Sabtu, 11 Jun 2011

TOPENG



sajak pilihan Pb zainal arifin

topeng terlekat dimukamu
hingga aku tak dapat meneka
rupamu putih atau hitam?
wajahmu kedut atau tegang?

kamu juga suka bertukar topeng
hingga aku tak dapat mengagak
kamu Cicakman menyelamatkan insan
atau Profesor Klon musnahkan kehidupan!

 
Oleh: Geletek Malam
Bayan Lepas 
2010 Mei 29 13:08






30 ulasan:

  1. ULASAN

    Kerana sajak geletek Pagi tak ada hilang entah kemana. Ganti dengan dua
    orang anggota PDRM geletek juga namanya. Geletek Malam. Sajak ini barangkali sudah pun diulas oleh en nuri dulu. Kerna telah tedelek kini anda pula buat ulasan.

    BalasPadam
  2. Tuan Haji berkata...
    Ni senarai nama yang masih tak tuntut cek dari saya sila beri alamat rumah sy pos laju cek kpd ada...


    1.ustaz rahman

    2.saizul maizav

    en sanusi - berjumpa face 2 face

    sufian -kirim kpd en sanusi

    mak mah -dh pos laju

    3.dayang -

    4.mei ling -

    5.pak haji -

    makcik senah -kirim kpd en sanusi

    6.ustaz saad -

    7.mawar harum -

    hajjah jamilah -kirim kpd en sanusi

    8.Ai Kutubudin -

    nur atikah -kirim kpd en sanusi

    yusmanira -kirim kpd en sanusi

    inspektor halim - dh pos laju

    BalasPadam
  3. ASING TERASING

    Hidup serba terasing
    masyarakat rasa terasing
    semua rasa asing
    segala-galanya rasa terasing.
    Tiba-tiba aku teringat
    bahawa aku sememangnya orang asing
    di tanah penuh asing dan terasing...

    Nurul Husna
    sajak pertama kali ke tempat org

    BalasPadam
  4. SESEKALI BERTEMU

    Sesekali bertemu apa salahnya
    bertanya khabar suka dan duka
    semanis gula seindah tika tersapa
    tspi jsngan memalingkan muka?
    Selintas camar yang lalu
    membawa sarat harapan
    nun di puncak awan biru
    sana sayapnya meluas membuka
    ruang pandangan manusia
    agar mengheret dukanya pergi

    Puteri Maya
    sajak persahabtan

    BalasPadam
  5. BAHANA

    Bukan bahana dendam terpasak
    bukan warna amarah mencorak
    wajah kebencian tampil
    cuma aku perlu segera mencari taman
    untuk kupindahkan ke sudut hati
    lantas kuhumban hanyir kecewa.
    Sekian lama membusung di jiwa
    nanahbisanya perit kurasa.
    Jauh di sudut hati
    berbunga kuntum harapan
    doa kudus terhimpun di perkebunan
    hauskan titisan embun keesaan.

    Siti hajar
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. DIBALUTI

    Aku masih dibalut dengan kedinginan
    hanya hijau yang melilit malu
    tidakkah kau mengerti ini?
    di sini gerimis salju melambai lagi
    aku kedinginan tamparan kasarmu itu
    tidakkah kau mengertiku kini?
    Hembusan memukau ke segenap maya
    zatmu yang yang dingin itu
    dari khaliq seni buatku mengerti makna lambaianmua itu.


    Srikandi Juwita
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. setakat ni berapa ramai lagi x tuntut hadiah ni?

    BalasPadam
  8. sikit sgt la rm600 kenapa x bagi rm1000 jer... hehehe

    BalasPadam
  9. nampaknya kalau final masuk sayembara ada duit best la

    BalasPadam
  10. apesal la org teluk kumbar lembab ye hadiah pun xnk ambik? hehehe

    BalasPadam
  11. ustaz rahman dgn saizul buat malu org teluk kumbar je org smua dh ambik hadiah dorg 2 ni mana pegi?

    BalasPadam
  12. ustaz rahman klu xnk hadiah bagi kat saya je snang

    BalasPadam
  13. dua2 sekali x ambik cek org teluk kumbar plak tu? adeh,...

    BalasPadam
  14. saizul ni klu x salah dulu setiap hari ada dia skrg xde plak?

    BalasPadam
  15. saizul dgn ustaz rahman nk tolak rezeki ke ni?

    BalasPadam
  16. aku walaupun dah kaya kalau org bagi duit aku ambik jgk saizul dgn ustaz rahman kenapa bengap sgt? hahahaha

    BalasPadam
  17. kenapa la saizul dgn ustaz rahman x tuntut hadiah nnt smua org kutuk org teluk kumbar la mcm ni

    BalasPadam
  18. pelik la ustaz rahman dgn saizul setiap hari ada kenapa ada hadiah pun xnk ambik?

    BalasPadam
  19. tuan haji ni patut kata kalau org x tuntut hadiah bagi je cek tu kat en nuri.. hehehe

    BalasPadam
  20. rasanya saizul dgn ustaz rahman dh kaya kot sbb tu xnk duit... hahaha

    BalasPadam
  21. rugi btol saizul dgn ustaz rahman x tuntut hadiah

    BalasPadam
  22. klu susah sgt sy pergi hantar ke rumah trus kat mana la rumah ustaz rahman dgn saizul ni?

    BalasPadam
  23. bagi kat org lain la snang tuan haji

    BalasPadam
  24. apesal la bongok sgt dua org yg x tuntut hadiah ni bkn kena bayar pun org bagi free la

    BalasPadam
  25. rugi btol tolak rezeki kalau rm6 xpe la ni rm600!!!!!!!!

    BalasPadam
  26. saizul dgn ustaz rahman ni jutawan ke? cek rm600 org bagi pun x tuntut

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Nurul Husna dengan sajak RASA ASING DAN TERASING.Pengucapannya agak menarik hati, walaupun bersahaja puitis pada kerajinan menyusun kata akhirnya ,tema kembara di bumi tuhan. Penceritaannya , membicarakan tentang nasib diri yang kini mungkin berada di tempat yang terlalu asing, mungkin belum pernah di jejakkan kakinya di daerah ini. Pasti dirinya rasa asing dan terasing. Apa pun inilah kehidupn perjalanan kita telah ditentukan oleh Allah swt. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  28. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
    Puteri Maya dengan sajak SESEKALI BERTEMU. Pengucapannya boleh diterima ada keyakinan ungapannya. tetapi diakhir ungapan bertukar kepada simbolik pula. bagai ada dua monolok. tema pertemuan dua sahabat agaknya. Penceritaannya pada awalanya begitu jelas. di tengah dan akhir berbagai andain pula jadinya. Sajak ini boleh diterima, tetapi kerana ada lagi sajak0sajak yang lebih puitis dan mencabar, Harap maaf penyertaan anda Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  29. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Siti Hajardengan sajaknya BAHANA . Pengucapannya agak kreatif dan fantasi. tema bagaikan kutukan musibah menimpa. Penceritaanya agak kabur dan boleh dibuat berbagai andain bagi pembaca. Rasa juga ada bentuk tema jiwa-jiwa dan ketuhanan dalam setiap ungapan perbicaraanya. Apa pun diberi peluang untuk setrusnya. (SM)

    BalasPadam
  30. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


    Srikandi Juwita dengan sajak bertajuk DIBALUTI tema tidak ditentukan jiwa-jiwa atau ketuhanan. Pengucapannya yang menjadikan kami terheret untuk membenarkan anda boleh meneruskan sayembara seterusnya. Kerana berbagai andain boleh ditafsirkan mengikut citara pembaca.Walaupun terasa kabur seperti bicara orang gila, tetapi terasa ada isi dan maksudnya yang tersembunyi dan nyata.Apa pun dibernatrkan sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam