Ahad, 24 Julai 2011

MELODI HUJAN



Sajak pilihan warga Cr.
 
Aku cium bau hujan di luar
aku dengar jatuh titisnya ke tanah
aku melihat mendung dibawa bersama
aku dengarkan suara telinga
menyanyikan lagu bunyikan melodi
menghantar rasa yang sama
setiap kali pun kerlipan mata
memandang satu persatu
pandangan jatuh sudut demi sudut
bisik-bisik menghasut
semata menambah minyak ke api
padam marak menyala kembali
adalah sesuatu cuba ditepis keras
supaya setiap marah
berbara dihapus segera
biar setiap dibasah
hujan tenang aman

 
Oleh : Ustaz Nordin Khamis
saya sahabat kepada ustaz omar2011 Januari 5 15:43
 


50 ulasan:

  1. 1 ulasan:



    MELODI HUJAN sajak daripada Ustaz Nordin Khamis.Pengucapannya agak bersimbolik bersandarkan pada sang hujan dan keadaannya. Sesekali ada angin yang membisik dan menghasut irama melodi sumbang seperti minyak dicurah ke api. Jika ada keingin untuk padan tetapi ternyata akan menyala semula. Secara yang telus dan mendamaikan ada baiknya kita mengharap sang bayu bertiup dengan sepoi bahasa, agar tenang dan aman, hentikan melodi hujan, menyelesaikan keadaan tidak membesarkan apa yang buruk dan apa yang tersalah sangka.
    Ini cuma andaian saja semoga keadaan yang bercelaru dan buntu kembali jadi menentu.. Amin.


    Oleh: Qalam Mutiara.
    5 Januari 2011 6:22 AM

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke dua puluh


    Putera Wira Syakir terasa dia bagai tersedar dari mimpi yang panjang. terpingnga-pingnga jadinya, dan masih terdengar , ketawa memanjang suara dan wajah nenek kebayan yang hilang ghaib bersama teratak usang, dan kawansan itu di penuhi hutan dan batu besar kembali seperti mana dia mula datang ke situ.

    Kini Putra wira Syakir juga terpaksa meneruskan perjalanannya menuju puncak. Dia sedia menghadapi segala kemungkinan bila bertemu dengan puteri salju. Beberapa ketika dalam berjalannan itu Putra Wira Syakir telah pun melewati satu lagi kawasan yang agak naneh dan mengerunkan juga. Bagaimana mungkin ada sebuah tasek ajaib kecil di atas punca gunung Mentera Alam itu.

    Di tasek itu Putera wira Syakir menemui banyak telur angsa emas yang berselerak di tepi tasek ajaib kecil itu. Ada di antaranya yang telah pecah dipijak oleh kuda sakti Putra Wira Syahir agaknya. hamper berpuluhan biji juga musnah.

    Tetapi berbeza dengan adiknya putera wira syakir dia terpaksa turun dari kuda kesayangannya dan berjalan dengan berhati-hati. Malah dia juga telah tolong menghimpunkan telur ansa emas yang banyak berselerak itu ke satu tempat yang lebih selamat dari terpijak.

    Melihat keadaan itu dua ekor pasang angsa yang pernah memarahi putera wira syahir dahulu menjadi hairan. Lantas kedua angsa emas itu pun bertanya. “ Kenapa kali ini tuan hamba baik hati, tidak seperti dulu, tuan hamba memcahkan habis telur –teluar kepunyaan hamba dengan Menonggang kuda yang terlalu pantas.” Kata angsa emas jantan itu.

    Bila mendengar kata angsa jantan berbulu emas itu, putra wira syakir dengan pantas menjawabnya, “ maafkan saudara sulung hamba angsa emas yang baik hati dan peramah, dahulu saudara sulung hamba tidak sengaja, dan tidak menyaka ada telur angsa di tepian tasik ini. Hamba minta maaf ke atas keterlanjuranna tempuh hari,” Putra wira syakir membuat pengakuan.

    ‘’tuan hamba baik hati, terima kasih kerana telah mengumpul telur yang berselerak di tepian tasek ini, keatas jasa baik tuan hamba akan kami hargai, jika tuan hamba menerika kesusahan, serulah nama hamba . kumpulan angsa di tasek ini akan membantu.” Kata angsa emas jantan itu. (ditaip semula oleh virge )

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KELUARLAH

    Keluarlah lihat dunia!
    Bukan melulu termangu di kursimu
    Kita lupakan singgasana dan nama
    Kehormatan dan ketakutan
    bayangkan berapa banyak generasi kita korbankan untuk itu semua
    Anak lelah dididik jadi kecundang
    bukankah kedatangan mereka
    bukan untuk dibohohongi?
    Dan airmata belumlah cukup
    Jadi keluarlah keringkan dunia
    Yang basah oleh tangisanmu

    Pangeran Pertawa
    sajak pejuangan

    BalasPadam
  4. SINGA TEWASKAN HARIMAU

    tewas di kota singa
    harimau kita terluka
    dicakar sang singa tampak berbisa
    nampak gagah di kawanan sendiri
    sang harimau tiada mengalah
    terus juga berlawan
    hingga ke saat akhir
    namun tiada juga berhasil
    ngauman sang singa nyata hebat
    mengerah segenap keringat
    mematah segenap menangkis serangan
    strategi baru harus diolah
    buat berjuang kali kedua
    di bumi bertuah kita ayuh harimau
    ubati segera lukamu terus berjuang
    berjuang sampai lelah
    tewas di kota singa
    bukan makna tewas selamanya
    ayuh skuad harimau malaya
    tunjuk bisa taringmu robek singa

    Pak awang
    sajak buat pasukan malaysia

    BalasPadam
  5. LADANG JAGUNGKU

    Dalam angin lembah yang kering,
    kudengar nyanyian resah daun jagung
    tertanya-tanya lahir bagai asap ;
    mengembara lalu musnah tanpa jawab
    selurus arus kali yang tak sudah
    bagai detak jam dinding,
    yang pada malam-malam gaib :
    menikamku dalam lorong kehampaan

    Orang Lama
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. DALAM GELAP

    Dalam gelap kehampaan malam
    Bertabur bintang tercium gelisah sekeping hati dalam diriku bertanya
    Diantara lorong gelap aku berjalan
    Entah kenapa jantung degup kencang
    Tak sanggup bersikap tenang
    Gelisah hati semakin terganjal
    Sejuta tanya berselimut kebingungan
    Seluruh tubuhku membatu
    Aku teguk botol air kosong
    Tiap bunyi terdengar seram
    Tangis hati iringi perjalanan
    Sampai antara orang lalu lalang
    Perlahan menghilang rasa ketakutan

    Putera Damien
    sajak seram

    BalasPadam
  7. ada lagi ke cerita ni best jgk

    BalasPadam
  8. makin menarik jalan cerita ni

    BalasPadam
  9. eh! panjang lagi rupanya cerita ni best2

    BalasPadam
  10. en nuri raya ni kat mana nk pergi rumah en nuri ni ha! isteri sy siti hajar walau dia tua dari sy tp xpa x kisah pun terima ksih en nuri sbb pertemukan kami x sangka en nuri dulu mengajar srawak... siti ahajr dia kerja kat penang skrg mak bapak pun dok penang jgk sy masih kat kuala kurau tgk la lps raya pindah penang la nnt boleh jmpa en nuri... hehehe

    BalasPadam
  11. ha! en nuri ada no telefon cdg nk jemput en nuri ke open house sy nnt insyallah

    BalasPadam
  12. ha! cikgu najeri!! hehe sy dh selamat berkwin dgn ustaz muda minggu lps cuma x sempat bgithu saja sbb msing sibuk... ustaz muda ni hari2 kacau sy sampaikan dia pergi ke rumah sy hantar rombongan meminang alamat rumah sy adik sy yg bagi kt dia x sangka plak dia dtg btol siap beli rumah plak! aduh.. tp nk buat mcm mana dia nak kt sy jgk? snggup x kwin sampai tua katanya mak dgn ayah sy pun beri restu jd lps tunang seminggu trus kwin... x sangka dia muda dari sy.. ape2pun terima ksih ustaz nasri sbb syukur sbb jodoh sy ni mmg penyayang... heheh terima ksih en nuri!!!!

    BalasPadam
  13. syakir ni minda bawah sedar ke?

    BalasPadam
  14. nenek tu pontianak ke siap ketawa besar plak?

    BalasPadam
  15. dia x seram ke jmpa nenek tu?

    BalasPadam
  16. aik! mcm twlight zone jer

    BalasPadam
  17. mmg berimaginasi kuat syakir

    BalasPadam
  18. wah! dia jmpa jgk tasik ajaib!

    BalasPadam
  19. ha! hbis la kena pijka telur angsa tu

    BalasPadam
  20. eh! telur tu dipijak plak kuda syakir

    BalasPadam
  21. wah! dia baik dgn angsa nampaknya

    BalasPadam
  22. ada peluang la angsa tu nk tolong dia nnt

    BalasPadam
  23. syakir lebih berbudi perkerti

    BalasPadam
  24. eh! syakir mmg baik dari abang dia

    BalasPadam
  25. x sangka syakir lebih berbudi perkerti tinggi

    BalasPadam
  26. abang dia dulu sombong

    BalasPadam
  27. bgus siap minta maaf lagi

    BalasPadam
  28. apa akn terjadi nnt

    BalasPadam
  29. makin seronok plak cerita ni

    BalasPadam
  30. cerita ni buat komik kanak2 msti laku ni

    BalasPadam
  31. en nuri kalau ulasan 40 x sampai 50 sy lepas boleh ke/

    BalasPadam
  32. lps ni saya lps ulasan kalau x sampai 50 dh cukup 40 sy lps

    BalasPadam
  33. sehari 1 ke sajak en nuri letak kali ni?

    BalasPadam
  34. ulasan seperti sedia kala 50 ke jalal?

    BalasPadam
  35. en nuri nak ulasan 50 ke 40 ke atau 30?

    BalasPadam
  36. sehari 1 sajak plak kali ni?

    BalasPadam
  37. sayembara sehari 4 sajak la

    BalasPadam
  38. sayembara sy letak 8 sajak jgk en tp 4 kat sini lagi 4 kat tempat 1 lagi

    BalasPadam
  39. penuhkan koata.... hehehehe

    BalasPadam
  40. syakir ni mcm mana la nnt

    BalasPadam
  41. sampai berapa siri cerita ni

    BalasPadam
  42. boleh tahan cerita ni

    BalasPadam
  43. agaknya mcm mana la dia kt atas nnt

    BalasPadam
  44. boleh tahan cerita fantasi ni

    BalasPadam
  45. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Sajak bertajuk KELUARLAH oleh sdra pangeran Pertawa dari negara bruneai . pengucapnnya punya kekuatannya yang tersendiri.bisa membakar urat nadi dalam membicarakan semangat juang yang perlu kita warisi. Khususnya buat gendarasi muda kini.kita mesti keluar dari kemelut kekunoan. Pembicaraannya universal, skop untuk dimana saja, luar dan dalam negara.rakyat jangan dibohongi, generasi muda dibakar api. Tangisan generasi tua masih pun belum kering bagi menjayakan membina negara.Mengapa begitu mudah untuk dihancurkan oleh petualang negara . Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    SINGA TEWASKAN HARIMAU oleh Pak Awang . satu penucapan biasa dan pembicaraan mengikut musim dan keadaanya. Apapun keputusan akhir belum ditentukan lagi tunggu 90 mininit masa yang akan menentukan. Jika ada nasib menang, terpulang kepada siapa yang pandai mengatur strategi yang boleh menyakinkan. Maaf pak awang .apa pun syabas! sampai juga ke perengkat s/akhir. Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Orang lama dengan sajak simbolik yang menyentuh hati bertajuk; LADANG JAGUNGKU. Pengucapannya ada daya kreatif dan puitisnya. Pembicaraanya mungkin pada tanah air yang yang sering bergolak. Mungkin sesekali detek jatung hatinya menjadi cemas dan bengung bila melihat keadaan. . Bagaikan kena tamparan yang yang tidak terbalas. Ini yang menjadikan si penulis jadi hampa dan kecewa kerana tiap angkara hilang begitu saja.tanpa tindakan dan susulan yang memberi kesan pada pencetus durjana. Cuma andaian saja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011


    Putera Damien dengan sajaknya bertajuk DALAM GELAP . pengucapannya sudah mulai menyakinkan. Walaupun berbetuk semacam fantasi. Ada daya kreatig menyun ungapan dan baitnya. Apa pun tema seram atau ketakutan ini, pembicaraannya kisah kehidupan sesekali kita diserang ketakutan bila berada keseorangan. Terutama bila berjalan ditempat yang gelap. Ada andaian lain atau simbolik hidup kita perlu ada teman dan rakan bagi membantu rasa ketakutan. Apa pun syabas! Sampai juga ke perengkat s/akhir. Cuma disini usaha lagi (TK)

    BalasPadam