Jumaat, 24 Jun 2011

PUISI ORANG BERIMAN





Buat orang-orang yang beriman
mereka terlalu banyak muhasabah diri
kerana sehari semalam baginya
cuma ada tiga waktu sahaja
Siang bekerja bersama keluarga
malam menulis mencatat peristiwa
bangun malam menyerah diri ke hujung pagi

Seorang iman Attabari
ternyata tidak ada masa memfitnah
jauh sekali membuat perkara yang laghou
apatah lagi melakukan maksiat dan mungkar
sesungguhnya Allah tidak menjadikan
sesuatu itu bukan perkara yang main-main
kerana ada syuga dan neraka bukannya sia-sia.


Oleh : Nurimanja,
jumaat pagi jam 9.00
sajak Lagnda waktu Malaysia Barat 2010.



30 ulasan:

  1. ULASAN :

    Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenrakan warga blog Cr mengulanya. Cuma buat ahli dan Pblog Cr sahaja diminta atau dibenarkan megulasnya. Harap maklum.

    BalasPadam
  2. ISU SEMASA


    Hari ini jumaat aku sedih tengok dua tiga orang pak haji org bulan. Masa khutebah kedua tuk khatib
    sedang baca doa. Minta tolak bala. wabak, dan selamat orang Islam selain doa pada Agong dan TYT.

    Mereka boleh buat pekak telinga ,Dah lah tak angkat tangan. Amin! Dia tongkat kedua tapak tangan kebelakang pula.Bukan main sumbong
    dengan Tuhan.

    Apa yang sedeh anak dia tenguk muka dia (dalam hati Kenapa pak aku tak angkat tangan buat dek aja?)

    Inikah parti yang diwar-warkan menyebarkan agama Islam> Adakah waktu solat jumaat sebah tuhan lain , berdoa pula tuhan lain.Ini yang berlaku satu masjid, solat dua imam.Sudahlah ramai saudara mara pecah belah dan banyak bercerai berai.

    Ini dah kefahaman gila! Ketua pemimpin org bulan bertangungjawab di depan tuhan nanti terpaksa kena jawap.....

    BalasPadam
  3. KITAKAH

    Kitakah yang tertewas
    pada warna kerinduan
    menatap sepi kelam senja
    ketika lambaian mentari merah
    mengucap salam perpisahan
    nanti esok bertemu kembali
    membicara rasa luka
    melepaskan benak terpendam
    pada lingkaran waktu
    Kitakah sang pengutip
    serpihan warna cinta
    bertaburan dari sebuah epilog
    impian semalam
    ketanduasan kasih sejati
    merentangi gurun perasaan
    kemarau tanpa di airi
    hujan ketabahan.

    Raja Muda
    bukan sajak sy tp sajak atuk sy sultan

    BalasPadam
  4. CAHAYA TERAKHIR

    Ku tatap langit malam itu
    Penuh dengan cahaya bintang
    Terangi indahnya malam…
    Terlintas bayangmu
    waktu terakhir kita bertemu
    Dan dalam hati ku berharap
    Semoga bait ini terdengar olehmu
    Kala angin malam hembus dinginnya
    Semoga kau mengerti rinduku di sini
    Saat kau tatap bulan sabit malam
    Semoga semua ini kau rasakan jua
    Ketika bintang beri cahaya terakhir

    Satria Juragan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. MALAIKAT CINTA

    Jalan terang lenyapkan ilusi
    malam…heningkan hariku
    Dalam sunyi ke alam mimpi
    Biarkan aku bermimpi
    tak sanggup jadi nyata
    Biarkan aku berkhayal
    Tentang ilusi cinta
    Hadirkan malaikat cintamu
    Bentangkan sayapnya bawa aku
    Biarkanku melihat dunia terang
    tak pernah aku tahu

    lagenda pulau
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. TERCIPTA

    Bila hari ini telah tercipta
    Sebuah lagu cinta untukmu
    Karena hati ini sedang memikirkanmu
    Sungguh hanya bayangmu
    Semua pelangi yang kita lewati
    Hadirkanku sebagai pemegang indahmu
    Karena lagu ini perjalanan cinta
    Lagu ini penyatu hati

    Hamba Allah
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. sajak utk org beriman je ke? hehe

    BalasPadam
  8. sajak utk org beriman pun ada

    BalasPadam
  9. sajak utk org beriman org jahil xde ke? hehehe

    BalasPadam
  10. mne cerpen?

    BalasPadam
  11. bahaya xde cerpen nnt tanpa nam masuk

    BalasPadam
  12. insyaallah esok saya sambung jaga balik tgk dulu mcm mana

    BalasPadam
  13. sajak en nuri xphm la

    BalasPadam
  14. attabari tu apa?

    BalasPadam
  15. laghou tu mcm nama cina jer

    BalasPadam
  16. kurang phm sikit sajak ni

    BalasPadam
  17. sajak ketuhanan ni yg susah nak phm ni

    BalasPadam
  18. sajak je cerpen mne?

    BalasPadam
  19. bila nak letak cerpen ni?

    BalasPadam
  20. cerpen xde bosan la plak

    BalasPadam
  21. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    TERCPTA sajak Hamba Allah dengan tema jiwa-jiwa. Pengucapannya boleh diterima ada daya kreatif. Pencenritaan menilai arti hak pencipta yang menjadikan insan perpasangan lantas biasanya berlaku pertemuan dan percintaan dalam mencari kemesraan dan megisi kerinduan. Rasa kreatifnya suda hada , namun masih belum menyerlah. Apa pun kerana nasib tidak menyebelahi anda dengan pesaingan hebat. Harap maaf cuma di sini sahaja anda terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam
  22. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    MALAIKAT CINTA Sdra Lagrnda Pulau (nama pena yang diguna, kena tulis betul nanti laptop akan buka fail lain, sajak anda jika ada sepuluh akan kurang satu) Penucapannya ada daya kreatif juga , punya cerita yang tersirat, simbolik pada ungapan, alam fantasi dan ada juga rasa kebesaran keagongan tuhan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  23. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Sajak bertajauk: CAHAYA TERAKHIR . Masih sajak bertema kan jiwa-jiwa oleh Satria Juragan. Pengucapannya bersimbolikan pada alam dan ungapannya kini telah terserlah ada daya kreatif dan puitis. Sama dengan sdra Hamba Allah , namun masih belum menyerlah penutup penceritanya. Apa pun kerana nasib tidak menyebelahi anda dengan pesaingan lain yang hebat. Harap maaf cuma di sini sahaja anda terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam
  24. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Sajak bertajauk: CAHAYA TERAKHIR . Masih sajak bertema kan jiwa-jiwa oleh Satria Juragan. Pengucapannya bersimbolikan pada alam dan ungapannya kini telah terserlah ada daya kreatif dan puitis. Sama dengan sdra Hamba Allah , namun masih belum menyerlah penutup penceritanya. Apa pun kerana nasib tidak menyebelahi anda dengan pesaingan lain yang hebat. Harap maaf cuma di sini sahaja anda terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam