Khamis, 11 Ogos 2011

MENGHADAPI DUNIA KOMPLEK



buat mereka bergaji kecil.

Komplek adalah warna-warna kehidupan
Bagaimana kita cuba menghadapinya?
Bila wujud konflik apa pun boleh berlaku ........
Biasanya ada jurang, harapan dan reality contoh:  jika cinta seorang itu terhalang,
kenaikan pangkat  seorang disekat,
kecurangan seorang suami kepada isteri ,
maka jadi musnahlah segala harapan dan reality.
Rakyat mengharapkan kepada pemimpin ,
pemimpin yang diharap agak mengecewakan
maka timbul komplek berlaku persengketaan.
Jika kita memperbesarkan lagi soal komplek
jurang komplek akan bertambah menjadi rumit
jika gagal menghadapi atau menangani  konlek
satu kemusnahan harapan dan realiti tiada lagi
bila diri dan hati  tiada lagi merasa kesetiaan 
cerita yang kecil boleh jadi bertambah besar
pekara yang terlalu biasa boleh jadi luar biasa
tanganilah komplek sebelum ia menjadi huruhara.


Oleh ; Nurimanja,
Catatan motivasi cuma,
sajak lagenda awal tahun 2010. 1 Malaysia





35 ulasan:

  1. 3.SEORANG PENGMBARA DENGAN NENEK TUA.


    PADA MASA DULU, ada seorang pengembara menjual kain di daerah pendalaman disebuah kampung. sehingga hujung senja, dari sebuah kampung ke sebuah kampong, sehingga ke hujung kampung yang teakhir. Pengembara tumpang menginap di sebuah rumah nenek tua di hujung kampong itu
    ,.

    Sewaktu makan malam nenek tua menyediakan makanan ala kadar yang ada, disebabkan terlalu leteh dan lapar nasi yang disediakan telah habis dimakan oleh si
    Pengembara, dalam hatinya ingin menambah nasi yang dimakan, hendak diminta terasa malu,. kemudian dia mencari satu akal,


    Lalu dia memanggil nenek tua itu dan, menunjukan pinggan nasi yang kosong itu, sambil berkata.kepada nenek tua ,

    “Berapa harga pinggan kosong ini?”

    “Nanti nenek tengok.”

    Kemudian Nenek tua bingkas ke dapur, dia tahu muslihat pengembara
    Penjual kain ini.

    Nenek tua ini tahu, bahawa pengembara itu ingin menambah nasi lagi , sedangkan nasi di periuknya telah habis, Nenek tua terus mencari akal, sambil tersenyum diangkatnya periuk kosong dan ditunjukannya kepada pengembara itu, sambil berkata,

    ‘Pinggan kosong itu sama harganya dengan periuk kosong ini”..

    Pengambara pun faham, akan keadaan nenk tua itu, diapun tesenyum
    Dan mngucapkan

    “Teima kasih nek.!”

    Oleh : Nurimanja
    TAMAT.

    BalasPadam
  2. KISAH DANTAULADANCR.SIRI2DUSUSUN SEMULA OLEH NURIMANJA BERSELESIH FAHAM DENGAN ISTERI



    Nabi bila berlaku perselesihan faham dengan isterinya. dia akan pergi ke masjid, mengambil uduk dan mengerjakan solat sunat dua rakaat, setelah selesai hatinya pun tenang barulah dia pulang ke rumahnya.

    Setelah sampai ke rumahnya dia akan memohon maaf kepada isterinya , jika sekiranya dia bersalah atau tersalah, maka dengan senang hati isterinya akan memaafkannya.

    Nabi juga tidak pernah menghina makanan, jika terasa enak nabi makan lebih sadikit, jika sebaliknya, nabi cuma makan sadikit sahaja, nabi juga makan ketika dia rasa lapar dan akan berhenti sebelum dia kenyang.

    Pengajaran:

    Bolehkah kita mengamal sikap sedemikian jika berlaku perselesehan faham di antara kita sebagai sepasang suami dan isteri?

    Perlu diingatkan si isteri pula perlulah menyediakan masakan yang sedap sering disukai si suami, dan cuba menjemputnya untuk makan, serta memohon maaf jika salah atau pun tidak bersalah, pasti dimaafkan. Aamin.

    BalasPadam
  3. MUSTAHIL

    pada sebuah kemustahilan
    akan kutempuh bersama derak hidup
    terus mendorongku maju
    menghabiskan sisa hidup
    masih dikuasai takdir
    mulai beranjak bersama mentari
    tapi masih dibawah matahari sama
    tidak ada baru
    begitupun hanyalah sebuah kisah selalu terulang kadang terasa
    bijak dan hambar tiada makna.

    Hamba Allah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. KEBODOHANKU

    diriku terasa semakin jauh
    membawa kekecewaan
    Karena aku tak tahu di mana berada
    Sepasang kaki yang letih
    tak mampu lagi berjalan
    Masih adakah keberanian
    untuk aku tetap mengharapkan
    Pikiran keruh jiwa sakit
    berlumur dosa tak pantas
    kuberharap apapun sesalku
    untuk temani sepiku
    Senyumku untuk lupakan kekecewaanku
    Ingin rasanya kutertawakan
    cermin dihadapan karena kebodohanku

    Kenbara Budiman
    sajak kekecewaan di perbodohkan

    BalasPadam
  5. TERUS BERMIMPI

    sudahlah campakkan gundah hati
    tak terlintas menatapmu lagi
    tak ingin perhati tinggi perangaimu
    jauh dari sombong terdengar angkuh
    tak ragu terhimpit belenggu
    sesudah lewati segala resah
    jauhi seluruh padamu semua berlalu
    sesudah segala berlari menjauh
    terusku lanjutkan hidupku dulu
    mimpi indah dalam pikir tak berubah
    dalam hatiku bukan lepaskan sedikit jejakmu dalam diri
    kini senyumku dapat hadir kembali
    pikiran tak ragu raih hidup baru
    dalam hidupku, teramat indah.. yang tak mungkin lepaskannya
    biar waktu hapus dirimu
    naungi jejak langkahku
    segalanya untukku sendiri

    Jeffry
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  6. LUKA MENITIS DARAH

    Setiap luka menetes darah
    Alirnya jadi tinta hikmah
    Jadi diri kita jeritan meradang
    mengasah kelopak nurani
    Kalau saja biar ia tak mencari sesiapa melukai luka adalah cinta
    Luka adalah semangat yang terhalang
    Cita-cita yang meredup
    titik-titik tak terisi
    Syukurkan ada luka di kita
    Karenanya Ada luka buat kita
    akan terus Menjadi lebih baik

    Teksi Manaf
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Hamba allah dengan sajaknya bertajuk: MUSTAHIL , Pembicaraanya terasa bagaikan ada sesuatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan, tetapi dalam hati kecil penuh harap agar kemustahilan ini bisa bertukar menjadi kenyataan yang diharapkan.Mana tahu jika keadaan mentari akan berubah dan jika mendung awan akan dapat dihendar dari menguasai keadaan semasa. Insyaallah.. apa pun layak untuk sayembara seterusnya. (SM).

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdra. Kembara Budiman dengan sajak bertajuk: KEBODOHANKU. Kini sudah ada menunjukan Kemapuan dalam mencipta pisi , baik dalam ungapan dan daya kreatifnya.pgelohan pun sudah Boleh diterima dan menyakinkan, harap kekalkan tahap pencapaiann ini. Cuma pencarĂ­an ayat dalam perkataan masih belum tepat sebenarnya. Bica tentan kekesalan dan kekecewaan hidup yang dialami selama ini yang mungkin tersalah langkah disebabkan kebebalan ataupun kebodohan yang tidak disengajakan. Apa pun layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdra Jeffry dengan sajak fantasinya bertajuk terus bermimpi, walaupun bertemakan kehidupan Api masih bermain dengan jiwa-jiwa yang berkisah dengan kisah kecewa dan ingin menjauhkan diri dalam usaha membena hidup baru dalam meneruskan kehidupan, biarkan kisah lama atau yang lalu dimamah waktu. Apa pun keempat sajak yang dicalunkan nampak hebat ,maka terpaksa dipilih yang terbaik daya kreatif dan puitis pengucapannya Harap maaf dan usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Teksi Manaf dengan sajaknya bertajuk; luka menitis darah, pembicaraannya masih bersabar dan bertahan dengan keadaan yang dialaminya. Dan setiap apa yang berlaku iangapnya sebagai satu ujian dan dugaan yang yang perlu dihadapi sebagai mencabar kewibawaan dalam hidup. Apa pun keempat sajak yang dicalunkan nampak hebat ,maka terpaksa dipilih yang terbaik daya kreatif dan puitis pengucapannya Harap maaf dan usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Teksi Manaf dengan sajaknya bertajuk; luka menitis darah, pembicaraannya masih bersabar dan bertahan dengan keadaan yang dialaminya. Dan setiap apa yang berlaku iangapnya sebagai satu ujian dan dugaan yang yang perlu dihadapi sebagai mencabar kewibawaan dalam hidup. Apa pun keempat sajak yang dicalunkan nampak hebat ,maka terpaksa dipilih yang terbaik daya kreatif dan puitis pengucapannya Harap maaf dan usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  12. phm jgk pengembara tu psl pinggam tu

    BalasPadam
  13. dia boleh phm plak pinggam kosong?

    BalasPadam
  14. psl pinggan kosong ni menarik

    BalasPadam
  15. eh! en nuri basuh tingkah separuh je? hahaha

    BalasPadam
  16. boleh buat jgk kat rumah ni basuh semua separuh je... hahaha

    BalasPadam
  17. btol tu aku sokong kita ikut mcm en nuri najib bagi setengah bulan kita pun buat keje setengah jgk

    BalasPadam
  18. en nuri pun protes najib bagi septengah bulan/

    BalasPadam
  19. mngkin dekat2 pilihanraya nnt ada la kot lagi setengah najib akan bagi insyallah

    BalasPadam
  20. tanda protes basuh tingkah setengah je?

    BalasPadam
  21. eh! bukan ke org kata buat keje setangah jalan x bgus

    BalasPadam
  22. hahaha en nuri bsuh setengah je tingkap ke geletek

    BalasPadam
  23. lps ni kita plak tunjuk tanda protes buat semua benda setengah je

    BalasPadam
  24. aik? en nuri bsuh separuh je sbb dpt bonus setengah bulan

    BalasPadam
  25. najib x patutlah bagi setengah bulan je bagi la sebulan

    BalasPadam
  26. ada chemistry la thu plak pinggan kosong tu harga smaa

    BalasPadam
  27. kenapa tunjuk pinggan kosong je?

    BalasPadam
  28. nk minta segan pandai dia tunjuk pinggan jer

    BalasPadam
  29. tunjuk isyarat pinggan plak?

    BalasPadam
  30. nenek tu tunjuk periuk plak? hahaha

    BalasPadam
  31. sama2 paham nenek dgn pengembara

    BalasPadam
  32. nenek dgn pengembara ni cerita benar ke?

    BalasPadam
  33. Puasa itu dapat merehatkan anggota perutmu yang bekerja selama 11 bulan

    BalasPadam
  34. makan banyak sebenarnya punca segala penyakit.

    Nabi makan apabila dia lapar, dan akan berhenti sebelum kenyang.

    BalasPadam