Jumaat, 22 Julai 2011

BANYAKNYA RUNTUH




Sajak pilihan aga CR.

Ada durian runtuh
tanah runtuh
jambatan runtu

stadium runtuh
bangunan runtuh
sekolah runtuh
masjid runtuh
gerai runtuh
bangsal kereta runtuh
stesen bas runtuh
menara runtuh

kes runtuh begitu heboh
ramai yang berseloroh
negeri itu bakal runtuh?
berdiri teguh
bercerai runtuh

akhlak runtuh?
kenapa kurang heboh?
tak macam jom heboh
runtuh tetap runtuh

berdiri megah sesuatu bangsa
kerana tinggi akhlak mulia
menjadi kuat sesuatu negara
kerana penyatuaan rakyat jelata

 
Oleh: Ustaz Muda
Kedah
20.4.201/2010 April 28 15:36




30 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak bertajuk BANYAK RUNTUH oleh Ustaz Muda ini pernah diulas
    oleh en nuri dulu. tapi sudah terdelek bersama hampir 160 ulasan.
    apa pun anda ahli dan P/blog semua boleh menilainya. apa maksud
    atau mesej yang sampaikan secara bersimbolik ini.

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________

    Siri Ke sembilan belas.

    SETELAH meminumnya akan air telaga puncak gung mentra alam yang dikatakan oleh nenek kebayan itu. Putra Syakir terasa tubuhnya mempunyai kuasa yang luar biasa, tenaganya begitu membara rasa sakit dan keletehan berlawan dengan tiga ekor binatang dahulu tidak terasa lagi.

    “Sebelum cucu menerukan perjalanan ke kemucak Gunung Mentra Alam itu . Ada tiga syarat yang perlu cucu Putra Wira Syakir patuhinya.” Kata nenek kebayan itu.

    “Apakah syaratnya itu nenek kebayan? Katakan kepada hamba , tidak sabar hendak mendengarnya, dan kenapa sesiapa yang samapai ke puncak sana, pasti biasanya tidak akan dapat kembali lagi? Siapakah penghuni di puncak sana?” tanyan Putra Wira Syakir kepada Nenek kebayan itu.

    “Tentulah bersemangat wira, berjuang demikbenaran, seperti anak yan sepatutnya digelar Wira “ ketawa kecil nenek kebayan itu mengerikan juga bunyinya , lkemudian nnek kebayan itu menyabngkankatanya.

    “Sebelum Putra wira Syahir berangkan dia member I tahu syarat-syaratnya. antaranya , Syarat Pertama: semua makhluk di atas sana sentiasa meminta bantuan, untuki memulihkan keadaan mereka kembali kepada keadaan kesedia kala.Dan Jangan buat perinanyaan sesama makhluk manusia atau pun haiwanmelata.

    Adapun Syarat Kedua pula jika ada sesiapa saja diantara mereka ia itu makhluk di atas sana yang meminta hajat atau pertolongan hendaklah menunaikannya dengan ikhlas hati , walaupun pertolongannya itu cuma sadikit, mengikut kemampuan kita .

    Dan syarat yang Ke tiga: Jika berjumpa dengan Puteri Salju yang bertahta di puncak Gunung Mentera Alam di atas sana, segala permintaanya kena ditunaikan, jika gagal melaksanakannya . Tuan hamba Pasti tidak akan kembali lagi , setelah dia murka orang itu akan disumpah menjadi batu.

    Oleh sebab itu nenek ucapkan selamat berangkat dan sampai ke puncak Gunung Mentera Alam. Dan jangan lupa bantu dan berilah pertolongan jika ada yang meminta bantuan dan jangan buat perinanyaan dan tunjukkan sifat keperiinsanan terhadap sesama makhluk dan haiwan atau pun serangga yang melata.

    “Ingatlah pesan nenek itu, Wahai Cucuku Putra Wira Syakir. Sebenarnya Haiwan-haiwan yang cucu jumpa dahulu ia itu Ulas besar dan panjang, Harimau belang yang garang dan gajah betina bernama Tok Mia ada nenek yang menyerupainya.” Sambil ketawa nenek kebayan itu pun menghilangkan dirinya.

    BERSAMBUNG. (ditaip semula Viger)

    BalasPadam
  3. huh! syakir dah cergas lps minum air telaga?

    BalasPadam
  4. kalau suka tolong haiwan dapat kat shakir la

    BalasPadam
  5. syakir msti berjaya

    BalasPadam
  6. syakir mngkin boleh berjaya rasanya

    BalasPadam
  7. aku rasa syakir xde masalah kat gunung tu

    BalasPadam
  8. aik! air telaga tu sakti rupanya

    BalasPadam
  9. cerita ni kisah benar ke?

    BalasPadam
  10. btol ke minum air telaga boleh jd kuat? heehe

    BalasPadam
  11. x sangka air telaga tu ajaib

    BalasPadam
  12. wah! untung syakir nenek tu ambik dia jd cucu

    BalasPadam
  13. aik! trus ambik jd cucu angkat ke?

    BalasPadam
  14. apa akan berlaku nnt atas gunung tu

    BalasPadam
  15. sah! syakir akan berjaya nnt...

    BalasPadam
  16. x sabar nak thu akhir mcm mana cerita ni

    BalasPadam
  17. apa akan terjdi kat atas tu nnt

    BalasPadam
  18. sambung lagi cerita ni!!

    BalasPadam
  19. boleh tahan jgk imaginasi en nuri ni

    BalasPadam
  20. mcm cerita KRU plak syakir dgn syahir ni

    BalasPadam
  21. eh! rupanya semua jelmaan nenek tu

    BalasPadam
  22. KUTITIP RINDU

    Kutitip Rindu angin berhembus manja
    menerpa halus rambut di dahi
    hati terasa menggebu
    melaut luas menggelombang hasrat
    mulai berangkat dingin
    bayu sepoi mengelus lembut
    sunyi terasa di hati
    sang kekasih pergi berharap kembali
    desah resah menjadi jadi
    kutitip rindu pada angin berlalu
    rinduku merekah makin bertambah

    Putera Damien
    sajak simbolik

    BalasPadam
  23. HARAP PADA OMBAL

    harap pada ombak
    janganlah membekas di pantai
    Matahari dan bulan tak akan mampu bertahan sampai pagi
    Karena membadai datang dan pergi
    Rindu mata dan hati berhari-hari
    Janganlah kau lapangkan lembut
    mesra seumpama senja
    Karena aku begitu berbisa
    Maka tunggulah aku di ombak

    Jalil Janggut
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  24. EMPAT GAGAK

    empat ekor gagak terbang ke barat
    bayangnya jatuh pada atap ini
    sedangkan semua orang
    telah berangkat ke garis depan
    pertanda apa lagikah ini ?
    empat ekor gagak
    swaranya riuh bagai nyanyi kematian
    sayapnya kibaskan bau bangkai
    dada koyak kerna luka kelmarin,
    nafas tingal satu-satu
    sedang disini tinggal tersisa
    tapi aku harus segera
    berangkat ke tanah air
    barangkali inilah saatnya

    Pedang Kesatria
    sajak nak pulang beraya di malaysia dgn 4 org kwn sy negro

    BalasPadam
  25. AYUH REFORMASI

    ayuh reformasi pasti takkan rugi
    untung berlipat kali
    kita ubah semua sekali bina diri
    muliakan akhlak peribadi
    jayakan misi visi
    tuju puncak tertinggi
    tawan semua sekali
    tingkatkan hidup duniawi
    tiada lupa hidup ukhrawi
    teguhkan iman kejar semua sekali
    agar tiada berbelah bahagi
    kita amalkan ilmu diberi
    kita sujud pada ilahi
    pasti syurga kita miliki
    kita ikut sunnah nabi
    pasti syafaat kita perolehi
    apa tunggu lagi sampai bila lagi

    Orang Lama
    sajak lama bru jmpa dulu hilang

    BalasPadam
  26. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Sajak tak dapat diulas sekadar pena utara meletakan (sm) dan (TK) pada tajuk utamanya. Dia ada hal yang mungkin kejabanyak agaknya . Apa pun saya terpaksa meletakan di bawah ini sajak terkeluar atau sajak masuk (SM)

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Sajak tak dapat diulas sekadar pena utara meletakan (SM) dan (TK) pada tajuk utamanya. Dia ada hal yang keja sibuknya mungkin. Apa pun saya untuk memudahkan terpaksa letak di bawah ini sajak masuk atau terkeluar (TK)

    BalasPadam
  28. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

    Sajak tak dapat diulas sekadar pena utara meletakan (sm) dan (TK) pada tajuk utamanya. Dia ada hal yang keja sibuknya mungkin. Apa pun saya terpaksa meletakan di bawah ini sajak terkelar atau sajak masuk (SM)

    BalasPadam
  29. SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011


    Sajak tak dapat diulas sekadar pena utara meletakan (sm) dan (TK) pada tajuk utamanya. Dia ada hal yang keja sibuknya mungkin. Apa pun saya terpaksa meletak di bawah ini sajak terkeluar atau sajak masuk (SM)

    BalasPadam
  30. mulai pada hari ini mungkin sajak en nuri minta terbit sehari satu sahaja.
    harap maklum.

    lewat kebelakangan ini emacam ada
    teasa gangguan. fail hilangagak mesteri. kini kami terpaksa kemas
    kini sajak en nuri unuk dijadikan antologi sendiri.

    BalasPadam