Rabu, 13 Julai 2011

POKOK PUN MENGERTI.





Papaku seorang yang anih
Biasa berbicara dengan pokok
Di tengah malam buta
Di dalamkebun kelapanya,

Kadangkala aku pun hairan
Dia juga berbicara denan sampan,
Air sungai kurau, udang galah,
juga ikan siakap dan baung.

Apakah itu puisi karyatif
terpantul keluar dari emonsinya
yang tidak tahu membaca dan menulis
kerana buta  huruf gagal di sekolah dewasa.

satu hari,
Pernah dia berkata
Kepada pokok kelapa dara,
Kau kalau tidak berbuah setahun dua,
Aku akan tebang, hidup buat semak saja,

Selepas dua atau tiga  tahun
Sudit sulung kelihatan keluar
Dari celah pelepah kelapa dara
Semacam pokok pun mengerti,

Aku pun sama menirunya,
Bebicara dengan pokok pisang
Di tepi surau dekat pagar SK Sg. Ara
Minta sebiji pisang serendah  masak 
Buat buka puasa sebelum bersara

Sesekali aku fakir,
Aku dan papaku adalah sama
Sepeti orang gila yang berbicara.
Dengan alam pokok dan alam benda..

Oleh; Nurimanja,
Setelah ziarah kampong,hati pun sayu
Melihat tempat lahirku yang sudah tiada apa-apa.
Syawal lalu 1430 setelah selesai puasa enam .



30 ulasan:

  1. ULASAN :

    Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenarkan warga blog Cr mengulasnya. Cuma buat ahli dan P/blog Cr sahaja diminta atau dibenarkan mengulasnya. Harap maklum.Terima kasih!


    semua sajak berunsur atau tema agama dan ketuhannan.Dalam pembentukkan insan yang berakhlak mulia dan anda boleh diharapankan membina negara masa depan..


    (en NUri)

    BalasPadam
  2. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 15 : TARIKH 29/6/201 (BB)

    GAMBARAN 10.

    Nabi diperlihatkan gambaran manusia mengunting lidahnya dengan gunting api neraka, setelah digunting bercantum semula, dan begitulah keadaannya.rengkasnya kata orang yang bercakap tidak serupa bikin. Cuma pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakannya,janji kosong, banyak dusta atau banyak auta sahaja.kata pepatah "Sungguh pandai bermain lidah dan tanam tebu di bibir sahaja".

    Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

    1. Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak dilaksana apa yang diucapkannya.jangan cakap tak selupa bikin.

    2. Setiap orang Islam mesti bercakap benar dan melaksanakan apa yang dikatakannya, jangan cuba main putar belit, manusia benci Allah mengutukkannya.

    3. Orang yang bercakap dusta adalah ciri-ciri orang yang munafik, umat manusia sepatutnya menjauhkan diri dari orang-oang yang seperti ini, dikhuatiri bersubahat dan berdosa.

    Dalil Al Quran, dalam surah Ast Sad ayat 2 dan 3. kira maksudnya;

    Wahai orang yang beriman , Mengapa kamu perkatakan apa yang tidak dapat kamu lakukan, Amat besar kebencian Allah kepada orang yang berkata sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan atau dilakukannya.

    bersambung esok.

    BalasPadam
  3. A

    1 putera damien------------
    2 ungku zubir--------------
    5 nik aziman---------------
    7 yusri nawab--------------

    ===========================

    B

    3 Faezawatie===============
    4 Maisarah An Nisa=========
    6 Mawar Harum==============
    8 Srikandi Juwita==========

    ===========================

    C

    1 pak bostamam=============
    2 pak awang================
    4 orang lama===============
    6 haji khali===============

    ===========================

    D

    2 yasmin davidson==========
    6 Nurul Lisa Kim===========
    7 Noor Syahirah============
    8 Azura waheeda============

    BalasPadam
  4. PESAN ORANG TUA ITU

    kata pak tua orang itu
    tak payah sembahnyang puasa
    dan bayar berzakat
    semua pakat terlopong
    pandang sama sendiri
    apa nyanyukkah si tua ini
    itukan suruhan tuhan dan wajib
    orang tua itu senyum
    pandang kami semua
    ertinya mudah itu sememangnya
    sembahyang,puasa,zakat itu wajib
    tapi yang payah cuma diri kita
    selalu lalai leka cari alasan
    walhal itu kewajipan
    usah cuba bantah
    sekarang baru kami faham

    Salam
    sajak nasihat org tua aku

    BalasPadam
  5. DEBU INGIN MENGGAPAI BUNGA

    Aku hanya sebutir debu
    Bermimpi ingin menggapai bunga
    Namun adakah diriku salah
    ketika aku mendamba untuk
    dapat berdekatan selalu
    Menghiasi malam dan
    habiskan sisa kehidupan

    Pak Kassim
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. MENGAYUH BASIKAL

    rempat di hujung terminal di pasar
    Menunggu penumpang
    Mencari penghasilan
    Mengumpulkan kekayaan
    Berbekal tenaga dengan kekuatan kaki luar biasa mengayuh basikal
    Mengangkut penumpang
    dan barang banyak menyusuri jalan
    Hanya dengan tenaga dan keringat
    Tak peduli kereta lalu
    Tak peduli panas terik
    Tak peduli jalan becak
    Tak peduli jarak yang jauh
    Terus mengayuh menuju destinasi


    Jalil Janggut
    sajak bila melihat org tua mengayuh basikal dalam hujan

    BalasPadam
  7. MENUJU KE KOTA

    tak larat merasi kehidupan desa
    Tiada kemajuan Tiada harapan
    Tiada cita-cita Tiada kerja
    disini hanya layak
    untuk orang berkelulusan menyangkul di sawah
    penggembala di kandang
    pencari ikan dan pengumpul kayu api
    Disini tak menguntungkan
    tapi di kota banyak kesempatan
    Dengan modal niat
    Ditambah sedikit nekad
    Dengan duit sedikit belanja
    Tanpa kelulusan menuju kota
    Mengejar impian mencari harapan
    Berharap mendapat banyak wang
    Walau ramai kata kota kejam
    tak berbelas kasihan

    ABul Hassan
    sajak ni khas utk bapak aku yg tak bagi aku keja kat KL!!!

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    Salam dengan sajaknya PESAN ORANG TUA ITU sebaiknya bertajuk: PESAN PAK TUA.Ternyata pengucapannya mudah dan menarik hati pembaca. Walaupun ungapan biasa dan mudah ditangkap maksudnya. Walaupun ada sedikit kami buat pembetulan. Pembicaraannya agak mudah , mukin di rumah atau kedai kopi. Ada saja cerita yang di kata oleh seorang tua yang banyak pengalaman akan mula bercerita dan berpesan kepada anak muda dengan cara berseloka. Apa pun layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011


    Pak Kassim sajaknya adakah telah tersiar di RU depan CR. Kumpulan Pak. Kurang pasti lagi.Kali ini sajaknya bertajuk: DEBU INGIN MENGAPAI BUNGA. Pengucapannya ada rasa simbolik pada ungapannya. Nampak semacam ulat bulu naik daun pula? Apa pun kalau ada kemampuan dan sering berdepan dengan keadaan begitu. Ikut cara yang halalan taiyiban, sementara ada kemampuan dengan bunga-bunga yang galak dan berselerak. Lipat sajaklah.. Osam laden pun pasang 4. Lagi hebat.Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    PENGAYUH BASIKAL TUA oleh Jalil Janggut. Pengucapannya boleh diterima, satu rakaman
    Yang yang dilihat dan dirasa dalam hatinya. Ada rasa daya kreatif menyusun baitnya dengan ungapan kata yang bersahaja. Penceritaannya jelas dengan tema ksusahan dan penderitaan seoang pengayuh basikal tua. Mencari rezeki dengan mengambil upah membawa barang dagangan dan penumbang , ada Sadikit pembetulan untuk lebih menghidupan critanya. Layak untuk sayembara seterunya (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    Abul Hassan kini mulai menceritakan apa yang sebenar. Menampakkan kemampuan baktnya Dengan sajaknya bertajuk MENUJU KE KOTA. Sebaiknya AKU INGIN BEHIJRAH KE KOTA Pengucapannya ternyata berterus terang tanpa simbolik. Apa pun ada sadikit pembetulan sebagai contoh untuk menulis puisi yang lebih mantap.Tema kecewa bila oang tua menghalang cita-citanya untuk berhijrah menuku ke kota. Sajak ini bersaing dengan Jalil Janggut dan Pak kassim. Kerana sajak Pak kasim walaupun pendek lebih daya kreatif dan puitis sadikit dari sajak anda. Jadi terpaksa penyertaan anda terhenti disini saja.Harap maaf, usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  12. huh! gunting lidah plak

    BalasPadam
  13. en nuli tulis celita ni wa baca mcm ada bohong la mana boleh sudah potong boleh tumbuh balik lidah..

    BalasPadam
  14. mcm susah nak percaya lidah boleh sambung balik?

    BalasPadam
  15. mmg kena kat anuar la gambaran ke 10 ni

    BalasPadam
  16. anuar ibrahim org yg akan kena potong lidah la nnt

    BalasPadam
  17. byk org politik skrg ckp x srupa bikin

    BalasPadam
  18. selalu cakap tp x laksana org politik la

    BalasPadam
  19. hrp2 kita x jd mcm ni kena potong lidah

    BalasPadam
  20. kata2 msti di laksana jgn pandai ckp je

    BalasPadam
  21. btol tu kata2 msti dikota bahaya nnt kena potong lidah

    BalasPadam
  22. mcm tipu je cerita en nuri ni

    BalasPadam
  23. org islam je ke yg kena org bukan islam pun termasuk sekali?

    BalasPadam
  24. putar belit ni mmg anuar la sapa lagi mngkin dia kena potong lidah

    BalasPadam
  25. berapa gambaran dia nampak ni

    BalasPadam
  26. bahaya jgk ckp x serupa bikin ni

    BalasPadam
  27. btol tu kata msti dikota nnt kena potong lidah

    BalasPadam
  28. eh! cakap x serupa bikin tu apa???

    BalasPadam
  29. menarik jgk cerita ni sambung lagi

    BalasPadam