Sabtu, 6 Ogos 2011

PUJA NAJIS DADAH






Apa mahu kesah
usia masih mentah
badan masih bergetah
habis semua diredah
redah sampai rebah
terngadah habis datang musibah
bawa sejuta masalah
peningkan mak ayah
cakap pantang dibantah
terus cepat memangkah
mata tak nampak rumah
jadi tempat singgah
badan makin lemah
kaki tak daya melangkah
hidup sudah musnah
puja najis dadah jadi sampah…


Oleh; Ustaz saad
sedih melihat anak melayu bergelumang najis dadah
2010 Disember 21 11:06




49 ulasan:

  1. 1 ulasan:



    Ustaz Saad ini mengajar di sekolah mana dulu? Rasa semacam pernah dengar. kalau betullah Saad Sagger. Apa pun pengucapanya amat mudah tidak berselindung lagi. Kisah kehidupan segelinter anak muda kini dengan penyakit najis dadah. Ramai ibu bapa yang berendam air mata dan makan hati langsung mati. Apa bila anak yang diasuh dan disayangi setelah besar jadi pembantah, mengikari akan nasihat ibu bapa, malah mengherdek dan menipu, ibu bapa dan keluarga, malah telah menjadi bangkai bernyawa, sampah masyarakat, dengan lelaki jadi betina. Apa nak jadi dengan penyakit dimurkai tuhan ini? Jagalah anak cucu kita jangan terjebak di dalam kancah najis dadah ini. Amin

    Oleh: Qalam Mutiara.
    20 Disember 2010 11:20 PM

    BalasPadam
  2. 2. NAMPAK KEDEKUT HATI DERMAWAN.


    DI SEBUAH KAMPUNG yang aman dan damai,pendapatan penduduknya cukup sederhana, dari kejauhan kelihatan dua orang hamba Allah berpakaian kemas, bersongkok hitam di kepala berjalan menuju ke sebuah rumah besarnya sederhana saja bentunya.Mereka pengutip derma untuk membina sebuah masjid di kampung yang lain.

    Bila mereka berdua datang ke sebuah rumah seorang Pak Haji di kampung Hulu Langat Kelangitu. Dengan senang hati Pak Haji menjemput mereka naik dan masuk
    ke rumah Pak haji, seperti orang sudah lama kenal, belum sempat salam diberi.

    Semasa mereka hendak mengeluarkan buku pungutan derma dalam beg,
    mereka melihat Pak Haji mengeluarkan se kotak rokok pucuk daun nipah, dan segera di hulurkan seorang se batang, bila seorang daripada mereka hendak mengambil mancis api di atas meja, Pak Haji menghalangnya, lalu diberinya api daripada puting rokok yang sedang dihisapnya.


    Kedua pengutip derma masjid itu pun rasa terkejut, dan berkata di dalam hatinya, pasti Pak Haji ini seorang yang kedekut, lalu mereka meminta diri. Lantas Pak Haji bertanya akan kedatang mereka, Setelah diceritakan tujuan mereka, Pak Haji Tersenyum mesra, sambil mengeluarkan wang tunai seratus ringgit Malaysia.


    “Saya tak suka membazir, kalau hendak derma , bila-bila masa saja boleh Insyak Allah” . kata Pak Haji sambil tersenyum . Kedua Perderma itu pun berundur,
    Terasa malu di dalam hati,kerana terslah sangkaannya tehadap Pak haji..


    Oeh Nurimanja,
    Disusun semula secara bebas.


    TAMAT

    BalasPadam
  3. LUPA ADAT

    kamu lupa adat tercipta khusus
    buat golongan bercinta
    cintalah sekadarnya sahaja
    mana tahu kelak engkau kecewa
    senang kamu uruskan segala
    cintalah mengikut aturan
    bukan membabi buta mata hati
    agar panduan jelas dihadapan
    cintalah mengikut saluran
    bukan meredah segala noda
    agar kelak tiada kamu tersasar
    cintalah pada yang sudi terima
    bukan mengharap pada si bulan
    yang tak kunjung datang
    cintalah kerana Allah
    nescaya aku tidak meluat lagi…

    Karim Ghani
    sajak sinis

    BalasPadam
  4. MENGAMBARKAN KOTA

    Ia menggambar kota di dadaku. Bangunan beragam berjalan
    tiang-tiang kaku bawah tanah.
    Aku dimintanya membunuhi udara,
    Tanganku gemetar
    hanya bisa melukis hujan.
    Ia mesti bersabar.
    Degupku membungkus
    dalam dingin tak berkesudahan.
    Lalu ia memeluk matahari
    menyembul dari hujung pelabuhan
    jadi terang hangat dan terasa aman
    Tatkala lelap tertidur
    dalam pikiranku terselimut kabut, nyaris tak berdenyut,
    tertelan waktu yang mendengkur.

    Raja Muda
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BERLARI BERSAMA

    Aku bukanlah seorang pujangga
    Syairku tak lebih dari kata-kata
    Keraguan adalah pembaringan
    keputusan adalah selimut
    Burung merpati bukan hanya terbang
    Angin bukan hanya bertiup
    kasih bukanlah sebuah permainan
    Seolah tak ingin kehilangan kukejar hingga terpadam mimpi
    Bayang dirinya seakan dapat kuraih
    Kuulurkan lengan agar dapat menggenggam tangannya
    Hingga aku mampu berlari bersama

    nahul Hidzar
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. KENAPA PUTUSKAN?

    cinta apa salahku
    hingga kau marah padaku ,
    seharusnya aku yang marah padamu
    kesal atas sikapmu membohongiku
    kenapa setiap masalah
    kau slalu mengucapkan kata putus
    kenapa? aku hanya ingin tahu kenapa kau berbuat begitu
    aku hanya ingin sekali
    tapi kenapa kau tak mahu
    aku hanya buktikan cintamu
    tapi knapa kau tak mahu ?

    Vijay KUmar
    sajak selepas putus tunang 31julai

    BalasPadam
  7. BERDANGDUT

    Melewati sisa malam
    kuterlihat kumpulan orangberdangdut
    bagi mereka yang penting hiburan
    goyang sana sini kesana-kemari
    tanpa segan silu orang yang melihat
    bila ada yang mengerumuni
    Sampai laki dan perempuan jadi gila
    Semua jadi bahan ketawa
    mengantuk atau lelah
    tak lagi dipikirkan
    Beban dilepaskan diri dibebaskan

    Puan Rosnah
    apabila berhenti berbuka puasa di gerai setelah berbuka ramai ke kedai sebelah gerai tersebut pusat dangdut!

    BalasPadam
  8. MAAF AKU TAK BERKENAN

    di tiap saat kehadiranmu
    kutemukan serpihan hati
    kusendiri tak sadar keberadaannya
    keindahan yang terlukis di parasmu
    tumbuhkan rasa sangat pudar
    maafkan aku lancang memupuk rasa
    andai saja bisa kutumpas
    mungkin segera kulakukan
    kaulah sesejuk udara pagi
    jika melupakanmu membuatku mati
    akupun takkan sanggup mencintaimu
    jika tiada kau buka pintu hatimu

    Intan
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  9. TAKKAN PERNAH KU SIAKAN

    Bintang malam hadirkan bahagia dihati yang lama terdiam
    menjadi saksi cinta lama terpendam
    berikan cahaya indah terangi gelap
    berikan sebuah harapan
    untuk kucuba luluhkan hati
    Entah mengapa harus merelakan
    Walau berat rasanya
    semua berakhir takkan lagi
    pernah kucoba untuk melepaskan
    kekasih selama ini mengertikan aku
    Takkan pernah kuragukan setiamu
    selama ini kau beri kepadaku

    Balqish
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  10. TERIMA KASIH KEPADAMU

    Setetes air kuberikan takkan mampu menghilangkan dahaga
    Lilin kecil takkan mampu
    menerangi istanaMu
    KeindahanMu tak terjamah
    tapi kelembutanMu terukir
    Biarkanlah waktu menjadi saksi
    yang Menatapku melukisMu
    Melihat aku menulis kisah Mu
    Aku hanyalah Aku bersimpuh memohon
    Bersyukur berterimakasih denganMU.

    Seri Suri
    sajak ketuahanan

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Sajak daripada Seri Suri bertajuk TERIMA KASIH KEPADAMU . pembicraan yang ghalip bagi Setiap yang bernama insan. Sajak fasrah kepada pencipta yang maha berkuasa oleh dri. seri-suri bertemakan ketuhanan. Setiap yang dilakukan sama ada buruk atau baik semestinya ada hikmahnya, manusia sekadar berikhtiar dan berusaha dan juga berdoa. Biasanya yang baik itu dari Allah yang buruk dan lemah itu dari kelemahan kita sendiri. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  12. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdri Balqis masih mengetengahkan sajak-jiwa-jiwa , semacam tidak ada ideal lagi hendak ditulis.
    Kalau mahu atau ingin seterusnya kemukakan sajak yang bertemakan berbagai, selain jadi penulis sajak-sajak atau puisi-puisi cinta saja. Harap tidak bertepuk sebelah tangan dalam soal hati ini. Demi untuk menjauhkan dari kena penyakit tergadai hati dan makan hati berulam jangtung. Maaf Cuma di sini saja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  13. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdri Intan p/blog agaknya tak pernah lihat nama ini, dengan sajaknya bertajuk; MAAF AKU TAK BERKENAN. Pembicaraan tentan kisah orang muda punya biasa. Tajuknya sudah ternyata Tidak berkenan. , tjadi tak perlulah diberi hati, nanti dikuatiri salah seorang akan makan hati.baik berterus terang saja. Sebelum hati ditimpa penyakit kecewa.buat macam en nuri semasamuda-muda dulu, kalau ada peminat yang nampak semacam saja, cepat-cepat angkap adik angkat saja. Habis cerita, memang tak ada hati.. apa pun usaha lagi. Maaf Cuma di sini (TK)

    BalasPadam
  14. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Puan Rosnah dengan sajak realitinya bertajuk BERDANGDUT. Pembicaraan tentang Gelagat anak muda lewat kebelakangan ini. Terlalu sukar untuk dibendung. Malah di Sebuah pangsapuri di ampang, dalam bulan puasa mereka boleh buat pesta dadah di kalangan 12 orang anak muda kita. Apa nak jadi. Puncanya bila kerajaan tidak benar anak muda bawah 18 tahun dihukum menghidu gam, merokok, sabu atau dadah. Bila sudah ketagih , inilah akibatnya. Dalam dangdut ini pun macam-macam boleh jadi. Layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  15. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdra. Karim Ghani dengan sajaknya betajuk; LUPA ADAT. Pembicaraan ini ternyata ada rasa kebenarannya. Sememangnya terlalu bebas anak muda kini telah memcabar adat istiadat dan budaya ketimurandan peradapan melayu kita dahulu.jika ada pun kisah cinta dan noda ini berkurun lamanya berlaku sekali, dan diingat orang sebagai pengajaran, seperti simerah padi dan mahsyuri. Tetapi lewat dinihari sudah menjadi perkara biasa, lumrah kehidupan kata mereka.cinta moyet. Bukan cinta yang abadi seperti yang diredhai Allah swt. Layak untuk seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  16. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Raja Muda dengan sajaknya MENGAMBARKAN KOTA. Pembicaraannya tidak menentu apa tujuan dan maksudnya. Terasa bagaikan orang mengingau tidak tahu cerita , atau biji dan buahnya.tema fantasi atau sajak mimpi? Sembolik yang tidak dinyatakan sadikit penerangan agak mengelirukan.Cuma andaian mengamngapnya bagai melukis dalam fantasi atau mimpi. Harap maaf tidak dapat menangkap maksud (TK)

    BalasPadam
  17. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    SajakNahul Hidzar bertajuk BERLARI BERSAMA. Bebicaraan tentang simbolik tidak dinyatakan pada apa? Temanya juga tidak menentu. pada keadaan. Cuma andaian saja. Kebarangkalian. mungkin ingin bersama sama ada susah atau senang dalam pelayaran hidup ini.sesekali rasa hidup ini bagaikan api dan angin atau hujan dan panas. Ia akan datang mengikut keadaannya, jika kita suka , mungkin orang lain pula tidak , apa pun kita kena pandai menyesuaikan diri mengikut situasinya. Harap maaf tidak dapat menangkap maksud sebenar lantaran tidak dinyatakan sadikit penerangan. (TK)

    BalasPadam
  18. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdra. Vijay Kumar sajak bertajuk. KENAPA PUTUSKAN? Berbicara tentang ketidak faham Sikap seorang perempaun yang bila marah dan silap sahaja ingin memutuskan ikatan tali pertunangan, walaupun diri rasa tidak bersalah, bukannya meminta maaf sebalik berani megungut pula untuk berpisah saja. Ternyata ini mesti ada yang tidak kena, semacam bertepuk sebelah tangan sahaja. Atau pertunangan paksa.. dalam islam tidak digalakan mengambil tunang atau kekasih orang. Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  19. kdg2 manusia ni susah nak tafsir sikit

    BalasPadam
  20. sian dorg tu la pasal jgn buruk sangka

    BalasPadam
  21. berdosa kalau buruk sangka ni

    BalasPadam
  22. tu pandai2 tuduh2 sgt kena balik

    BalasPadam
  23. padan muka kena balik dorg dgn tuan rumah tu

    BalasPadam
  24. walau nampak kedekut rupanya dia x kedekut

    BalasPadam
  25. kesian dorg dah salah sangka

    BalasPadam
  26. eh! sampai rm100 dia bagi byk jgk!

    BalasPadam
  27. org bagi rm5 dia bagi sampai rm100 wow!

    BalasPadam
  28. pemurah sangat dia bagi smpai rm100

    BalasPadam
  29. x baik salah sngka

    BalasPadam
  30. ingatkan dia kedekut rupanya x suka membzair

    BalasPadam
  31. patutlah pun dia x suka membazir rupanya

    BalasPadam
  32. eh! kena dorg balik pandai2 salah sangka org mcm tu

    BalasPadam
  33. ingatkan dia kedekut rupanya pemurah

    BalasPadam
  34. bagi sampai rm100!! wwah byk tu

    BalasPadam
  35. pemurah sgt tu sy sendiri pun org minta sedekah bagi rm5 je...

    BalasPadam
  36. mmg pemurah sgt pak haji tu

    BalasPadam
  37. sama la mcm tuan haji mmg pemurah org minta derma msti beri paling sikit pun rm50 kalau sy rm5 saja sbb kebanyakan org minta derma xleh percaya sgt

    BalasPadam
  38. eh! sampai 100 byk duit pak haji tu

    BalasPadam
  39. pengajaran jgk cerita ni supaya jgn salah sangka

    BalasPadam
  40. kdg2 org yg kita sangka x mcm yg disangka

    BalasPadam
  41. menarik cerita2 mcm ni di baca di bulan puasa

    BalasPadam
  42. cerita ambia xde ke en nuri?

    BalasPadam
  43. eh! x baik salah sangka kan dh terkena? hahaha

    BalasPadam
  44. sian dia kena balik sbb salah sangka

    BalasPadam
  45. itulah jgn salah sangka yg bukan2

    BalasPadam
  46. moral cerita ni jgn tuduh org bukan2

    BalasPadam
  47. pengajaran jgk cerita ni

    BalasPadam
  48. cerita2 yg agak menarik dikongsi bersama

    BalasPadam