Ahad, 12 Jun 2011

SEBATANG ROKOK



buat mereka yg mengerti.

Sebatang rokok,
amat mudah dihidupkan
lantas  disedut sepuasnya
bila tinggal pendek dimatikan
dibuang  kenekmatan pun hilang.

Sebatang rook,
adalah satu penipuan
kenekmatan dan kepuasan
Cuma sementara rasanya
untuk melayani  ketagehan sahaja.

Sebatang rokok,
cuma membakar kehidupan
dan memedekkan nyawa
sebenarnya tidak ada apa-apa
buat mereka ketageh  megisapnya.

 
Oleh: Nurimanja,
sedutan dari sajak lagenda
catatan 17hb, November,1976









30 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri kali ini diambil dari sajak lagenda bertajuk SEBATANG ROKOK buat mereka yang
    mengerti. kalau yang tidak mengerti masih terus merokok. Bila isap rokok kata ustaz sewaktu
    sy sekolah dahulu ada tiga kali makeuh. selain daripada sudut kesihatan yang kita difahamkan.
    pertama isap rokok itu makruh, kedua isap sambil berjalan makan sambil berdiri pun makruh.
    ketiga buang duit beli rokok kurang berfaedah itu juga makruh. Apa pun terpulanglah pada diri
    anda sendiri. Selamat belajar berhenti merokok.

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri Ke duapuluh tujuh.

    PUTERA WURA SYAHIR bagaikan terkejut lantas dia berkata “Tiga tugas penting? Apakah tugas-tugas itu, katakana pada hamba. akan hamba laksanakan sebaik mungkin.” tegas Putera Wira Syahir, hatinya bagaikan tidak sabar lagi ingi mendengarnya.

    “Bersabar dahulu tuan hamba Putera Wira Syahir. Sila dahulu berehat di Istana Gerhayu di bawah awan untuk menghilangkan rasa penat dan letih tuan hamba selama ini, Dan esok sebelum diberi tugas dan
    membenarkan tuan hamba meneruskan perjalanan menuju puncak Gunung Mentera Alam itu.” Silakan tuan hamba..

    Kedua tuan puteri itu mengeringi Putera Wira Syahir ke pintu Istana Gerhayu di bawah awan . Maka diberilah layanan yang istimewa sebelum beradu diberi jamuan santapan yang berbagai , buah-buahan yang bermacam rasanya. Amat lazat dan menyelerakan.
    Kemudian di iringi pula drngan nyanyian dan tarian dari dayang-gayang dari istana gerhayu di bawah awan itu.

    Selepas persembahan itu Putra Wira Syahir amat rasa terhibur dan kini terasa mata pula berat untuk beradu, lalu dia meminta diri untuk masuk dibilik peraduan yang telah disediakan. Kerana perutnya yang sudah kenyang setelah bersiram dan menyantap makanan yang lama tidak ditemui sepanjang dalam perjalanannya mendaki Gunung Mentara alam ini.

    Keesokkannya Putra Wira Syahir tersedar. didapati tubuhnya rasa segar dan mempunyai tenaganya semula. tidak seperti dia mula menjejakkan kakinya dalam keadaan leteh dan lesu. Kini dia telah bersedia untuk memikul tugas apa sahaja yang diberi oleh tuan Puteri Salju dan Puteri Bunian itu.

    Seketika kemudian kedua orang puteri itu pun datang dengan bauan harum smerbaknya. sehingga masuk menyujuk lubang hidung Putra Wira Syahir. Sebelum tuan hamba berangkat sila dengan betul apakah tiga tugasan yang perlu tuan hamba lakukan.

    “Tugas pertama tuan hamba akan masuk ke perkampuangan Sang kalkatu atau anai-anai. Tuan hamaba perlu bertemu dengan Pemaisuri mereka. Jika diarahkan untuk membuat kerja , tuan hamba tidak boleh membantah, terpaksa melasanakannya juga. jika tidak tuan hamba tidak boleh sampai ke punca dan tidak akan dapat balik semula ke bawah sana, untuk bertemu keluarga semula” Tegas ketua Puteri Bunian itu,

    BERSAMBUNG.

    Jika terdapat lompat dan salah ejaan harap maaf!dan maklum.

    BalasPadam
  3. sajak psl gelak pun ada lak?

    BalasPadam
  4. sajak gelak nasihat yg berguna

    BalasPadam
  5. btol tu gelak jgn terlampau sgt

    BalasPadam
  6. gelak besar setan suka

    BalasPadam
  7. sajak pengajarn yg menarik

    BalasPadam
  8. sajak pengajaran jgn gelak byk

    BalasPadam
  9. sajak senang phm kali ni

    BalasPadam
  10. sajak rookok plak kali ni

    BalasPadam
  11. seram plak baca sajak rokok ni sbb aku suka hisap rokok

    BalasPadam
  12. sajak rokok pengajaran buat perokok

    BalasPadam
  13. rugi je hisap rokok buang duit

    BalasPadam
  14. rokok ibarat membakar duit

    BalasPadam
  15. sajak kali ni agak emncgam

    BalasPadam
  16. rokok ni membunuh sebenarnya

    BalasPadam
  17. selamat sy bkn perokok

    BalasPadam
  18. bodoh btol org yg hisap rokok ni

    BalasPadam
  19. ape la faedah hisap rokok ni

    BalasPadam
  20. buang duit la hisap rokok

    BalasPadam
  21. selalu perokok cpat mati..

    BalasPadam
  22. btol tu gelak jgn besar2 nnt cepat lupa

    BalasPadam
  23. ADUHAI PEJUANG

    Aduhai para pejuang
    langkah masih terlalu amat pangjang
    kutiplah semangat
    di sepanjang titian
    agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
    bayaran untuk susah dan duri
    sepanjang di sini.

    Penyajak istana
    sajak kenangan ketika mengajar di pendalaman di pahang

    BalasPadam
  24. BERMIMPI ILUSI

    di sini ku mulai menepi
    ku memulai bermimpi ilusi
    Goresan tinta emas siratkan janji
    Namamu dalam benakku
    Hatimu dalam jiwaku
    Dan indahmu dalam puisiku
    Berikan sejenak sepimu menemani
    Karena ku yakin indah dalam rindumu
    Dalam hening langit malam
    tak berpijar bintang
    Ku leburkan harapan untuk mencurahkan kisah ini

    Abang
    sajak kenangan dulu-dulu

    BalasPadam
  25. PULANGLAH CINTA

    pulanglah wahai cinta
    aku rindu kamu
    mana dikau menghilang
    mana dikau tenggelam
    diam seribu bahasa
    sepi tiada kata
    lesu tiada daya
    mana janji sumpah setia
    mana kata semanis madah
    mana kasih setulus budi
    mana sayang segunung intan
    pulanglah cinta
    selimutkan kembali diri
    dengan rasa sejuta bahagia
    dengan hamparan tautan jiwa
    sesegar embun pagi hari
    sesejuk nyaman air di kali
    seharum wangi bau kasturi
    pulanglah nyalakan kembali obor
    agar terus bersinar terang
    hingga ke akhir dunia
    aku tunggu kamu cinta

    Suirana
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  26. SEMBUNYI DARI HATI PILU

    Aku hanya mampu sembunyi
    Dari hari pilu
    Menghambat langkahku
    Tak sanggup berlari
    Hanya terdiam dalam selimut
    Kenang indahnya
    Hanya di mimpiku
    Pagi…sinari bumiku

    Puteri Salju
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


    Sajak ADUHAI PEJUANG oleh Penyajak Istana. Penceritaanya mengenai kenangan semasa berada atau bertugas di pendalaman, mungkin sebagai pendidik kecil di daerah terasing.tema perjuagan untuk bangdsa dan negara, mengelap mutiara kecil yang munkin memberi cahaya besar disatu hari annti. Soal susah dan sengsara jangan fikirkan, begetu juga debgan gaji atau bayaran, sekadar melepas rasa kepenatan saja.kejayaan anak didik wadah perkhidmatan guru sebenarnya.Layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  28. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Sajak Abang dengan tajuknya BERMIMPI ILUSI. Pengucapan kreatif. tema fantasi atau ilusi cuma, ikut maksudnya isi penceritaan bagai kisah jiwa-jiwa rasanya.Mengenang kisah silam kekadang ada juga yang menjadi kenyataan, jika tidak sebaliknya bagai mimpi bermain ilusi.
    Apa pun masih diberi peluang untuk menyertai sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  29. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Suirana dengan sajak PULANGLAH CINTA , tema kisah orang muda punya biasa. Pengucapannya boleh diterima ,penceritaan kisah biasa dalam kehidupan alam rumaja. Berpisah, berbalah, pujuk, rayu, minta pulangkan kembali kepangkuan diri bersama cinta yang telah hilang. Apa pun mesej terlalu biasa. Maaf usaha lagi, Cuma disini terpaksa berhenti. (TK)

    BalasPadam
  30. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Puteri Saljudengan sajak jiwa-jiwnya a bertajuk: SEMBUNYI DARI HATI PILU penceritaan biasa dari orang muda punya biasa.tema sajak jiwa2 kisah cinta dan pilu. Pengucapan sadikit mengelirukan pada ungapan yang tidak sepatutnya isi ada, Cuma penutup kurang berkeyakinan pada penyusunan ayat akhirnya. adakah itu doa? Apa pun usaha lagi dengan sajak yang lebih puitis dan tajuk yang mengancam kewibawaan anda. Maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam