Khamis, 4 Ogos 2011

TUA DI KAKI LAUT (2)




sajak sayembara lelaki utama


Seorang tua di kaki laut
tatkala tirai siang mula tertutup
di saat tabir malam mula berlabuh
di waktu sang camar mula berteduh
bilal mula melaungkan panggilan
kakinya masih terasa kaku
tiada daya mengatur langkah
sudah hilang upaya dirinya
tongkat peneman tergenggam erat
terbayang sejenak waktu dahulu
waktu sebegini lincah
kaki mengorak langkah
menggalas beban rezeki laut
pantas mengejar 27 pahala
ke sana ke sini tiada halangan
namun itulah ketentuan kehidupan
usianya kini sudah di lewat senja
kudrat tua jelas membatasi diri
cuma hanya mampu berserah
agar perjalanannya dipermudah

 
Oleh: Orang lama
sajak mengenang nasib diri sendiri,
/28 Julai 2011 2:18 PM




45 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Orang Lama nampaknya masih bertenaga mencipta sajak dengan tajuknya agak menarik. TUA DI KAKI LAUT . Pengucapannya sememang menarik pada tiap ungapan punya daya kreatif.dan puitis memaparkan cerita. walaupun tema biasa , isu kecil mengenang nasib diri seorang pelaut tua, .disamping usianya yang kian mengesut di hujung senja, namun nostalgianya bersama tugas harian mencari rezeki di kaki laut, masih kental semangat untuk merebut peluang 27 pahala solat berjumaah. Malah ketuaannya merampas segala pergerakannya. Kini cuma fasrah agarperjalanannya lebih mudah diperkenankan allah swt. Amin. Apa pun tahniah kerana sampai ke penghujung sayembara ini. Walapun di berikan tempat kedua dalam kategori lelaki utama (2).

    Oleh: Tinta dan Qalam.

    BalasPadam
  2. RAMADAN DAN KELEBIHANNYA




    Ada 6 perkara pesanan daripada hujjatul islam
    (iman Al Ghazali) bila kamu berpuasa jagalah:

    1. Mata kamu
    2. Lidah kamu
    3. Tinga kamu
    4. Tangan dan kaki kamu
    5. Perut kamu
    6. Meletekaan harapan kepada Allah swt
    7. Dengan penuh rasa ikhlas di hati.


    Pendapat ulamak Hujjatul islamiah
    Imam Al ghazali rahimahullah.

    BalasPadam
  3. 1. ORANG TUA PANDAI BERENANG.


    PADA satu hari, ada tiga orang graduan muda daripada Universiti tempatan pergi ke se buah kampung terpencil di daerah Kerian Laut Kuala Kurau, Perak,Mereka diminta oleh penyarah di univeriti tersebut untuk membuat kajian tentang tumbuhan ekologi bakau di persisiran sungai Kuala Kurau. Mereka pergi dengan menyewa sebuah perahu seoang tua di kampung itu.

    Seorang daripanya bertanya pada Pak cik tua, “Berapa umur Pak cik?” orang itu
    pun tersenm,”lebih kang 60 tahun,” jawab Pak cik pendayung perahu itu, “Pak cik tak tahu tentang ilmu Biologi, Ekologi, Astronimi dan Sosialogi,?” “Tak tahu,” jawab Pak cik, satu soalan yang tidak pernah didengarinya selama ini.
    .

    Ketiga pemuda bakal geraduan itu terus ketawa sinis, “sia-sia umur Pak cik selama ini , rugi, jahil dengan ilmusains”. Pak cik diam , terus mengayuh perahunya. Dalam hatinya rasa tercabar.dengan pertanyaan itu.

    Tiba-tiba di pertengahan sungai perahu itu dimasuki air, ketiga orang pemuda
    itu merasa cemas, “Siapa diantara kamu yang boleh berenang?” Tanya Pak cik itu.secara sepontan, Semuanya diam tidak menjawab.maing-masing memandang sesesama sendiri, muka kelihatan pucat tidak berdarah, “Sia-sialah kamu, jika mati tanpa ilmu berenang”.

    Oleh Nurimanja,
    13/8/07 jam 8.00malam.


    disusun semula secara bebas.
    T A M A T

    BalasPadam
  4. BERCANDA

    Jikalau takdir dalam canda,
    Mengatur ruang dan waktu,
    Bermain dengan kemungkinan,
    Dalam usaha pertemukan kita kembali
    Janganlah ragu mengetuk pintu hati
    Semoga ia belum terisi,
    senyum penuh dan langit tanpa cela
    angin bawakan aroma bunga liar

    Zuraifah
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. DIARI INI

    Kupungut sisa kata masih tercicir
    Dibuku diary lima tahun lalu
    banyak namamu hiasi kertas usang
    Kueja satu demi satu
    waktu yang kulalui bersama
    tanpa mampu mengartikannya
    Hingga butiran bening
    mengalir disudut mataku
    yang indah katamu kala itu
    Tapi mengapa bukan kamu¦
    Apakah ini jelmaanmu
    Yang sengaja kau kirim
    untuk kebahagiaanku
    Tidak mungkin andai masih mungkin
    Dan aku dapat berpaling.

    Dewi Sageenta
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  6. ADA SESUATU

    Ada sekilas peristiwa
    di benakku belum menemukan jalan mencapai hujung bibir.
    Ada sesuatu begitu
    mudah terseret angin.
    ada beberapa kata sederhana
    yang belum menjadi kalimat.
    Ada sebuah perasaan dalam
    hatiku lebih baik tetap di hati.
    Ada beberapa hal yang
    mudah larut dalam gerimis.
    beberapa kata sederhana
    bukan untuk diungkap dan didengar.

    Srikandi Juwita
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SUKA RIA

    Bebaskan fikiran Lepas kegundahan
    Hilangkan kepenatan
    tak perlu fikir upah
    Tak perlu sukses dan hak interalasi
    Tak perlu konversi minyak ke gas
    Nikmati apa yang ada
    Buat apa fikir susah-susah
    Lebih baik kita bergembira

    Tengku Anita
    sajak bergembira lps tension berkeja

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Zuraifah dengan sajaknya BERCANDA. Masih juga dengan sajak jiwa-jiwa walaupun telah dua kali berumah tangga.dulu selalu kena pukul dan belasah, bercerai berai sudah, kini dengan taip sudah okeykan? Mengapa masih mahu bercanda pula? Sajak lama atau bercanda dengan Taip Agaknya? Apa pun sajak kisah orang muda punya biasa kurang diberi perhatian. Cuma disini (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Dewi Sageenta masih lagi mahir dengan sajak jiwa-jiwa bertajuk; DIARI INI. Pembicaraannya membuka diari lama yang berusia lima tahun lalu. Ksah seaktu bersama dengan si dia dahulu, mungkin kini terjentek kembali tetapi mana mungkin dapat terakam ataupun toleh kebelakang kembali. Mengucapan biasa dalam kehidupan manusia yang sering dilamun memori. Hanyalah di sini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Srikandi Juwita dengan sajaknya ADA SESUATU ataupun dengan kata lain TIDAK TERUCAP. Bicaranya mudah, bagaikan ada sesuatu yang tidak terucap, begitu untuk menjaga hati, atau perasaan sesaorang.lalu disimpan saja dalam hati, dengan kata lain makan hati , jika tidak diluahkan.apa yang terbuku di kalbu. Jika engan untuk diungkap ataupun didengar, mana mungkin orang lain dapat tahu? Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Tengku Anita dengan sajaknya bertajuk SUKA RIA, Bicaranya tentang tanggung jawab dan terus bertugas dengan keadaan relax, biasanya tidak akan mengalami rasa tekanan ataupun tensión. Soal utama kerja dengan ikhlas dan amanah tidak kira sangat tentang upah. Nescaya dia dapat pahala, Dan kejayaan dalam kehidupan yang penuh dengan ketenangan.Maka inilah disebutkan suka ria. Sebaiknya tiap kerja dianggap ibadat Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  12. bagi sy sajak org lama lebih menarik tp keputusan qalam memihak kpd sy hrp org lama x kisah

    BalasPadam
  13. masa sayembara lps persaingan agak sengit antara pak bostamam dgn orang lama

    BalasPadam
  14. org lama sajak kali ni agak sedih jgk

    BalasPadam
  15. sayu je hati baca sajak org lama ni

    BalasPadam
  16. org lama suka buat sajak sedih2

    BalasPadam
  17. org lama dgn mat noh dua2 suka bagi sajak sedih2 pnya

    BalasPadam
  18. org lama ni nelayan ke?

    BalasPadam
  19. kena jaga 7 perkara ni ke?

    BalasPadam
  20. 7 perkara ni aku langsung x jaga bahaya ni lps ni kena perbaiki

    BalasPadam
  21. byk rupanya yg kena jaga

    BalasPadam
  22. byk bnda kena jaga sebenarnya ni

    BalasPadam
  23. lps ni kena perbaiki 7 benda ni la

    BalasPadam
  24. alamak! byk benda aku x jaga ni

    BalasPadam
  25. sama2 bermuhasabah diri

    BalasPadam
  26. puasa bkn setakat tahan lapar dgn dahaga je

    BalasPadam
  27. bahaya kalau x jaga 7 perkara ni

    BalasPadam
  28. menarik perkongsian ni

    BalasPadam
  29. org bkn islam pun kena jaga jgk ka 7 perkara ni en nuri?

    BalasPadam
  30. 7 perkara je ke kena jaga atau ada lagi?

    BalasPadam
  31. hahaha pandai pakcik tu hentam dorg balik

    BalasPadam
  32. padan muka dorg tu kena balik!

    BalasPadam
  33. tu la nk hentam org kaji selidik dulu? hahaha

    BalasPadam
  34. kesian kena hentam balik? hahahaha

    BalasPadam
  35. btol apa yg pakcik tu kata sia2 dorg mati muda... hahahaha

    BalasPadam
  36. apa pnya org muda tu biadap kata kt org tua tu mcm tu? tp kesian dorg kena balik! hahahahaha

    BalasPadam
  37. tu la padan muka biadap sgt dgn org tua!

    BalasPadam
  38. lain kali jgn thu bedal org je sekali kena bedal balik bru thu! hahahaha

    BalasPadam
  39. selamba je org tu jawab balik... hahahaha

    BalasPadam
  40. sian org muda tu kena balik org tu smish! hahahahahaha

    BalasPadam
  41. itulah pasal pandai2 dorg pun org tua tu lagi pandai! hahahaha

    BalasPadam
  42. msti tebal muka bdk2 tu sbb x reti berenang! hahahaha

    BalasPadam
  43. sekali kena hentam balik dgn org tua tu baru ada akai! hahahaha

    BalasPadam
  44. sajak orang lama memang ada daya kreatif dan puisitis ungapannya.

    krana bulan menyambut kemedekaan dan sempena hari pahlawan, kami cari tema yang besuaian dengan keadaan.

    BalasPadam
  45. bagi cukup 45,
    cerita dalam tuan rumah disangka kedekut itu, berbeza dengan haji bahil dalam filem labu labi, bahil dia bertempat. kalau perempuan yang minta derma semua dia bagi. ada
    udang sebalik batu...

    BalasPadam