Sabtu, 25 Jun 2011

BUKAN SEKALI DIA MEMUNKIRI JANJI





sajak pilihan warga Cr.

Bukan sekali dia mungkiri
Sebuah janji yang terpatri
Berulangkali menabur janji
Sesal di hatiku menggunung tinggi

Namun dirinya tidak mengerti
Mengapa dia masih begini
Semakin hari makin bertambah
Beratnya dosa yang dia galas

Oh tuhan
Kurniakanlah dia hidayah
Bantulah dia untuk berubah
Dia insan yang lemah

Air mataku menjadi saksi
Biar penyesalannya sepenuh hati
Biar dia berjanji takkan mungkiri
Dan lepas ni takkan di ulangi

Oleh: Bulan Terang
buat orang penting dalam pembangkang
6.4.2010 2010 April 9 21:58






30 ulasan:

  1. ULASAN ;

    Sajak daripada bulang terang bertajuk
    BUKAN SEKALI DIA MUNKIRI JANJI. Dulu telah diulas oleh en nuri kemudian telah terdelek.

    Harap ahli dan juga P/blog Cr mengulasnya. Cuma buat ahli dan Pblog Cr sahaja diminta atau dibenarkan megulasnya. Harap maklum.

    BalasPadam
  2. Bahana keghairahan Pas (ESOK)
    Oleh Zulkiflee Bakar

    Golongan pro ulama perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan hala tuju politik yang bakal dibawa oleh golongan profesional ke dalam Pas.
    ________________________________________

    MENANG sorak kampung tergadai’, ‘Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’ dan bersedialah untuk melupakan kepimpinan ulama serta perjuangan negara Islam.’’
    Mungkin itulah yang boleh dikatakan kepada kumpulan pro ulama apabila muktamar tahunan parti itu berakhir hari ini.
    Keputusan pemilihan yang diumumkan semalam menyaksikan golongan pro ulama bakal menjadi pengikut sahaja kepada golongan profesional yang menguasai sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan.
    Ulama turut kehilangan kerusi Timbalan Presiden yang dikuasai sejak tahun 1981 dan tidak mempunyai seorang pun wakil bagi kerusi Naib Presiden manakala bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas pusat hanya ada lapan sahaja wakil mereka di dalamnya berbanding 18 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun ketika Muktamar Pemuda di Shah Alam pada Khamis lalu memastikan golongan ulama terus menguasai Dewan tersebut tetapi arus tersebut tidak sampai ke muktamar induk di Gombak.
    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seorang ulama kini harus bersedia menghadapi cabaran daripada golongan profesional yang sudah tentulah mempunyai suara majoriti bagi menentukan hala tuju politik parti itu. Biar pun ada yang mengatakan Pas mempunyai Majlis Syura yang boleh memberikan kata putus tetapi kewujudan majlis tersebut buat masa ini ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’ sahaja.

    Sambungan esok

    BalasPadam
  3. SINARI BUMIKU

    Pagi…sinari bumiku
    Jalan terang lenyapkan lelahku menatap barisan kata di depanku
    Tak sadar aku berbaring
    Lupakan mimpi-mimpi
    Sesaat raga terdepak
    Pagi telah memisahkan aku
    Tak sejenakpun jiwaku
    berlalu dengan waktu

    Diana Sanubari
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. MENEPI

    Aku menepi
    Dari kekhilafanku
    Hinggaku tak mampu mengungkapkan
    Tak sanggup merasakan
    Ku telah melupakan yang terbaik
    Aku membiarkan ragaku
    larut dalam ketiadaan
    Akhirnya aku sendiri…
    Tak mampuku jawab semua tanyamu

    Emily Osman
    sajak pasrah

    BalasPadam
  5. BUMI SUCI

    Bumi ini bumi suci
    seperti sebuah kompas punya misi bagi setiap haluan sebagai pedoman
    pada lembaran silam
    di setiap arah kelana
    membuka lorong di sanubari
    lalu dengan pantas benak menilai
    betapa tinggi aras keagungan-Nya
    di kala kaki di padang sahara
    yang penuh likuunik di sinilah musafir para rasul melawan arus
    di sini jualah
    menghunus pedang runcing
    bagi meradak musuh durjana

    Puteri Bunian
    sajak keagamaan

    BalasPadam
  6. PERJALANAN CINTA

    sebatas rindu terukir
    Dalam perjalanan panjang
    Terhampar luas di padang sendirian
    Seluas bilik hatiku mampu
    Sediakan cinta untukmu
    menerangi langit yang kelam
    Ku hadirkan rindu
    sebagai penyatu hati
    Percayalah…hatiku kan menanti
    Walau seribu tanya tak terobati
    Abadikanlah…perjalanan cinta
    Wujudkan kenangan indah tercipta

    Seri Suri
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Seri Suri dengan sajak PERJALANAN CINTA, Pengucapannya boleh diterima, ungapannya ada kemampuan kreatif dan puitis. Tetapi masih bermain dengan tema jiwa-jiwa. Apa pun kerna ada pesaingan yang agak senget kali ini, kami juga jadi keliru. Jadi undian sajak jiwa-jiwa terpaksalah diketepikan buat masa ini.Kecuali yang benar-benar menyentuh hati pembaca akan diutamakan. Harap maaf Cuma di sini yerpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Sajak menilai kihidupan di bumi tuhan BUMI SUCI oleh Puteri Bunian. Penucapannya ada kemampuan dan daya kreatifnya yang tersendiri. Pnceritaannya juga menarik untuk para pembaca untuk menilai arti perjuangan para rasul dan syuhada di bumi tuhan yang suci ini, bagi menentang musuh durjana. Apa pun dibenarkan untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Tajuk MENEPI oleh Emly Osman. Pengucapannya boleh diterima, tetapi tidak sehebat ungapan sajak yang lalu.Penceritaan pasrah bila ada rasa kekesalan , tema menyerah akan apa yang telah dilakukankannya dahulu. Apa pun hanya pada tuhan kita menyerah. sajak jiwa-jiwa terpaksalah diketepikan buat masa ini.Kecuali yang benar-benar menyentuh hati pembaca akan diutamakan. Harap maaf Cuma di sini yerpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Diana Sanubari dengan sajak bertajuk: SINARI BUMIKU. Pengucapannya agak menarik, luas skopnya, tetapi kabur buat yang kurang mengerti, Apa pun pencritaannya ada rasa, mungkin agak keperibadian sadikit. Hanya yang punya tulisan dapat menterjemahkannya. Namun pada andaian lain boleh diterjemahkan dengan kata hati masing-masing. Diberi peluang seterusnya ke sayembara ini. (SM)

    BalasPadam
  11. 4h45g45tg45gfergfergre

    BalasPadam
  12. sajak politik plak bulan terang ni?

    BalasPadam
  13. sinis tajam jgk sajak bulan terang ni

    BalasPadam
  14. eh! ingatkan bula terang ni pas rupanya bukan

    BalasPadam
  15. kenapa xde cerpen lagi ni?

    BalasPadam
  16. xphm la sajak ni

    BalasPadam
  17. sajak agak kabur sikit

    BalasPadam
  18. sajak politik ke apa ni?

    BalasPadam
  19. sajak agak tajam jgk

    BalasPadam
  20. sajak best jgk hehehe

    BalasPadam