Khamis, 22 September 2011

BIASA SAJA (SM)



sajak pilihan ke london 

Dalam kelat ada manis
tangis ada suka
derita ada bahagia
hidup ada mati hidup di pentas fana
pura-pura itu biasa
pijak kepala itu biasa
tikam belakang itu biasa
mulut manis itu biasa
korupsi itu biasa
yang biasa itu biasa
yang biasa itu celaka
yang celaka itu melata
mana si luar biasa
yang suci tiada noda
yang hebat tiada cela
yang maksum tiada dosa
untung si luar biasa…

 
Oleh: Tinta Bayu
sajak nasihat/27 Ogos 2011 9:39 PM
biasa dalam payah ada mudah



30 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sdra. Tinta Bayu dengan sajak ciptarasanya bertajuk BIASA SAJA. Sajak semacam bermadah atau ingin berfalafah pula.apapun dia bentuk nasihat yang tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian semacam normal atau terbiasa sukar kita menilainya. Inilah bezanya seorang penlis puisi dengan orang biasa.ahli fikir biasanya satu ibadat jika kata yang baik dan memberi mamfaat atupun nasihat. .kata orang Bukan mudah nak jadi senang, dan bukan payah snak jadi susah. Layak utk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRASWAJAH DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA

    Siri Ke Tigapuluh satu

    Di istana mambang di awan inilah Putra Wira Syakir diberi rawatan untuk memulihkan tubuhnya yang lemah dan sakit bagaikan tidak bermaya itu. Apabila Putra Wira syakir tersedar dia tidak rasa takut kerana diberi layanan dan kemesraan serta dikelilingi oleh dayang-dayang tuan puteri Ratu Lebah yang cantik jelita berwajah manusia itu.

    Setelah diberi makan dan minum serta rehat secukupnya. Kini Putra Wira Syakir pun mulai berasur puleh seperti sedia kala. Dia mulai merenung lagi ke puncak Gunung Metra Alam itu. Dia terasa tidak jauh lagi perdakiannya. untuk samapi ke puncak. Walau apa pun terjadi dia mesti bersabar dan berhati-hati.

    Kini dia benar-benar rasa terhibur dengan layanan yang diberikan oleh penghuni di istana mambang di awan ini. hatinya mulai rasa terpikat dengan kecantikannya mahu rasanya dia ingin mengawini sang puteri ratu lebah ini juga berseorangan dan bersedia untuk dijadikan isteri. Tetapi peluang ini telah ditolak oleh Putra Wira Syakir.
    “Hamba datang ke sini untuk mencari saudara sulung hamba yang sama sieras dengan hamba,” Katanya.

    Mendengar kata-kata Putra Wira Syakir itu, semua penghuni sang lebah itu begitu simpati, namun dia tetap disambut juga oleh dayang-dayang di istana mambang di awan itu dengan tepuk sorak dan riuh rendah bunyinya.

    Tetapi Putra Wira Syakir kena melaksanakan satu syarat lagi, sekiranya dia tidak berjaya akan dikenakan hukuman berkhawin dengan tuan puteri Ratu Lebah itu. jika dia enggan nescaya dirinya akan disumpah menjadi batu.

    “Esok mulai terbit matahari sehingga terbenam matari Putera Wira Syakir kena mencari madu bunga yang banyak terdapat disekeliling istana ini dan mengisinya kedalam sebuah sarang lebah tualang yang panjangnya sama dengan ketinggian dirimya.” kata sang Putri ratu Lebah.

    Hati Putera wira Syakir bagaikan rasa amat tercabar sebagai hak keinginan seorang lelaki. Dia sanggup melakukannya demi untuk mengelak dari berkhawin dengan Puteri Ratu lebah itu.

    “Ya! hamba sedia melaksanakannya tuan puteri Ratu Lebah yang cantek rupawan” jawab Putra Wira Syakir dengan penuh keyakinan, walaupun sudah dua kali dia telah berjaya melaksanakan tugas yang diberi selama ini.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. BERCICIRAN DARAH

    berciciran darah berkepulan asap berkobaran api empat syuhada ke langit dari bumi
    Gemuruh langkah semakseluruh negeri
    Beribu bangunan roboh,
    dijarah dalam huru-hara ini
    Dengar jeritan beratus orang berlarian dikunyah api
    Mereka hangus-arang,
    siapa dapat mengenal lagi
    Bumiku sakit berat,
    dengarlah angin menangis sendiri

    Vijay Kumar
    sajak dari utaya sy minta tolong dia

    BalasPadam
  4. OTAK MAMPUKAH BERTAHAN?

    Hilang ingatan
    gila memiliki siap membatasi
    mencintai dibenci
    setulus apapun noda pada akhirnya
    Pengertian adalah bom berjalan
    Sanggupkah hatimu
    menampungnya selama perjalanan
    Mampukah otak manahan setiap alasan
    Pada saat hatimu terlalu penuh
    Otakmu banyak tanda tanya

    Zain Issac
    sajak pertanyaan

    BalasPadam
  5. 60 MINIT

    Paling enak 60 minit ini?
    Berkeringat kusandarkan badan
    mata mula mengantuk.
    Kuhitung jari jemari dan kerut dahi
    Perut ini keroncongan
    akhirnya mulut ini tertawa.
    60 menit tetap seperti ini
    hanya badan dan emosi ini sendiri.
    perasaan ini sakit hati ini.
    Bualan ini dan impian ini.
    wajah selama 60 menit
    bayanganmu selama 60 menit
    Ini sangat nyata semuanya
    hanya untuk 60 menit ini.
    kutawarkan lagi ternyata
    60 menit ini indah,
    sepi dan lanjutkan hidup.

    Haji Khali
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. FATAMORGANA CINTA

    Mengalir pada untaikata indah mesra
    Terhanyut lepaskan dahaga hilang
    Berikan rasa tulus
    Tenangkan hati untuk saling berbagi
    Disepanjang waktu bunga berkembang
    Harumkan tubuh hingga terasa ringan
    Hingga terbang terbuai angin
    kuasa alam sanggup merubah arah
    Cinta mengalir membuat kita bahagia
    Namun cinta juga membuat kita jatuh
    Cinta adalah ketulusan kejujuran
    Tanpa itu hanya fatamorgana Cinta…


    Pendekar Waja
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sajak bantuan dari seorang penulis keturunan India rakyat Malaysia, sdra Utaya Sangkar oleh Sdra Vijay Kumar bertajuk: BERCICIRAN DARAH . Pengucapannya memang ada daya kreatif dan puitisnya, Penceritaanya agak kabur tetapi sinis, semacam melihat gambar abstract berbagai andain boleh ditafsirkan, namun ada mesej besar yang hendak disamapikan. Mungkin pergolakan dunia yang kita lihat dini hari, PBB bagaikan diam membisu. Kuasa besar rangkus bertindak sesuka hati, menghalalkan cara untuk kepentingan diri. Menjadikan penulis rasa resah gelisah melihat bumi atau negara yang kian tenat dengan perang dan keganasan yang tidak ada arti kesudahan. Sekadar andaian sahaja.Layak dicalunkan seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sajak bertajuk: OTAK MAMPUKAH BERTAHAN oleh Sdra Zain Issac . Pengucapannya pun agak biasa bersaingan dengan tuan haji Khali. Apa punpenyampaian sajak OMB terasa agak longar sadikit, terutama pada penutup penceritaannya. Diantara otak dan hatimu mengelirukan. Apapun cerita tentang delema sesaorang yang berat menanggung beban , sering berfikir mungkin bagi atau cuba mengatasi masalah kemelut dalam kehidupan. Maaf cuma di sini, terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Tuan Haji Khali bersama sajaknya yang bertajuk: 60 MINIT. Agak melucukan, tetapi punya maana dan simbolik yang tersendiri. Pengucapannya agak biasa bagaikan ada unsur glamour , Tetapi mesejnya yang perlu diperhatikan. Usia 60an ini satu bonus buat mereka yang bernasib baik diberi atau dikurniakan oleh Allah swt. Mungkin kehidupan diakhirat lebih panjang berbanding kehidupan di dunia ini, maka 60 tahun rasanya sama 60 minit kebarangkalian. Apa pun hati dan perasaan tidak pernah tua dan Masih berkata aku baru semalam datang sebagaimana mimpi semalam. Kekadang lebih berani mencabar keadaan luar biasa . Cuma andaian . Layak untuk diberi peluang dicalunkan seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Pendekar Waja dengan sajak bertajuk: FATAMORGANA CINTA . Pengucapannya agak
    Mengelirukan. Jika diolah dengan baik dan cari parkataan yang lebih bersusaian pasti dapat lagi menghidupkan penceritaan dalam sajak ini.Tajuknya sudah bagus, mesej pun ada, walaupun kurang jelas buat mereka yg bukan orng yang kurang berfikir dari seni daya kreatif. Cuma penyampaiannya saja sadikit agak kurang mantap, jika ada unsure-unsur ini pasti terserlah daya kreatif dan puitisnya.Apa pun masejnya tentang orang yang kecewa menilai cinta sama seperti gagal menangkap mimpi di malam hari. Kata orang seperti melihat kalamayor dijalan raya atau renekkan air di padang pasir. Kerana persaingan hebat dengan sajak yang lain. Harap maaf sajak anda terpaksa berhenti di sini , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  11. sajak tinta mcm biasa je tp boleh menang?

    BalasPadam
  12. sajak biasa2 dari tinta boleh menang plak? adoi

    BalasPadam
  13. tinta bayu dgn tinta azimad dua beradik ke?

    BalasPadam
  14. tinta bayu paling untung sajak x puitis pun dpt ke london!

    BalasPadam
  15. saj2k biasa2 je tinta ni pun menang????

    BalasPadam
  16. wah! 2 tugas dia dpt laksakan?

    BalasPadam
  17. ingatkan dh hbis rupanya ada tugas lagi?

    BalasPadam
  18. dgn mudah je dia dpt laksanakan 2 tugas

    BalasPadam
  19. semua tugas bukan dia buat boleh la...hhehe

    BalasPadam
  20. semua bnd ahaiwan yg tolong

    BalasPadam
  21. syakir mmg byk rezeki dia

    BalasPadam
  22. semua benda haiwan yg tolong boleh la... hahhaa

    BalasPadam
  23. untung syakir dia xpyh buat apa2

    BalasPadam
  24. mudah je keje syakir ni

    BalasPadam
  25. nmpknya snang la keje dia lps ni

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. 45y45y45ty54t34tegfdg

    BalasPadam