Khamis, 14 Julai 2011

KERANA SATU KURUSI



sajak pilihan warga Cr.


Kerana satu kerusi
kawan jadi lawan
kawan makan kawan
kawan jadi buta
kawan jadi duri
tiada lagi ketawa mesra
tiada lagi tangisan hiba
tiada lagi sapa menyapa
tiada lagi bicara sesama
kerana satu kerusi
nyamuk di sana jelas
gajah di hadapan kabur sahaja
pantang terkurang pantang terlebih
sejelasnya jadi tontonan
jadi bahan jadi tohmahan
jadi caci jadi tempelak
memang dasar tempayan
mana mungkin ditutup mulutnya
memang adat manusia
mulut pasti menutur kata
kerana satu kerusi
siapa jadi arang
siapa jadi abu
siapa bersinar terang
mana pergi si jebat
mana pergi si tuah
yang ada cuma panglima ketot
pantang nampak hidangan manis
habis dijilat sampai licin
pak kaduk jua jadi ikutan...


Oleh: Sulaiman Embong
Buat rakan sepejuangan/2010 Julai 7 15:02





31 ulasan:

  1. ULASAN:

    Dulu telah diulas oleh en nuri ,mungkin terdelek. apa pun terserah pada ahli Cr
    membuat ualasan dan andaiannya. Agakmudah maksud yang ingin disampaikan oleh
    sudara Sulaiman Embong.

    BalasPadam
  2. Pembangkang pesong niat Bersih

    KUALA LUMPUR 9 Julai - Penglibatan pemimpin pembangkang yang membawa agenda 'reformasi' semasa menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan itu diadakan.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda yang dilaungkan itu dilihat lebih menonjol berbanding apa yang disuarakan mereka mengenai tuntutan Bersih sebelum ini.

    "Dalam insiden yang berlaku, jelas kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran. Penganjur perhimpunan hilang peranannya dan gagal mengawal keadaan."

    Bukan lagi soal SPR yang timbul tetapi sebaliknya penglibatan pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

    "Mereka terus menerus melaungkan reformasi dan mencetuskan kacau ganggu. Perhimpunan ini ternyata hilang arah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang telah tercetus," di sini, hari ini.

    Hishammuddin berkata, tindakan pembangkang yang berterusan membohongi rakyat termasuk tergamak mencetuskan huru-hara cukup dikesali dan mereka langsung tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap masa depan negara.

    Mereka, jelasnya, ternyata mempunyai tujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan serta bermatlamat agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

    Pembangkang mahu Malaysia dilihat sebagai tidak stabil dan akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik.

    "Justeru, kerajaan akan tetap mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan menggunakan segala peruntukan sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat," katanya.

    Dalam pada itu, beliau memberitahu, penyertaan penyokong Bersih dalam perhimpunan haram jelas menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menghuru-harakan negara dan mengharapkan mereka ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

    "Kita bersyukur kerana polis berjaya mengawal keadaan dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi."

    Segala tindakan ini berjaya menghindari daripada berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

    "Saya juga bersyukur kerana pihak berkuasa telah membuat siasatan yang rapi dan menjalankan tugas dengan sebaiknya termasuk berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan-bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya dalam perhimpunan hari ini," tambahnya.

    KOMENTAR

    PEMBANGKANG seperti harimau yang terluka, bertambah luka. Apabila perhimpunan yang konon tiga ratus ribu tak cukup stadium. Kini cuma 6,000 orang saja yang ikut serta, Sama juga dengan cerita 16 september.Bertambah peleh Bersih ada pula Takbir dan Refomasi pakah jadahnya mereka ini dengan Bersih .Kini rakyat ternyata dapat menilai maksud yang tersurat dan tersirat. Niat jahat ingin meniru budaya Negara Thailand. Berharap niat jahat pembangkang patut dibayar dengan undi tidak percaya pada pilahan raya umumakan datang. Rakyat patut ajar mereka yang Mengunakan nama rakyat untuk kepentingan parti mereka. Termasuk parti yang mempergunakan agama Islam. bukannya mengikut ajaran Islam melarang umatnya berpecah belah. Allah tidak akan merastuinya..

    BalasPadam
  3. LAMUNAN PILU

    Merenung di ujung lamunan yang pilu
    sejenak teringat kata2 kau ucapkan
    yang meluluhhatiku…..
    saat terakhir aku mendengar suaramu
    padahal waktu sungguh ku lagi rindu
    dengan suaramu kedengaran merdu
    lalu kau berkata padaku
    lupakan saja diriku
    karena aku bukan milikmu
    ku terlahir bukan untukmu


    Ku dania
    sajak pisah dgn bf

    BalasPadam
  4. MALAM KELMARIN

    aku ingin kembali malam kemarin
    pada malam yang tak ada dingin
    aku kini dibelenggu waktu itu
    hingga tak bisa pagi ini datang
    betapa inginnya aku kembali
    melihat keramaian dari jembatan layang dan berbincang-bincang sampai lupa waktu kasihku,
    mungkin mimpi kita terlalu indah
    karena ternyata berjanjilah
    nanti saat kepastian datang padaku
    seperti malam kemarin

    Mona
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. SUCIKAN HATI

    Sucikah hati murnikah jiwa..
    Bila hati selalu gundah gulana
    Bimbang akan dosa lama tak kunjung
    Desir angin ratapan malam
    Gemuruh hujan deras air mata
    jiwa yang tersayat luka..
    Kerinduan setiap detak jantung
    hela nafasku dahagaku akan dalam setiap tetes darahku,
    denyut nadiku jiwaku terasa hampa
    Tetaplah bersamaku tak lagi berjiwa

    Puteri BUnian
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. AIR MATA BASAH

    air mataku basah berlumuran
    di hari-hari tangan ini
    tak lagi dapat menahan kesedihan
    Biarlah kisah ini
    kusimpan dengan setia
    Di dakapanku sambil aku
    Berjalan tegar di lemahnya

    Zuraifah
    sajak sedih

    BalasPadam
  7. ravi ni asyik sajak sedih je

    BalasPadam
  8. ravi ni kalau tension jd sami berhenti la

    BalasPadam
  9. huh! ape sedih2 ni ravi

    BalasPadam
  10. ravi dgn mat noh asyik sajak sedih je

    BalasPadam
  11. kesian pun ada aku baca sajak ravi ni

    BalasPadam
  12. pokok tu jelmaan kot?

    BalasPadam
  13. rasanya pokok tu org kena sumpah kot?

    BalasPadam
  14. pokok mana en nuri yg paham en nuri? sy nk pegi ptg ni nk tgk2 jer

    BalasPadam
  15. entah2 ada pontinanak kot bertenggek atas pokok tu

    BalasPadam
  16. mcm mana pokok tu boleh paham pelik

    BalasPadam
  17. pokok tu kalau tahu kat org kaki nombor hbis la dipuja nnt

    BalasPadam
  18. pokok pisang ke? selalu pokok pisang mmg berhantu

    BalasPadam
  19. pokok pisang? sah tu hantu pokok pisang

    BalasPadam
  20. ada lagi ke sampai skrg pokok tu en nuri?

    BalasPadam
  21. kenapa en nuri x hantar kat majalah mastika msti dorg tulis psl pokok ni

    BalasPadam
  22. pokok tu ada penunggu la

    BalasPadam
  23. x sangka ravi boleh menang

    BalasPadam
  24. ravi org indai pertama menang! tahniah!!!!

    BalasPadam
  25. india ada cina pun ada menang mmg 1 malaysia la

    BalasPadam
  26. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa
    cuba lagi.(TK)

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa
    cuba lagi.(TK)

    BalasPadam
  28. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011



    Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa cuba lagi.(TK) Apa pun saya cuba letak (SM) di kepala sajak atau tajuknya.lihat dalam UPSCR2. Saya tidak dapat ulas banyak kerja Jalal boleh lihat (SM) .VIGER

    BalasPadam
  29. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa cuba lagi.(TK)

    BalasPadam
  30. SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

    Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa cuba lagi.(TK)

    BalasPadam