Jumaat, 17 Jun 2011

BATU HATI




sajak pilihan warga Cr.


kau datang cemari malamku
kau meresap kedalam
menyanggah dipendam..
apa buatmu tersesak
dibalik rasa yang retak
kau paling melempias
kiasan yang benci terbias…
mahumu apa mendatangi
malam bersalam lalu hulur dendam
tempias sekelumit rusuh
yang mengacuh kemarin subuh…
tiada kau paham sebalik berderam
jiwamu punah terbaham
muslihat daya mengecam
ciptaan bisu mendiam
ribut yang menganggu
menjadi begitu rasi
biar aku begini membatu hati…. 
 
 
Oleh: Ayu Manja
Dalam kapal terbang
10malam/2010 Oktober 21 19:34





30 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Qalam berkata...


    Sewaktu en nuri di serawak ada ada seorang rakan juruhebah radio seri aman, nama Sebenarnya Balqis bd Wahid (Ayu Manja) . barangkali bukan anda sebab hamba ini lebih tua dari en nuri.

    Batu Hati sajak yang agak sukar dan rumit juga untuk mencari maksud, pengucapannya bagai dipaksa diri untuk bermasalah dengan sesaorang, mngkin sikapnya yang kurang menyenangkan hati, membuat penulis memelih jalan diam membisu dan membatu sahaja biasanya. orang akan berkata hati
    batu bukan batu hati. Semoga segala masalah dapat diselesaikan dengan baik. Amin.

    OleHh; Qalam Mutiara
    21 Oktober 2010 3:37 PM

    BalasPadam
  2. BERDESING TELINGAKU

    berdesing telinga rasa panas
    terus tusuk ke hati
    jantung berdegup kencang
    laju aliran darah
    terjah segenap pembuluh
    kuitku sawo matang jadi merah
    gigi terkacip menggeretap
    terasa kuat getaran
    pembangkit semangat pahlawan
    pahlawan melayu terakhir
    berdesing oleh asakan peluru
    yang bertalu menghujan
    membataskan segenap hujah
    mematahkan tutur lidah
    tiada termampu lagi
    akhirnya terdiam sepi
    diam seribu bahasa
    hasil amukan bebelan si hawa
    bendera putih kibar tanda menyerah
    kasihan si cuping telinga…

    Dam Catur
    apabila kena leter dengan mak sbb terrosakan moto mak

    BalasPadam
  3. JASAD BERSATU DUA JENAZAH

    sedih hati airmata turun menderu
    lihat sahabat terbujur kaku
    baru semalam kita ketawa bersama
    panasnya masih terasa
    hari ini kamu terbaring kamu disitu
    tinggalkan kami semua
    satu jasad dua jenazah
    pergi buat selamanya takkan kembali
    tinggalkan alam penuh misteri
    tuju medan penuh abadi
    segala gelak tawa gurau mesra kita
    suka duka kita kuabadikan
    di potret minda
    biar terpahat di situ
    tanpa jejas putaran waktu
    akan kuabadikan selamanya
    satu jasad dua jenazah
    bersemadi akhirnya…

    Nasruq Haqq
    setelah bersilat dengan sahabat di kampung sebelah sehingga ajal

    BalasPadam
  4. INGAT AKU?

    Aku menunggu kabarmu
    kau masih ingat aku sendiri lewati
    Ingin ku datangi bersama apa
    yang kau ingin dariku
    Semuanya ku lewati sendiri
    Dalam setiap alirku ingat dirimu
    Setiap senyummu kau terindah
    Apa kau tak pedulikanku lagi
    Dengan apa yang ku beri
    Aku takkan pernah lupakan indahmu
    Walau semua tak terganti
    Apa ini tak cukup berarti
    Apa kau masih mengingatku

    Guest
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. JAGUHAN KAMPUNG

    bila semua label begitu
    tahu kamu melenting
    merengus tanda marah
    memuncak hamburkan kata
    meluah rasa tak puas
    sambil mendabik dadamu yang sasa
    pada mata sendiri jaguh kampung
    buka mata seluasnya
    buka minda setulusnya
    buktikan sahaja pada mereka
    buktikan pada dunia
    buktikan di kelayakan nanti
    buktikan keperkasaan kamu
    bukan setakat di kampung
    malah segenap ceruk rantau
    nafikanlah semua kata mereka
    tunjukkan semangat harimau
    mengaumlah sepenuh tenaga
    moga kamu berjaya
    teruskan wahai skuad harimau
    kami tunggu khabar gembira…

    Nuri jaguh
    sajak untuk pasukan bola sepak malaysia

    BalasPadam
  6. mne cerpen ni?

    BalasPadam
  7. cerpen xde ke?

    BalasPadam
  8. xkn xde cerpen?

    BalasPadam
  9. bosan la plak xde cerpen

    BalasPadam
  10. en nuri lupa letak cerpen ke?

    BalasPadam
  11. kenapa x letak cerpen?

    BalasPadam
  12. cerpen en nuri terlupa letak ke?

    BalasPadam
  13. bahaya kalau en nuri tinggal kosong nnt tanpa nama serang

    BalasPadam
  14. hrp esok ada cerpen semula

    BalasPadam
  15. kami masuk memenuhkan kaota

    BalasPadam
  16. kami penjaga blog terpaksa masuk utk penuhkan ulasan

    BalasPadam
  17. kami sempat penuhkan kat sini kat 1 lagi semua tanpa nama masuk

    BalasPadam
  18. jiwa2 nampaknya sajak ayu manja

    BalasPadam
  19. ayu manja ni mana lama xnmpk?

    BalasPadam
  20. ayu manja x msuk sayembara ke?

    BalasPadam
  21. sajak psl apa ni?

    BalasPadam
  22. sajak jiwa2 lagi?

    BalasPadam
  23. ayu manja ni sapa?

    BalasPadam
  24. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Sajak tema kemarahan nampaknya.daripada Dam Catur bertajuk: BERDESING TELINGAKU
    Pengucapannya lebih kurang sama dengan Pak Kassim akan melepaskan lontaran suara perasaan
    mengikut kegeramannya.Kekedang bawah kawalan sehingga melanggar dosa.Apa pun rasa daya kreatif pada penceritaanya ada . tetapi mesej yang hendak disampaikan kurang menyenangkan hati yang membaca. dikhuateri termasuk dalam golongan anak durhaka. Harap maaf, Cuma di sini saja terpaksa berhenti.nasib tak baik harapkan motor, motorsikal mak kau pula jadi rosak dan pelengkup. mana orang tua itu tak marah (TK)

    BalasPadam
  25. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Nasruq Haqq dengan sajak realitinya bertajuk: JASAD BERSATU DUA JENAZAH. Pengucapnya agak menyanyatkan hati. Kebarangkalian adakah peserat wanita mengandungyang masuk sayembara silat ini, bagi orang mengandung bahaya sadikit main silat. Apa pun kawan en nuri lelaki di serawak. pun mati semasa di gelanggang silat perhempunan persilat di kuching. yang sedeh dia pinjam kasut dan beg en nuri dan cikhu mohtar, esok bini dia hantar dengan tangasan pilu penuh terhari mayat suami balik dengan helikop .Kisah lama 20 tahun lalu. Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  26. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

    Masih sajak jiwa2 Tiara masih ada lagi ? Kami baru balik dari Taiping hantar kompitar lama dekat saudara, kampung kurnia jaya. Sajak INGATANKU pengucapanya masih terasa terlalu biasa. Masih perlu mencari daya kreatif dan puitis agar ungapan yang dilakar lekat bersemadi disudut hati. Penceritaanya itu ada , tetapi masih longgar , penutup bagaikan tergantung.Apa pun perlu usaha lagi lain kali. Harap maaf . Cuma di sini terpaksa berhenti (TK

    BalasPadam
  27. Sudah dua hari buka saja laptop baru mula nak masuk ulasan padam. Cuba lagi buka , masih padam. Berhenti saja dulu.

    Pagi tadi pun begitu juga. kita stop dulu. bagi dia laluan.

    BalasPadam