Ahad, 14 Ogos 2011

BERASAK-ASAK




sajak pilihan warga cr.

Berasak-asak menerpa seluruh rongga
menelan mati semua bernyawa
meredah hujan ribut
menongkah segala arus
cuma naik sedikit ke permukaan
menyedut sedikit udara
kematian yang abadi
sebelum masa yang termaktub
bila pilih untuk diam
kadang lagi molek dari segala
sebenarnya mahu memupuk aman
mengurang apa barang
gelombang badai selalu pilih lari
bukan atas dasar pengecut akan api
sekadar mahu sembunyi
barang sekejap di perut bumi
dalam air atas awan
celah batu ada situ


Oleh: Ustaz Zaidi
harap qalam menerima baik kami berempat kami sahabat ustaz omar
2011 Januari15:45





31 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Ustaz Saidi dengan sajaknya BERASAK-ASAK .Pengucapannya bagai mengejar keadaan yang agak merumit dan menyeksakan. Seperti sedang bergelut dengan kehidupan.
    sesekali rasa takut bila berlaku kemalangan dan kematian,namun itu semua tuhan yang menentukan, jika kita tidak mengenal sapa ,ada baiknya kita diam rasa aman, tidak kira dimana saja kita lalui di darat, dalam air di atas awan, di dalam trowong, celah batu kita lalui, demi untuk sampai ke tempat di tuju. Kita perlu menempuh segala macam halangan hujan rebut badai dan sebagainya,demi menuju ke distinasinya. Cuma andaian sahaja. sekian, jika perjuangan murni teruskan. Amin.SATU KEPILUAN

    Oleh Qalam mutiara.

    BalasPadam
  2. 4.FADIL KETUA PEROMPAK


    Fadil seorang ketua perompak yang amat digeruni dan ditakuti oleh perdagangan dikawasan gurun sahara itu, setelah berpuluh tahun dia merompak berbagai macam barang dagangan khalifah yang melentasi kawasan itu , dia menjadi kayaraya, dan ingin bertaubat.

    Pengikutnya seramai 40 orang itu tidak pernah membantah apa saja kata Fazil sebagai ketua mereka, Mereka hidup tidak mengenal erti kemanusiaan ,setiap hari ada saja saudagar yang lalu di kawasn gurun itu, mereka akan merompak, merampas dan membunuhnya.

    Pada seuatu hari tiba-tiba datang seorang saudagar yang kayaraya dan tidak dikenalinya telah menyerahkan segala harta dan wang ringgitnya kepada ketua perompak Fazil,dengan harapan Fazil dapat menyimpannya daripada dirompak dan penyamunnya di situ.

    Fazil dengan rasa hairan dan terkejut, Akulah perompak itu kenapa diserahkan segala harta dan wang ringgitnya kepada aku? tetapi “Aku tak sepatutnya mengiananya saudagar itu” kata Fazil dalam hatinya. “Selama ini aku terlalu jahat dan kejam., Aku ingin bertaubat, Ya Allah Ampunkan dosa-dosaku selama ini”kata fadil kesal..

    Setelah Fazil berfikir panjang, Dia mengumpulkan semua penyamun di bawah arahannya berkumpul , setelah diberinya bahagian daripada harta rompakan itu, dia menghistiharkan bersara dan bertaubatlah kamu semua supaya jangan merompak lagi harta orang.Aku tidak mahu jadi ketua perompak lagi..





    Oleh’ Nurimanja.

    Sejahat-jahat manusia apabila mereka menerima hidayat dari Allah SWT dia akan berubah, sebaik-baik perubahan biarlah sebelum ajal sudah hamper. TAMAT.

    BalasPadam
  3. TITIP

    Jelas rohku tak berada disini
    Jauh sebelum kepergianku
    Beningnya telah kutitipkan padamu
    Agar awan memadat
    kemudian kau bisa mewarnainya
    Ruang batin kian sunyi
    Nyala lilin Kau biarkan menepi

    Tasya Humairah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. SAMESTA CINTA

    itulah yang dirasakan para pecinta
    seperti dirasakan laila dan majnun
    namun cintasendiri tak pernah mati
    dia akan terus bersemi hinggap
    dari hati ke hati sang pecinta mungkin dalam setiap insan berlainan bentuk tapi
    hati menyematkan tetap sama
    berupa daging merah
    itukah yang dihinggapi si cinta itu
    cinta yang seperti gelombang berada dimana yang maha luas ini
    tapi jelas cinta itu
    takkan hilang ditelan semesta
    karena semesta itu
    sendiri adalah cinta

    Sarah
    sajak simbolik cinta

    BalasPadam
  5. KEPERGIAN

    kepergian hati tak pernah salah
    keduanya selalu nyata
    ketika hati rasa nadi dan jantung
    bergumul menyatu dalam satu tekad
    saat itulah aku mencintaimu
    pertemuan kita sekadar nasib
    kepergian adalah hadirku
    bersama matahari rembulan
    untuk hidup dan matimu

    Saidatina Ayubi
    sajak cinta

    BalasPadam
  6. MEMBURU WAKTU

    tak banyak lagi waktu
    setiap kali selalu terburu-buru
    entah apa yang dituju ada yang
    berdesakan berjejalan merangsek menggapai berteriak sejak dahulu
    tak pernah waktu lebih maju
    sekali lagi entah mengapa kini
    kami begitu bernafsu dikejari waktu
    atau dikerjakan waktu?
    lucu? tidak juga saat emosi meledak
    hanya karena waktu terserah kamu…

    Ustazah Hamidah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdri. Tasya humairah dengan sajaknya bertajuk: TITIP . penceritaannya mungkin sebagai ikatan atau pun disematkan dhati atau jiwa satu ikatan pada rohnya agar jangan terjebak dengan kerja yang sia-sia atau kurang bermoral . agar bila mati nanti tidak menyesal dengan timbang dosa dan pahala. Walaupun keadaan seekali mendesak atau mengajak untuk ke jalan mungkar, tetapi mungkin rasa keimanan, biarkan dia menyepi dan sunyi. Asalkan terselamat dari godaan. Harap yang maha esa saja memberi sinar dapat menyelamatkannya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Sarah dengan sajak jiwa-jiwanya bertajuk: SEMESTA CINTA . pembicaraanya agak umum tapi tema cinta juga yang hendak dikhabarkan. Bagaimana manusia dijadikan seperti adam dan hawa kemudian bertemu dan bercinta, bagaikan lumrah alam, perasaan ini tidak dapat lari dari sesiapa pun bertemu dan bercinta , berkhawin dan berkeluarga, hidup, mati dan habis cerita.Maaf .usaha lagi dengan sajak tema lain pula. Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Sdri. Saidatina Ayubi dengan sajaknya: KEPERGIAN. Membicarakan tentang kisah cinta. Bagaimana ianya terjadi mula melihat dan berputik disetiap hati mungkin orang yang ditenunginya ada rasa atau perasaan kelelakian dan kewanitaannya.katanya tiap peteuan itu semacam ada nasib pula.mungkin juga ada orang cepat dapat kekasih, berteunang dan khawin, ada pula yang lambat bangat.Begitulah kehidupan dan kematian kita dalam perasaan cinta . Maaf Usaha lagi lain kali dengan sajak yang lain pula. Cuma disi terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Ustazah Hamidah sajak bertajuk MEMBURU WAKTU. Penceritaanya hidup bergelut dengan memburu waktu. Tersilap langkah kita ditinggal waktu, sesekali terpikir juga adakah melucukan? atau kita telah diperbodohkan oleh waktu? Bergelut membna kejayaan , kemudian mati, tinggal semunya, dimana amal ibadat yang seharusnya menjadi bekalan banyak diabaikan. Siapa yang rugi. Fikirkanlah siapa diantara kita waktu yang memaksa kita atau kita sepatutnya mengunakan waktu dengan sebaik mungkin,disamping bekerja dan beribadat di dunia ini. (SM)

    BalasPadam
  11. fadil ni bkn dh ada ke dulu?

    BalasPadam
  12. en nuri terbit 2 kali la dulu dah ada fadil ni

    BalasPadam
  13. aik! fadil ketua perompak ni bkn dulu pnya ke?

    BalasPadam
  14. cerita fadil en nuri terbit dua kali la

    BalasPadam
  15. maaf selalu lps ulasan lambat sikit

    BalasPadam
  16. sy slalu meniaga di bazaar

    BalasPadam
  17. sy cdg nk bagi atikah jaga tp was2 jgk ni

    BalasPadam
  18. aik! terbit dua kali ke?

    BalasPadam
  19. mcm pnh baca je fadil ni

    BalasPadam
  20. 2 kali cerita fadil en nuri terbit

    BalasPadam
  21. eh! kenapa ada lagi cerita padil ni?

    BalasPadam
  22. masuk pnuhkan koata

    BalasPadam
  23. sy msuk penuhkan ulasan

    BalasPadam
  24. jalal kata ulasan xpnuh 30 jd kami msuk ramai2 penjaga blog

    BalasPadam
  25. dtg sini jenguk2

    BalasPadam
  26. hrp jalal dpt jaga balik blog ni susah la klu mcm ni

    BalasPadam
  27. dtg penuhkan ulasan hehe

    BalasPadam
  28. en nuri terbit 2 kali cerita fadil ni

    BalasPadam
  29. 2 kali en nuri siar cerita fadil la

    BalasPadam
  30. Ustazah hamidah ada 9 sajak semua dan ustaz Zulkarnain ada 10 semua
    sajak dalam blog Cr.

    kedudukan telah pun diperbetulkan. t. kasih!

    BalasPadam
  31. maaf , jika berlaku kesilapan, keana tersiar dua kali cerita al fadil. Al maklum bulan puasa selalu berlaku kesilapan yang tidak di segaja.Biasanya yang silap itu dari kelemahan saya sendiri. al maklum.

    BalasPadam