Isnin, 11 Julai 2011

TIAP SUJUDKU



sajak lagenda en nuri.

Tiap sujudku
Terpaku hati ini
Pada kebesaranmu
Bersama kepuasan
Yang sukar dinilai

Tiap sujudku
Menyerah hati ini
Sehalus debu terbang
Demi mencari ketenangan
KehadratMu Ya Tuhan

Tiap sujudku
Terasa hati ini
Kekerdilan dan kedhaifan
Yang tiada abadi
Menunggu hari mati


Oleh; Nurimanja
catatan lagenda Rajang Sarikei
tanggal 10\10\82




30 ulasan:

  1. ULASAN :

    Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenarkan warga blog Cr mengulasnya. Cuma buat ahli dan P/blog Cr sahaja diminta atau dibenarkan mengulasnya. Harap maklum.Terima kasih!


    semua sajak berunsur atau tema agama dan ketuhannan.Dalam pembentukkan insan yang berakhlak muliadan boleh diharapankan membina negara masa depan..


    (en nuri)

    BalasPadam
  2. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 13 : TARIKH 27/6/201

    GAMBARAN 8.

    Nabi melihat kayu berduri mengait orang yang lalu lalang.

    Lewat kebelangan ini, kita sering mendengar budaya lepak, anak muda duduk disimpang jalan menghalang orang lalu lalang,di tangga flat, lepak berdengung di hadapan pintu dan rumah tangga orang, apa saja yang dikira menghalang ketentraman dan ganggu orang ramai, termasuk, kacau anak perempuan orang, tunang orang, dan isteri atau bini orang, yang seksi tak seksi , tertutup atau terdedah, semuanya, bila di hari akhirat nanti, ada sebatang pokok yang macam duri kemaman batangnya akan mengait tubuh badan kita sehinga calar dan berdarah, kerana amalan kita dahulu sewaktu di dunia merenung dan menganggu anak bini orang lalu lalang.

    Iktibar daripada peristiwa ini;_

    1.Mereka yang suka mengganggu orang lain lalu lalang sama tujuan pergi kerja atau balik pasar atau membuat kerja kebajikan, mereka akan dibalas dengan seksaan yang pedih

    2.Islam menggalakkan setiap muslim supaya menjaga dan memelihara keadaan ketenteraman awan dan wujudkan kedamaian di setiap kampung , taman perumahan dan flat tempat tinggal kita.

    3.Isalam melarang anak muda membuag masa dengan menganggu lalu lintas orang ramai yang ada kerja-kerja kebajikan adalah perbuatan yang laghou atau sia-sia. Apa yang digalakkan Islam, semoga hari ini lebih baik daripada semalam,jika tidak laghou.

    Dalil ayat Al Quran , surah Hud, ayat 113; ertinya;
    .
    Dan jangan kamu cundung kepada orang-orang yang suka melakukan kezaliman ( jika kamu lakukan juga) Api neraka akan membakar kamu , sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong kamu,yang lain daripada Allah.Kamu tidak akan dapat pertolongan.

    Bersambung esok.

    BalasPadam
  3. INILAH AKU

    Berkali-kali terlintas di kepala
    ingin kukatakan padamu inilah aku
    Aku yang sama yang mencintaimu,
    Mengertilah diriku,
    Ku mencintaimu apa adanya
    dan kuharap kau juga begitu,
    Walau kutahu ku bukan tampan
    Walau sekarang kau sudah bersamanya
    kau sekarang milik orang lain,
    Namun aku akan selalu ada untukmu,
    masih disini untuk menjagamu
    Namun semuanya tanpa kau sadari
    karena aku tidak ingin
    merosak kebahagiaanmu,

    Haji Atang
    bukan sajak sy tp ambik sajak anak sulung saya

    BalasPadam
  4. CINTA KEPADANYA

    Aku ingin mencintaiMu sepenuhnya…
    Sedalam hati tak pernah terselami…
    setinggi ego tak pernah terukur
    Sejak aku mengenal rasa
    cinta itu yang harus hadir…
    Dalam setiap detik perjalanan hidup
    Perpaduan emosi dan realiti..
    Ketika setiap hal dilakukan
    harus karena cinta kepada-Nya

    Haji Khali
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  5. KILASAN

    tak pernah tahu berkali-kali
    Di malam yang dingin dan sepi
    Dalam gelap aku berbaring
    menanti terlelap
    begitu banyak kilasan
    silih berganti menyinggahi kepalaku
    Kilasan peristiwa sudah,
    yang sedang berlaku dan
    yang akan terjadi
    membuatku terjaga jadi cemas
    ku cuba usir namun tetap ada

    Orang Lama
    sajak kenangan

    BalasPadam
  6. MANUSIA VS SAMPAH

    Kita semua tahu apa itu sampah
    Sesuatu yang tidak berguna
    sudah tidak terpakai kotor jijik
    Sesuatu memang layak dibuang
    Di mana-mana banyak sampah
    Ada sampah berbentuk benda
    ada jugak berbentuk manusia
    Namun sampah benda masih berguna
    kata para pencari sampah
    Sebab boleh ditimbang
    Dan akhirnya bisa menghasilkan wang
    Sedangkan sampah manusia tidak
    Ssama sekali ada gunanya
    Dan merupakan sesuatu sangat buruk
    Bahkan paling buruk dari yang ada

    Pak Ngah But
    sajak sinis buat penagih dadah

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    INILAH AKU sajak oleh anak Haji Atang . Pengucapanya mudah dan ada cerita cinta yang hendah disampaikan, tetapi masih dengan sajak jiwa-jiwa. Apa yang lebih menarik , sanggup menunggu Kekasihannya sehingga oang yang di tunggu dan harap telah menjadi hak orang lain. Malah sanggup Pula menjaga kebahagian orang lain. Kerana sajak anda agak kabur dan sukar ditangkap makudnya sekadar andain saja. Harap maaf, Cuma di sini trpaksa berhenti,usaha lagi(TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    CINTA KEPADANYA sajak bertajuk oleh Haji Khali. Pengucapannya juga mudah dimegertikan akan mesej yang hendak disampaikan. Bahawa cinta kita pada Tuhan yang maha esa perlu . Dimana dan dalam keadaan apa sekali pun, segala-galanya cuma berserah kepadaNya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    KILASAN atau Imbas kembali sajak oleh Orang Lama.Pengucapanya juga mudah ditangkap dan mesejnya juga terang. Bagaimana bila kita menjangkau usia lewat senja. Berbagai Kilasan atau Kenangan kebelakang dan kedepan dan akan datang. Semuanya sering bermain dihati kita , terutama sewaktu mahu tidur di waktu-waktu malam sepi dini hari. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    MANUSIA VS SAMPAH sajak oleh Pak Ngah But. Pengucapannya bekaitan dengan manusia lawan sampah. Tenyata sampah manusia lebih hina dari longokkan sampah kerana penagihan yang jadi mereka manusia yang tidak berguna bila kena penyakit meagih ini. Tryata lebih buruk dan tidak berguna dari sampah dilonggokkan. Kerana sajak anda agak kabur dan sukar ditangkap makudnya sekadar andain saja. Harap maaf, Cuma di sini trpaksa berhenti,usaha lagi(TK)

    BalasPadam
  11. aik! ada jgk kayu berduri!

    BalasPadam
  12. bahaya kayu berduri tu!

    BalasPadam
  13. aku rasa org teluk kumbar yg akan kena kayu berduri ni

    BalasPadam
  14. bila baca gambaran 8 ni aku malu duduk teluk kumbar

    BalasPadam
  15. aik! ada jgk balasan utk org kacau anak dara org ni

    BalasPadam
  16. takut plak dgr kayu berduri kait

    BalasPadam
  17. harap2 semua ambik iktibar kisah ni

    BalasPadam
  18. oh mcm ni rupanya org yg buat kacau akibat

    BalasPadam
  19. merbahaya jgk kalau kacau anak dara org ni

    BalasPadam
  20. mcm2 gambaran nabi nmpk

    BalasPadam
  21. btol ke semua gambaran ni?

    BalasPadam
  22. mcm mana en nuri tahu psl gambran semua ni?

    BalasPadam
  23. en nuri reka ke mmg btol gambaran semua ni?

    BalasPadam
  24. oh mcm ni gambarannya

    BalasPadam
  25. takut plak dgr gambaran ni

    BalasPadam
  26. aik! ada jgk gambaran mcm ni

    BalasPadam
  27. alamak! seram plak gambaran 8 ni

    BalasPadam
  28. eh! apa lagi gambran seterusnya

    BalasPadam
  29. brapa semua gambaran nabi nmpk ni?

    BalasPadam
  30. apa la gambaran yg ke 9 plak?

    BalasPadam