Jumaat, 27 Mei 2011

PERCINTAAN KOSONG



sajak pilihan warga Cr.


Kubaca ribuan kalimat kertas kosong
Seperti menyayat kupukupu
Menjelma hari tak terhitung
Dalam rintihan tangisan patah

masih bersisa harum
masih melekat pada tongkat pendeta
khotbah masih terngiang oleh bumi
Tapi aku sendiri telah lenyap bercinta dengan kekosongan
Kita telah berkhianat pada zaman

Bau keringat percintaan
Telah hilang tertiup angin
kenikmatan telah hanyut
Dan peziarah telah senyap
Tapi aku di sini mendekap kosong

 
Oleh: Ku Dania
semasa di pulau langkawi
malam hari
2010 Mac 17 02:37






50 ulasan:

  1. Tanpa Nama Qalam Mutiara berkata...

    Catat Ulasan


    Sajak ini sudah diulas dan kebarangkalian telah terdelik.

    kini terserah kepada para ahli dan Pb Cr, membuat andaian sendiri, hentam sajalah. Apa pun bagi kami sajak ini bertemakan kisah orang muda punya biasa, penyakit jiwa-jiwa;

    26 Mei 2011 7:54 AM

    BalasPadam
  2. ISU SEMASA: CUTI SEKOLAH


    Kini telah tiba musim percutian sekolah buat pertengahan tahun lebih kurang dua minggu lamanya.
    Bersempena dengan bulan enam ini ada pula hari gawai satu perayaan penduduk peribumi di bumi
    kenyalang atau pun Malaysia Timur Serawak. Bertambah hebat bawa anak-anak cuti sambil melancung.



    Dan bagi setengah ibu bapa musim cuti beginilah diambil kesempatan yang belum lagi memotong
    muncung burung pipit. Nah inilah masanya berkhatam beramai-ramai seperti di langkawi. hamper
    50 orang kanak-kanak telah direpang muncung pistolnya. Bila besar jangan menimbak sebarangan.


    Apa pun yang sudah bersedia balik kampung terutama cikgu muda yang sudah merancang untuk khawin.
    atau berbulan madu Selamat Pengantin Baru. Berhati-hatilah bila memandu, biar lambat asalkan selamat. amin.

    BalasPadam
  3. WAYAR PUTIH

    tika wayar putih berselirat
    terkenang kisah dahulu
    saat penuh tawa hilai
    lincah rentas dunia
    kudrat tiada batas
    kita tangkas lawan badai
    kita harung ombak samudera
    kita tawan puncak dunia
    kita juara segenap ruang
    kita capai semua impian
    namun tika wayar putih berselirat
    hanya tinggal aku
    teruskan sisa perjuangan
    yang sama kita ciptakan
    kau akhirnya terjelepuk
    lemah tiada daya
    dipenuhi selirat wayar putih
    silih berganti saban hari
    yang membotakkan kepala
    yang menambahkan garis kedut
    cuma satu yang kekal utuh
    senyuman manis di bibirmu
    tetap jua terukir
    wahai sel-sel kanser
    pergilah jauh darinya

    Markisa Loo
    sajak buat bf sy yg terlantar di hospital

    BalasPadam
  4. INI JANJI SIAPA

    kelu lidah nak berkata,
    pedih hati makin terasa.
    mana nak di luah hati luka,
    jiwa kecewa gelap bertakhta.
    wajah derita batin tersiksa
    kata menjadi dusta
    kata mereka menjadi bangga.
    pekak telinga butakan mata
    sang kecil tercicir menjadi mangsa.
    segenggam nasi di pagi hari,
    malam entah siapa tahu.
    menagih kasih nasib sendiri,
    menangis simpati tak siapa bantu
    dalam genggam ada janji,
    dalam janji ada sumpah setia
    dalam setia ada lagu
    mana lagu, pengubat zaman
    mana bantu, menolak angan
    mana hati, mari luahkan
    mana teguh, aku nantikan

    Hajjah Jamilah
    sajak politik

    BalasPadam
  5. HILANGNYA DUNIA YANG KU KAGUMI

    Kau Jerihkan keringat pedih perut
    sakitkan tangan hilang rasa cemburu
    cemburu menghantui perasaan
    jiwa menggilai kesenangan
    apakah keadilan nyalakan kemarahan
    pemberontak apakah tanda kesakitan
    kau tenang dalam kehidupan
    namun pedih kenang kekurangan
    kau kuat jiwa cekal dalam kesedihan
    sungguh tiada yang simpati?
    kemana hilang dunia yang ku kagumi?

    Arkenna
    sajak tak puas hati

    BalasPadam
  6. BERTUKAR SEMUA

    aku harap aku buta,pekak dan bisu
    biar semua tentang kamu aku tak
    melihat,mendengar dan berbicara
    aku harap tak punya hati ini,
    yang penuh sifat belas kasihan
    aku harap aku bukan dibumi,
    supaya tak perlu jumpa kamu..
    ako bukan membenci atau memaki..
    tapi tolong mengerti aku,
    aku sudah ketemu yang sebenarnya
    sekarang aku hidup bahagia
    tolong jangan ganggu aku lagi!!

    Zuraifah
    sajak buat bekas suami yg asyik menghasut taib supaya ceraikan sy

    BalasPadam
  7. Maekisa Loo sajak Wayer Putih. maaf ini sajak peribadai apa yang berlaku satu musibah.Dulu mesra bersama memburu cita. Kini semuanya tinggal kenangan saja.kerna terlantar sakit. apa yang dapat kita lakukan taqdir atau ketentuan dariNya. ini mungkin dugaan daripadaNya (tuan ala) bagi setengah agama. Kini Cuma perlu bersabar setiap penyakit ada ubatnya , doktor ikhtiar sahaja.Harap disembuhkan oleh yang maha esa. Maaf! Agaknya cuma disini sahaja. (TK)

    BalasPadam
  8. Ini janji Siapa ? Sajak politik dari hajjah Jamilah apa pun penceritaannya mudah . Semacam kena permain dengan orang politik nampaknya. Inilah cara mereka mengekalkan kedudukan,Sanggup buat apa saja, kerana mereka susah hidup kalau turun temurun hidup dengan cara poliyik. Bukan di Negara ini saja malah seanturu dunia. begitulah keadaannya.. Dengan kata lain hang pejatuh aku ,esok aku pula perjatuh hang. dengan berbagai muslihat. Apa yang sedih rakyat jadi mangsa . Hari lihat ramai yang tidak yakin dan tak mahu mengundi duduk atas pangar saja atau jadi bebas. Pandapat dua juri lagi? (SM)

    BalasPadam
  9. SajakArkenna bertajuk: HDYKK . Nampak semacam tidak puas hati mungkin pada kekasih atau pihak tertentu agaknya . Apa pun Pengucapannya tidak nampak puitisnya? Mengelirukan amat terserlah. Ceritanya mungkin dulu kita memujanya kini nampak kecewa pula. Amat terasa kesal dan kecewa dengan apa yang kita kagumi dahulu tidak seperti lrwat kebelakangan ini. Maaf kata guna istilah Qalam. Minta padangan dua juri lagi , Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM) .

    BalasPadam
  10. Sajak Bertukar Semua oleh Zuraifah juga berbentuk peribadi maaf cakap . Adalah terlalu biasa seorang itu bila berada dalam kesenangan lupa. Tak bersyur. marah pukul tampar. Bila semuanya itu sudah hilang. Bila tinggal berseorangan. atau berada dalam lebih teruk dan parah. Mula terasa kehilangan sesuatu. Kini mungkin hamper jadi gila. dengan kata lain ingin kembali. menyesal pun tak ada gunanya. Maah Cuma disini. sajak anda terpksa digugurkan dan terkeluar (TK)

    BalasPadam
  11. terharu plak en nuri buat sajak utk golongan kami

    BalasPadam
  12. terima kasih en nuri buat sajak buat OKU

    BalasPadam
  13. sajak utk org seniman jalanan xde ke?

    BalasPadam
  14. sedih plak en nuri buat sajak utk golongan kami

    BalasPadam
  15. sayu je sajak en nuri kali ni

    BalasPadam
  16. sian buat golongan OKU

    BalasPadam
  17. msti ramai OKU terharu dgn en nuri

    BalasPadam
  18. nampaknya sajak utk org istimewa plak kali ni

    BalasPadam
  19. sedih la sajak en nuri ni

    BalasPadam
  20. kenapa dia nak ke atas gunung tu sgt?

    BalasPadam
  21. mcm mana dia nak ke aats gunung tu??

    BalasPadam
  22. boleh ke dia pergi atas gunung tu pakai kuda je/

    BalasPadam
  23. eh! dia nak naik gunung dia ada pengalaman ke?

    BalasPadam
  24. kenapa dia nk ke gunung tu?

    BalasPadam
  25. potong burung pipit?? nak buat gulai ke?

    BalasPadam
  26. potong burung pipit nk buat apa?

    BalasPadam
  27. potong burung pipt nk buat apa sy x makan burung

    BalasPadam
  28. porong burung pipit lps tu nak panggang ke?

    BalasPadam
  29. bukan potong en nuri sbb burung pipit mne boleh potong kena sembelih dulu

    BalasPadam
  30. simbolik jgk mentari senja pnya ayat ni klu yg phm msti tersenyum.. hehe

    BalasPadam
  31. mentari senja pnya ayat aku phm psl apa? hehehe

    BalasPadam
  32. kebetulan sy nk hntr anak sy berkhatan jgk nnt

    BalasPadam
  33. burung pipit nk potong? mana boleh potong burung kena sembelih dulu bru boleh panggang atau buat kari

    BalasPadam
  34. ada jgk peringatan dari mentar senja

    BalasPadam
  35. aku nak tergelak baca mentari senja tulis ni.. hehehe

    BalasPadam
  36. aku rasa smua phm apa yg mentari senja tulis ni.. hehe

    BalasPadam
  37. hehehe agak lawak plak peringatan dari mentari senja

    BalasPadam
  38. potong pipit lain macam je bunyi mentari senja? hehe

    BalasPadam
  39. eh! ada mksud tersirat jgk mentari ni

    BalasPadam
  40. mentari senja tulis hanya lelaki saja yg phm... hehehe

    BalasPadam
  41. kenapa dgn sajak qalam ni?

    BalasPadam
  42. psl isu semasa ke qalam?

    BalasPadam
  43. pelik je maksud mentari ni

    BalasPadam
  44. agaknya ada ke yg phm apa yg mentari senja tulis ni

    BalasPadam
  45. xphm la apa yg mentari senja tulis ni? hahahhaa

    BalasPadam
  46. agak melucukan plak baca mentari senja tulis ni...

    BalasPadam
  47. agak aneh ucapan dari mentari senja

    BalasPadam
  48. apa la maksud tersurat mentari senja ni

    BalasPadam
  49. menari senja ni tulis psl apa xphm la apa tu pipit?

    BalasPadam
  50. ada mskud tersirat hanya org lelaki yg mengerti? hahahaha

    BalasPadam