Isnin, 19 September 2011

KETARA (SM)





Ada ketara susuk insan
tiada bentuk tiada rupa
hidup mengeletar menyelubung kalbu
percik kurnia tak terselami
berlalu berlipat
memahat rencana mengukir cita
kita bukan satu lagi dari satu
kita lebih satu dari lagi satu
akankah datang? bunyi kunanti
dari sekelopak bibir
yang menyebut kata
kata terindah di dunia

Oleh: Ambuyak
sajak simbolik/27 Ogos 2011 9:38 PM
sajak pilihan warga citra rasa.




30 ulasan:

  1. SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


    Sdra Ambuyak dengan sajaknya bertajuk KETARA. Pembicaraan yang bersimbolik agak umum dan berbagai andian boleh ditapsirkan. Apapun manusia selalunya lemah dan serba kekurangan,tetapi setengah manusia masih engan mengaku kelemahan, malah lebih angkuh daripada yang menciptaNya.manusia sebenarnya sering perlu memerlukan dintara satu sama dengan yang lain.di hari dan bulan yang mulian ini sepatutnya menginsafi diri , banyak-banyaklah menyebut dan memuji nama ilahi sebagai insan yang lemah dan kepadaNya kita kembali. Layak sayembra
    Seterusnya (SM)

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRASWAJAH DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA
    Siri Kedua puluh sembilan.. (BB)

    Kerana kejayaannya itu Putra wira Syakir telah diberi penghormatan dan dilayan dengan sebaik mungkin sepanjang malam itu. Berbagai acara telah di pertonokan kepadanya, seperti tarian dan nyanyian masyarakat dan kebudayaan sang Pemaisuri Ratu Kalkatu
    Malah dia diberi layang yang cukup istimewa oleh dayang-danyang di istana sang Pemaisuri Ratu Kalkatu itu. I sediakan tempat tidur yang cante kan indah dan makanmkanan yang laat lazat Sehingga Putra Wira Syakir tertidur lena di ataskatil pembaringannya.

    Dalam keadaan sedar dan tidak sedar itu , dia terasa dirinya hilang entah kemana . kemudian dia terdengar sayup-dihujung telinganya , helai ketawa suara wanita mengelilinginya, terasa dirinya seperti sedang diberi rawatan dan di kelilingi beberapa orang wanita cantek dengan senyum yang menawan. pelahan dia membuka mata.

    Apa yang dia tahu dirinya kini berada pula di sebuah istana yang cukup indah ditepi sebuah tasik di pucak gunung Mentra Alam. Terlalu anih dirasakan. Bagaimana dia boleh berada di atas peraduan yang indah ini. “Dimana hamba sekarang?” bertanya Putra Wira Syakir dengan perasaan yang amat menghairankan.

    Tetiba dia terdengar suara seorang wanita berkata , “Selamat datang dan jangan susah hati tuan hamba berada di daerah kami, bangsa angsa berwajah manusia. hamba bernama puteri angsa emas, dan bersama saudara hamaba .yang ini angsa putih, angsa hitam dan angsa kelabu, mereka semua adalah saudara hamba semua.”

    Melihat keadaan itu Putra Wira Syakir menjadi cukup terharu, malah menghairankan di puncak gunung pun boleh ada sebuah tasek ajaib bersama istana dan puteri angsa yang cantek jelita, terasa membakar rasa kelelakiannya.
    “Kami menyambut tuan hamba dalam keadaan terlena ditepian tasek ini, kami membawa tuan hamba ke intana ini, Sebenarnya kami semua memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami, untuk membebaskan diri dari sumpahan di tasek ini. Kami berempat tertarik pada tuan hamba dan bersedia untuk menjadi isteri kepada tuan hamba.” kata puteri angsa mas itu.

    “Maakanlah hamba wahai Pemaisuri ratu puteri angsa emas yang cantek rupawan?” jawab Putra Wira Syakir dengan penuh rasa rendah hati.

    “Tetapi ada syaratnya pula. mulai esok tuan hamba kena mengutip telur angsa peliharaan kami disepanjang tasek, tanpa memecahkannya, jika ada yang pecah , tuan hamba terpaksa berkhawin dengan hamaba. Mulai dari terbit matahari hingga tegelam matahari untuk mengisinya dalam empat buah bakul besar itu sebagai hantaran perkhawinan, jika gagal rakyat kami akan mencampakkan tuan hamba ke luar dari tasek ini.”

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. AYAH KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI

    bila ayah kencing berdiri
    bagaimana si anak nanti
    pasti kencing berlari
    bila si anak kencing berlari
    bagaimana si cucu nanti
    pasti kencing lari berganti
    pepatah kata orang tua
    pasti ada isi benarnya
    corak putih kain si anak
    ibu bapa mula coretkan
    jika coretan indah warna
    hasil didikan penuh pandai
    hasil asuhan iman taqwa
    pasti indah sekali hasilnya
    hasil yang soleh solehah
    mukmin mukminah pasti bahagiakan
    tika kita masih di dunia
    kala kita di kubur sana
    sejuk nyaman pasti terasa
    bila ayah kencing berdiri
    mungkin terlupa agaknya
    si anak harus ingatkan sedarkan
    natijah sama rasa bahagianya

    Muhamad Akmal
    sajak pengajaran

    BalasPadam
  4. BUTA SEJARAH

    ramai buta sejarah
    itu sememangnya fakta bukan auta
    usah disangkaltiada guna menyangkal
    terkadang buat terlupa
    takut periuk nasi tiada
    terkadang sememangnya buta
    kisah lama terbiar tanya si kecil
    terkadang lebih petah bicara
    hebat mengulas fakta
    hingga terdiam si tua
    cuba tanya si tua
    terkadang lebih telus kata
    sejarah fakta diadun mesra
    hingga terlopong si muda
    kenapa terjadi demikian rupa
    jawapannya cukup mudah
    kita sebenarnya menghafal sejarah
    belajar cuma untuk lulus periksa
    lepas periksa semuanya terbiar sepi
    sejarah sebenarnya kita tak hayati
    itulah silapnya

    Lagenda Pulau
    sajak sinis

    BalasPadam
  5. KAU DATANG SAATKU

    Kau datang saat ku jemu layu rindu
    Rindu seorang berharap cinta
    akankan datang menemaniku
    Kau datang tawa dan senyuman
    Berikan sebuah cahaya menyilaukan
    Saat itu ku bahagia tertawa
    Walau hanya diam
    bibirku kelu Badanku kaku
    hatiku luluh saat kau kepakan sayap
    Indah itulah rasakan saat itu
    Nikmat dunia bukanlah
    suatu perkara yang kupikirkan
    Hanya dirimu yang kurindu
    Masa yang indah dan susah
    kita lalui bersama tanpa derita
    Karenaku punya rasa selalu berbunga

    Guest
    sajak cinta

    BalasPadam
  6. SENGATAN MATAHARI

    desir angin tak lagi menyentak
    mengugurkan tegaknya susuk
    dalam deraan panas padang sawah
    bunga gugur ke tanah kering
    menggelepar sebagai sebuahkerinduan
    kepada tanah selalu menjanjikan
    tunas bagi biji-biji yang terpilih
    untuk tegak sebagai pohon baru.
    Jika ini sebuah monolog
    terimalah sebagailambangtak terperi
    sesuatu alur kehidupan selalu Diantara tanah kering
    dan sengatan panas matahari
    engkau relakan sebuah hidup,
    untuk kehidupan yang lebih besar

    Gelora Maya
    sajak ni bukan sy punya sajak profesor sy kat indon dia selalu tgk blog ni tp xpdt nk masuk jd dia guna sy utk hntr sajak dia

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sajak Muhamad Akmal bertemakan pepatah nampaknya: AYAH KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI.Bicaranya mudah , kalau bapak buat sesyatu yang kurang menarik , besar kemungkinan anak yang melihatnya, akan melakukan yang lebih teruk lagi. Malah cucunya pula
    Akan tambahdua kali ganda lebih teruk daripada atuk dan ayahnya.Maka jadi bertambah kacau dan pincanglah keadaannya. Jadi sebaiknya kita kena ada sifat tegur atau nasihat sesama kita, tidak kira pangkat dan kedudukannya. Harap maaaf kerana ada persaingan yang hebat sajak yang kurang kreatif dan puitis terpaksa dikeluarkan. Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Lagenda Pulau dengan sajak sinis sejarahnya bertajuk : BUTA SEJARAH. Nah! Ternyata kian ramai anak-anak gendarasi kini tersalah menangkap tapsiran sejarah . lebih lagi setengahnya sengaja pula di putar belitkan oleh pihak tertentu, kerana mencari pengaruh publasiti murahannya. Tetapi dunia tidak akan tersenyum . Malah pewaris yang terlibat juga akan marah jika sesuatu keadaan yang benar telah berlaku dan menimpa keluarga mereka cuba diputar belitkannya pula. Sebenarnya kita jangan lupa, belajar sejarah perlu jadikan ianya untuk mengukuhkan jati diri kita. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdara Guest dengan sajak KAU DATANG SAAKU dan Abul Hassan dengan sajak DISEBALIK SEMU INI punya tema cinta dan jiwa2 . Harap maaf, pusingan yang kedua ini persaingan yang lebih hebat, semalam kesemua sajak jiwa2 terpaksa disingkerkan, kerana diberi laluan kepada sajak yang menepati citarasa dini hari. Apa pun usahala lagi dilain kali dengan sajak yang berlainan sadikit dari tema jiwa2 Harap maklum. Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Gelora maya dengan sajak gurunya seorang profesor tanah seberang kebarangkalian. Bertajuk: SENGATAN MATAHARI.Pengucapannya agak menarik dan pembicaraannyanya mengingatkan kita pada satu amanat atau pesannan dalam roda kehidupan ini , carilah yang terbaik, agar kita meninggalkan sesuatu yang memberi mamfaat buat genarasi yang tinggal, agar satu kehidupan yang lenbih besar boleh dibanggakan di kemudian hari. Aapa pun puisinya boleh diangkat untuk layakmenyertai sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. sajak politik ambuyak ni?

    BalasPadam
  12. eh! ambuyak pun dpt jgk ke?

    BalasPadam
  13. nmpknya byk geng politik yg menang ke lonodon

    BalasPadam
  14. ambuyak menang ke ingatkan dia kalah

    BalasPadam
  15. sajak ambuyak agak sinis jgk?

    BalasPadam
  16. sajak politik ke?

    BalasPadam
  17. eh! sajak ambuyak plak

    BalasPadam
  18. nmpknya smua yg menang kali ni

    BalasPadam
  19. semud benda dia x pyh buat la nampaknya

    BalasPadam
  20. eh! semua kejayaan syakir ada org tolong rupanya

    BalasPadam
  21. syakir di bantu sepenuhnya

    BalasPadam
  22. rilex la syakir nampaknya

    BalasPadam
  23. snenag hati la syakir ni

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam