. FOAD dan
    MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA SELANGOR 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan janji-janji perubahan yang ingin dibawa oleh parti pembangkang sekiranya mereka dapat memenangi pilihan raya.
    Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi telah berani melakukan perubahan dalam negara ini dengan melangkaui zaman.
    “Kalau dikaji sejarah, kita tidak lari daripada prinsip yang mendahului zaman dan berani buat perubahan.

    “Tidak perlu janji-janji perubahan kerana kita membawa perubahan dan kita laksanakan perubahan. Ini adalah pendekatan terbaik untuk rakyat dan bila kita berani berubah ia akan membuka minda dan membawa harapan baru,” katanya.
    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat dan Jamuan Aidilfitri di pekarangan pasar raya Tesco Kuala Selangor di sini malam ini.

    Majlis tersebut sempena perasmian Perhimpunan Dwitahunan Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BNBBC) di negeri ini sejak semalam dan berakhir esok.

    Seramai 149 ADUN BN dari seluruh negara menyertai perhimpunan itu dengan masing-masing ditempatkan di 73 pusat daerah mengundi melibatkan 20 kawasan Parlimen di Selangor.

    Hadir sama Pengerusi Kelab BNBBC Malaysia, Datuk Mohd. Nadzri Ismail; Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman yang juga Pengerusi BNBBC Selangor; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta para pemimpin parti komponen BN.

    Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pembangkang cuba membawa platform perubahan melalui reformasi tetapi semua itu tidak ke mana.

    “Banyak janji tidak ditunaikan dan tidak kurang juga pembohongan dan yang paling besar ialah pembohongan 16 September 2008 yang mengatakan pembangkang akan ambil alih pemerintahan negara,” katanya.

    bersambung.

    BalasPadam
  3. AKU DENGAN TUHAN

    Bila aku pulang terlebih dahulu
    Janganlah kalian cari aku
    Karena aku sedang sibuk denganTUHAN
    janganlah terus mencari karena aku tiada bukan bersembunyi
    bila ingin temui aku…
    Pergilah menuju hati
    melewati jalan qalbu
    Karena aku hanya inginkan
    Senyum tulus dari raut wajah
    Untuk setiap jejak langkahku
    Karena langkahku berikutnya
    lebih memberatkan karena hidupku terus berlanjutkan
    Untuk suatu hal teramat KEKAL

    Ustaz Sahzan
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  4. MAKHAMAH DALAM HATI

    kala suasana sunyi sepi
    terdengar kala detikan jam kecil
    bersama zikir si cengkerik
    mata cuma mampu berkelip
    kelipan tiada noktah
    selagi keputusan belum terputus
    persidangan mahkamah hati
    yang saksinya adalah hati
    pendakwaraya juga hati
    peguambela juga hati
    hakim yang arif juga hati
    pada saat itu sesi muhasabah diri
    minda akal terus berputar
    menayangkan babak bukti
    bila ada dosa pahala buruk baik
    suatu bentuk keperluan
    apakah ada perlanggaran hak
    pada tuhan maha kuasa
    setelah air mata menitis
    sujudlah si pemilik hati
    meminta keampunan hakiki
    pada sang penguasa

    kevin khairudin
    Sajak penyesalan

    BalasPadam
  5. DI KEDAI KOPI

    macam-macam ada di sini
    segala kisah penuh pasti
    isu habis dicari bukti dikenalpasti
    segala hujah penuh isi
    semuanya kerana secawan kopi
    duduk berjam dari pagi
    sampai panas bontot kerusi
    berkeriut urat sendi
    dapat dilihat pelbagai aksi
    ada bergaduh laki bini
    hingga tak cukup tangan kaki
    habis sekali meja kerusi
    si tuan kedai tepuk dahi
    ada aksi si muda mudi
    berdamping rapat mesra sekali
    senyum sengih tak henti
    mata memandang tak ambil peduli
    ada aksi si peraih undi
    cakap berdegar tagih simpati
    tuduh sana tuduh sini
    buruk orang semua dicaci
    tiada hakim tiada saksi
    cuma guna mata hati usah peduli
    takut nanti binasa sendiri
    tepuk dada tanyalah hati…

    Karim Ghani
    sajak sinis

    BalasPadam
  6. RAGU-RAGU

    Bukan sejenak kutelantar diri
    Terjeremus dalam duka tak tahu mana
    Entah jiwa ini berpaling
    ataupun tak mau mengerti
    Namun ku tahu bahwa telah kuabaikan diriku ini
    Sebuah tanya terus saja menggoda
    Takkala hati terus tertany
    Yang diam merasuk ke dalam dada
    lambat laun ku takut akan binasa
    Hentikanlah semua ini
    Namun kalau semuannya rasa ragu
    Kuharap gugur segera aku mengadu

    Roy Rahsid
    sajak ketika dlm penjara

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Ustaz Sahzan dengan sajaknya bertajuk AKU DENGAN TUHANKU. Pengucapannya agak bersahaja, naum ada sadikit kekaburan yang perlu diperbetulkan. Begitu juga dengan bait cari perkataan yang sesusai yang boleh memantapkan lagi puisi ini.Apa pun pembicaraannya menyetuh tema ketuhannan, Kita tidak dapat lari dari kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan, kerana amal ibadat hidup dan mati kita keranaNya. Kerana jika kita buat sebab yang lain jiwa dan hati kita tidak akan tenang menuju jalan yang kekal dan abadi di sisiNya. Layak untuk seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Kevin Khairudin bertajuk MAHKAMAH DALAM HATI. Pengucapannya bagaikan kes mahkamah pembicaraan dalam hati ada daya kreatif dan puitisnya. Walaupun tema penyesalan mencari sesuatu kesilapan. Apa pun semuanya hati yang dibebankan , sebagai seorang guru yang mendidik dalam kelas, bial seorang murid buat salah, Gurulah yang menangkap, membicarakan, mengenakan hukuman yang setempal dengan kesalahannya, agar murid sedar. Layak ke sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Cikgu Karim Ghani dengan sajaknya celoteh lucunya DI KEDAI KOPI.Pengucapan cikgu kali ini cuma biaas-biasa saja tetapi rajin menyusun kata yang hujungnya berirama. Pembicaraannya juga biasa dan sering kita alami suasana di kedai kopi hamper puluhan tahun lamanya. Begitulah keadaannya, malah cukup memalukan bagi bangsa kita yang banyak membuang masa. Apa pun sajak ini tertewas dengan dua sajak yang diatas ustaz sahzan dan sdra kavin khairudin. Harap maaf usaha lagi Cuma disi terhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Roy Rahsid dengan sajak peribadinya bertajuk: RAGU-RAGU Pengucapannya menarik juga pada mulanya , tetapi daya kreatif dan putisnya hilang pada penutup atau kesimpulan penceritaanya. Apa maksud pembicaraannya tentang keraguan semasa dalam tahanan. Apakah ini satu pengajaran atau Penyeksaan buat dirinya sedar atau terasa bagai dendam bersarang di hati. Hanya pada Tuhan dia sepatutnya menyerah dan memngadili kembali dengan keinsafan dan segala yang berlaku itu adanya hikmah dan kebaikan untuk masa depan. Jangan ragu-ragu tentang suratan takdir Ilahi. Apa pun sajak ini tertewas dengan dua sajak yang diatas ustaz sahzan dan sdra kavin khairudin. Harap maaf usaha lagi Cuma disi terhenti (TK)

    BalasPadam
  11. sajak psl alam semula jadi abang rupanya

    BalasPadam
  12. sajak alam sekitar abg buat boleh menang jgk?

    BalasPadam
  13. eh! sajak abg ringkas pun leh menang?

    BalasPadam
  14. ajak smua snang2 je yg menang

    BalasPadam
  15. aik? abang sajak alam sekitar je ke?

    BalasPadam
  16. sajak abang biasa2 je tp snang phm tahniah!

    BalasPadam
  17. x angka sajak snang2 kali ni jd pilihan qalam

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. bln dpn nak jooin balik la sayembara

    BalasPadam
  20. eh! sajak abang plak kali ni

    BalasPadam