Khamis, 16 Jun 2011

PENGGUNA FACEBOOK TERLAMPAU




sajak pilihan warga Cr.

mengapa jadi begitu
mengapa kau palitkan lumpur
mengapa kau contengkan arang
mengapa kau titiskan nila
habis semua terpalit
habis semuanya hitam
habis rosak susu sebelanga
turutkan segala kehendak nafsu
lempiaskan sesuka hati
pada amanah yang kau pegang
pada amanah yang kau laung
nyah kau segera
kau tak layak berada di sini
daerah ini daerah suci
daerah warisan penggilap permata
kau lupakan sahaja
kau biarkan sahaja kami di sini
kau pengguna facebook terlampau...

Oleh: Raja Muda
selangor
malam raya/2010 September 9 23:26





30 ulasan:

  1. 1 ulasan:



    Sajak dari kerabat rajak muda Selangor , terima kasih kerana sudi mengikuti Blog CR Ini.
    Sajak bertajuk: PENGGUNA FACABOOK TERLAMPAU oleh Raja Muda Selangor.
    Ini bagai satu penghormatan di pagi satu syawal buat kami sahabat CR di blog ini. kerana bukan saja rakyat jelata memandang sinis dan jijik, malah kerabat diraja lebih memandang serius lagi.

    Demi mengukuhkan instiusi beraja di Negara yang berdaulat ini.
    Kami menyokong saranan citarasa hatinurani Raja Muda Selangor.

    Kerana lewat kebelakangan ini ramai rakyat menjadi resah dan gelisah, kerana ada beberapa orang baginda sultan sudah mulai murka dan berdurja di atas keceluparan dan tindak tanduk segelinter rakyat yang berani menguris hati baginda sultan.

    Harap perkara ini perlu diberi perhatian yang serius,jika mereka dapat berkuasa kita akan menjadi Negara di timur tengah.

    Oleh: Qalam Mutiara
    9 September 2010 1:01 PM

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBASATAUOLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke Tiga puluh..

    Dalam keadaan serba tidak bermaya itu, dia terasa dirinya hilang. kemudian dia terdengar sayup-dihujung telinganya , helai ketawa suara wanita mengelilinginya, terasa dirinya seperti sedang diberi rawatan dan di kelilingi beberapa orang wanita cantek dengan senyum yang menawan hati. pelahan dia membuka mata.

    Apa yang dia tahu dirinya kini berada pula di sebuah istana yang cukup indah ditepi sebuah tasik di pucak gunung Mentra Alam. Terlalu anih dirasakan. Bagaimana dia boleh berada di atas peraduan yang indah ini.

    “Dimana hamba sekarang?” bertanya Puyra Wira Syahir dengan perasaan ceriga dan membimbangkan.

    Tetiba dia terdengar suara seorang wanita berkata ,” jangan susah hati tuan hamba berada di daerah kami, bangsa angsa berwajah manusia. hamba bernama puteri angsa emas, dan bersama saudara hamaba .yang ini angsa putih, angsa hitam dan angsa kelabu, mereka semua adalah saudara hamba semua.”

    Melihat keadaan itu Putra Wira Syahir menjadi serba terharu, malah menghairankan di puncak gunung pun boleh ada sebuah tasek ajaib bersama istana dan puteri angsa yang cantek jelita, terasa membakar rasa kelelakiannya.

    “Kami menemui tuan hamba terlantar ditepian tasek , tidak sedarkan diri, kami membawa tuan hamba ke intana ini, Sebenarnya kami semua memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami, untuk membebaskan diri dari sumpahan di tasek ini. Kami berempat tertarik pada tuan hamba dan bersedia untuk menjadi isteri kepada tuan hamba.” kata puteri angsa mas itu.

    Kerana diberi peluang tersa seperti pucuk dicinta ulam yang datang, orang mengantuk disurungkan bantal.

    ”Hamba sedia menerimanya,” jawab Putra Wira Syahir dengan senang hati .

    “Tetapi ada syaratnya pula. mulai esok tuan hamba kena mengutip telur angsa peliharaan kami disepanjang tasek, tanpa memecahkannya, mulai terbit matahari hingga tegelam matahari untuk mengisinya dalam empat buah bakul besar itu sebagai hantaran perkhawinan, jika gagal rakyat kami akan menghumban tuan hamaba ke luar dari tasek ini.”

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KAWAN DATANG DAN PERGI

    kawan-kawan datang dan pergi
    bayangan malam bertambah ngeri
    janji hancur dihempas waktu
    pintu pun tutup satu persatu
    tak dapat kukisahkan
    segala janji telah diisi
    segala kasih diikat rapi
    lorong panjang berlingkar-lingkar
    entah bila berjumpa lagi.

    Hadi hamzah
    sajak buat kawan

    BalasPadam
  4. AKU TAK PANDAI TAPI BUKAN BODOH

    aku tak pandai tapi bukan bodoh.
    ako malas bunguk tak tau berubah.
    dulu tersungkurtapi masih tak sedar
    macam-maca alasan aku bagi.
    semangat makin kurang.
    rasa bagai nak tinggalkan dunia sebab aku tak mahu jadi bengong.
    jadi aku alan pergi ke dunia baru.

    Mozaire
    sajak terkenang

    BalasPadam
  5. NIPISNYA AKU

    Disetiap genap dunia
    aku menjerit pilu
    mengharapkan ada melihat
    kerna aku rasakan keliru
    memintas segala syahdu
    aku merintis memilih bukan pilihan
    dugaanMu sungguh besar
    takku harap menepis iman
    kerna aku hambaMu yang lemah
    ya Allah nipisnya aku! tiap garisan, tiap coretan
    aku berasakan terhina

    Nahul Hidzar
    sajak penyesalan

    BalasPadam
  6. SEMUA NAFAS

    Aku dan semua nafas
    bumi yang ku rasa
    Menanti sesuatu mampu ku lindungi
    Dengan segenap Walau terasa hampa
    Takkan hatiku hancurkan harapan
    Bila ku tak lagi mampu menyinar
    Bila mata hatiku telah redup
    Jiwaku tetap hangatkan
    gelap malam nafasku

    Lelangi Biru
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
    Hadi Hamzah tajuk sajak KAWAN DATANG DAN PERGI.Pengucapan biasa
    walau pun telah diperbetulkan ungapannya , juri masih tidak dapat menilai kekuatan kesan pada sajak ini.cuma mesej yang hendak disampaikan terawang-awangnya, bentuk penceritaan bagai longgar dengan penutup cerita juga masih kurang mantap. Harap maaf cuma di sini terpaksa berhenti. Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Begitu juga Mozaire dengan sajak AKU TAK PANDAI BUKAN BODOH. Pengucapannya bagaikan orang kecewa mengenangkan nasib agaknya. daya kreatif masih lemah. tema kecewa pada keadaan diri sendiri, Penceritaan kurang masuk akal bila hendak pergi kedunia baru dan hendak tinggalkan dunia. (Mati)/ Apa pun usaha lagi , maaf Cuma diseni terpksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Nahul Hidzar sajak NIPISNYA AKU sepatutnya bertajuk NIPISNYA IMANKU . Pengucapanya agak menyakinkan, ada rasa kreatif dan sadikit puitis. tema penyesalan dan keinsafan. Penceritaanya berkisar kisah kehidupan seharian manusia yang nipis imannya akan terperangkap dalam godaan syaitan. Jika kuat keimanannya masih boleh insaf dan sedar akan kekuasaan tuhan.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    SEMUA NAFAS oleh Lelangi Biru. Pengucapannya mengelirukan dan sukar menilai ungapan kreatifnya . Tema tidak dinyatakan sekadar simbolik pada ungapan perkataan. Isi penceritaanya juga kami gagal menangkap , bagaimana untuk menerangkan maksud atau mesej yang hendak sampaikan apa yang kami rasa dari intro – isi – penutup longgar, Apa pun usaha lagi, harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  11. tadi kelatu skrg angsa plak?

    BalasPadam
  12. dh lebih hebat dari harry potter ni

    BalasPadam
  13. fantasi yg agak tinggi jgk ni

    BalasPadam
  14. angsa jadian ke dorg semua tu?

    BalasPadam
  15. ada jgk angsa muka manusia?

    BalasPadam
  16. pelik ada jgk bangsa angsa muka manusia

    BalasPadam
  17. dulu anai2 skrg angsa plak? hehe

    BalasPadam
  18. wah! ke tempat angsa plak?

    BalasPadam
  19. angsa tu badan angsa muka manusia ke?

    BalasPadam
  20. angsa ni badan manusia ke?

    BalasPadam
  21. wah! kena kutip telur masin plak ke? hahaha

    BalasPadam
  22. telor itik nak kutip buat apa? telur asin ke? hahahaha

    BalasPadam
  23. rasanya dia xdpt selesaikan tugasan la

    BalasPadam
  24. rasanya tugasan ni pun dia xdpt selesaikan

    BalasPadam
  25. telur itik kena kutip? ni mcm senang jer

    BalasPadam
  26. kutip telur itik msti dia berjaya sbb mcm senang je keja ni

    BalasPadam
  27. kutip telur angsa?

    BalasPadam
  28. kenapa dorg x kutip sendiri tp suruh syahir?

    BalasPadam
  29. susah nak kutip telur tanpa pecah

    BalasPadam
  30. boleh ke kutip telor tanpa pecah?

    BalasPadam