Rabu, 27 Julai 2011

BILAL BIN RABAH



Sajak pilihan warga CR.


biar pun si hitam legam
ke mana pergi penuh cacian
jadi hamba kaum bangsawan
dalam isinya putih melepak
sinaran hidayah terpancar jelas
walau diseksa penuh azab
walau terjemur di terik mentari
walau dada terhempap batu
walau tiada daya kuasa
tidak sekali ia menyerah
hanya lidah mampu melawan
ahad...ahad...ahad...Allahu Ahad
si gelap penghuni syurga
nama harum sepanjang zaman
nama kekal ke akhir dunia

 
Oleh:Ustaz Rahman
Teluk Kumbar, Pulau Pinang
Surau ql fulqan/2010 Oktober 7 02:07

 

47 ulasan:

  1. ULASAN:

    Ustaz Rahman daripada Teluk Kumbar telah pun mengetengahkan sajak Bertajuk BILAL.satu sirah atau sejarah perjuangan seorang hamba Allah berkulit hitam iaitu Bilal bin Rabah, penyeru azan yang tidak ada tolok badingnya. Kerana lauangan azannya sehingga naik sampai ke langit para malaikat pun mendengarnya.

    Walaupun dia seorang hamba orang bangsawan arab dia diseksa dan diazab setelah dia dengan berani mengistiharkan dirinya Islam, seperti dijemur dan dihempat dengan batu besar, tapi kerana imannya yang kuat dan keyakinan aqidah yang kental, dia tetap mengatakan tuhanku satu, satu. Lalu dia dikurniakan balasan syurga oleh Allah swt. Amin, syabas buat ustaz rahman. Amin usaha lagi.

    Oleh Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. ______________________________________________________________________

    Siri Ke duapuluh satu
    (maaf siri ini sebenarnya siri ke 20, sudah pun tertukar jadi siri 21) .

    Putera Wira Syakir terasa dia bagai tersedar dari mimpi yang panjang. terpingnga-pingnga jadinya, dan masih terdengar , ketawa memanjang suara dan wajah nenek kebayan yang hilang ghaib bersama teratak usang, dan kawansan itu di penuhi hutan dan batu besar kembali seperti mana dia mula datang ke situ. (BUANG)
    Dalam perjalanan menuju puncak yang penuh cubaan dan liku dan ranjang batu tajam kerekel , luruh jurang dan dalam, jika tergelencer mautlah padahnya.

    Seketika dia berjalan bersama dengan kudanya yang telah beberapa kali berhenti, dan ada masa dia mengheret tali kudanya dan ada kalanya dia dapat menonggang kembali kuda kesayangnya itu.

    Tetiba Putra Wira Syakir terasa berada di satu kawasan yang asing seram dan mengerikan, entah bagai mana dia berada di sebuah perkampungan yang tenang, kabus tebal dan nipis mengelilinginya, terasa dia berada di awan-awangan. Tidak Nampak pula ketinggian yang sepatutnya dia mendaki, malah kudanya juga bagaikan terpegun melihat keadaan yang mempersonakan.

    Udara sejuk dan nyaman, Kecauan ungas dan cengkerek bagaikan satu irama melodi yang mengasyikkan. Cukup terasa aman damai dan tenang .

    Putra Wira Syakir berhenti seketika dan berehat bersama kuda tunggangannya. Di bawah sepohon pokok beringin rentang. Bagi menghilangkan keletihan dan cuba memekirkan suasana yang amat mempersona itu, Dia cuba meletakkan punggulnya di atas se buah busut kecil putih dan cantek seperti sebuah kerusi marmar .

    Putera wira Syakir amat terkejut sekali, tempat yang cuba diduduki itu satu busut yang sama bentuknya dengan sebuah kerusi marmar itu adalah sarang makhluk halus sang anai-anai. Apa bila diamatinya , ada terdapat kesan runtuhan kecil berlaku dan baru diperbaiki.

    Tetiba keluar saekor ratu anai-anai dan bersama beribu ekor lagi panglima dan hulubalang serta rakyatnya dari bawah tempat berdiri Putra Wira Syakir sambil bersuiara dengan marahnya, tetapi suara itu tidaklah mengerunkan Putra Wira Syakir , ratu anai-anai itu pun berkata;

    “Wahai manusia? Tidakah tuan hamba tahu busut tempat tuan hamba ingin duduk itu adalah istana kami, makhluk yang kecil ini. Enyah tuan hamba dari sini, lihat betapa ramainya rakyat dan pekerja –pekerja kami yang terpenyet mati dengan sikap tuan hamba dulu?”

    Terkejut Putera Wira Syakir, dan kudanya juga mengangukkan kepalanya sambil kakinya mengais dan menendang tanah untuk membantu anai-anai itu membena kembali istana Sang ratu anai-anai itu. Tanpa segan silu Putra Wira Syakir memohon maaf di atas kesilapan saudara sulungnya itu. Dan terus dia beredar bersama kudanya meninggalkan kawasan itu.

    Bersambung lagi.

    BalasPadam
  3. eh! solat ada 50 rupanya

    BalasPadam
  4. selamat la nabi minta kurang kalau sampai 50 susah jgk tu

    BalasPadam
  5. byk btol sampai 50 solat!!

    BalasPadam
  6. solat 5 waktu pun ramai org malas nak buat dulu sampai 50

    BalasPadam
  7. terima ksih en nuri sbb beri sy peluang menang bulan lps moto bru sy dpt hari ni ambik kt balai polis td pagi terima ksih syukur alhamdulilah sbb selama ni moto yg mmg asyik meragam saja... terima ksih kpd semua yg terlibat dlm pemberian moto ni kpd sy...

    BalasPadam
  8. skrg hanya syeikh al habib x bagi alamat tempat tinggal lagi hrp beri secepat mngkin sbb ustaz zulkarnain dah sy hantarkan moto kpd ddia

    BalasPadam
  9. eh! 50 waktu! mcm mana tu

    BalasPadam
  10. kalau sampai skrg 50 waktu x makan dan x tido la kita

    BalasPadam
  11. dulu 50 waktu xde org mengeluh pun skrg 5 waktu pun susah org nk buat

    BalasPadam
  12. syukur nabi minta kurang kalau x susah jgk

    BalasPadam
  13. yg 5 waktu pun rasa mcm payah x sangka dulu 50 waktu!

    BalasPadam
  14. byk btol sampai 50 solat ke!!! wow!

    BalasPadam
  15. kenapa sampai byk sgt 50 waktu

    BalasPadam
  16. gila pnya byk sampai 50 waktu!!!

    BalasPadam
  17. boleh mati kita semua kalau sampai 50 waktu susah tu!!!!

    BalasPadam
  18. kenapa sampai 50 solat plak? byk giler tu

    BalasPadam
  19. kalau 50 waktu 1 solat berapa rakaaat ye?

    BalasPadam
  20. eh! 50 waktu ke 50 rakaat?

    BalasPadam
  21. kalau 1 solat 50 rakaaat ke?

    BalasPadam
  22. byk btol sampai 1 solat ada 50 rakaat 24 jam pun x habis mcm tu

    BalasPadam
  23. aik! dia mengais plak busut tu x runtuh ke?

    BalasPadam
  24. wah! bgus syakir ni x ambik hati

    BalasPadam
  25. kalau syahir belah mcm tu je langsung x minta maaf berbeza dgn syakir

    BalasPadam
  26. mmg baik budi pekerti syakir ni

    BalasPadam
  27. wah! siap perbetulkan balik busut tu bgus btol

    BalasPadam
  28. mmg x sombong syakir ni

    BalasPadam
  29. dulu kalau x salah itik kenapa kali ni anai2 plak?

    BalasPadam
  30. dulu itik kali ni anai2 lps ni msti lebah plak

    BalasPadam
  31. mmg baik btol syakir ni

    BalasPadam
  32. eh! siap perbetulkan balik plak

    BalasPadam
  33. mcm batu marmar busut tu berkilat ke?

    BalasPadam
  34. mcm mana plak busut berkilat plak?

    BalasPadam
  35. busut berkilat! wah!

    BalasPadam
  36. mcm marmar ke busut tu msti berkilat dan bercahaya

    BalasPadam
  37. msti licin busut tu sbb mcm marmar

    BalasPadam
  38. nampaknya dia perbetulkan semua salah abang dia

    BalasPadam
  39. TUGU

    tugu itu terjemur lamanya disitu,
    banyak mencatatkan orang terkubur
    tapi masihkah ia seperti kelmarin, bersama letusan yang hingga kini
    masih belum merdeka
    di jalanan yang ada seribu pasir
    Ibu Tiwi bersenandung
    dalam linangan air mata berkaca
    mengenang apa yang dicuri
    orang tetangga tak tahu
    cara mengenang budi walau
    dia menjaga untuk mereka
    tapi keangkuhan kuasa menguasainya
    tapi sebelum bangkai saudara kami
    kelihatan enak ketimbang warung
    jadi kita harus bangkit!
    sebelum pemimpin kita
    dijadikan tugu di kemudian hari!

    Pak Bostamam
    sajak pejuangan politik

    BalasPadam
  40. BATU NISAN ITU

    Siang terik mentari membakar
    desah angin mengerunkan
    Seketika itu aku membuka sepatu
    Sambil menghitung langkah
    ku terdengar diantara gemercik air
    pada malam itu aku bersimpuh panjatkan doa tiba-tiba jantung
    umpama tangkai kamboja yang luruh
    kemenyan menyesakkan ruang ronggaku
    lidah lelangit semakin pudar
    sektika ku terlibat
    tulisan di batu nisan
    nama aku yang tertulis
    mati tepat pada tarikh lahirku
    tersentak aku rupanya
    pada malam tu aku sekadar bermimpi

    Pangeran Pertawa
    kejadian aneh berlaku sewaktu berhenti solat di masjid waktu tgh malam

    BalasPadam
  41. LELAH TANGAN MENULIS

    ketika lelah tanganku menulis
    hingga fasih sudahku
    bicara apa ku tulis
    maka ku gantung pena
    lalu berhenti merangkai kata
    sudah terlalu banyak aku menulis
    nanti takut bosan pula
    malam ini langit tak lagi ku gores
    tapi ku undang bintang
    berbincang bersamaku
    meski tak merdu menggema
    aku tetap belajar sebuah masa
    di mana aku lebih memilih diam
    agar kesunyian dengar aku bicara
    jangan lagi membaca tulisanku
    karena kata-kata ini ternyata
    tak mengarti jika terlalu banyak

    Pak Kassim
    sajak berkenaan diri sendiri

    BalasPadam
  42. TUA DI KAKI LAUT

    seorang tua di kaki laut
    tatkala tirai siang mula tertutup
    di saat tabir malam mula berlabuh
    di waktu sang camar mula berteduh
    bilal mula melaungkan panggilan
    kakinya masih terasa kaku
    tiada daya mengatur langkah
    sudah hilang upaya dirinya
    tongkat peneman tergenggam erat
    terbayang sejenak waktu dahulu
    waktu sebegini lincah
    kaki mengorak langkah
    menggalas beban rezeki laut
    pantas mengejar 27 pahala
    ke sana ke sini tiada halangan
    namun itulah ketentuan kehidupan
    usianya kini sudah di lewat senja
    kudrat tua jelas membatasi diri
    cuma hanya mampu berserah
    agar perjalanannya dipermudah

    Orang lama
    sajak mengenang nasib diri

    BalasPadam
  43. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Pak Bostaman dengan sajaknya bertajuk TUGU .Pengucapannya tegas dan bersahaja, mudah difahami. satu mercu tanda buat kenangan anak genarasi muda yang jarang diperkatakan. Justeru itu mereka mudah lupa hasil perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang terkorban angkara kumonis demi mempertahankan tanah air tercinta. Tetapi hari ini, ada segelenter anak generasi muda yang dicelarukan minda mereka sangguh menjadi pengkianat pada negara, memperlekehkan negara sendiri diluar negara. Demi menjayakan agenda politik kotor dan sempit mereka yang cuba memporaperandakan negara. jadi kita perlu bangkit, menentang segala keganasan. jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Kita tidak perlu membena tugu lagi. Seperti sadam dan marcos . Dinobatkan sebagai pemenang sayembara bulan julai 2011. Dengan sajak perjuangan politik sempena perayaan bulan sambut ulang tahun merdekaan negara kali 54 . sajak ini dikategorikan sebagai sajak terutama.(1)

    BalasPadam
  44. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Sdra Pangeran Pertawa dengan sajaknya bertajuk; BATU NISAN ITU . Pengucapannya terasa agak misteri dan anih, walaupun Cuma di dalam mimpi. Kekadang mimpi itu permainan tidur, kadangkala ada juga mimpi yang membawa petanda. Banyak-banyak berastaffar, bersedekah Atau buat kenduri, jamu makan pada fakir meskin kerana jika sudah berada di dalam kubur, jauh sekali untuk bangun malam mengerjakan solat tahajud dua rakaat. Rasanya tuhan masih lagi sayang kepada anda diberi peringatan sewajarnya. Amin. Tahniah sehingga keperingakat akhir. Layak untuk tempat yang ke tiga dalam kategori sajak terbaik (3)

    BalasPadam
  45. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Pak kassim dengan sajak peribadinya bertajuk : LELAH TANGAN MENULIS . pengucapannya terasa ungapan biasa. Bila seorang itu terlalu banyak menulis atau berbicara dan sehingga jauh malam. sesekali dia terasa Sunyi bila teman yang berbicara telah pergi. kini terasa ingin diam cuma berbicara dengan sepi.lagi pun Jika banyak berkata, banyak pula dosanya. Menjadikan orang bosan dan menjauhkan diri pula. Eloklah kita kurang berbicara pada perkara yang sia-sia, terutama bulan puasa. Apa pun thaniah layak sehingga ke peringkat akhir sayembara ini , walapun di beri kedudukan pada tempat yang ke empat tategori sajak baik (4)

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Orang Lama nampaknya masih bertenaga mencipta sajak dengan tajuknya agak menarik. TUA DI KAKI LAUT . Pengucapannya sememang menarik pada tiap ungapan punya daya kreatif.dan puitis memaparkan cerita. walaupun tema biasa , isu kecil mengenang nasib diri seorang pelaut tua, .disamping usianya yang kian mengesut di hujung senja, namun nostalgianya bersama tugas harian mencari rezeki di kaki laut, masih kental semangat untuk merebut peluang 27 pahala solat berjumaah. Malah ketuaannya merampas segala pergerakannya. Kini cuma fasrah agarperjalanan nya lebih mudah diperkenankan allah swt. Amin. Apa pun tahniah kerana sampai ke penghujung sayembara ini. Walapun di berikan tempat kedua dalam kategori lelaki utama (2).

    BalasPadam