Khamis, 7 Julai 2011

RASA YANG TERTIPU




sajak pilihan warga CR.

Rasa tak pernah tipu
Perasaan selalu jujur
Kalau itu yang aku rasa
Aku tulis Aku luah
Kenapa malu nak menangis?
Kenapa segan nak mengaku dosa?
Tapi beria-ia meluah cinta
Kau aku kita sama
Mungkin banyak dosa dari pahala
kau ada cinta atau nafsu beraja?
Syurga, neraka kau pilih yang mana?
Kalau syurga kenapa himpun dosa?
Kalau takut neraka
kenapa sinis pada pahala?
Kau mengadap kiblat kau angkat doa
Kau ingat ini suka-suka?
Jangan cakap kau sedar
Tapi tak tau apa yang tak kena.
Antara nikmat dan dosa
Antara cinta dan nafsu
Aku keliru atas dasar apa
aku harus menilai
Perasaan itu datang dan pergi
Sujud dan tafakur silih berganti
Lantai dunia sepi keagungan Illahi
bukti Saat segala taubat terhenti


Oleh: Pak Bostamam
Kedah Utara Tanah Air
11malam/2010 November 3 21:32





30 ulasan:

  1. 1 ulasan:


    RASA YANG TERTIPU Sajak berbau politik juga kali ini oleh orang lama dan penuh berpengelaman oleh Pak Bostaman membicarakan tentang seorang yang masih berbangga dengan kerja yang dilakukannya, malah tetap enggan mengaku diri salah atau tidak betul, malah akan mahu terus bermengah dengan
    sikap penduhakaannya dan sikap kekejiannya, malah bagai idak takut dengan dosa atau kemurkaan IIlahi. Bagaimanakah untuk menilai syurga atau neraka.

    Kerana mengisi hawa nafsu dengan kemabukkan ingin berkuasa, Dan siapa kau, mereka, aku akan perkena, demi cita-cita yang membara di hatinya, tiada siapa
    boleh menghalang, biarpun pecah tembelang.Demi mencapai cita-cita berjuang untuk berkuasa. Malaikan Allah sahaja yang mampu untuk memberhentikannya. Amin.

    Oleh: Qalam Mutiara.
    3 November 2010 3:49 PM

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke duabelas.

    Berapa lama dalam perjalanan itu Putra Syakir telah singah di sebuah negeri yang mana penduduknya semua dalam ketakutan.Syakir menjadi hairan memekirkannya. Tidak ada wajah yang senyum malainkan dalam keadaan muram durja sahaja.
    Lama syakir memekirkannya.

    Lalu dia singah di sebuah warung minuman di pingger jalan itu untuk berhenti rehat seketika. Setelah pesanan minuman di minta. Pelayan itu juga bagai berat mulut untuk berkata, semuanya semacam dalam berkeadaan sedeh, takut dan curiga.

    Di perkapungan bermuram durja itu orang ramai yang sedang bermuram durja ke atas kehilangan Putra Syahir selama ini menjadi tekejut dan mengerumuninya. Dengan tempek sorak, mereka seolah telah bertemu semula dengan seorang Putra di raja yang menyelamatkan kampung mereka dahulu dari serangan naga kepala tujuh telah pun kembali.

    Gendang dan gong pun dipalu oleh penduduk kampong dengan tempek sorak menyambut kepuangan orang yang dihormati. Sekejap sahaja berita kepulangan Putra Syakir yang mereka sangkakan Putra Syahir itu sampai ke pengetahuan orang Istana dan ke telinga Puteri Rabulan Senja yang sangat merindui pemergian suaminya yang tercinta.

    Dengan penuh penghormatan dan kegembiraaan para pengawal istana pun datang memberi tabit homat serta menjemput Putra Syakir ke istana tuan puteri Rambulan Senja. Dengan terpingga-pinga Putra Syakir diirengi menuju ke istana . Hati menjadi kacau bilau dibuatnya.

    Putra Syakir cuba mencari cerita sebenarnya apa yang telah berlaku ke atas abang sulung sekembarnya Selama ini. Dia mula dapat menangkap ahawa abang sulung kembar seirasnya pernah berkawin dan menjadi orang terhormat di dalam negeri ini. Mungkin ada jasa yang telah dilaksanakannya. Lama dia termenung.

    Dia mengkagumi melihat suasana Majlis meaikan kepulangannya yang mereka sangkakan dia saudara abang sulung kembar seirasnya. Putra Syakir beberapa kali menjadi kekok dan tersasul jadinya Bebrapa pengawal terpaksa membantu dan menunjuk jalan mnujuk ke istana uan Putri Rambulan Senja yang sedang menanti di itana itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. SEMUA TELAH SIAP

    Semua sudah dicetak ditulis dicatat
    Dikumpulkan diperbanyak dijilid
    Begitu sangat rapi
    Semuanya sangat terperinci
    Kata per kata begitu jelas
    Tahap demi tahap telah disiapkan
    Semua sangat mengagumkan
    Dari rencana A sampai rencana B
    bahkan Z semua Jelas sekali
    Terperinci lengkap siap dilaksana
    Kalau ada yang mahu melaksanakan

    Zainal Arifin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. ANUGERAH UNTUK RABIAH

    Kau bagai seorang abid
    Yang sering rindukan munajat
    dalam nafas reda dengan jihat
    untuk menagih simpati
    biar tikar lusuh pendamping setia
    asalkan kau tak terpukat
    dengan gemercik pedang durjana
    tak serik memancing muslihat
    di ufuk kamar mega syahdu
    dalam dakapan kerinduan
    antara hamba dengan Zat yang Mulus.
    Hingga dinihari masih tekal
    "Lailahailallah Muhammad Rasullah"
    sedangkan kolam matamu
    acapkali berkaca di kala diutus
    seutas zabarjat milik syurgawi
    buat anugerah untukku Rabiah.

    Ustaz Zulkarnain
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  5. DIA ADALAH

    Dia adalah rantai penghubung
    Antara dunia ini dan akan datang
    Dia kolam air manis jiwa kehausan
    Dia adalah sebatang pohon tertanam
    Di lembah sungai keindahan
    Bagi hati lapar yang mencari.
    Dia adalah seekor burung
    Menyejukkan jiwa dalam kedukaan
    Menaik semangat alunan melodi indah
    Dia sepotong awan putih langit
    Naik mengembang memenuhi angkasa.
    Kemudian mencurahkan kurnia
    di atas padang kehidupan.
    Membukakelopak bagi menerima cahaya
    mengajarkan semua menjadi seniman

    PANYAIR AGUNG
    sajak buat en nuri

    BalasPadam
  6. CERMIN TELAGA

    Bercermin pada telaga
    Tanpa terasa dalam keruhnya suasana
    Menunggu dalam dua musim berganti
    Bulan berbaring disana
    Dalam malam lindungan mega
    Buta langsung pilihan tak terduga
    Entah apa yang terjadi
    Terasa tak menent
    panik dalam pelukan waktu
    Tersenyum kepada alam

    Mat Noh
    sajak kesedihan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG


    Sajak En. Zainal Arifin bertajuk SEMUA TELAH SIAP. Pengucapannya simbolik pada kerja yang di andaikannya telah siap dan lengkap untuk disahkan penerbitannya sebagai sebuah buku
    yang sempurna untuk diterbitkan, kini cuma menunggu meminta kebenaran dan kelulsannya.Sekadar andian sahaja. Pembicaraannya terlalu umum tidak dinyatakan temanya. Menjadi kabur dan sukar untuk menangkap maksudnya. Apa pun Thahniah! Kerana berjaya sampai juga anda ke penghujung sayembara. (SM)8

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG

    ANURAH UNTUK RABIAH oleh Ustaz Zuikarnain kini mengetengahkan dengan puisi ketuhanannya. Nyata Pengucapannya berkisar kepada seorang solehah atau pun mereka yang berjiwa mursik. Cinta pada rabani lebih dari segala-galanya , sama ada duduk berdiri dan baringnya. Sentiasa zuhud dan tidak perlu kemewahan jika semuanya boleh melupakan akan segala.Itulah anugerah yang sukar didapati melainkan buat mereka yang benar-benar terpilih oleh Allah swt. Thahniah! Kerana berjaya sampai ke kemuncak hujung sayembara ini. (SM)1

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG

    Sdra. Panyair Agung dengan sajaknya betajuk: DIA ADALAH . Penguapanya ada daya kreatif ternyata pada susunan ungapan dan bait-bait puisinya saja, rasa kepuitisannya sadikit longgar nampaknya.Pembicaraanya pada tema dunia penulisan terkini agaknya buat orang tertentu. Apa pun ramai yang menulis melalui blog ini, Cuma Cr. ini bernasib baik digemari. ini semua secara kebetulan dan tidak disengajakan, kata en nuri: sekadar suka-suka menjana minda meniti ke usia senja. Thahniah kerana sampai juga ke penhujung sayembara kali ini (SM)7

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG

    Sdra. Mat Noh masih menyambung puisi-puisi kesedihannya yang kian parah dan menyeksakan. Kini dengan tajuk CERMIN TELAGA. Pengucapannya ada daya kreatif yang tinggi dan puitis. Pebicaraanya kali ini agak kabur dan mengelirukan.Cuma kadar andaian boleh juga dimaksukan pada cerita peribadi dan politik terkini. Thahniah kerana terpilih dan sampai juga ke penghujung Sayembara kali ini. (SM)5

    BalasPadam
  11. huh! untung dia disambut mcm tu hehe

    BalasPadam
  12. aik! tiba2 dia diangkat plak

    BalasPadam
  13. eh! kembar seiras ni bahaya

    BalasPadam
  14. ha! mcm mana la puteri rembulan senja kenal ke laki dia?

    BalasPadam
  15. agaknya puteri tu tahu x bukan laki dia?

    BalasPadam
  16. hbis la syakir org dh salah anggap

    BalasPadam
  17. takut bini syahir plak dia ambik? hahaha

    BalasPadam
  18. dia x cerita ke yg dia ada kembar?

    BalasPadam
  19. aik! sekali dia ke kamar bini abang dia la... hahahaha

    BalasPadam
  20. alamak! hbis la puteri rembulan senja ingat dia syahir nnt

    BalasPadam
  21. makin menarik jgk cerita ni

    BalasPadam
  22. sambung lagi best jgk

    BalasPadam
  23. harap2 dia beritahu perkara sebenar

    BalasPadam
  24. puteri rembulan senja x cam ke bukan laki dia?

    BalasPadam
  25. moga2 syakir x ambik kesempatan ke atas bini abang dia... hahahhaa

    BalasPadam
  26. xkn la dorg xthu tu syahir kembar seiras sgt ke?

    BalasPadam
  27. apa agaknya akan terjadi nnt?

    BalasPadam
  28. aik! dia xthu ke tu bukan laki dia?

    BalasPadam
  29. kalau check cap cari baru dorg thu dia bukan syahir.. hehe

    BalasPadam
  30. boleh tahan jgk jalan cerita ni

    BalasPadam