Isnin, 23 Mei 2011

SYAITAN SI MATA SATU



buat yang masih mahu bersubehat.

 
Ingatlah
Syaitan si mata satu
Perjalanan di hujung senja
waktu kian  mengisut di kaki langit
masih juga bermain onar dan mungkar
cuba memutar belitkan keadaan sebenar
Jangan biarkan bulan dan bintang bersama mentari
menjadi tersenyum melihat gelagat  drama laknat  tanpa skrip.

 
 
Oleh:  Nurimanja,
berkatalah benar walaupun pahit
sebelum nilai perkerti kian jatuh tersungkur.
catatan  tanggal dua tiga hari yang lalu 19hb.Mei, 2011.






50 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri Cuma sebagai peringatan atau cuba menginsafkan buat mereka yang sudah lewat usia masih lagi asyik dan lupa bila diri dibujuk syaitan durjana untuk melakukan perkara mungkar dan onar. Begitu juga mereka yang dipilih menjadi ketua telah menyalah gunakan kuasa, membiarkan membuka rumah- rumah urut yang melampau sehingga boleh membakar nafsu sex, Ini juga dikira bersubahat. kerana kita telah memberi dia satu undi menjadi wakil kita , sekiranya dia gagal danmelakukan maksiat kita juga dapat sepangku dan akan diheret bersama.Kerana tidak menghalang malah menyokongkannya..

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri Ke tigabelas

    SESEKALI Air matanya pun mengalir ke pipi. Dia menyesatnya dengan segera. Dia perlu member tumpuan pada sayembara pedang ini demi menentukan kebenarannya. Beberapa orang penyokongannya telah tercuri pandang. Dengan perasaan bimbang mereka bertanya.

    “Kenpa tuan bersedih sehingga mengalir air mata?” kata seorang daripadanya.

    “Woi Tidak ada apa saya Cuma terkenangkan sesuatu tadi. Tidak mengapa hamba perlu member tumpuan sepenuhnya kepada sayembara ini. “

    Melihat keadaan itu para penyokong Putera Wira Syahir bertepuk sorak memberi semangat.

    Di gelanggang kelihatan kedua Putera Naga Samudera dengan Putera Sateria Juragan bertarung hebat.

    Akhirnya Pedang Putera Naga Samudera patah dia hamper tertikam di rusuk sebelah kirinya. Melihat keadaan yang begitu cemas Para Juri yang diketua oleh Juri Sang Arjuna Tapa dan dua orang lagi iaitu panglima Sakti dan Pendekar Waja.
    telah mengarahkan pengetuk gong membunyikannya.

    Sayembara diberhentikan seketika. Selepas matahari condong sayembara akan disambungkan semula.
    Tetiba ketua atau kepala Juru Laksemana Sang Arjuna Tapa masuk ke gelanggang. Sambil menghapir Putera Sateria Juragan. Laksemana Sang Arjuna Tapa mengangkat tangannya dan mengistiharkan sebagai pemenang sayembara pusingan pertama.

    Pusingan Kedua selepas mentari condong akan bermula di antara Putera Wira Syahir dengan Putera Sateria Juragan yang telah mengalahkan Putera Naga samudera. Sesiapa yang memenangi dua kali sayembara diistiharkan sebagai pemenangnya.

    Orang ramai bertempek sorak menyambut keputusan itu. terutama bagi pihak penyokong Putera Sateria Juragan. Penyokong Putera Naga samudera kelihatan muram dan kecewa , mereka mengusung Petera Naga samudera keluar gelanggang.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. AKU BUKA PUJANGGA

    aku bukan pujangga
    seperti yang kau kira..
    dan aku bukanlah penyair
    dengan seribu bahasa cinta..
    aku hanyalah seorang musafir
    yang berkelana mencari cinta
    ditengah gurun sahara
    menahan dahaga
    menerjang badai cinta
    yang meraja rela..
    kau berikan aku setetes air,,
    dengan ketulusan cinta mu..
    kau berikan harapan
    agar aku dapat bertahan..
    cinta dan ketulusan hatimu
    kini menjadi kekuwatan Sang Musafir
    untuk bertahan hidup

    Musafir Jalanan

    BalasPadam
  4. FACEBOOK HARAM

    facebook haram
    ada kata begitu
    ada hati tak puas
    apa benar begitu
    adakah dalil tentangnya
    sudahkah keluar fatwa
    sabar dahulu
    usah cepat melenting
    cuba tanya pak tua
    untuk apa kamu guna
    ada kamu sebar fitnah
    ada kamu sesatkan orang
    ada kamu jaja cerita dusta
    ada kamu lalaikan diri
    ada kamu upload cerita lucah
    ada kamu download gambar bogel
    ada kamu sebar dakyah palsu
    ada kamu buat jenayah
    ada kamu buat dosa
    jika benar begitu
    facebook haram
    aku haramkan kamu guna
    jika untuk kebaikan
    gunalah sebetulnya
    gunalah sepuasnya
    sampai lebam…

    Arshad Chin

    BalasPadam
  5. AKU BAHAGIA WALAU DIBUNUH

    aku bahagia sayang
    melihatmu bahagia
    meski kau bunuh aku
    tapi aku bahagia
    biarlah semua menjadi usang
    seperti kisah angin dan hujan
    akan selalu ada
    tapi dengan rasa yang berbeda
    tenanglah, aku paham
    masih ada yang lebih dari cinta
    lebih dari segalanya
    karena hidup adalah sementara
    aku akan kuat, pasti
    untuk kamu bahagia, harus

    Azhar Qiran

    BalasPadam
  6. TEMU APA YANG DICARI

    kini aku temukan apa yang aku cari
    cinta yang telah lama pergi
    kuharap engkau cinta sejati ku
    kini engkau perlhan pergi menjauh
    akan kusimpan kenangan indah kita
    hanya karena sebait puisi aku beri
    ku akan sabar menunggu kau kembali

    Muhamad Ahmad

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Sajak penagih cinta oleh Sdra Musafir Kelana Jalanan yang bertajuk: AKU BUKAN SEORANG PUJANGGA. Pengucapannya bagaikan bersahaja. tetapi punya maksud yang tersirat dan tersurat, ada kepuitisannya mengancam buat pembaca dalam menghayati sajak bertemakan jiwa-jiwa. Boleh diterima layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    FACEBOOK HARAM oleh Pb Arshad Chin sdra baru agaknya Ada kemampuan menulis isi baik Cuma masih mengunakan sajak cerita atau rencana kekadang semacam sajak en nuri juga, hilang pengucapan puitisnya.Tajuknya saja baik untuk rencana pengetahuan Aam. Apa pun penceritaanya ada Cuma gaya dan cara penulisan sajak yang dikehendaki perlu ditungulkan lagi. Usaha lagi ada kemampuan untuk menulis. Harap maaf cuma disini terpakasa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Sajak sdra Azhar Qiran dengan tajuknya AKU BAHAGIA WALAU DIBUNUH. tajuknya sahaja sudah nampak begitu tenat penyakit cinta yang dialaminya. Kalau kau sudah dibunuh mana ada lagi kebahagian?. Tetapi kesanggupandibunuh kerana cinta biar mati tidak mengapa ini satu yang bisa dilihat dalam filemTamil, China dan hidustani. Apa pun anda perlu mencari ayat yang sesuai dan penyusunannya perlu kemas untuk pembacam agar mesej yang hendak disampaikan berkesan, penurup yang baik tidak tergantung. usaha lagi maaf disini saja terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Muhamad Ahmad dengan sajak Gagal kutemui apa yang kucari semacam menerima kegagalan nampaknya dalam usaha menangih cinta. Apa pun perlu sabar mungkin belum ditemui apa yang sebenarnya untuk dicari. Jodoh pasti ada kekadang kita tidak menduga, jika cinta seribu tahun jika jodoh tak ada tak kemana juga akhirnya. Sebaiknya cari yang ditentukan tuhan , itulah orangnya dan jodoh pasangan anda. Cinta kekadang semacam permainan semasa. Berapa ramai yang telah bercerai berai kononnya cinta abadi, tetapi bila berkhawin sering saja menyakitkan hati. Walaupun lidah lagikan tergigit. kalau hari gigit boleh putus juga. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  11. syairan mata dia satu ke?

    BalasPadam
  12. syaitan mata 1 mcm dajjal plak

    BalasPadam
  13. syaitran mata 1? sajak buat keadilan ke?

    BalasPadam
  14. sajak en nuri mcm marah jer

    BalasPadam
  15. mcm sajak polirik je en nuri

    BalasPadam
  16. sajak ni jiwa2 ke en nuri?

    BalasPadam
  17. sajak ketuhanan ke ni?

    BalasPadam
  18. seram plak tgk gambar mata kat sajak en nuri ni

    BalasPadam
  19. sajak mcm ada unsur sindiran ni

    BalasPadam
  20. en nuri perli sapa plak dlm sajak ni?

    BalasPadam
  21. sajak ni sambungan pelakon tanpa skrip ke?

    BalasPadam
  22. sajak mcm en nuri perli sesorang ni

    BalasPadam
  23. sajak pasal kehidupan ke?

    BalasPadam
  24. sajak politik mngkin sajak en nuri ni

    BalasPadam
  25. sapa syaitan mata 1 ni?

    BalasPadam
  26. sajak kali ni psl apa en nuri?

    BalasPadam
  27. syaitan mata bukan ada 2 ke dajjal yg mata 1?

    BalasPadam
  28. syaitan mata 1? setahu aku syaitan mata ada 3...

    BalasPadam
  29. syaitan mana plak yg mata 1 ni?

    BalasPadam
  30. sayembara jgk nama dia?

    BalasPadam
  31. ingatkan sajak je sayembara pedang pun sama jgk?

    BalasPadam
  32. apa maksud sayembara ni?

    BalasPadam
  33. sayembara main pedang kenapa bukan pertandingan?

    BalasPadam
  34. eh! dia nangis la plak?

    BalasPadam
  35. hbis la malu la kalau org tgk syahir tu nangis

    BalasPadam
  36. kenapa dia nangis plak? kembar dia dalam kesusahan ke?

    BalasPadam
  37. eh! aku menang lawan dgn naga samudera! hahahahaha

    BalasPadam
  38. kenapa bagi kalah plak watak sy en nuri?

    BalasPadam
  39. sy jdi pengadil ke dlm cerpen ni?

    BalasPadam
  40. hbis la naga samudera kena tusuk pedang plak?

    BalasPadam
  41. rasanya syahir menang jgk nnt...

    BalasPadam
  42. syahir ada harapan ke nak menang nI?

    BalasPadam
  43. saya jadi watak apa dalam cerpen ni tok guru kepada satria juargan ke?

    BalasPadam
  44. wah! syahir lawan dgn satria juragan plak?

    BalasPadam
  45. rasanya syahir boleh kalah sbb dia bermain emosi td..

    BalasPadam
  46. kalau boleh nak lawan x boleh sedih2 nnt susah nk tumpu

    BalasPadam
  47. nampaknya syahir nak lawan plak lps ni

    BalasPadam
  48. eh! putera syahir ke rupanya syahir ni putera jd dia anak raja la

    BalasPadam
  49. dorang lawan sampai mati ke?

    BalasPadam