Isnin, 29 Ogos 2011

ANAK KECIL MENYAMBUT MERDEKA



 buat anak kecil sambut merdeka.

Anak kecil menyambut merdeka
iKat bedera di belakang basikal
tempek sorak cukup bergaya
ikut kawan-kawan pusing taman masuk desa
sambil ramai-ramai melaung sebut merdeka!!

Diraut wajah Nampak riang ria
Sambil mengebar jalur gemilang
Walaupun tidak mengerti arti kemerdekaan
Kami hidup aman bebas dan merdeka.

Kanak-kanak merdeka satu Malaysia
Hidup jangan leka buang masa
Kerana kamu warisan bangsa kita
Jangan tersilap buat perhitungan
Masa depan negara mesti dipelihara.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan tanggal 29 ogos, 2009.
Teluk kumbar.penang.
sajak lagenda .




30 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 8. DISUSUN SECARA BEBAS: O:|LEH ;
    NURIMANJA . TIADA KASIH SAYANG ANAKNYA.


    Al Iqrah seorang hamba allah yang terasa malu bila melihat nabi bermain dengan cucunya Hasan dan Husian begitu mesra, mendukung dan menciumnya.

    Dia berkata kepada nabi " Saya ada 10 oarng anak, tetapi saya tidak pernah mencurah kasih sayang apa tah lagi untuk bermain dan menciumnya."

    Kata nabi kepadanya," Orang yang tidak pernah memberi kasih sayang kepada anak-anaknya , mereka tidak akan dapat kasih sayang daripada Allah SWT.

    Al Iqrah amat menyesal pada dirinya kerana tidak pernah memberi kasih sayang kepada ana-anaknya 10 orang itu.

    Pengajaran;

    Jika seorang bapak tidak pernah memberi kasih sayang krpada anak-anaknya, bagaimana mungkin anak-anak akan membalas kasih sayang kepada bapaknya.

    BalasPadam
  2. Begitulah keadaannya kanak-kanak kecil menyambut merdeka.dengan bubun yang lembut merka memekek dan melaung MERDEKA!


    Pusing keliling kampung dan taman perumahan dengan berkomboi beramai
    dengan basikal angih mereka.tetapi bila ditanya arti merdeka, tersenyum tidak dapat menjawabnya...

    BalasPadam
  3. MENCARI CAHAYA DI BUMI AMBIA

    kembara hamba ke daerah asing
    bersama segunung impian suci
    buat terangi hidup insani
    seribu makna buat insan kerdil
    yang dahagakan titik ilmu
    yang melata di pelusuk dunia
    yang menunggu tangan mengutip
    terdampar akhirnya di sini
    mencari cahaya di bumi ambia
    cahaya itu makin lama terkumpul
    dalam dakapan dada hambanya
    cahaya ilmu yang pasti bisa terangi
    hati-hati yang senantiasa dahaga
    buat dikongsi kemudian harinya
    mereka tiada putus berdoa berharap
    terangkah sinaran cahaya itu
    tunggulah mereka nyalakan sumbunya

    Ustazah Hamidah
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  4. HENING MALAM

    Dalam hening malam ini
    hanya gelap dingin seperti
    sekuntum bunga telah mengering.
    Namun aku mengartikan sendiri
    seperti sebuah senja
    merindukan kelip bintang di langit.
    Aku akan mencintai yang fana,
    walau semua hilang punah
    Saat fajar pagi menyapa,
    hidup baru harus dilanjutkan.
    Saat itu kuceritakan

    Tengku Anita
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BERANJAK

    kerinduan harus beranjak pagi ini,
    bersama mereka yang masih mencintai
    segala impianya bersama mereka-kisah-kisah cinta akan hadir
    dan kembali diceritakan.
    Kali ini manusia tak perlu lagi menyangkal dengan pura-pura melihat senja yang sudah membayang.
    Saat masih pagi untuk semua
    walau tanpa titik embun

    Tasya HUmairah
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  6. TIKAMANMU

    Jiwa adalah puisi
    Engkaupun tahu itu
    Tapi kenapa masih kaubaca jiwaku
    seperti pagi yang berdarah?
    Terpenggal,Sepenggal dua penggal
    Hingga terpenggal juga seluruhnya
    Tahu, telah kupahat peti mati
    Untuk bola matamu telah selami jiwa
    Seperti sepi yang habis kukubur
    Dalam pedih tikamanmu!

    Tuna tatiati
    sajak dendam sajak lama sebenarnya ni

    BalasPadam
  7. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

    Sajak trpilih kali ini beratajuk: MENCARI SINAR DI BUMI AMBIA oleh; Ustazah Hamidah membicarakan Tentang pentingnya menuntut ilmu , dalam hadis nabi menntut ilmu itu wajib ke atas lelaki dan wanita. Dan dua lagi hadis nabi lain tuntutlah ilmu dari buai hingga ke liang lahat, atau tuntutlah ilmu itu , walaupun smpai ke negeri china.selain ditimur tenah. Munkin tamadun negara china tua di waktu itu lebih maju. bila sudah Ada ilmu yang berbagai bidang baru bangsa kita boleh diangkat di mata dunia. Atau bergelar negara maju. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

    BalasPadam
  8. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sajak Tengku Anita dengan sajak HENING MALAM. Mungkin membicarakan tentang suasana kehiningan malam yang tiap orang yang telah lanjut usia akan mengumpul kembali akan nostalgianya yang lalu. Lalu menilainya kembali di antara ada kisah suka dan duka atau dosa dan pahala. Kini tiap orang yang masih rumaja masih mngumpul ceritanya. Justeru itu waspadalah anda memilih watak yang terbaik dari yang terbaik untuk dinilai i kemudian hari. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

    BalasPadam
  9. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sdri Tasya Humairah dengan sajak jiwa2nya yang betajuk; BERANJAK penceritaanya masih rasa longgar dalam pengucapan. Perlu mencari perkataan dan penyusunan ayat atau bait yang lebih menyakinkan. Walauoun berbau sajak tema jiwa2, jika disusun atau diolah dengan baik, pasti boleh menyakinkan dan ada kesannya pada kyalayak atau pembaca menerimanya dengan maksud yang tidak kabur.apa pun usaha lagi lain kali .Sajak anda terpaksa terkeluar, pohon maaf. harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  10. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sdri Tuna Tatiati dengan sajak lama agaknya bertajuk : TIKAMANMU. Tema berbau jiwa2 juga
    nampaknya, bicaraan tentang hati dan jiwa. Pengucapannya ternyata semacam ada rasa kecewa dan marah nampaknya. Mungkin kerana penntian yang terlalu lama. Ini sudah menjadikan satu penyeksaan, amat perek dan luka hati bila bila dibiarkan berterusan, agar hati tidak tertikam ada baiknya nyatakan segala keikhlasan.sajak terlalu biasa dalam kehidupan alam rumaja.Apa pun usaha lagi lain kali. Sajak anda terpaksa terkeluar, pohon maaf. harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  11. POLITIK
    DAP campur tangan kes liwat

    Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 12 Ogos - Penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai campur tangan DAP dalam kes tersebut.

    Malah, tindakan Karpal Singh menggunakan prosedur mahkamah dengan membuat tuntutan yang tidak munasabah bagi kes tersebut hanya untuk keuntungan politik DAP dan pembangkang.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pada masa yang sama tindakan Karpal yang merupakan Pengerusi DAP juga memperlihatkan beliau seolah-olah dengan sengaja mahu melambatkan perbicaraan Ketua Pembangkang itu.

    "Sekiranya Karpal mahu perjuangkan keadilan Anwar, berhenti sahaja daripada menjadi Pengerusi DAP. Nampak sangat Karpal mempunyai konflik kepentingan sendiri. Isu ini telah menjadi semakin kalut.

    "Secara terang dan nyata, orang yang dia (Karpal) pertahankan ini adalah Ketua Pembangkang dan dia pula Pengerusi DAP. Bagaimana beliau boleh asingkan diri antara peguam dan pengerusi dalam perkara begini. Adakah kerana Anwar turut berada di dalam kapal yang DAP layari,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas tindakan Karpal yang dari awal telah membayangkan penangguhan perbicaraan apabila mendakwa perlu mengambil masa bagi menjalankan proses menemubual kesemua saksi yang disenaraikan.


    Jelas Mohd. Zin, tentunya ramai dapat berfikir secara logik bahawa Pengerusi DAP itu menjadikan kes liwat tersebut sebagai 'peluru' untuk beliau mengukuhkan lagi benteng politik pembangkang.

    "Persoalannya kini adakah benar Karpal mahu mencari kebenaran di sebalik kes liwat Anwar atau semata-mata untuk keuntungan politiknya sahaja,'' kata beliau.

    KOMENTAR:

    keadaan ini ternyata banyak percangahan dan meragukan kerana persahabatan dan satu aliran dalam parti tidak boleh diterima jadi peguam bela dalam kes
    begini, pasti rakyat akan merasakan meragukan dan mencurigakan, kecuali letak jawatan dalam parti DAP malah itu juga sukar diterima, kerana eorangyang
    engarah seorang bertaubat boleh membtulkan pula kedudukan yang diarah. amat tidak berasas sama sekali.

    Petekan Akhbar (UM)

    BalasPadam
  12. ada 10 anak tp x reti jaga anak ke?

    BalasPadam
  13. zaman skrg anak sikit pun x reti jaga

    BalasPadam
  14. eh! anak 10 x reti jaga pun xleh ke?

    BalasPadam
  15. eh! anak sampai 10 x jaga dgn elok tuhan murka?

    BalasPadam
  16. agaknya kalau x reti jaga anak bahaya ni

    BalasPadam
  17. maaf en nuri ulasan lambat sikti

    BalasPadam
  18. sibuk sikit tp sy lps jgk ulasan

    BalasPadam
  19. agaknya jalal lps ke ulasan ni?

    BalasPadam
  20. sedih sbb nabi ada uban?

    BalasPadam
  21. eh! rupanya bhaya kalau ada anak tp x reti jaga

    BalasPadam
  22. hahahah lawak la ahseng tu sebut!

    BalasPadam
  23. btol anak adalah harta perlu di jaga

    BalasPadam
  24. anak kalau x jaga bahaya sbb anak anugerah

    BalasPadam
  25. pengajaran cerita ni

    BalasPadam