Jumaat, 26 Ogos 2011

PELITA MINYAK




menjelang raya pasti ada dipasang.


Pelita minyak tanah
Anak-anaku tidak mengerti
Pun tidak mengenalinya
Aku yang hidup diantara dua lampu
Pun kadangkala terlupa
Asa lusul hidupku,

Pelita minyak
Liyuk lintukmu ditiup angin
Berbnuga hitam arang tahi jerami
Aku memungut ilmu dari celah buku
Dalam  cahaya samar di hujung malam

Pelita minyak
Padamu cuma tinggal kenangan
Disudut hatiku berbeza dengan anak-anakku
Yang hidup di zaman eternet dan globar
Bila bekalan air dan elekterik teputus
Mereka  bising cenas dab gemetar


Oleh; Nurimanja, Pk
Di kamar sepi
5/10/201 sajak lagenda en nuri





30 ulasan:

  1. OLEH; nurimanja,

    KALDAI DATUK CUCUNYA.

    Pada Zaman dahulu ada se buah kampung tinggal seorang datuk bersama cucunya,hidup dalam keadaan yang susah dan melarat, mereka sering jadi mangsa ejekan masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang lain.

    Kerja keluarga meskin ini mencari kayu api untuk dijual ke pasar dengan bantuan seekor kaldai tua, Saban hari mereka membawa kaldai tua itu, hasil jualan kayu api itu untuk menyara hidup mereka
    .
    Disebabkan tidak tahan dengan umpat keji orang kampong, mereka bercadang untuk berpindah ke kampong lain, Sebaik sahaja mereka melintasi jalan keluar dari kampong itu, orang kampong telah mentertawakannya.

    “ Sudahlah kaldai itu tua kena bawa bebanan barang yang berat, tak ada otak punya manusia,” tuss, sambil meludah ke tanah kata seorang muda yang mengejek, bila melihat keadaan itu.

    Bila mendengar perkataan itu, Datuk dan cucunya itu pun membuang bebanan di atas belakang kaldai itu ke dalam sungai. Mereka teruis berjalan . Bila tiba di satu selekoh jalan ada pula orang berkata,

    “ Bodohnya orang tua ini , ada kaldai tidak ditunggang?”

    Orang itu pun meminta cucunya menaiki kaldai itu , dia berjalan mengikuri kaldai tua itu. Bila sampai di satu selekoh jalan , Ada pula orang berkata ,
    “Datuk yang tua berjalan , cucu duduk di belakang kaldai,?

    Cucunya pun turun dan datuknya pula menunggang kaldai tua itu.,bila sampai satu selekoh jalan , ada pula seoarng perempuan tua berkata.
    “Cucu berjalan , datuknya duduk di atas kaldai , tak ada otak.”

    Si datuk mengambil keputusan , memekul kaldai dengan se batang kayu, diikat kaki tangan kaldai itu lalu dipikulnya , cucu di hadapan datuknya di belakang. Berjalanlah mereka terhuyung hayang.

    Bila sampai satu selekoh jalan orang ramai maseh ketawa melihat kebodohan mereka, Akhirnya si datuk dan cucunya mencampak kaldai tua itu ke dalam sungai. Kemudian mereka berasa seperti kehilang sesuatu. Kedua-duanya melengong panjang TAMAT.

    ULASAN; jika kita ingin membuat sesuatu , jangan peduli apa yang lain kata, jika tidak kita yang akan menanggong kerugiannya.

    BalasPadam
  2. Ramadhan dan kelebihannya;

    Sesiapa yang membaca al quran. 700
    ganjaran pahalanya,dan satu huruf sama dengan 10 ganjaran pahalanya.
    berbeza sengan bulan lain.

    digalakan kita membaca dan mendengarnya pahalanya berlipat
    kali ganda. amin

    BalasPadam
  3. KETARA

    ada ketara susuk insan
    tiada bentuk tiada rupa
    hidup mengeletar menyelubung kalbu
    percik kurnia tak terselami
    berlalu berlipat
    memahat rencana mengukir cita
    kita bukan satu lagi dari satu
    kita lebih satu dari lagi satu
    akankah datang? bunyi kunanti
    dari sekelopak bibir
    yang menyebut kata
    kata terindah di dunia

    Ambuyak
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. BIASA SAJA

    biasa dalam payah ada mudah
    dalam kelat ada manis
    tangis ada suka
    derita ada bahagia
    hidup ada mati hidup di pentas fana
    pura-pura itu biasa
    pijak kepala itu biasa
    tikam belakang itu biasa
    mulut manis itu biasa
    korupsi itu biasa
    yang biasa itu biasa
    yang biasa itu celaka
    yang celaka itu melata
    mana si luar biasa
    yang suci tiada noda
    yang hebat tiada cela
    yang maksum tiada dosa
    untung si luar biasa…

    Tinta Bayu
    sajak nasihat

    BalasPadam
  5. MURAI BATU

    si murai batu sudah diam
    tiada lagi riuhnya kicauan
    cerita tentang bulan
    kisah hangat di pasaran
    semuanya tenteram aman
    mana pergi suaranya
    apakah sudah bisu
    pecah kotak suaranya
    mengapa si murai batu membatu
    apakah ada musibah melanda
    hingga diam seribu bahasa
    tiada langsung sepatah kata
    si murai batu sudah diam
    diam bukan sebarang diam
    diam semuanya penuh makna
    rupanya si murai batu berpuasa
    mulutnya turut sama puasa
    telinganya turut sama puasa
    matanya turut sama puasa
    tidak rela kurus pahala
    moga ramadhan kali ini
    jadi terbaik buat si murai batu

    Nabil QUldi
    sajak perli sajak pak sedara pnya

    BalasPadam
  6. BOSAN

    aku dah bosan mahu teruskan kata
    sudah penat mulutku
    menghamburkan kata
    kata tiada didengar tidak dihirau
    masuk ke telinga kanan
    keluar juga di telinga kiri
    sia-sia belaka bagai mencurah air
    tiada kesan tiada binasa
    aku bosan mahu teruskan pegangan
    penat namun apa balasan
    tuba juga dibalas
    baktiku dan budi tiada yang sambut
    semua disia-sia belaka
    aku dah bosan mungkin
    aku bukan siapa-siapa
    hanya cuma orang yang hina

    Vijay Kumar
    sajak mengenang Nasib

    BalasPadam
  7. KISAH ANAK KECIL ITU

    anak kecil duduk disuatu sudut
    di perdu naungan pokok
    menggalas beg sekolah
    menunggu ayah agaknya
    wajah nampak berkerut
    jelas riak keletihan
    penat belajar barangkali
    atau penat berkejaran
    bersama rakan persekolahan
    sapaku dengan penuh kelembutan
    takut terguris perasaan
    alhamdulillah jujur jawapan
    lenturan rebung si ayah
    mula sedari kecil
    didikan awal si ayah
    moga menjadi hendaknya
    letih ia bukan dipaksa agama
    anak kecil itu puasa

    Mona
    apabila melihat anak kecil ditepi jalan duduk termenung

    BalasPadam
  8. NAKHODA

    kita nakhoda kemudi ke arah bahtera
    redah laut kehidupan
    rentas badai samudera
    lihat sana ombak ganas
    ayuh sama kita tempuh
    selagi bahtera kita kukuh
    anak kapal tiada mengeluh
    pastu kita berjaya tuju pulau cita
    perhatikan anak kapalmu
    takut kalau mereka terleka
    ingatkan pada mereka semua
    asuhlah dengan bijaksana
    letakkan hak pada berhak
    jika mereka membantah
    gunakan kuat tanganmu
    biarlah keras tapi penuh kasih
    biarlah tegas tapi penuh sayang
    lihat sana destinasi abadi
    bahagia pasti miliki

    Seri Suri
    sajak buat anak murid saya

    BalasPadam
  9. BONUS

    sila datang segera
    penuhkan poket kosong
    hilangkan kelat di muka
    ceriakan wajah si ayah
    gembirakan hati si ibu
    bersoraklah si anak dapat habuan
    menanti di pasaraya
    yang lama diimpi diidam
    pasti dijaja dari pagihingga petang
    mereka sudah tewas
    jadi pemboros kasihan…

    Angela Anjali
    apabila melihat kwn2 sy shopping raya mcm nak gila last sekali semua mengeluh

    BalasPadam
  10. ZIARAH

    Di langit kamarku
    bertebaran huruf membentuk kata
    bersambungan dalam kalimat
    menyesakkan dada
    kubaca namun tak kutahu artinya
    kubayangkan ribuan wajah
    dalam dongeng malamku
    sementara diluar jendela
    sepasang kupukupu sedang bercumbu
    menyengat dalam semangat membeku
    membuat ku teringat
    sambil ziarah ke masa lalu

    ANis Syahila
    sajak fantasi terkenang masa dulu

    BalasPadam
  11. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sdra. Sulaiman Embong dengan sajak terbarunya ANGING BERBISIK. Pengucapanya berkaitan dengan malam yang dicari dalam bulan ramadhan. Rata-rata mengakui malam 23 ramadhan lalu LQ. Apa pun ada naluri atau pergerakan hati masing-masing jika tuhan ingin memberinya.jadi eloklah bermunajat apa yang terdaya mintalah apa yang dirasa. Cma kepadanya kita berserah an kepadanya kita menentu arah. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

    BalasPadam
  12. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sdra Hamba Allah dengan sajak : HARI PERTAMA TARAWIH.Membicarakan tentang tingkah laku hal manusia beribadat, bagaikan hangat-hangat tahi ayam. Pada mulanya begitu bersemangat , penuh saf bersesak solat sunat, belum pun sampai seminggu kian lama semakin lemah dan berkurangan. Malah ada yang 20 atau 23 jadi lapan atau 11 rakaat sahaja. Apapun ini
    Merpakan perkara biasa, mungkin sunat yang mereka kata tak nampak pahala. Namun mereka yang datang bersolat itu lebih baik yang berniaga , sampai lupa segala. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa yang menarik.. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  13. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

    Sdra Suara Rakyat masih setia dengan blog ini diantara suara-suara yang ramai dahulu.Sajaknya kali ini bertajuk : PELANGI BIRU MERAH HIJAU .Penceritaannya masih berbau politik seharian yang sering mencabar mindanya. Sesiapa pun akan marah jika ada yang tidak kena dan
    Cuba memutar belitkan keadaan , fakta dan sejarah.di antara 3 lambang ini, suara rakyat semacam keliru jadinya. Tetapi apa yang penting siapa yang lebih banyak berjasa pada kemajuan Negara ini. Dan lihat saja permainan politik kotor , negara akan hancur demi kepntingan diri inividu itu sendiri. Kita mahu kemajuan negara, individu tidak kekal lama.Apa pun layak untuk kemenangan. Syabas! (SM)

    BalasPadam
  14. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

    Cikgu Karim Ghani dengan sajak motovasinya bertajuk SIFIR HIDUP ingin bicara tentang kira mengera tentang mahu hidup., atau pun ingat dan mengingati akan pesan orang di sekeliling kita.
    Terutamanya pesan agama/ tetapi sayangnya dengan pengarus budaya dan keadaan masa yangkian mencabar, tidak begitu ramai pelajar yang dapat membaca sifir ini. Malah ada yang kecundang dalam pelayaran hidup ini.Cerita ini sudah menjadi lumrah kehidupan dini hari. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  15. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sdri Rosa Long dengan sajanya yang sedang mencari sesuatu jalan lurus dalam kehidupan ini.dlm al quraan selalu penganutnya minta dalam solatnya (tunjukkan kami jalan yang lurus, seperti mana Engkau tunjukkan kepada orang2 terdahulu daripada kami) Biasanya satu pertunjuk itu sering datang dalam mimpi malam yang aneh. Tanyalah pada sahabat saudara baru yang pernah atau baru memeluk islam . pasti ada perkara aneh yang pernah mereka alami dalam mimpi malam. Semoga allah\akan memberi pertunjuk kepada anda jalan yang lurus.Layang untuk menang thahniah!(SM)

    BalasPadam
  16. SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

    Sdri. Srikandi juwita dengan sajaknya yang agak samar bertajuk JANGAN PUPUS.Kerana tidak dinyatakan sadikit penerangan , Cuma sekadar simbolik yang sukar kami menilainya.sama juga dengan saja raja muda dan ustaz muda dahulu kalau tak salah. Bbrapa kali kami membacanya , masih gagal menangkap maksud, Apa sekadar andaian betuk saja masih sama banyak kata ulang dan berkaitan cerita diatas dan bawah. Maksud kabur untuk pembaca apa yang pupus? Budaya atau pun akhlak, sikap keberibadian yang sukar dinilai. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasayang menakinkan. Sajak anda terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  17. SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


    Puan Rosnah dengan sajak nasihat dan pengalamannya bertajuk: LAGHRO. Penceritaanya ada rasa pengajarannya. Begitulah dalam kehidupan kita, sering kita berdoa agar hari ini lebih baik dari semalam, jika tidak hari ini yang berlalu dikira sebagai laghro merugikan.Buat sesuatu yang ikhlas dan menyenangkan hati orang lain, berkebajikan memberi faedah, ikut jawatan yang kita sandang sekadar yang termampu, bukan saja dinilai oleh manusia tetapi disisi Allah swt.Agar dalam hidup kita eharian ini tidak selalu laghro.amin. layak untuk menang Thahniah! (SM)

    BalasPadam
  18. SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

    Sdri Damia Norika dengan sajak MUDAH BILA BERKATA. Satu perbicaraan yang sering diungkapkan.ini bica orang yang agak ada keegowannya.orang lain salah dan dia betul saja untuk mengkeritik orang lain. Apa pun orang begini mudah ditinggalkan kawan ataupun kekasih, jika dia sering menegakkan benang basah. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  19. kisah kaldai , atuk dengan cucunya
    ini, satu pengajaran kata Qalam ,
    Memang kita kala rasa nak buat sesuatu , jika dah fikir betul2 jangan perdulu lagi , apa orang lain kata. akhirnya kita yang rugi sendiri.

    BalasPadam
  20. Selepas en nuri katam baca al Quran
    4 kali sepanjang bulan ramadhan ini,
    sebelum puasa sunat dia dah baca setengah jujuz . Dia ingat boleh khatam dalam masa seminggu.

    Nasib x baik Jamil dan Qulbai dah
    buang, kasian org tua itu, tak sempat baca habis, ayat yang keberapa
    juzuz pertama kedua, x ingat lagi.

    BalasPadam
  21. aik? dia nampak uban pun sedih?

    BalasPadam
  22. kenapa dia nangis nampak uban?>

    BalasPadam
  23. pengajaran cerita keldai ni

    BalasPadam
  24. pengajaran cerita ni pedulikan apa org kata

    BalasPadam
  25. pergi mana2 ada saja org tegur

    BalasPadam
  26. penduduk kat situ byk songeh la

    BalasPadam
  27. lantak la sapa nak naik keladi pun dorg kecoh2

    BalasPadam
  28. apa nak jadi la dgn masyarakat sana

    BalasPadam
  29. byk soal la penduduk sana kesian org tua dgn cucu dia tu

    BalasPadam
  30. pengajaran sungguh cerita ni

    BalasPadam