Selasa, 14 Jun 2011

DARI MUKA JENDELA




 sajak memori cuma


Berdiri dari tingkat 17,
di muka jendela rumah pangsa
aku lihat ke bawah halaman malam
betapa kupu-kupu malam berkeliaran
berkejaran berterbangan dan berkeliaran
lalu mencari ribun gelam, disitu mereka senyap.



Oleh: Nurimanja,
sewaktu tinggal di bondry air itam
catatan 22hb February, 1973 sajak lagenda.




11 ulasan:

  1. ULASAN

    Sajak en nuri ini, saya difahamkan dari catatan sajak lagendanya. Sewaktu masih belasan tahun belajar di al mashoor kerana tak dapat asrama duduk sementara rumah bapak saudara di air itam pedang tembak.Pulau Pinang. Biasalah keadaan di bandar apa nak kata, terpulang pada diri kita. tersilap langkah kena kejutan budaya.

    BalasPadam
  2. PAS perlu perjelas konsep negara berkebajikan: Nor Mohamed (UM)


    2011/06/11
    KEPALA BATAS: PAS perlu memperjelaskan dan menghuraikan kepada rakyat konsep negara kebajikan yang akan diamalkan parti itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

    Katanya, PAS perlu perjelaskan konsep itu kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja sudah lama mengamalkan konsep negara kebajikan sebaliknya mempunyai nilai tambah iaitu transformasi ke arah negara maju menjelang 2020.

    "Jadi saya dan rakyat nak juga tahu negara kebajikan yang bagaimana mereka (PAS) cuba amalkan," kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan sewa rumah di sini hari ini.

    Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian ketika mengulas dasar perjuangan baru PAS dari negara Islam kepada negara berkebajikan seperti yang dicanangkan parti itu pada Muktamar PAS ke-57 minggu lalu.

    Beliau juga berkata, kerajaan memperuntukkan bantuan bayaran sewa rumah sebanyak RM162,192 kepada 109 ketua isi rumah di Pulau Pinang untuk tahun ini.

    "Setiap keluarga akan menerima sebanyak RM1,488 dan mereka adalah keluarga yang tersenarai dalam sistem e-Kasih di bawah kategori miskin tegar dan miskin bandar," katanya. - BERNAMA

    KOMENTAR

    KENAPA PAS menceduk idea BN kerajaan berkebajikan? Ini cerita zaman Tun Abdul Razak lagi. Ayahnda kepada PM kini. Kurang yakin nampaknya mereka. Tetiba tukar hala demi untuk bersekongkol dengan lebel mata syaitan dan langkah mayat kami dulu sebelum tubuh nrgara Islam. Mana laungan dulu, kini dan selamanya membangun bersama Islam?

    BalasPadam
  3. MEMANAH MATAHARI

    Hilangkan susah yang merana
    Ketika telah membendung cita
    Tetaplah ikatkan rasa
    Karena diriku dirimu pasti bersama
    ketika kau meratapi bulan
    Aku cuba memanah matahari
    yang merenung tajam ke arahku
    dengan busur celaru.
    Dalam malam kelam
    bintang bersaksikan sendu
    gelagat insan menari rentak alam
    menelan ragam silam di pentas purba

    Lukiee
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. BERHENTILAH MENANGIS

    kerna hati ku mati kerana mu
    Berhentilah menangis
    Hapus air mata itu
    Lepaskan semua beban
    Kini saatnya kau pergi
    Tak patut kau di situ
    Pergilah bersamaku
    Ke tempat yang sepantas
    Tempat yang paling indah untukmu...

    Ravi Ramachandran
    di dalam kuil teringat kekasih lama

    BalasPadam
  5. SAAT

    saat kamu menjamah hati aku
    saat kamu meratah pandangan aku
    saat kamu mengacau bilaukan aku
    kamu masih bermain di laman hati aku
    sampai bila aku berpeluang
    begitu pada kamu

    Lee Hap YUi
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  6. DARAH MENGALIR LAJU

    seketika darahku mengalir laju
    terasa bagai mahu meletup .
    apa yang berlaku ?
    aku bingung barangkali .
    sebetulnya aku sedang bermenung .
    fikiran aku kosong dan tegang .
    aku benci keadaan begini kenapa ?

    Vijay KUmar
    sajak kemarahan

    BalasPadam
  7. kumpulan H (ahli bukan islam dan baru masuk islam)

    1 Zain Issac
    2 vijay kumar
    3 lukiee
    4 Nurul Lisa Kim
    5 lee hap yui
    6 ravi ramachandran
    7 mr david
    8 apek liew

    1 rachel kim
    2 Mr Wong Sin
    3 raju linggam
    4 Kevin kahirudin
    5 richard Sirosa
    6 leonard abdullah
    7 mahesh ganesan
    8 Mr Tan

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Sdra. Ravi Ramachandran adik beradik dengan MGR? Sajaknya bertajuk BERHENTILAH MENANGIS. kau jadi sami ke atau penjaga kuil? kalau tok sami mana boleh khawin? Kau selalu mengorat budak perempuan india waktu mereka pergi sembahyang ? Atau kau sami bagi orang makan di kuil. Dalam kuil pun kau main jiwa-jiwa, boleh pujuk rayu, atau Cuma terkenang buah hati. jangan bini atau kekasih orang , bahaya nanti. Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Sdra Vijir Kumar dengan sajaknya bertajuk: DARAH MENGALIR LAJU . Pengucapannya bagai marah nampaknya kepada siapa entahlah? ungapannya juga bunyi lucu tapi boleh jua menghidupkan cerita yang hendak disampaikan. Apa yang anih dalam kemarahan ada pula rasa kebengongan. Kenapa aku suka marah? Kenapa kemarahan suka datang kepadaku? Kau jangan selalu minum,itu air kecing syaitan, darah cepat naik dan cepatlah marah. Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Sdra. Lukiee dengan sajak MEMANAH MATAHARI. tema biasa, cuma sekadar simbolik tidak dinyatakan pada ungapannya .jiwa-jiwa atau politik dan selainnya? penceritanya juga agak kabur dan sukar ditangkap maksudnya.kami cuma membetulkannya namun gagal menterjemahkan isi yang tersirat atau mesej yang hendak disampaikannya,. Usaha lagi lain kali. Harap maaf sajak anda terpaksa berhenti di sini ada persaingan yang lebih hebat lagi (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    Sdra. Lee Hap Yui dengan sajak bertajuk: SAAT. Pengucapannya bolehlah diterima walaupun berirama dihujungnya. kekadang rasa semacam tergantung bait ungapannya. Tema jiwa-jiwa penceritaannya pendek dan rengkas, Minta dinilai erti sebuah hati yang telah dicuri atau pun telah tergadai rasanya.Ini kisah orang muda punya biasa. Apa pun anda diberi peluang untuk menyertai sayembara ini seterusnya.(TK).

    BalasPadam