Sabtu, 11 Jun 2011

AKU MASIH PERCAYA



sajak pilihan Pb zainal arifin

Sudah
Telah tamat semuanya
Musnah segala impian
Hancur sebuah harapan
Tiada lagi yang ku impikan
Tiada lagi yang ku angankan
Namun aku masih percaya……
Gagal sekali bukan selamanya
Hari baru pastikan tiba
Jadi teruskanlah usaha
Berserah pada yang Esa
Kerana rajin berusaha
Pasti kita akan berjaya
Tiada yang mustahil di dunia
Jika tidak berputus asa
Aku takkan mengalah
Walau bersusah payah
Aku akan mencuba
Takkan berputus asa
Takkan mengalir air mata
Aku akan bangkit semula
Kerana aku percaya…….

 
Oleh: Geletek Geli
bayan lepas/2.5.2010





30 ulasan:

  1. ULASAN

    Kerana sajak geletek Pagi tak ada hilang entah kemana. Ganti dengan dua
    orang anggota PDRM geletek juga namanya. Geletek Geli. Sajak ini barangkali sudah pun diulas oleh en nuri dulu. Kerna telah tedelek kini anda pula buat ulasan.

    BalasPadam
  2. P/S-kepada yang sy tak letak apa-apa penerangan sila bagi emel kpd sy alamat rumah Tuan_khir00@gmail.com

    1.ustaz rahman

    2.saizul maizav
    3.dayang -

    4.mei ling -

    5.pak haji-

    6.ustaz saad -

    7.mawar harum –

    8.Ai Kutubudin –

    Dipersilakan hantar nama dan alamat rumah untuk 8 org lagi belum tuntut. rezeki jangan tolak. harap maklum. Sebaik rezeki tanpa disedari . Allah yang mengerak hati untuk orang ingin memberinya . Amin!

    BalasPadam
  3. DARI MANA DATANG

    Dari mana datangnya susu
    dari rumput ragutan lembu
    atau nasi kunyahan ibu?
    Dari mana datangnya cinta
    dari rupa nan jelita
    atau dari tulus nian di jiwa?
    Dari mana datangnya syurga
    dari manis nikmat dunia
    atau dari pahit dugaan Dia?

    Ustazah janariah
    sajak nasihat

    BalasPadam
  4. NGERI

    Aku hanya ingin mencinta dia
    Namun rinduku tak sempurna
    karena belati yang
    kau tinggalkan
    masih menyisakanngeri
    Bagaimana mungkin
    dia akan merengkuhku

    Shuhada
    sajak penderitaan

    BalasPadam
  5. CINTA MESTI DISAPA

    bebatuan hitam membeku
    biar tak bisa menyeberangi
    sungai dengan batu berlumut
    dilewati aliran air kadang lumpur
    di bawah kesunyiannya
    aku lihat menyala dalam hati
    sentuhanku membuatnya hampir surut
    tapi dewa tak membiarkannya pupus
    karena cinta memang mesti disapa
    dengan linang air mata

    Emily Osman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. LAMBANG

    Bunga lambang kasih kian layu
    Dalam jambangan mekar
    Wang Lambang kemewahan
    insan rakus Mengejar dunia
    Pangkat lambang kestabilan
    Pengikat nafsu dan kekayaan
    Cinta lambang perasaan
    Diungkap puitis jiwa dibelai

    Jessica
    ni bukan sajak sy sebenarnya pinjam sajak kwn dia bagi guna msuk sayembara

    BalasPadam
  7. aik! kali ni cerpen xde ke?

    BalasPadam
  8. mana cerpen xkn dh hbis?

    BalasPadam
  9. eh! cerpen syahir tu mana?

    BalasPadam
  10. kenapa en nuri berhenti cerpen syahir tu?

    BalasPadam
  11. mana cerpen syahir?

    BalasPadam
  12. cerpen syahir xde ke?

    BalasPadam
  13. cerpen mana plak?

    BalasPadam
  14. cerpen xde ke?

    BalasPadam
  15. bosan la mcm ni cerpepn xde?

    BalasPadam
  16. hrp esok ada cerpen balik

    BalasPadam
  17. esok letak balik cerpen

    BalasPadam
  18. cerpen mana ni?

    BalasPadam
  19. cerpen dh hbis ke?

    BalasPadam
  20. boasan la plak xde cerpen?

    BalasPadam
  21. cerpen mne en nuri?

    BalasPadam
  22. esok letak cerpen balik

    BalasPadam
  23. mne cerpen plak?

    BalasPadam
  24. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    DARI MANA DATANG oleh Ustazah Janariah , tema nasihat atau dengan kata lain bentuk ingin bermadah atau madah punjangga sajak ini sama dengan sajak bertajuk LAMBANG oleh Jessika bagai madah pujangga bunyinya. Apa pun dia berbunyi bagaikan puisi juga, dan sebaiknya atau sepatutnya dia dalam bentuk sajak atau puisi yang bebas dan mutakhir atau terkini. Dua sajak ini telah ditewaskan oleh sajak RASA ASING DAN TERASING. Apa pun usaha lagi. Harap maaf sajak anda berdua terpaksa dikeluarkan (TK).

    BalasPadam
  25. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    NGERI oleh Shuhada semacam saja bunyinya tema kekecewaan bagai dihimpit derita/ Pengucapannya boleh diterima tapi daya puitisnya ada sadikit tercemar kepada simbolik.Penceritaanya samar dan mesejnya semacam kecewadan putus asa bersama kekesalan dengan apa yang telah berlaku. seakan jiwa-jiwa juga nampaknya.Boleh dikata kisah biasa orang muda punya biasa. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti. Usaha lagi. jika anda dalam kumpulan lain, mungkin anda boleh dicalunkan . (TK)

    BalasPadam
  26. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

    CINTA MESTI DISAPA sajak dari seberang tambak johor Emily Osman saudara baru Islam agaknya.Pengucapannya agak melewati pemikiran yang kreatif. seakan sama dengan penyair agung, ungapan yang penuh maana, sesekali sukar menangkap maksudnya. Inilah yang dikatakan, penulis puisi punyai pemikiran lebih tinggi dari rencana, cerpen dan novel. Penceritaanya boleh diandaikan berbagai. Mungkin ada orang lain yang tidan dan bukan berjiwa seni mengangapnya gila.Tetapi ada isi dan maksudnya yang tersirat dan tersurat. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


    LAMBANG oleh Jessika tema nasihat atau dengan kata lain bentuk ingin bermadah atau madah punjangga sajak ini sama dengan sajak bertajuk DARI MANA DATANG oleh Ustazah Janariah bagai madah pujangga bunyinya. Apa pun ia ada berbunyi bagaikan puisi juga, dan sebaiknya atau sepatutnya ia dalam bentuk sajak atau puisi yang bebas dan mutakhir atau terkini. Dua sajak ini telah ditewaskan oleh sajak RASA ASING DAN TERASING. Apa pun usaha lagi. Harap maaf sajak anda berdua terpaksa dikeluarkan (TK).

    BalasPadam