Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU



buat ibu 1 Malaysia

Buat semua selamat hari ibu!
dengan rasa bangga kami berdoa
semoga tuhan perkenan kehidupan
panjang umur dan murah rezeki
baktimu dikenang hingga ke mati.

Ibu kaulah jantung hati kami
bila kau berada kami gembira
bila kau bersedeh kami kecewa
jika kau tiada hati kami pun berduka
cuma hanya kaulah pujaan jiwaraga.

Ibu oh ibu jasamu disanjung tinggi
tidak dapat rasa  kami membalasnya
tidak dapat juga kami membayarnya
dengan wang ringgitdan  harta benda
melaikan  tuhan saja dapat menilainya.

.
Oleh: Tinta Azimad
Percubaan Sajak Sempena Hari Ibu.
Ditulisan Tarikh: 7hb, Mei, 2011. petang hari



50 ulasan:

  1. Ulasan Qalam Mutiara,


    Selmat hari ibu buat mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi kami yang sudah tiada ibu dan bapa
    sekadar boleh menumpang bergembira
    melihat mereka yang maseh mempunyai
    ibu dan bapa,

    Rasa tidak ada satu yang paling menyeronokkan bila kita balik ke kampung mengunjungi keluarga, bila ibu dan bapa maseh ada.

    Selamat hari Ibu buat ! malaysia.
    dari tulisan sajak Tinta Azimad dan salam dari saya Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. Pandi kutty: Anwar kian panik
    Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
    shofi.isa@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

    Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

    “Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

    “Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

    Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

    “Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.
    Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.

    “Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS,” katanya.

    Mengulas perkara sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai anak babi.

    “Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun,” katanya.

    Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.

    “Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain,” katanya.
    Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.

    “Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.

    Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

    “Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.


    Sedutan akhbar harian UM.

    BalasPadam
  3. RENUNGANKU MENEMBUSI KERTAS

    aku tenung lama kertas itu
    sehingga dasarnya telah aku tembus
    aku biarkan pandangan itu kaku
    sehingga minda aku
    mengoyak isi kertas tersebut
    menjadi helaian helaian mengecil
    semakin mengabur dari pandangan
    kala aku tersentak dari lamunan
    kertas itu masih begitu ,
    kosong tanpa warna tanpa coretan
    aku tahu kecelakaan bakalku hadapi
    beberapa bulan dari sekarang
    kecelakaan yang nampaknya
    seperti akan memberi luka parah
    pada minda pembekal .
    rasanya masa makin meruncing ,
    perlahan aku gerakkan jari mencontengmungkin sekadar contengan
    tapi tak membawa maksud apa-apa

    Simsalabin
    sajak tengah berfikir

    BalasPadam
  4. BULAN DAN BINTANG

    indah sangat di atas sana
    bulan dan bintang
    tak boleh digapai
    hanya dapat mengintai
    ia terang disana
    terus temani aku disini
    smpaikan salam rinduku
    semoga kelana sentiasa tenang
    dekat sepeti jauh tapi
    jauh seperti dekat


    Mak Cik senah
    sajak anak dara sy maaf tak ada idea lagipun salikin asyik bertanya-tanya saja

    BalasPadam
  5. BANGGA

    aku cukup bangga jika kamu berjaya
    capai impian segala cita digenggam
    gah di puncak kerjaya
    pengemudi setiap lapangan
    aku lagi bangga
    jika kamu lurus jalannya
    aturan hidup jelas ke depan
    tanpa ada jalan belakang
    tanpa diusik korupsi murahan
    tanpa dibayang jejak syaitan
    tanpa dinaung nafsu binatang
    tanpa puja permata berkilau
    tanpa caca ttanpa cela tanpa noda
    aku paling bangga
    jika kamu tiada semua itu
    kamu ada cuma rasul dan tuhan
    itu sudah cukup buatku rasa bangga

    ustaz Saad
    sajak buat anak murid2 saya

    BalasPadam
  6. HUTAN

    hutan kau adalah sumber kehidupan
    kau menghidupkan berbagai
    macam haiwan di dunia ini
    kau adalah paru paru dunia
    tanpamu mungkin dunia ini
    akan terasa begitu panas
    kerana kau tidak dapat
    menyejukannya kembali
    tanpa kau mungkin haiwan mati
    didunia ini tidak akan
    pernah kami lihat lagi
    karna kau sudah tidak ada
    untuk menghidupkan mereka
    begitu banyak manfaat mu
    aku berjanji akan melindungi mu
    aku tidak akan pernah menyakitimu
    karena kau kami dapat bertahan

    Pak haji
    sajak buat hutan yang di gondolkan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI CITRARASA PESERTA AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

    RENUNGANKU MENEMBUSI KERTAS tajuk sajak agak menarik ada daya ingin tahu buat khalayak. Pengucapannya terasa membawa ke alam fantasi atau imbas kehadapan.semestinya punya daya kareatif yang kuat untuk menulis. seperti dalam cerpen en nuri yang bertajuk ( maaf lupa pula tajuknya). Apa-apa pun mesejnya semacam rasa kesal dan kecewa diatas apa yang berlaku. mungkin menerima surat notes atau saman kerana tempuh yang dihatkan perlu di tanda tangan atau dilunaskan segera, .kalau bekerja dengan syarikat mungkin tuan syarikat yang akan membayarnya(cuma andaian). Penceritaan mungkin perkara biasa saja, tetapi gaya penyampaian dan pengucapannya menarik untuk berfikir dan mengcabarkan kemampuan minda mencari maksud dan andaian yang berbagai. Untuk itu selayaknyalah anda dinobat untuk sayembara bulan April ini sebagai Sajak TERUTAMA tempat PERTAMA.

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI CITRARASA PESERTA AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.
    BULAN DAN BINTANG Tajuknya sudah mengelirukan. Cukup kalau dikatakan Bulan yang kurindu. sajak Mak Cik Senah nampaknya berkongsi ilham nampaknya. sebaiknya idea sendiri, lama hidup pasti banyak pengalaman. dulu suami yang tolong kini anak pula. kalau anak dara sunti Mak Cik Senah sendiri yang tulis, ternyata idea jiwa-jiwalah yang akan di lakarkannya.kisah orang muda punya biasa. Kerinduan dan doa sentiasa disampaikan pada angin nan lalu, jauh pun terasa dekat. begitulah keadaannya. Isi dan penutup goyah jadinya. Sayang Cuma disini , apa pun Syabas melangkah juga ke peringkat akhir sayembara bulan April ini! Di kira sajak yang BAIK di tempat KE EMPAT.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI CITRARASA PESERTA AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

    BANGGA sajak daripada Ustaz Saad terpaksa ditukar semula ralat sajak orang lain pula. Apa pun pengucapannya biasa saja buat nasihat atau pesanan yang berguna untuk anak didik yang bisa mengenali unstaz saad sekolah matang gerdu bagan serai, perak.Penceritaannya mudah dan senang ditangkap isi dan maksudnya. Begitulah harapan seorang pendidik dalam menyampai wadah pendidikan, cukup terasa bangga jika anak didiknya taat perentah tuhan dan dapat menilai erti hidup dan kemanusiaan jangan membuat onar dan mungkar. ikut cara rasul taatlah perentah tuhan. Syabas! kerana layak juga ke peringkat akhir , walaupun sekadar layak di kira sebagai sajak UTAMA atau tempat KE DUA.

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI CITRARASA PESERTA AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

    HUTAN sajak Pak haji Pengucapannya menyukuri keindahan alam difokus kepada alam Hutan yang semula jadi. Kebebasan makhluk ciptaan Allah yang bebas lepas dari gangguan terutama manusia. Selain hutan mengeluarkan kitaran udara bersih , mengelak daripada kepanasan yang melampau, tadahan air hujan dan berbagai tumbuhan mamfaat hutan yang tidak dapat kita nilaikan dengan suasana kehidupan hutan yang berbagai, penuh dengan misteri bersama felora dan fawananya.Maka bersamalah memelihara dan melindungi hutan demi untuk kesejahteraan sejagat. Syabas! layak juga ke peringkat akhir sayembara Cr bulan April. walaupun sekadar berada sebagai sajak TERBAIK di tempat KE TIGA.

    BalasPadam
  11. tahniah kpd simsalabin!

    BalasPadam
  12. nmpknya kalau jalal lps sajak ahli baru kita kena berjaga

    BalasPadam
  13. x sangka simsalabin yg dpt tv

    BalasPadam
  14. simsalabin yg x terkenal boleh dpt tv? aku ingatkan dapat kat orang2 tua yg lebih pengalaman

    BalasPadam
  15. simsalabin membuat kejutan nampaknya

    BalasPadam
  16. mmg x sangka2 simsalabin yg menang bulan 4

    BalasPadam
  17. dpt kat simsalabin la plak? haha

    BalasPadam
  18. wah! mmg mengejutkan simsalabin menang

    BalasPadam
  19. simsalabin ni entah datang dari mana masuk sayembara terus menang! mmg hebat!

    BalasPadam
  20. lps ni harap jalal jgn ambik ahli bru la sbb kalau ahli bru dtg xde peluang la ahli lama nk menang

    BalasPadam
  21. mmg tinggi la otak simsalabin ni

    BalasPadam
  22. simsalabin ni alien agaknya sajak dia smua hebat2

    BalasPadam
  23. simsalabin dpt idea kat mana smua sajak mmg imaginasi tinggi

    BalasPadam
  24. tahniah buat simsalabin

    BalasPadam
  25. You did a good job simsalabin!!

    BalasPadam
  26. simsalabin xde gmbr la klu x boleh thu muka dia mcm mana?

    BalasPadam
  27. wah! untung la simsalabin Tv besar dapat!!!

    BalasPadam
  28. agak2 cukup ke nak bawak masuk Tv Dalam rumah nnt simsalabin.. hehe

    BalasPadam
  29. tahniah kpd yg menang sayembara bulan april telah tamat!!!

    BalasPadam
  30. bulan mei sayembara baru akan bermula tapi kali ni salikin akan jaga insyaallah

    BalasPadam
  31. nampaknya 2 kali orang x terkenal menang sayembara

    BalasPadam
  32. kemenang yang dah di jangka lagipun sajak simsalbin hebat xde tentangan plak dari yg lain

    BalasPadam
  33. selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia!!

    BalasPadam
  34. selamat ahri ibu aku yang berada di malaysia !!!

    BalasPadam
  35. teringat mak plak kat kmpung baca sajak ni

    BalasPadam
  36. selamat hari ibu kpd semua!!!

    BalasPadam
  37. selamat hari ibu kpd yg bakal bergelar ibu dan yang dah jadi ibu jgk

    BalasPadam
  38. x lama nnt lps hari ibu hari guru

    BalasPadam
  39. hari ibu lps ni hari guru lps tu hari bapak plak

    BalasPadam
  40. rindu plak ibu kt kmpung baca sajak ni

    BalasPadam
  41. mmg sedih sajak hari ibu kali ni menyentuh hati

    BalasPadam
  42. sajak nnt sy lepas mngkin antara pkul 10 hingga 1 tgklah mcm mana

    BalasPadam
  43. sajak sedih la dari tinta ni

    BalasPadam
  44. ingatkan sajak en nuri rupanya tinta pnya

    BalasPadam
  45. sajak dari tinta plak nampaknya xpnh tgk pun sajak tinta

    BalasPadam
  46. wah! tinta pun boleh buat sajak jgk rupanya

    BalasPadam
  47. nampaknya simsalabin menang mudah la kali ni

    BalasPadam
  48. eh! sajak hari ibu rupanya ingatkan sajak jiwa2

    BalasPadam
  49. sajak dari tinta ke ingatkan en nuri td

    BalasPadam
  50. sedih la nk nangis baca sajak hari ibu ni

    BalasPadam