Khamis, 15 September 2011

PELANGI BIRU MERAH HIJAU (SM)




Denga jemari ini kukirim pelangi
Tanpa merah, biru, hijau
Lengkungnya hanya terdiri dari
jalur Hitam dan Putih
tak ada kabut tipis disekelilingnya
Apalagi udara basah sehabis hujan
Disekitar pelangi masih kosong,
Bukan karena aku tak mahir melukis
Kubiarkan seperti itu tak terisi
kerana ku tak tahu
ingin isikan dengan warna biru,merah atau hijau


Oleh; Suara Rakyat
sajak politik/28 Ogos 2011 8:52 PM



30 ulasan:

  1. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

    Sdra Suara Rakyat masih setia dengan blog ini diantara suara-suara yang ramai dahulu.Sajaknya kali ini bertajuk : PELANGI BIRU MERAH HIJAU.Penceritaannya masih berbau politik seharian yang sering mencabar mindanya. Sesiapa pun akan marah jika ada yang tidak kena dan
    Cuba memutar belitkan keadaan , fakta dan sejarah.di antara 3 lambang ini, suara rakyat semacam keliru jadinya. Tetapi apa yang penting siapa yang lebih banyak berjasa pada kemajuan Negara ini. Dan lihat saja permainan politik kotor , negara akan hancur demi kepntingan diri inividu itu sendiri. Kita mahu kemajuan negara, individu tidak kekal lama.Apa pun layak untuk kemenangan. Syabas! (SM

    BalasPadam
  2. © Ω
    ShoutMix Chat

    2011-09-16 12:43 AM

    Name
    Website
    Message

    Refresh

    Tinda Azimad "Jika tiga empat kali kami baca , tak faham juga ,kira gagal. walaupun ianya sajak kabur..."

    2011-09-16 12:39 AM
    #

    Tinda Azimad "isu semasa, jarang-jarang ada, kecuali simbolik yg sukar dimengerti."

    2011-09-16 12:38 AM
    #

    Tinda Azimad "Apa yang paling banyak diutarakan,jiwa2 dan politik. kami trpaksa pilih satu saja.ikut keadaan."

    2011-09-16 12:37 AM
    #

    Tinda Azimad "tema2 yang selalu diketengahkan, jiwa2, politik, ketuhanan, kehidupan , sajak lucu."

    2011-09-16 12:36 AM
    #

    Tinda Azimad "dulu kami tolak saja jiwa2 kini trpaksa pilih seorang satu tema.."

    2011-09-16 12:35 AM
    #

    Tinda Azimad "Mereka yang temanya tidak bersaing munkin mnang percuma (SM)"

    2011-09-16 12:34 AM
    #

    Tinda Azimad "ramai yang temanya sama kena bersaing, kami pilih satu saja, harap maklum."

    2011-09-16 12:33 AM
    #

    Tinda Azimad "cerita kembar seiras selang seli disiarkan."

    2011-09-16 12:25 AM
    #

    Tinda Azimad "8 sajak telah diulas dan dilepaskan, harap maklum"

    Bicara hari ini.

    BalasPadam
  3. BICARA TANPA KATA

    kadangkala lebih telus halus
    hanya perlu mainan akal
    mencoret seribu bahasa
    melakar seribu soal
    mengolah bicara hati
    kadangkala tajam menusuk digeruni
    walau hanya berbekal
    sebatang pen sehelai kertas
    dari sudut gelap penjara
    dari belakang kawat duri
    boleh juga menggoncang dunia
    lihat sahaja sejarah dunia
    cendikiawan ulung
    walaupun mereka tiada lagi
    jasad dimakan bumi
    mereka tinggalkan pada kita
    bicara tanpa kata kekal selamanya
    buat kita hirup madunya
    teliti ilmunya kagum pada tuhan
    buat kita berterima kasih
    pada mereka si ilmuwan hebat
    walau ketika hidup tiada nama
    namun matinya penuh bermakna
    ilmunya penuh manfaat
    kekal bersambung sampai akhir hayat

    Mr tan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. CHOW KIT MARKET

    bukan hilang sebarang hilang
    hilang ia penuh penghormatan
    demi mencapai sebuah kemodenan
    hilang ia penuh pengharapan
    demi menuju sebuah kesejahteraan
    pasar tua pusaka 56 tahun lampau
    pelbagai ragam kerenah ada
    ada sudut hitam legap putih bersih
    semuanya ada di chow kit
    pasar warisan nenek moyang
    kini bakal berubah wajah
    seiring berubahnya keliling
    semakin menongkah langit
    bangunan makin meninggi
    namun chow kit tetap di bawah
    sudah lama mereka harap menanti
    agar ia kekal tinggi terbela
    itulah harapan warganya
    akhirnya kini harapan itu pasti
    chow kit bakal berubah
    mentari pasti bersinar cerah…

    Yusri Nawab
    sajak buat nasib pasar di chow kit road

    BalasPadam
  5. TIANG BERGOYANG

    tiang rumah bergoyang
    mengapa jadi begitu tiang cuma lima
    mengapa sukar terjaga
    benar sekali kata ibrahim
    kita umat lemah
    terima kasihlah pada muhammad
    sanggup tebalkan mukanya
    kurangkan bilangan rakaat
    terima kasih muhammad atas cintamu
    pada umatmu tiang rumah bergoyang
    kena jaga sebetulnya
    takut nanti terus patah
    terus menyembah bumi
    kita juga rugi takut terus tumbang
    tumbang tiada terhalang
    kita kecundang soal bicara pertama
    di hari pembalasan kelak
    sempurnakah solat kita
    jawablah sejujurnya hanya kamu tahu
    jagalah tiangmu itu pasti bahagia

    Nuri jaguh
    sajak keagamaan

    BalasPadam
  6. BUKIT KEPONG

    terpahat di lipatan sejarah
    peristiwa berdarah
    angkara sifat durjana manusia
    tiada batas nilai rasa kemanusiaan
    di zaman serba gelap
    peristiwa bukit kepong
    mana mungkin kita lupa siakan
    semangat juang wira bangsa
    cinta negara berkorban apa sahaja
    pertahan hak banteras segala batil
    peristiwa bukit kepong cukup besar
    kekal hati sanubari semangatpatriot
    yang tiada kenal kecut kalah
    hingga ke akhir darah
    walau tewas mereka di sana
    gugur di bumi tercinta
    mereka tetap menang di hati kita…

    Tetamu Malam
    sajak bukit kepong atuk aku dulu antara org terlibat yg meninggal di bukit kepong dulu

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Mr Tan dengan sajak tema sanjungan kepada sesaorang bertajuk; BICARA TANPA KATA mengatasi sajak yang sama temanya oleh Mohamad Bedawee bertajuk : KAGUM DENGAN KAMU. Dua sajak membicarakan tentang ketokohan sesaorang , tetapi sajak Mr Tan nampaknya lebih menonjol rasa universalnya kepada cerdek pandai terdahulu yang melakukan kerja bukan kerana nama , sekadar tingkah laku dan kikhlasan di hati kerana tuhannya, akhirnya bila mereka tiada namanya masih trpahat di hati dan lambaran sejarah. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Yusri Nawab dengan sajaknya bertajuk CHO KIT MARKET tema smboliknya tidak begitu kabur, berbeza dengan Madah Pujangga DIHULU SUBUH. Pembicaraanya terlalu sukar untuk kita cuba menangkap maksud dan penceritaanya.Yusri sekadar menceritakan nasib sebuah market lama dan terkenal di ibu kota yang penduduknya ingin mengekalkan dengan sadikitwajah baru daripada bantuan kerajaan agaknya. Demi mengekalkan sejarah dan keadaan sekelilingan di Chow Kit Market walaupun pembagunan lain cepat meningkat dilanda arus zaman pembangunan ini. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra. Nuri Jaguh dengan sajaknya bertajuk: TIANG BERGOYANG sama temanya dngan sajak Geletek Malam. Bertajuk: MALAMKU RENUNGKAN KEMBALI, keduannya betmakan keagamaan atau ketuhanan. Setelah diamati ternyata bicara Nuri Jaguh lebih umum , berbeza sdra, Geletek Malam sadikit rasa peribadi. Pengajaran dan penghayatan isi atau maksud sajak, ternyata lebih kepada Nuri Jaguh. Kini anda layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra. Nuri Jaguh dengan sajaknya bertajuk: TIANG BERGOYANG sama temanya dngan sajak Geletek Malam. Bertajuk: MALAMKU RENUNGKAN KEMBALI, keduannya betmakan keagamaan atau ketuhanan. Setelah diamati ternyata bicara Nuri Jaguh lebih umum , berbeza sdra, Geletek Malam sadikit rasa peribadi. Pengajaran dan penghayatan isi atau maksud sajak, ternyata lebih kepada Nuri Jaguh. Kini anda layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Tetamu Malam dengan sajaknya bertajuk: BUKIT KEPONG , Pembicaraanya agak sama temanya dengan sajak Nabil Quldi bertajuk SATU MALAYSIA. Memja dan mengenang akan sejarah tanah air dan menjadi satu kebanggaan rakyat Malaysia. Namun pengeloannya terasa kelebihan kepada Tetamu Malam dalam melakarkan sejarah yang lebih tepat dan menyakitkan. Di antara sejarah atau peritiwa yang berlaku dahulu dan kini sebagai kenangan genarasi muda. Layak untuk saymbara seterusnya .(SM)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. gergergergferf34wr23r

    BalasPadam
  14. t434t342tgrtrnhfghncbcv

    BalasPadam
  15. g34g34t32rrwgfvergdf

    BalasPadam
  16. 34t34r34frregvdfbdcgbc

    BalasPadam
  17. t34t34gf4w3trjyu7kiiu

    BalasPadam