Sabtu, 4 Jun 2011

KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA





Terasa bagaikan patah ke imanan di hati
apabila melihat kemungkaran berluasa
seorang tokoh yang amat berkewibawaan
bisa saja  melanggar apa yang dilarang tuhan
dimana kini rakyat jelata bisa saja  menilai
akan sebuah keperibadian yang tiada lagi leluhur

Aku pun rasa bagai terjebak dan bersubahat
dengan ungapan kata yang memutar belitkan
kini keyakinan  hati dan akal yang waras luntur
dengan sikap keangkuhan dan kesumbungan
kerana lalai masih enak duduk di kerusi lembut
bila rakyat tidak mengundi engkau nilailah sendiri.

Perpecahan bangsa kita kerana tolak perpaduan
yang nyata di ajar Islam  nabi junjungan akhir zaman
kini kita mendewakan Al Quran  hadis dan nasnya
semuanya ada muslihat kepentingan peribadi  semata
elok hentikanlah segara  watak lakonan sandiwara
yang ternyata jijik dan meloyakan genarasi  anak muda.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan bila rasa perlu ditegur
berkata benar walaupun pahit bagai jadam.
tanggal 4hb, Jun, 20011. pagi hari sabtu kena selsema.






50 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri kali ini bertajuk KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA . Ternyata ungapan rengkas dan adasadikit sinis yang penuh maana, mungkin buat mereka yang mengerti dan faham situasi politik lewat kebelakangan ini, terasa amat mencurigakan. orang yang kita hormat dan sanjung bisa melakukan perkara yang luar biasa. lebih menyedihkan lunturnya leluhur yang amat di harapkan oleh rakyat yang telah mengangkat menjadi yang berhormat. (YB) Bila berada di kerusi lembut, iman yang tebal pun boleh susut dan hanyut…

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBAS ATAU KEMBAR SEIRAS OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri Ke duapuluh tiga.

    Beberapa ketika dalam berjalannan itu Putra Wira Syahir telah pun melewati satu lagi kawasan yang agak naneh dan mengerunkan juga. Bagaimana mungkin ada sebuah tasek ajaib kecil di atas punca gunung Mentera Alam itu.

    Di tasek itu Putera wira Syahir menemui banyak telur itek angsa emas yang berselerak di tepi tasek ajaib kecil itu. Ada di antaranya yang telah pecah dipijak oleh kuda sakti Putra Wira Syahir. hamper berpuluhan biji juga.

    Mungkin di atas kelalaian dan ketidak sengajaan kuda sakti kesayangan Putera Wira Syahir itu, Tetiba datang melayang sepasang itek angsa emas menyerbu kea rah kuda sakti yang di tonggang Putra Wira Syahir dalam keadaan marah kerana telah memijak telor –telor mereka sehingga pecah. dua ekor itek angsa berbulu berwarna emas itu pun berkata;

    “Wahai manusia dan haiwan ganas ? Kenapa tuan hamba memijak akan telur-telur kepunyaan hamba yang lemah dan kecil ini? Bagaimana zuriat keterunan kami hendak membiak? Dimana sikap keperimanusian dan keperihaiwanan tuan hamba.? “ Sergah itek Angsa Emas itu.

    Bila terdengar akan bicara itek angsa emas itu , kuda sakti dan putera wira Syahir terus memecutnya dengan lebih laju lagi, sehingga kedua itek angsa emas itu tidak dapat mengejarnya , tanpa meminta maaf akan kesalahan yang telah mereka lakukan itu.

    “Jangan tuan hamba datang lagi di daerah tasek kecil ajaib ini, jika ingin membuat kerosakan di daerah kami yang tidak pernah menganggu sesiapa di sini, keanguhan tuan hamba akan menerima balasannya nanti. percayalah akan kata-kata hamba ini,” jerit kedua itek angsa emas yang marah dan kecewa dengan sikap manusia dan haiwan itu.

    Tanpa memperdulikan jeritan dan pekekkan kata-kata serapah jampi dan sumpah seranah Putra Wira Syahir dan bersama kuda sakti kesayangannya itu memejut lebih laju lagi menuju kepuncak gunung Mentera Alam dan meninggalkan daerah tasek kecil ajaib yang penuh misteri dengan sepasang itek angsa berbulu emas itu.

    SAMBUNGAN.

    BalasPadam
  3. ada tasek plak!!!

    BalasPadam
  4. ada tasik plak atas gunung tu!

    BalasPadam
  5. telur itik pun ada jgk!

    BalasPadam
  6. nampaknya syahir dah langgar perintah dh ni

    BalasPadam
  7. syahir langgar oerintah byk dah bahaya ni

    BalasPadam
  8. hbis la dia kena sumpah la lps ni

    BalasPadam
  9. sian telur itik byk pecah2

    BalasPadam
  10. mcm mana telor itik byk plak kat tasik tu?

    BalasPadam
  11. mngkin x sengaja kot terpecahkan telor tu?

    BalasPadam
  12. hbis semua pecah apa la malang menimpa syahir nnt

    BalasPadam
  13. syahir dah lupa dah syarat

    BalasPadam
  14. nampaknya dia dah langgar syarat

    BalasPadam
  15. syahir dah mula lupa diri nampaknya

    BalasPadam
  16. mcm mana ada tasek plak atas gunung?

    BalasPadam
  17. semua bintaang boleh berckp plak!!!!

    BalasPadam
  18. kurang asam pya syahir dia dah langgar byk syarat ni

    BalasPadam
  19. kalau aku jd syahir telur tu aku xpecahkan aku ambik buat jadi telur masin

    BalasPadam
  20. kenapa syahir jd sombong plak nampaknya

    BalasPadam
  21. syahir dah mula lupa diri

    BalasPadam
  22. nampaknya byk haiwan dah menyumpah dia

    BalasPadam
  23. rugi je telur tu semua pecah

    BalasPadam
  24. ingatkan telur ayam rupanya itik ke

    BalasPadam
  25. itik angsa?? mana 1 ni?

    BalasPadam
  26. kenapa en nuri tulis itik angsa bukan ke itik dgn angsa berbeza ke?

    BalasPadam
  27. itik angsa?? pening jgk ni

    BalasPadam
  28. wah! itik tu kaler emes la plak!

    BalasPadam
  29. angsa tu semua jelmaan nenek tu lagi kot?

    BalasPadam
  30. semua bintanag ni jelmaan jgk ke?

    BalasPadam
  31. wah! itek angsa tu berbulu emas ke

    BalasPadam
  32. wah! kaler emas lagi tu

    BalasPadam
  33. angsa kaler emas pelik jgk

    BalasPadam
  34. mmg ajaib la itik angsa tu

    BalasPadam
  35. lps ni dia jmpa sapa plak?

    BalasPadam
  36. byk jgk bianatang dia jmpa ni

    BalasPadam
  37. lps ni dia jmpa binatang apa plak agaknya

    BalasPadam
  38. itik la plak kali ni

    BalasPadam
  39. semua binatang boleh bercakap ke?

    BalasPadam
  40. semua haiwan kat situ dah menyumpaj syahir la

    BalasPadam
  41. bila agaknya dia nk jdi batu ni

    BalasPadam
  42. entah2 atas bukit tu dia jmpa bangkai adik dia

    BalasPadam
  43. PERGI TANPA MELAMBAIKAN TANGAN

    Hanyut dalam lantunan musik
    menutup jamuan hari itu semua bubar
    melangkah pergi meninggalkan tanah
    lapang rumput hijau.
    dengan beberapa gengam keceriaan
    terus terbawa sepanjang jalan.
    Sebelum berpisah kami lupa
    untuk melambaikan tangan.
    hanya senyum bertemu di hati kami.
    jauh sebenarnya setelah jamuan itu,
    Seperti juga ketika berpisah,
    berlalu tanpa melambaikan tangan,
    seolah mengikhlaskan
    semua perbuatan tanpa harapan
    bakal dikenang dan dihargai

    Jalal Rafzee
    kenangan ketika hari terakhir khusus

    BalasPadam
  44. AKU BUKAN BATAK

    kau semakin angkuh semakin jauh
    lagak seperti jaguhan yang agung
    tapi tak apa aku pun bukannya batak
    memang aku diam tapi aku tak buta
    kau terus laritapi aku tetap disini
    kalau kau lelah nanti
    kau pasti cari aku jadi jangan takut tak usah henti
    terus dengan berani
    selagi belum mati

    Zainal Arifin
    sajak tak puas hati

    BalasPadam
  45. Danielson Fata Fat6 Jun 2011 pada 8:37 PTG

    BERUBAH

    aku ingin berubah tapi untuk apa
    aku dah memang baik
    benda jahat aku tak buat
    semua tahu aku baik
    cuba tanya pada mereka
    mesti mereka kata aku baik
    aku juga rajin ke gereja
    tiap waktu memang tak tinggal
    pasti aku baik suka tolong orang
    tak kira kecil besar
    aku memang ringan tulang
    cuba tanya orang kampung
    mesti aku baik tapi semua kosong semua tiada makna sia-sia belaka
    niat di mana untuk apa
    buat siapa kamu buat
    baikkah aku? wajib kamu berubah

    Danielson Fata Fat
    sajak tentang diri sendiri

    BalasPadam
  46. SEPOTONG MASA LALU

    Sorot mata arah pada sudut masalalu
    Dimana pertama langkah di duniabaru
    Pastilah dulu aku buta,
    Hingga begitu memerlukan semua
    ingatlah ketika kita pertama
    kita semua berjabat tangan
    Ada titis embun memercik
    ditengah senja merekah
    Aku harap itu bukan hanya seketika,
    Tetapi mimpi akan menjadi kenyataan
    Bertahun mengalami pasang surut
    Namun kuharap kita akan kembali
    Seperti air laut tak bosan
    Kalaulah tak ada jalan pulang,
    Aku selalu berharap kita
    Bersama sebagai sahabat,
    walau tak mungkin saling mengikat
    ingatlah satu Rasa tulus
    tak mungkin padam
    seperti lilin tertiup angin

    hambali Maliki
    sajak kenangan dulu

    BalasPadam
  47. PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
    Sajak Jalal Rafzee dengan sajak barunya balik kursus,PERGI TANPA MELAMBAIKAN TANGAN. Pengucapan biasa dan mudah juga difahami dan mudah saja ditangkap maksud penceritaanya/ Begitulah keadaan kita manusia dengan tugas harian mengikut jawatan yang telah ditetapkan Bila bertemu kita akan berpisah , walaupun mungkin tidak begitu kenal pada mulanya, setelah berbulan pasti ada kemesraan di antara perserta. Apa pun bila tiba hari perpisahan , biasanya hati meronta mahu pulang, masa itu mungkin ada yang terlupa sekadar mengangkat tangan.namun dalam hati terakam kemesraan dan keikhlasan. Layak sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  48. PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 D ANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
    Tema Nampak semacam ada kemarahan dan tidak puas hati rasa semacam mencengkam pula.Sajak Zainal Arifin, sudah naik pangkat En Zainal Arifin agaknya.Semuanya begitulah saya difahamkan. Dalam tugasan cabaran terlalu banyak, kekadang ada pula yang cemburu dan tak senang hati. Tetapi apa pun keikhlasan hati biasanya dapat melawan apa saja rentangan yang datang. Kebenaran juga tunjang utama, kerana berani kerana benar dan sebaliknya. Layak untuk
    sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  49. PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
    Tema diri sendiri. Danielson Fata Fat sudah baik BM anda .Pengucapannya perlu sedikit lagi diperbaiki. Penceritaanya bermula dengan dia soal dan dia jawab kembali. Semuanya telah pun dilakukan demi kebaikan, tetapi tetapi bagai tidak bernilai dan kosong, Kena berubah untuk mencari rasa ketenangan jiwa. Sebaiknya serah diri kepada tuhan , pasti kekalutan kita akan reda bila menyerah diri kepadanya. Apa pun sudah ada kemampuan mengelah sajak. Maaf sahaja. Cuma di sini saja ,usaha lagi.(TK)

    BalasPadam
  50. PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
    SEPOTONG MASA LALU sajak oleh Hambali Maliki . Pengucapannya agak sederhana dalam penceritaan biasa memori. tema kenangan lalu. Penceritaanya mudah ditangkap dan mesej dan maksudnya mengenang pada pengalaman masa lalu, mungkin dengan sahabat atau gf pun boleh jadi. Sebenarnya sajak bermaksud penceritaan yang padat dan direngkaskan penuh maksud dan mesej yang hendak disampaikan sebagai pengajaran. Sajak anda ini kalau di pendekan lebih bertenaga dan puitis lagi, Tetapi kena buang masa sadikit dan renung mencari isi yang pentingagar lebih mantap. Apa pun usaha lagi. Maaf cuma di sini penyertaan andaterpaksa mengundur diri . (TK)

    BalasPadam