Sabtu, 18 Jun 2011

PESAN AYAHKU



sempena hari bapa.


 Ayah! bila kau tiada barulah aku terasa.
Betapa hitam keriput kulit dan tulangmu
bekerja pagi petang  dibakar panas mentari
demi mencari rezeki membesar anak-anakmu
langsung  tidak mengerti  betapa kesusahanmu.

 Aku yang tidak pernah sekali pun  kau jentek
terasa amat mengkagumi  akan kewibawaanmu
kejayaanmu mendidikku amat  terharu kurasakan
aku yang kini belum tentu dapat mendidik cucumu
terasa masih terharu dan termangu tidak menentu

 Ayah! Selamat rohmu sebagai seorang perjuang
membela mendidik anak-anakmu tanpa jemu
aku tetap masih ingat akan kata nasihatmu  itu
kehidupan di dunia ini cuma sementara sahaja,
kehidupan di akhirat yang kekal  abadi selamanya.


 Oleh: Nurimanja,
Catatan malam semalam,
cadai x ada idea lagi hendak dilontarkan.
tanggal 18hb, jun, 2011 . malam hari tika sunyi.






30 ulasan:

  1. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBASATAUOLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke Tigapuluh satu.. *sebulan)

    MENJELANG terbit matahari pagi Putera Wira Syahir bangun dengan keadaan tergopoh gapah berlari membawa 4 biji bakul besar menuju ke tepian tasek. Dari jauh kelihatan berkemutih beribu biji telur angsa berbulu emas sepanjang tepian tasek itu.

    Dengan pantas Putra Wira Syahir mengutipnya dengan penuh berhati –hati, jika ada yang pecah syarat ini akan terbatal, dia akan dikenakan denda, perkhawinan dibatalkan , malah dirinya akan dihumban ke luar dari daerah tasik ini. bersusah payah dia mengutipnya sebiji demi sebiji sehingga matahari meninggikan diri.

    Sesekali terasa pinggangnya bagai hendak patah kerana terlalu lama membongkok mengutip telur angsa yang memutih itu, Apa yang anihnya setelah dikutip isi ke dalam bakul itu tidak juga penuh. malah bila dip using semula kebelakang masih banyak pula yang tertinggal.

    Darimana pula datangnya telur-telur itu. Putra Wira Syahir terasa sebagai dipermainkan.

    Sehingga matahari hamper terbenam satu bakul pun belum penuh, malah angsa-angsa itu sebagai member cabaran dan mengejeknya dengan bertelur lebih banyak lagi di tepian tasek ajaib itu. Akhirnya dia terasa bagaikan terhoyong hayang perjalananya .Bagaikan hendak muntahdan pening melihat telur yang berkemutih dengan jumlah ribuan biji itu.

    Apabila matahari telah terbenam ternya Putra Wira Syahir gagal menununaikan janji dan syarat yang ditetapkan, Perkhawinan dibatalkan sebagai hukumana rakyat berketurunan angsa itu mengangkatnya dan dihumban ke luar dari daerah tasek ajaib itu.

    Dalam keadaan yang amat leteh , dia tidak sedarkan diri dengan apa yang telah terjadi
    Kedaanya terjelepuk dicelah batu-batu kerekel di puncak gunung mentera alam itu. Angin gunung sepoi bayu terasa lembut meniup di tubuhnya . Seketika dia nampak bergerak-gerakkan jarinya, Susana sepi di sekitarnya. Tetiba datang sekumpulan lebah manusia berwajah.

    Mereka mengangkatkannya dan membawa menyembah Putri Ratu Lebah yang sedang bersemayam di Istana mambang di awan. Ternyata di puncak gunung Mentra Ala mini banyak daerah dan perkapung yang anih dan ajaib, Ada tasek, kebun bunga dan istana yang indah bersama tuan puterinya yang cantek jelita.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. HARI BERGANTI HARI

    Hari berganti masa berlalu
    Seiring perginya waktu
    Ku tahu aku terdiam
    Terkucil oleh kesepian
    Hingga ku tak mampu
    Menatap matahari indahku
    Rasa sepi ini tak mampu
    heningkan pikiranku
    Yang ku tahu hanya
    Aku telah terbuang
    Dari gelapnya sebuah kehidupan

    Atuk
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  3. HINAKAN PERADAPAN

    lupakan kebersamaan
    Hinakan peradaban
    Hingga ku tak mampu
    damaikan peperangan
    Dan heningkan keramaian
    Ku hanya mampu berdiri sendiri
    Tanpa mampu menahan tonggak
    Ku tak bisa bersama
    Karena ku tahu perbedaan
    Telah kikis kan

    Orang Lama
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. H (kumpulan geng veteran)

    1 ATUK
    2 Haji Khali
    3 Sulaiman EMbong
    4 Aziz Moktar
    5 Ezad Emir
    6 Pak Awang
    7 Haji Atang
    8 Orang lama

    1 nasruq haqq
    2 madah pujangga
    3 rembulan senja
    4 seruling kelana
    5 angker 13
    6 tinta bayu
    7 ustaz majusi
    8 ambuyak

    BalasPadam
  5. SYAFAAT

    kami mohon syafaatmu
    kala nama itu disebut
    terasa begitu syahdu
    melanda lubuk kalbu
    sebak menerobos dada
    terkenang segala juangnya
    terkenang besar jasanya
    terkenang agung cintanya
    insan paling agung
    insan paling ulung
    sebaik-baik manusia
    tiada yang sebaiknya
    ciptaan tuhan terhebat
    dia kekasih Allah
    nama yang lama wujud
    sebelum adam tercipta
    nama tak mungkin terhapus
    hingga akhirnya dunia
    nama yang kekal selamanya

    haji khali
    sajak keagaamaan

    BalasPadam
  6. JANGAN RAGU

    Jangan pernah kamu
    ragukan arti cintaku
    Hingga saat ini masih membekas
    di setiap peluhku
    Dalam lelap kamu selalu hadir
    Memberi ceria
    seakan kembali ke masa itu
    Saat kamu masih bersamaku

    Ambuyak
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Sajak HARI BERGANTI HARI oleh Atuk. Pengucapannya terlalu biasa dalam kehidupan seharian , manusia dengan gelagatnya , kekadang dengan egonya boleh tersinggung perasaan orang lain, apatah lagi diri kita yang agak malang dengan kemiskinan dan serba kekurangan. bisa dipingger dan terasing.Kerana persangain agak hebat ,pemilihan terhad, Harap maaf sajak anda ini terpksa dikeluarkan, usaha lagi lain kali. (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Orang Lama dengan sajaknya bertajuk: HINAKAN PERADAPAN Pengucapannya sinis atau pertanyaan cuba membawa kita berfikir tentang kehidupan manusia yang penuh dengan kemelut seharian dalam dunia yang tidak abadi ini, sehingga menyebabkan tiada lagi rasa persaudaraan sesame Islam, khususnya orang melayu yang gilakan kuasa, sanggup melakukan apa sahaja.Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Haji Khali dengan sajak SYAFAAT. Pertolongan Allah . Pengucapannya kreatif dan juga rasa puitisnya. dengan memuji namamu Ilahi, kerana dengan safaatmu kita hidup dan mati, tidak ada sesuatu yang sehebatnya Allah. Dia yang hidup dan kekal selamanya Amin. Layak untuk anda menyertai buat sayembara seterusnya (SM).

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Haji Khali dengan sajak SYAFAAT. Pertolongan Allah . Pengucapannya kreatif dan juga rasa puitisnya. dengan memuji namamu Ilahi, kerana dengan safaatmu kita hidup dan mati, tidak ada sesuatu yang sehebatnya Allah. Dia yang hidup dan kekal selamanya Amin. Layak untuk anda menyertai buat sayembara seterusnya (SM).

    BalasPadam
  11. mampus nak isi telur semua tu

    BalasPadam
  12. boleh ke kutip telur tu?

    BalasPadam
  13. hbis la syahir semua dia xpdt buat?

    BalasPadam
  14. gila mampus nak kutip mcm tu?

    BalasPadam
  15. hahaha lagi kutip lagi byk?

    BalasPadam
  16. angsa langsung x tolong dia kesian

    BalasPadam
  17. pengajaran jgk cerita ni supaya buat baik dgn haiwan

    BalasPadam
  18. ada lagi ke tugasan dia lps ni?

    BalasPadam
  19. hbis la kena humban lagi? hahaha

    BalasPadam
  20. bila dia nak kena sumpah jadi batu asyik kena humban je?

    BalasPadam
  21. x mati plak dia kena humban mcm tu?

    BalasPadam
  22. dia x kena sumpah hanya kena humban je ke?

    BalasPadam
  23. sakit2 badan la dia asyik kena humban jer

    BalasPadam
  24. sakit badan tu kalau kena humban je hahahahhaa

    BalasPadam
  25. hehe dia asyik kena permain je

    BalasPadam
  26. angsa pun pandai kenakan dia.. hahahhaa

    BalasPadam
  27. hahahaha padan muka syahir dulu sombong sgt

    BalasPadam
  28. hbis la 1 pun dia x lepas

    BalasPadam
  29. lps ni msti kena humban lagi

    BalasPadam
  30. apa pnya malang nsib dia

    BalasPadam