Jumaat, 1 Julai 2011

PERHIMPUAN HARAM



sajak pilihan warga CR.



Pedih. seluruh mata dan hidung.
Air memercik keluar.
Sakit. asap yang gatal.
Seluruh wajah ku bukan kebal.
Bagai nangis menunjuk rasa sebenar.
Sehingga ke hari ini.
Aku janji takkan ke situ lagi
Dulu aku tersesat dengan harapan
Semua tipu belaka!
Sekarang semua lepas tangan
Aku di tinggal keseorangan
Di tangkap diseksa!
Ni semua kerana dia
Dialah sesumpah punya angkara
Kau berlakon rentak hidup
Kau khabarkan konon serupa.
Segambar dengan cereka.
Tapi kau tidak tahu.
Arus zaman yang telah ditinggalkan
merubah segala minda cetek.
dan satu lagi sekarang semua
orang tahu kau si bangsat Negara!
Dan kau tak pernah memahami sesiapa


Oleh: Bumi Hijau
kuala lumpur
2.11.2010/2010 November 24 21:13





30 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Qalam berkata...

    Sajak Bumi Hijau bertajuk: PERHIMPUNAN HARAM . ternyata pengucapannya ada Rasa kesal kerana melibatkan diri dengan kecelaruan minda mendengar cerita dan hasutan dari kuncu-kuncu petualang negara.

    Kesalahan yang tidak tahu rasa tidak rasa Berdosa, tetapi apa yang Allah murka buat mereka yang tahu, tetapi masih juga ingin bersekongkul, azablah padahnya.
    Tak usah kata rakyat Malaysia Bush pun dia perkena…Tak perlu lagi bagi dunia.

    Orang sudah tahu siapa kita sebenarnya. Siapa yang meludah kelangit…kini sudah terkena tempiasnya. Semoga Bumi Hijau kembali Subur. Amin.

    Oleh: Qalam Mutiara.
    24 November 2010 2:00 PM

    BalasPadam
  2. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 3 ; TARIKH 17/6/2010 KENAPA BERLAKU?

    Israk dan mikraj ini satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW sewaktu nabi di dalam keadaan begitu kritikal(bersedih) menghadapi zabaran kidupan.Pertama kematian istrinya SitI khadijah, kedua kematian bapak saudaranya Abu Talib memang menynuh perasaan dipangil tahun berduka.

    Ditakdirkan Allah, nabi dibawa mengziarahi beberapa alam untuk melihat dan menhilangkan rasa sedih dan kedukaan itu,Allah telah meapakan tandatanda kebesarannya itu. Dengan melalui 4 alam semuanya Iaitu , 1. alam mulk, 2. alam malakut, 3. alam jabarut, 4. alam izzati.

    Dalam peristiw ini nabi Muhamad saw menerima perentah secara (terus) ditempat yang paling tinggi. iaitudi Hadziratui-Quds kawasan yang tidak dapat dijejak oleh makhluk lain, kecuali nabi Muhamad SAW seorang sahaja.

    Rengkasnya; Kematian khadijah dan bapak saudaranya Abu Talib, dinamakan tahun nabi berdukacita atas kehilangan orang yang ikaihi, Allah gantikan dengan menenangkan hati nabi menziarahi atau melawat dengan peristiwa Israk dan mikraj ini. wallahhuaklam.

    BSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KUASA DUIT

    nampak menarik harga pula cantik
    memang mampu milik jenama terbaik
    hati rasa tertarik terus hulur duit
    fenomena biasa pantang duit lebih
    pantang mampu sedikit
    jalan terus mengepak
    selagi belum berhabis
    turut nafsu semata
    nafsu tiada tertahan
    langsung tiada dikekang
    walhal sama sahaja
    sepanjang tahun sama harga
    yang lama masih elok tiada kedut
    masih terbau haruman kedai
    sambar lagi yang baru
    tewas angkara nafsu kuasa duit…

    Jupri Helmi
    sajak peringatan

    BalasPadam
  4. BUKAN KERBAU

    kita bukan kerbau dicucuk hidung
    ditarik ke mana sahaja
    turut semua perkara
    ikut tanpa bantah tuju tanpa arah
    disuruh makan kamu makan
    disuruh kerja kamu kerja
    entah apa kamu makan
    entah apa kamu kerja ikut babi buta
    kita bukan kerbau kita ada akal
    buat fikir mana elok kita ada lidah
    buat mana suka kita ada tangan
    menepis mana benci
    kita ada kaki menendang mana durja
    kita manusia makhluk terhebat
    jangan jadi kerbau…

    datuk hasbi
    ajak sindiran

    BalasPadam
  5. B E R T A H A N

    Mengetatkan simpul melelehkan ingatan
    Mengarungi waktu melayari peristiwa
    tetap berdiri di atas karang
    Yang mana yang menang
    mereka yang bertahan
    Mengupas lapisan kelembikan
    Sampai menemukan intan

    Syeikh Al Habib
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SUARA LANTANG

    Sudah selesaikah? berakhirkah?
    Ke mana suara-suara lantang itu?
    Apakah masih ada
    idealisma? keberanian?
    atau totalitas perjuangan?
    Semua memang sudah selesai
    Namun apakah semuanya harus hilang?
    Mungkin aku tak berteriak lagi
    dan mungkin aku tak lagi atas pagar
    Tapi haruskah jiwa
    sang pejuang harus hilang?

    Ustaz Muda
    sajak politik

    BalasPadam
  7. harap2 x berlaku la perhimpunan yg khabar angin kata 9 julai ni

    BalasPadam
  8. buat perhimpuan haramni yg jd mangsa pniaga la

    BalasPadam
  9. ape la dorg ni x pikir ke org lain sblm buat perhimpuan ni

    BalasPadam
  10. takut jgk aku sbb ramai kata 9 julai ni mngkin jd mcm 13 mei

    BalasPadam
  11. tkut aku dgr psl perhimpuan haram ni silap2 boleh berlaku pertumpahan darah

    BalasPadam
  12. apa la faedah buat perhimpunan mcm ni

    BalasPadam
  13. aik! sampai 4 alam ada ke?

    BalasPadam
  14. sian nabi byk musibah

    BalasPadam
  15. oh sbb tu dorg buat israkmikraj ni

    BalasPadam
  16. israk mikraj ni apa bnda maksud?

    BalasPadam
  17. byk jgk alam nabi pergi

    BalasPadam
  18. alam apa semua tu sampai 4?

    BalasPadam
  19. aik! tempat tu nabi sorg je pegi

    BalasPadam
  20. org lain xpnh pegi hanya nabi je yg pnh?

    BalasPadam
  21. tampat tu mcm mana la sampai org lain xpnh pegi cuma nabi je

    BalasPadam
  22. Hadziratui-Quds apa ni?

    BalasPadam
  23. alam kayangan ke nabi pegi tu?

    BalasPadam
  24. tmpat tu surga ke sbb nabi je yg pnh pegi?

    BalasPadam
  25. msti best tempat tu sbb hanya nabi je pnh pegi

    BalasPadam
  26. nabi sorg je yg lain2 xpnh pegi ke?

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    KUSA DUIT oleh Jupri Pengucapan biasa oleh diterima tetapi penceritaannya isu emasa yang hendak disampaikannya untuk khalayak. Sesiapapun mudah untuk menangkap isi dan maksud yang hendak isampaikan. Ada bentuk nasihat hiup ini kita kena lawan hawa nafsu. Sajak ini bersaing dengan Datuk Hasbi ada pesamaannya. Setelah dinilai ternyata kelebihan pada sajak Datuk Hasbi. Harap maaf usaha lagi, sajak anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  28. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Datuk Hasbi dengan sajaknya berajuk: UKAN KERBAU Pengucapannya tidak begitu puitis.Penceritaannya bersahaja ada namun ada sinis tajam yang hendak dilepaskan pada pihak yang tertentu. Isu semasa dan punya pendiriannya yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah. Apa pun sajak ini diberi peluang setelah bersaiang dengan sajak Jupri Helmi . Setelah dinilai ternyata sajak anda iberi peluang untuk menyertai sayembara seterusnya, (SM)

    BalasPadam
  29. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    SUARA LANTANG oleh Ustaz Muda Ternyata pngucapannya bagaikan bertanya danberseangat untuk mengetahui hal keadaan manusia yang seing berucap lantang dan berapi terasa semacam hilang senyap dan sepi, Cuma gah pada dogingan sahaja. Ini membuatkan menjadikan Keyakinan pengiktnya ramai yang bertaburan, hilang keyakinan di hati, ditambah dengan isu hangat dan panas dan menukar pula dengan propaganda menghuru harakan keadaan negara. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  30. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Syeikh Al Habib dengan sajaknya bertajuk BETAHAN. Pengucapanya begitu mengelirukan. Penceritaannya agak kabur dan sukar dimengerti, jauh sekali untuk menangkap maksud para juri kami kali ini. Apa pun sebagai andaian mungkin ada kena mengena dengan isu semasa keadaan ngara hari ini yang sedang dilanda percaturan yang memalukan. Siapa yang bertahan dialah yang layak. Harap maaf , cuba lagi lain kali.cuma disini sajak anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam