Isnin, 19 September 2011

LAGHRO (SM)




Lalai leka terlupa semua sia-sia
tiada makna niat sudah kemas
awal sudah terpasang
azam sudah kukuh
di tengah jadi terpesong
jalan jadi bercabang
sekejap singgah sana sini
tujuan tak sampai sampai
tersekat tengah jalan
terleka dengan nikmat
terlalai dengan madu
terlupa hasrat fokus berselirat
semua jadi laghro belaka


Oleh; Puan Rosnah
sajak nasihat/28 Ogos 2011 9:05 PM



34 ulasan:

  1. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

    Sdra Suara Rakyat masih setia dengan blog ini diantara suara-suara yang ramai dahulu.Sajaknya kali ini bertajuk : PELANGI BIRU MERAH HIJAU.Penceritaannya masih berbau politik seharian yang sering mencabar mindanya. Sesiapa pun akan marah jika ada yang tidak kena dan Cuba memutar belitkan keadaan , fakta dan sejarah.di antara 3 lambang ini, suara rakyat semacam keliru jadinya. Tetapi apa yang penting siapa yang lebih banyak berjasa pada kemajuan Negara ini. Dan lihat saja permainan politik kotor , negara akan hancur demi kepntingan diri inividu itu sendiri. Kita mahu kemajuan negara, individu tidak kekal lama.Apa pun layak untuk kemenangan. Syabas! (SM

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRASWAJAH DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA

    Siri Ke Tiga puluh

    MENJELANG terbit matahari pagi Putera Wira Syakir bangun dengan keadaan tenang sahaja sambil membawa 4 biji bakul besar menuju ke tepian tasek. Dari jauh kelihatan berkemutih beribu biji telur angsa berbulu emas di sepanjang tepian tasek itu.

    Dengan pantas Putra Wira Syakir mengutipnya dengan penuh berhati –hati, jika ada yang pecah syarat ini akan terbatal, dia akan dikenakan denda, berkhawin dengan , malah dirinya akan dicampakan ke luar dari daerah tasik ini. bersusah payah dia mengutipnya sebiji demi sebiji sehingga matahari meninggikan diri.

    Sesekali terasa pinggangnya bagai hendak patah kerana terlalu lama membongkok mengutip telur angsa yang memutih itu, Apa yang anihnya setelah dikutip isi ke dalam bakul itu tidak juga penuh. malah bila dia pusing semula kebelakang masih banyak pula yang tertinggal. darimana pula datangnya telur-telur itu. Putra Wira Syakir terasa sebagaisatu keanihan.

    Sehingga matahari kian meninggi, satu bakul pun belum penuh, malah matanya terasa kian mengantuk, dalam kesamaran memerhati telur angsa di tepian tasek ajaib itu. Akhirnya dia terasa bagaikan terhoyong hayang perjalananya .Bagaikan hendak muntah dan pening melihat telur yang berkemutih dengan jumlah ribuan biji itu.

    Apabila matahari telah terbenam barulah Putra Wira Syakir tersedar dari tidurnya. Langkah terkejutnya dia. Bila mlihat empat biji bakul yang penuh berisi telur angsa. Dalam kesangsian itu dia trnampak beberapa ekor angsa yang pernah ditolongnya dahulu bersama kawan-kawannya, mengangok-angokkan kepala kepadanya.

    Putra Wira Syakir beterima kasih kepada angsa-angasa itu bersama kawan-kawannya, jika tidak sudah pasti dia akan icampakkan keluar dari daerah tasek ajaib itu. Dalam keadaan yang amat leteh , dia tidak sedarkan diri dengan apa yang telah terjadi. Angin gunung sepoi bayu terasa lembut meniup di tubuhnya .

    Pada malam itu dia telah diraikan dengan berbagai acara dan hidangan makanan yang lazatlaat bersama nyanyian dan tarian untuk Majlis kejayaannya memungut telur angsa itu. Dalam keadaan yang cukup mengasyikan itu dia teasa dirinya tidak terdaya megerakkan jarinya, Susana sepi di sekitarnya.

    Tetiba datang sekumpulan lebah berwajah manusia. Mereka mengangkatkannya dan membawa menyembah Putri Ratu Lebah yang sedang bersemayam di Istana mambang di awan. Ternyata di puncak gunung Mentra Ala mini banyak daerah dan perkapung yang anih dan ajaib, Ada tasek, kebun bunga dan istana yang indah bersama tuan puterinya yang cantek jelita.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. SEMUA BERGERAK

    Langit akhlak roboh diatas negeri
    Karena akhlak roboh
    hukum tak tegak berdiri
    Karena hukum tak tegak,
    semua jadi begini
    Negeriku sesak adegan tipu-menipu
    Bergerak ke kiri tapi
    pemutar kata bergerak ke kanan
    sambil tersandung tapi tetap
    di cuba bergerak ke depan,
    sedang penipu bergerak ke atas

    Karim Kramjit
    sajak sinis simbolik politik

    BalasPadam
  4. DI BALIK SEMUA INI

    sudah banyak kutenangkan diri
    coba mencari makna balik semua ini
    sebuah jalan dulu terikat pasti
    hilang takkala kita mencoba berlari
    sekarang kucoba melihat dunia
    di balik muramnya mata
    berlahan terbuka dan melihat cahaya
    tentang yang tak mungkin ada
    walaupun kau takkan pernah kembali
    hati ini melayang lebih ringan

    ABul Hassan
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. PERPISAHAN

    perpisahan adalah kematian kecil
    bagai yang hidup tapi
    selalu menunda kekalahan
    ditengah hingar bingar
    kata bijak impian tentang harapan.
    kereta pun berangkatengkau berkata selamat jalan hati-hati
    kudengar kereta semakin menjauh
    sejak itu aku tak lihat kamu lagi
    hingga ke hari ni genap 10tahun

    Badrolshah
    sajak ketika berpisah dgn sahabat hingga sekarang hilang tanpa khabar berita

    BalasPadam
  6. RABUL IZATI

    cinta kekal abadi sampai mati
    selama-lamanya ungkapan cinta
    biasa terlontar sering saja terucap
    kala sedang mabuk asyik
    hanyut di alam cinta
    alam ciptaan dua jiwa kadangkala penuh dusta manis seketika
    jika tiada jelas panduan
    ia cuma layak pada yang berhak
    hak paling hakikitiada galang ganti
    cinta agung penuh makna
    suci penuh barakah
    mutlak seorang hamba
    tuhan sang pencipta rabbul izzati

    Nurse Lisa
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Karim Kramjit dengan sajak sinis simbolik dan politiknya bertajuk: SEMUA BERGERAK. Sebagai Seorang yang saudara baru dalam hukum Allah atau mengenal agama dari langit dan cintakan tanah air dan ada kebebasan untuk bersuara atau beri pendapat, Ternyata bila ada berlaku percangahan dari apa yang dikatakan akhlak rosak atau hukum runtuh , negara akan jadi tidak menentu, bila ada pemimpin apa yang dicakap dilakukan jauh bertentangan dengan perentah Allah swt. Malah licik menipu dan memutar belitkan fakta masih bebas dan dibenarkan bergerak. Anda dibenarkan layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdara Abul Hassan sajak bertajuk DISEBALIK SEMU INI dan Guest dengan sajak KAU DATANG SAATKU masih tema cinta dan jiwa2 . Harap maaf pusingan kedua ini ada persaingan yang lebih hebat, semalam kesemua sajak jiwa2 terpaksa disingkerkan, kerana diberi laluan kepada sajak isu semasa yang menepati citarasa dini hari atau isu semasa . Apa pun usahala lagi dilain kali dengan sajak yang berlainan sadikit dari tema jiwa2 dan cinta ini. Harap maklum. Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sajak sdra Badrolshah yang bertajuk: PERPISAHAN bersama sajak Karim karamjit , jadi pelihan kami Untuk memberi laluan , kerana tema dan maksud penceritaannya yang menarik hati kami untuk diketengahkan. Apa pun kedua sajak ini , telah kami lakukan sadikit pembetulan, agar maksud asalnya tidak lari daripada apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Begitulah kehidupan kita selama ini. Apa yang kita harapkan jarang tercapai, malah menjadikan ingauan mimpi di malam hari. Setiap pertemuan dan perpisahan pastinya akan berlaku dalam kehidupan di dunia ini. Adalah terlalu biasa untuk kita. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


    Sajak Nurse Lisa bertajuk RABUL IZATI . nama tuhan yang mempunyai ketinggian. Apa pun bicaranya Cuma perbezaan diantara cinta dua insan bernama manusia dengan pezanya cinta kita kepada Tuhan yang maha esa. Yang menjadikan dan menghidupkan kita semua. Mana yang lebih abadi. Pembicaraannya mudah dan sesiapa pun boleh meneka. Cinta sesama manusia cuma seketika , cinta kepada Tuhan kekal abadi buat selamannya. Justeru ada persaingan yang lebih hebat. Harap maaaf kerana ada persaingan yang hebat sajak yang kurang kreatif dan puitis terpaksa dikeluarkan. Usaha lagi untuk lain kali. (TK)

    BalasPadam
  11. wah! angsa tu tolong dia balik

    BalasPadam
  12. baik btol angasa2 tu

    BalasPadam
  13. untung la dia ada org tolong

    BalasPadam
  14. wah! tiba2 ada org tolong plak?

    BalasPadam
  15. eh! ada jgk org tolong

    BalasPadam
  16. alamak! dia ada bantuan

    BalasPadam
  17. senang la keja dia

    BalasPadam
  18. panjang jgk cerita dia

    BalasPadam
  19. sajak puan rosnah mcm ni pun boleh menang? hehe

    BalasPadam
  20. eh! sajak lagro rupanya puan rosnah menang

    BalasPadam
  21. itik angsa itik dgn angsa sama ke?

    BalasPadam
  22. semua kesalah abang dia telah ditesbu balik

    BalasPadam
  23. smua angsa tu tolong dia ke?

    BalasPadam
  24. sajak puan rosnah xde puitis pun boleh menang

    BalasPadam
  25. sajak senang je dari puan rosnah untung dia menang

    BalasPadam
  26. panjang jgk cerita ni

    BalasPadam
  27. smpai berap siri cerita ni?

    BalasPadam
  28. Biasaanya kalau hari tidak lebih baik dari semalam, seorang ahli saufi berkata : Laghro bermaksud, setatik tidak berubah. tema mungkin
    pembentukan akhlak. mesejnya mudah.

    Kemenangannya ada hikmahnya, dapat
    juga juga membantu isteri tuan haji
    mengelola 4 orang budak yang hilang itu.
    Harap kembali segera sembuh. Amin

    BalasPadam