Khamis, 9 Jun 2011

KERINDUAN






Kerinduan
seringkali menyapa
dan betanya
di benak hati ini.

Dimanakah
Keutuhan cinta  suci
dan kasih sejati?
atau mainan bibir.

Tahun berlalu
kau masih menyepi
bagai tidak mengerti
akan segala isi hati
yang kini kurasai.


Oleh; Mawar Putih
Telok bayu, Pulau Penang.
1hb, Februar, 2010






30 ulasan:

  1. Catat Ulasan

    Sajak sdri Mawar Putih adik beradik Mawar Merah , Mawar Harum, Mawar Duru. Bertajuk KERINDU juga kepuitisannya. mudah , pendek dan rengkas sahaja. Peceritaan tengan tema kerinduan pada siapa yang dia menanti, bertahun lamanya kini sepi, seolah-olah orang yang ditunggu bagai tidak mengerti. Ini kisah cinta tidak berbalas. bagaikan embun menitik ditempat yang lain. Bunga kembang bagaikan tak jadi. Apa pun kini lama menyepi mungkin sudah disunting Geletek Pagi.

    BalasPadam
  2. Ha! td Tuan Haji emel aku dia kata sapa yg msuk final sayembara dulu2 tapi yang x menang dia nak bagi sumbangan ikhlas dia kata dpt rezeki sikit jadi kepada yang masuk final sayembara dari bulan 2 tapi tak menang pun ada hadiah....

    ni senarai nama-nama yang ke final tp x menang sila tuntut hadiah yg menang xde sbb kan dah dpt hadiah...


    Bulan 2 (laptop)

    ustaz rahman
    saizul maizav
    ziarah makrifat -menang
    en sanusi
    ==============================

    selingan bulan 3 (hanpone)
    sufian al zahri
    mak mah
    dayang
    mei ling
    Julia -menang
    warga emas -menang
    mia safiyah-meang
    tan sri yunus-menang

    ==============================

    Bulan 4(TV)

    pak haji
    makcik senah
    simsalabin-menang
    ustaz saad
    =============================


    bulan 5 (set perabit)

    1 indera syahpura-menang
    2 tuan haji
    3 mawar harum
    4 hajjah jamilah
    5 Ai Kutubudin
    6 nur atikah
    7 yusmanira
    8 inspektor halim

    KOMENTAR:

    Buat anda yang terpilih menerima sagu hati daripada (YB) Tuan Haji Khair ke peringat final puisi sayembara citarasa atau citranuri di antara ahli dan Penjaga Blog . Thaniah dan Syabas! Kami warga blog mengucapkan berbanyak terima kasih bagi mereka yang sudi bermurah hati menaja dan memberi sumbangan kpd peserta sayembara secara sukarela. Semoga Allah panjang umur murah rezeki. Amin! Oleh : En nuri. dan warga blog citrasa nurimanja.

    BalasPadam
  3. RIA

    ria sebuah merintih rindu meronta
    resah terbayang nasibnya
    terfikir takdirnya
    dalam genggaman insan.
    ria sebuah menangis dan mengurus
    detik demi detik
    diinjak sepatu barat berat.

    Tun Fatinah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. SITITIS BAHAGIA

    untuk apa aku kau lukai
    jika kau sendiri menyesali
    segenap apa kau lakukan
    senja kau datang jua,
    memapah aku yang dahaga
    setitis bahagia
    pernah kau janjikan
    hanya tinggal sejuta
    pengharapan kelam.

    Ustazah hamidah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. WAKTU

    izinkan aku bicara tentang waktu
    kerana aku tahuwaktu selalu cemburu
    kamu kata tiada waktu
    sehari suntuk kamu beradu
    lepak sampai naik kematu
    kerja diberi tangguh dahulu
    tugas diberi berbulan dahulu
    walhal setahun sudah berlalu
    kamu kata tak terkejar waktu
    pandai pula salahkan waktu
    bicara tentang waktu
    pentingnya kamu bahagi waktu
    silap diguna tertinggal kamu
    silap diguna habislah kamu
    pasti kamu dipotong waktu pastiharu

    Ummu Akilah
    sajak tentang masa

    BalasPadam
  6. SARAF

    tempatkan aku di hatimu
    satu sudut dari empat bilik jantung
    lalu aku di jiwamu
    dengan penuh kasih selalu
    tempatkan aku di ingatanmu
    satu saja dari ribuan sarafmu
    akanku warnai haridengan wangi madu
    duhai tambatan hati
    akankah kau mengerti
    suara kalbu terus menggema
    sampai sukma ini lepas dari raga

    salina
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Tun Fatimah sajak bertajuk RIA ahli baru agaknya buat pertama kali tersiar sajak anda agaknya. Apa pun percubaan pertama ini akan memungkinkan seterusnya nanti. Perlu lagi memperbaiki akan ungapan kata yang tepat dan puitis. Peceritaan masih kabur isi dan maksudsukar ditangkap. Apa pun usaha lagi. Simboliknya juga kurang jelas pada perbandingannya. Cuma di sini terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
    Ustazah Hamidah dengan sajaknya SITITIS KEBAHAGIAN. Pengucapannya bagai sesuatu yang biasa, boleh diterima, tema bagaikan mengharapkan sesuatu tidak kesampaian. Penceritaan mungkin berbentuk jiwa2 juga, simboliknya tidak begitu nyata. kisahnya agak tersembunyi dan kabur. Apa pun maksudnya ternyata seperti dalam kekecewaan bila harapan bagaikan dikecewakan. Diberi peluang unbtuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
    Ummu Akilah dengan sajak WAKTU. Tetapi pengucapannya lebih condong kepada berleter atau mengomenkan sesuatu , tema mengenai masa, Penceritaannya bagaikan kecewa juga pada janji. pun boleh dikira tema jiwa2 juga nampaknya. Apabila seorang yang diharap sering saja beri alasan dan helah berkata tidak ada waktu, tetapi sebaliknya. Apa pun ada mesejnya dan berkemampuan mengolah sajak cuma.perlu mencari ungapan yang puitis dan berkesan pada pengucapan.Harap usahala lagi.harap maaf. Cuma di sini terpaksa berhenti. (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    SARAF sajak jiwa2 oleh Salina. Pengucapannya boleh diterima , Cuma masih mencari ungapan yang puitis dan enak mendengarnya. tema jiwa2 bagai mengharap kasih tak sampai. Penceritaan biasa kisah rangmuda punya biasa. Penutup masih tersangkut , perlu mencari kekemasan ataupun rasa mantap dan memberi kesimpulan yang menasabah. Apa pun usaha lagi, Cuma di sini saja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  11. Ni senarai nama yang masih tak tuntut cek dari saya sila beri alamat rumah sy pos laju cek kpd ada...


    ustaz rahman

    saizul maizav

    en sanusi - berjumpa face 2 face

    sufian -kirim kpd en sanusi

    mak mah -dh pos laju

    dayang -

    mei ling -

    pak haji -

    makcik senah -kirim kpd en sanusi

    ustaz saad -

    mawar harum -

    hajjah jamilah -kirim kpd en sanusi

    Ai Kutubudin -

    nur atikah -kirim kpd en sanusi

    yusmanira -kirim kpd en sanusi

    inspektor halim - dh pos laju


    P/S-kepada yang sy tak letak apa-apa penerangan sila bagi emel kpd sy alamat rumah Tuan_khir00@gmail.com

    BalasPadam
  12. kita sering bergelut sajak pasal apa ni?

    BalasPadam
  13. sajak apa kali kurang phm la

    BalasPadam
  14. sajak kurang mengancam la

    BalasPadam
  15. sajak sindiran ke?

    BalasPadam
  16. menarik jgk sajak en nuri ni

    BalasPadam
  17. sajak psl apa plak ni?

    BalasPadam
  18. sajak mcm dalam kekusutan jer

    BalasPadam
  19. simbolik sajak kali ni

    BalasPadam
  20. sajak agak menarik jgk ni

    BalasPadam
  21. ramai jgk org x tuntut lagi hadiah dri tuan haji sila bagi alamat rugi x tuntut rm600 beliau bagi... sy dh berjumpa secara face 2 face dan sy dh thu dia YB mana agak popular jugak dia tp sy terpaksa rahsiakan sbb sy dah janji dgn dia...

    BalasPadam
  22. sajak kali ni agak susah nk tangkap la

    BalasPadam
  23. aik! sajak mawar putih plak mana dia pegi lama xnmpk?

    BalasPadam
  24. sajak mawar putih dia ada kat london ke skrg? sbb ramai kata mcm tu tp aku xjmpa pun

    BalasPadam
  25. sajak jiwa2 dari mawar putih nampaknya

    BalasPadam
  26. lps sajak mawar putih kluar msti esok sajak geletek pagi plak

    BalasPadam
  27. syahir tu berani jgk

    BalasPadam
  28. eh! dia jmpa 2 org je?

    BalasPadam
  29. kenapa hanya ada 2 penghuni je?

    BalasPadam
  30. alamak! sajak xphm la kali ni

    BalasPadam