Khamis, 28 Julai 2011

DI HADAPAN KIPAS LANTAI



sajak pilihan warga cr


Setiap kali aku duduk di tempat itu
aku akan pejamkan mata
merasai kehadiran engkau
yang tak terlihat dengan mata
cuma terasa tanpa deskripsi
malam ini aku duduk
di hadapan kipas lantai
dengan kelajuan maksima
mengharap engkau datang
tapi yang ada cuma kepalsuan
mendingin tak ada busur dan panah
semua berdebur berterbangan
bagai debu-debu di udara
hujan yang pantas turun menyimbah
angin yang meniup segala kencang
sebaik mata terbuka
di kala matahari menyinar


Oleh: Ustaz Rasidy Tajudin
salam 1 malaysia buat qalam besar hati sy jikalau qalam sudi mengulas 
sajak kami semua2011 Januari 5 15:47




43 ulasan:

  1. ULASAN:

    DI HADAPAN KIPAS LANTAI ustaz Rusidy Tajudin. Pengucapannya ini bagai mencari sesuatu pada malam yang diharapkan sepanjang bulan terakhir agaknya. tetapi sayang iktikap yang di buat untuk mencari malam seribu bulan ini. Terasa meleset dan palsu di hadapan kipas lantai surau atau masid, tetapi hujan dingin yang datang bersama angin sejuk meniup tubuh, keberangkalian ada kehadirannya tetapi tidak sama bagi setiap orang yang diperkenankan bertemu malam al qadar itu. Amin.

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. 3.ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2
    8/7/2010

    Pengajaran Daripada Peristiwa Israk dan maikraj

    3.2.1 Membuktikan kebesaran Allah yang punya keagungan dan kekuasaan yang melakukan sesuatu dengan Qudrat dan Iradatnya. Semua gambaran yang ditujukan kepada pesuruhnya nabi Muhamad saw adalah untuk disampaikan pengajaran kepada umatnya.

    3.2.2 Peristiwa ini juga secara tidak langsung menyetuh tentang akidah dan menguji keimanan kita umat manusia sama ada mahu menerima atau tidak yang nabi Muhamad saw telah melalui peristiwa israj mikraj ini melibatkan empat jinis alam;

    1. alam mulk (syahadah), 2. alam malakul, 3. alam jabarut, dan 4. alam izzah (mastawa) sebahagian daripadanya ini merupakan perkara-perkara (samiyyat) ertinya yang (didengari) apa yang disampaikan daripada nabi atau al quran tidak boleh difikir atau diujikaji diluar lingkungan daya fikir manusia. melainkan dengan izin dan kehendak Allah swt sahaja.

    3.2.3 Gambaran peritiwa ini adalah kehidupan bagi kita menghayati keimanan dengan melaksanakan amalan seperti solat, jihat, infaq, amanah dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah(terpuji) akan mendapat balasan atau ganjaran yang terbaik daripada Allah swt. Dan bagi golongan yang melakukan perkara terkutuk ini: zina, makan riba, makan harta anak yatim engan bayar zakat, mengumpat, takbur dan segala macam sifat mazmumah(keji) pasti akan menerima azab yang pedih (dahsat).

    3.2.4.Setiap manusia seestinya cuba menghindarkan dii dari godaan iblis dan syaitan yang mana kekayaan dan kemewahan di dunia sebagai wasilah disamping perancangan yang halus dari golongan Yahudi dan Nasrani untuk mempengaruhi umat nabi Muhamad akhir zaman teperangkap dalam jebak mereka.

    3.2.5 Solat lima waktu ada kemuncak segala ibadat. jika betul solatnya akan memperbetulkan amalan-amalan kehiupannya. Solat adalah satu ibadat yang diwahyukan secara langsung kepada nabi Muhamad saw di langit.

    3.2.6 Setiap muslim tidak kira bangsa dan keturunan apa sekali pun dipandang mlia di sisi Allah swt. Jika dia melakukan Tazkiyatul-Nafs (menyucikan jiwa dan hati) dengan perbanyakan zikrullah, solat, membaca dan memahami alqran, infaq harta, muhasabah, meningati mati dan sebagainya. amin!

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. BUNGA LIAR

    engkau adalah bebunga liar
    tumbuh di puncak kesunyian
    terjerat dalam jaring kesangsian
    dan kisah tentang laut dalam
    resah tertahan dimatamu
    jalan setapak terasa dingin
    dedaun luruh rindukan tangkainya
    melayang pasrah di pusaran angin
    muara didasar lembah kepedihan
    melukiskeindahan dilengkung pelangi
    mestikah hanya dibawah
    bunga liar tumbuh

    Nurul Syahirah
    sajak fantasi

    BalasPadam
  4. KHUTBAH DI RUMAH IBADAH

    ada khutbah di rumah ibadah itu
    tapi ada kata-katanya
    yang menyerap didalam jiwa
    tapi ia kehilangan bahasa
    ada juga kata-katanya
    berkembang didalam dada
    tapi kehilangan warna dan makna
    hidup terus berlalu tanpa resah
    sungai mengalir arus dalam riaknya
    muara menghitungjarak dengan senyap
    tapi apa yang sedang
    si pencerita itu lantunkan
    dalam khutbahnya?

    Emily Osman
    ketika tunggu kekasih sy solat jumaat terdengar org berkhutbah tp mcm bukan cerita psl agama

    BalasPadam
  5. EMBUN DAN MATAHARI

    Hikmah terwujud dalam penantian
    terhempas dalam kerikil makna.
    Kiranya ini garisan hidup manusia.
    Takkan pernah terbayang sebelumnya.
    Ku tambatkan hati dalam penantian.
    Bersama belahan jiwa berjuang melawan keadaan dan kenyataan
    Doa dan sujud selalu sejukkan hati
    dengan embun pagi bersama matahari.
    beri makna biar beri nafas segar
    Duri kan selalu lidungi kamu.
    Berikan madumu pada kumbang setia.

    Siti Hajar
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. RINTIK-RINTIK HUJAN

    Hujan sudah berkalang di tanah
    ditebas lalang malam petang
    berdarah lehernya terguling menyeringai bersakitan
    merasai benar sebelum lalu.
    melihat dari kejauhan
    Rintik menjangkau-jangkau
    ingin turut teguh hilang sudah
    Tak niat hilang keduanya
    hujan dengan rintik
    biar hujan pergi
    tinggallah rintik denganku
    acuh meraung saja tersenyum rintik

    Sharifah AL Habsi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Siti Hajar dengan sajaknya EMBUN DAN MATAHARI. Penucapannya juga bagaikan melompat atau pun disengajakan Terlalu sukar menangkap maksud. Daya kreatifnya ada tetapi kurang rasa puitisnya. Pembicaraan munkin kisah peribadi agakya. Setelah lama menanti dalam geresahan, kini telah bertemu jodoh yang tidak diduga. Mungkin itulah hikmahnya di atas kesabaran dan ketaatkan berdoa dan bertawakal, jalan lurus akan ditemui mungkin kebimbangan ibu bapa selama ini tidak meraguinya lagi. Apa pun thahniah kerana berjaya sehingga ke akhir sayembara ini. sajak anda layak diberi tempat ke tiga Kategori wanita sajak terbaik. (3)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Sdri Sharifah Al Habsi dengan sajaknya RINTIK-RINTIK HUJAN. Penguapannya kali kini agak
    semacam kehilangan daya kreatif puitisnya, lebih menekan pada simbolik atau metoporanya sahaja. Malah temanya juga tidak menentu. Penceritaanya juga kabur dan sukar ditangkap isi maksud yang tersirat.Cuma andaian mungkin kisah peribadi, dalam kehidupan biasalah sesekali ada hujan dan ribut berlaku, tetapi sebaiknya biarlah hujan rintik kurang memberi basah yang teruk. Kalau tempias hujan bisa saja dalam kehidupan seharian terutama suami isteri. Bisa diator. Apa pun thaniah dari kami buat anda, kerana layak sehingga ke akhir sayembara ini. Walaupun anda cuma diberi tempat kempat sebagai sajak yang baik (4)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Nurul Syahirah dengan sajak fantasinya ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR. Pengucapannya agak kabur atau sengaja diolah menjadi sukar menangkap maksud,agar pembaca berfikir, walaupun ada daya kreatif dan puitisnya pada tiap ungapan dan baitnya.. ternyata ada maana tersendiri Gambaranya juga sengaja dikaburkan .pembicaraan isi cerita sengaja disimbolikan pada fantasi. Cuma andaiansaja, kebarangkalian mungkin kisah gadis yang inginkan mencari kebebasan dalam kehidupan, lalu ia melakukan apa saja.sehingga menjangkau pekara yang luara batasan.cuma adat, agama dan undang-undang yang jadi pnghalangnya.jika mereka lakukan juga , masyarakat tidak akan menerimanya dan jadilah mereka kelas bawahan yang hina dan liar bagaikan bebunga hutan yang kembang terbiar dan tidak terjaga.Sajak anda dibri tempat kedua kategori sajak wanita utama (2)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Sdri Emily Osman dengan sajaknya KHUTBAH DI RUMH IBADAT. Setelah mendapat sinar cahaya hidayah. Pengucapannya kini melakarkan kisah benar dalam ungapannya yang bersahaja.ada daya kreatif mengolah isi cerita atau mesej yang hendak disampaikan. Pmbicaraanya tentang satu khutbah yang di Dengarinya, ada yang faham dan sebaliknya. Kebarangkalian,lewat keblakangan ini ada khutbah sengaja Diselitkan kebatalan ijadikan kebenaran utk kumpulan tetentu, ila politik diselitnya menjadikan saudara baru jadi keliru. Apa pun anda kena banyak berfikir dengan matang mengunakan ilmu bantú yang ada dan deria hati akan menentukan sesahihan yang sebenarnya buat orang yang beriman. Insyaallah! Syabas! Layak juga sehingga ke penghujung sayebara ini.

    BalasPadam
  11. tahniah pak bostamam!! mmg anda lebih layak

    BalasPadam
  12. mcm mana sy boleh menang sayembara ni? sbb bagi sy orang lama lebih layak tp itu keputusan tinta dgn qalam sy x boleh buat apa tp secara peribadi orang lama lebih bgus sajaknya....

    BalasPadam
  13. tahniah pak bostamam! lama x msuk sekali masuk terus menang rezeki tu x ke mana pak bostamam...

    BalasPadam
  14. untung pak bostamam tp rasa mcm orang lama lebih baik sajak dia tp keputusan muktamad di tangan tinta dan qalam...

    BalasPadam
  15. wah! pak bostamam shooping sakan la raya kali ni raya sungguh2 la pak bostamam nnt...

    BalasPadam
  16. aik! pmpuan emily ke menang? aku ingatkan adik tunang aku yg menang

    BalasPadam
  17. rasa mcm boleh menang? tp xpe la bkn rezeki emily pun sajak menarik jgk psl ketuhanan

    BalasPadam
  18. eh! mcm mana sy boleh menang? impossible! sbb rasa mcm x layak je nk menang sbb sajak nurul syahirah lebih puitis? pelik jgk tp xpa la mngkin rezeki tuhan nk bagi ambik je la..

    BalasPadam
  19. dah agak pun sy akan kalah sajak tu tunggang langgang x semak pun trus hantar... hehe eh! tp x sangka emily yg menang ingatkan nurul syahirah?

    BalasPadam
  20. ingatkan boleh dpt tempat kedua rupanya tempat ketiga plak? sajak tu sy buat separuh atas lagi separuh bawah suami yg buat sbb tu agak x sama sikit ayat dia

    BalasPadam
  21. jadi secara rasminya EMILY HIDAYAH OSMAN BAYANS dgn PAK BOSTAMAM yg menang sayembara bulan 7 ni dan sayembara pun menutup tirainya jd esok pak bostamam dgn sy pergi shopping tp emily di singapore kalau boleh dtg melaysia dtg la klu x boleh? sy pun xthu nk buat mcm mana.. bank in duit la kot?

    BalasPadam
  22. eh! emily osman yg menang ke? sbb tinta x letak no sbb semua ada no masing2

    BalasPadam
  23. qudrat dan iradat tu apa?

    BalasPadam
  24. btol tu semua israk mikraj ada pengajaran walaupun org bkn mlyu xphm tp mmg ada pengajaran

    BalasPadam
  25. btol tu byk pengajaran dalam israk mikraj ni

    BalasPadam
  26. org bkn islam baca psl israk mikraj ni boleh ke?

    BalasPadam
  27. alam mulk? pelik bunyi

    BalasPadam
  28. pening la baca psl israk mikraj ni

    BalasPadam
  29. walau x paham israk mikraj ni aku suka baca jgk

    BalasPadam
  30. byk jgk alam nampaknya ada 4

    BalasPadam
  31. bru la paham psl irak mikraj ni

    BalasPadam
  32. menarik kisah israk mikraj ni seronok baca

    BalasPadam
  33. oh patutlah ada israk mikraj ni

    BalasPadam
  34. israk mikraj ni utk bagi org phm psl islam rupanya

    BalasPadam
  35. ha! ada pengajaran rupanya israk mikraj ni

    BalasPadam
  36. eh! ada lagi ke cerita israj mikraj ni

    BalasPadam
  37. menarik israk mikraj ni

    BalasPadam
  38. ada lagi ke kisah irak mikraj ni menarik ada byk pengajaran

    BalasPadam
  39. nampaknya israk mikraj ni memberi byk pengajaran kt kita

    BalasPadam
  40. Senarai Nama sebenar orang di citra rasa dalam I.C tp ada setengah xnk bagi...


    Bulan 2

    1 ziarah makrifat
    2 ustaz rahman
    3 saizul maizav
    4 en sanusi =Muhamad Sanusi Bin Mustapha

    =================================
    bulan 3

    1 mak mah =Rosmah bt Ali
    2 dayang
    3 mei ling =Mellisa Mei Ling
    4 Julia =Julianita Bt Hamsan
    5 warga emas =Awang Jud Bin Omar
    6 Mia =Mia Safiyah bt Abdul Ghani
    7 Tan sri yunus =Tan Sri Hassan Yunus Bin Ghazali
    8 sufian al Zahri =Sufian bin Al Zahri

    ==================================

    Bulan 4

    1 simsalabin
    2 ustaz saad=Muhamad Saad Bin Hosni
    3 pak hussin=Hussin bin Non
    4 makcik senah=Rosenah bin Johari

    ===================================
    bulan 5

    1 indera syahpura=Indera Syahpura Bin Maleeke Pura
    2 Tuan Haji
    3 mawar merah =Tajihah Bin Ramadhan
    4 hajjah jamilah=Jamilah Bin Kemit
    5 Ai Kutubudin
    6 nur atikah=Nur Atikah Bin Subhi
    7 yusmanira=Yusmanira Bin Jamal
    8 inspektor halim =Halim Bin Ahmad
    ===================================

    Bulan 6

    1 penyair agung
    2 syeikh al habib
    3 zainal arifin=Zainal Arifin Bin selamat
    4 ustaz zulkarnain
    1 apek liew=Liew AH Siat
    2 ravi ramachandran=Ravi Ramachandran A/l Parndiya
    3 jalal rafzee=Jalal Rafzee bin Zainudin
    4 mat noh

    ==================================

    BULAN 7

    1 pangeran pertawa
    2 Pak Kassim
    3 pak bostamam
    4 orang lama=Megat Anuar bin Megat Abu
    5 ungku zubir=Ungku Zubir Bin Ungku Saidin
    6 putera damien=Ungku Damien Bin Ungku Amir
    7 pedang kesatria
    8 pak awang=Meor Tajul Bin Meor Ahmad

    1 Noor Syahirah=Nur Syahirah bt Abdul Ghani
    2 Emily OSman=Emily Hidayah bt Osman Bayans
    3 Siti Hajar
    4 shraifah al habsi
    5 yasmin davidson =Quratul Yasmin bt Davidson Abdullah
    6 Nurul Lisa Kim =Nurul Lisa Kim Bt Moe Lee
    7 Mawar Harum =Nur Ain Bin Halili
    8 Maisarah An Nisa =Maisarah An Nisa bin Jalaludin

    BalasPadam
  41. semua nama sebenar orang2 dia citra rasa aku nak lekat kt papan kt office kami sapa yg x bagi nama sebenar baik bagi cepat

    BalasPadam
  42. Ada orang tukar nampaknya . siapa
    yang buat tukar ini ?


    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Sdri Emily Osman dengan sajaknya KHUTBAH DI RUMH IBADAT. Setelah mendapat sinar cahaya hidayah. Pengucapannya kini melakarkan kisah benar dalam ungapannya yang bersahaja.ada daya kreatif mengolah isi cerita atau mesej yang hendak disampaikan. Pmbicaraanya tentang satu khutbah yang di Dengarinya, ada yang faham dan sebaliknya. Kebarangkalian,lewat keblakangan ini ada khutbah sengaja Diselitkan kebatalan ijadikan kebenaran utk kumpulan tetentu, ila politik diselitnya menjadikan saudara baru jadi keliru. Apa pun anda kena banyak berfikir dengan matang mengunakan ilmu bantú yang ada, dan deria hati akan menentukan sesahihan yang sebenarnya buat orang yang beriman. Insyaallah! Syabas! Layak juga sehingga ke penghujung sayebara ini. Sajak anda dibri tempat kedua kategori sajak wanita utama (2)

    BalasPadam
  43. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Nurul Syahirah dengan sajak fantasinya ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR. Pengucapannya agak kabur atau sengaja diolah menjadi sukar menangkap maksud,agar pembaca berfikir, walaupun ada daya kreatif dan puitisnya pada tiap ungapan dan baitnya.. ternyata ada maana tersendiri Gambaranya juga sengaja dikaburkan .pembicaraan isi cerita sengaja disimbolikan pada fantasi. Cuma andaiansaja, kebarangkalian mungkin kisah gadis yang inginkan mencari kebebasan dalam kehidupan, lalu ia melakukan apa saja.sehingga menjangkau pekara yang luara batasan.cuma adat, agama dan undang-undang yang jadi pnghalangnya.jika mereka lakukan juga , masyarakat tidak akan menerimanya dan jadilah mereka kelas bawahan yang hina dan liar bagaikan bebunga hutan yang kembang terbiar dan tidak terjaga. Syabas! anda layak dinobatkan sebagai Sajak kategori wanita tempat yang terutama (1)

    BalasPadam