Jumaat, 27 Mei 2011

MENILAI KEKUATAN IMAN



buat belia OKU

Kesabran.
adalah ujian keimanan
betapa pun rasa terhina
dunia bukanlah nilainya.

Ketabahan,
penawar kekentalan jiwa
demi memantapkan cubaan
buat menilai erti keimanan.

Keyakinan,
hanya satu pada Tuhan
menyerah ke kudus hati
Cuma kehadrat segalaNya.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda di surau Furkhan.
catatan pada tanggal 28/8/2009




50 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sempena Hari Perhimpunan sejuta belian dengan megah dan gembiranya. kita tidak sepatutnya melupai belia OKU kita yang tidak kurang pentingnya kita jaga dan beri tarap yang sama. Kerana mereka juga perlu menekmati kehidupan yang semperna.Malah mereka juga tidak kurang handalnya mengharumkan nama Negara. Apa saja yang mereka alami sebagai satu cubaan dan ujian daripada Allah sebagai menilai ketahan hati (iman) dan ijwa nurani anda. selamat hari belia.

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri Ke tujuhbelas.

    Saban malam Putra Wira Syahir sering saja gelisah dia seolah-olah terasa bagai ada orang memanggilnya untuk naik ke puncak gunung Mentera Alam itu. walau pun dia tahu isterinya melarang dan beberapa orang tempatan yang di temuinya menceritakan, ramai di kalangan anak muda dan anak raja yang naik ke puncak gunung Mentera Alam tidak akan kembali lagi.

    Cerita yang penuh misteri itu bukannya mengerunkan hati Putra Wira Syahir , tetapi terasa semacam tercabar untuk ingin mendaki dan melihat sendiri apakah yang ada di puncak sana.

    Begitulah keadaannya siang malam. sering saja dia berada diberanda istana kayangannya. Bila malam Kelipan api di puncak gunung Mentera Alam itu bagai memukau dan terasa seperti mengamit hatinya.

    Putra Wira Syahir cuba mencari helah untuk menyakinkan isterinya Dia berpura-pura mengatakan ingin berangkat menemui para penghuni yang tinggal di kaki gunung Mentera Alam. Sebenarnya dia ingin meninjau bagaimana caranya untuk dia mendaki hingga sampai ke puncak Mentera Alam itu.

    Suatu malam yang gelap gelita , tanpa disedari tuan Puteri Rambulan Senja dan penghuni atau pun pengawal istana, Pelahan-lahan dan bersembunyi Putra Wira Syahir keluar bersama kuda dan barang perlenkapannya dia menuju ke kaki gunung Mentera Alam. Sesampai saja di pinger kaki gunung itu, dia berkhemah dan berehat di situ untuk menunggu hari sing untuk memulakan pendakian.

    Setelah hari sing , mentari pagi menampakan sinarnya dicelah dedaun hutan yang merembun di kaki bukit itu , Dengan semangat yang kental Putra Wira Syahir telah bersiap sedia untuk memulakan mendaki gunung Mentera Alam itu.

    Berbagai halangan dan rentangan pokok besar kecil, batu kerekil, paya , curam dan lurah telah ditempuhi, berbagai kelibat lembaga yang melintas hantu atau syaitan melewati di belakang dan di hadapannya. Semuanya itu tidak mengerunkan hatinya.

    Apa yang ada dalam hatinya tekad yang kuat untuk melihat apakah yang misteri sehingga jika sesiapa sampai ke puncak gunung Mentera Alam itu sudah pasti tidak dapat kembali lagi kekaki gunung ini. Ini yang membuat hatinya begitu tercabar dan sedia menghadapinya, biar beribu rentangan mendatang.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. PITA TUJUH WARNA

    pita tujuh warna ribuan kata
    mengikat gelisah dalam jiwa
    simpulnya begitu erat
    langkah tak lagi berat
    seorang lelaki tertatih
    meninggalkan hati yang perih
    mengikatkan pita di hatinya
    dibiarkannya rindu itu
    terikat seperti alur jalan
    berliku ditempuhnya tanpa ragu
    memberi pertanda akan jalan terbuka
    bukan kata atau sekedar bicara
    dikuaknya tirai jarak dan waktu
    disekat di wajah ayu
    ada senyum di sana mata penuhkasih
    dalam linang airmata
    digenggamnya semua jawab
    tanya dalam pita tujuh warna

    ustaz nasarudin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. TEDUDUK LELAH

    malaikat turun ke bumi
    berdiri di setiap inci manusia
    kesucian yang tak terbeli.
    satu jiwa dua hati
    memenjarakan setia teralis
    mati menguncinya pada sebuah janji
    bebas mencumbu dalam kepenjaraan,
    membezakan dalam satu kesamaan,
    kau temukan permata
    terbungkus penuh kesucian
    aku terus berlari mengusung mimpi.
    harap torehan luka
    tergagap pada rindu
    membekap tak terucap janji setia
    lalu di ujung benua tak bernama
    tandatanya prasangka terduduk lelah
    pada penantian panjang
    tak pernah tempuh dan tersedar.

    Atan Yahoo
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  5. BILA SEMUA SEDIA

    bila barang semua telah tersedia
    anak anak kapal sudah naik semuanya
    kapten sudah mengangkat tabik
    mentari mulai tinggi
    hujan tidak lagi bernyanyi
    aku juga akan mulai kerja aku
    sauh akan ku angkat
    agar pelayaran bisa bermula
    bila satu hari nantiwaktu nya tiba

    Geletek Malam
    sajak perjuangan

    BalasPadam
  6. BAIK TAPI PELESIT

    baik tapi pelesit
    nampak macam baik
    jalan penuh tertib
    tiada cacat walau sedikit
    rupanya pelesit
    pantang mata berkelip alpa sedikit
    tanduk mula terselit jadi pembelit
    baik rupanya pelesit
    benar kata pujangga
    apa ada pada luaran
    semua penuh samaran
    boleh mantapkan lakonan
    biar semua tertawan
    apa ada pada hiasan
    semua penuh sinaran
    walau dalam penuh kotoran
    apa terlihat jadi rebutan
    apa ada pada tatapan
    semua penuh solekan
    hilang segala celaan
    terhapus dari pandangan
    gunakan mata akalmu
    pasti tiada tertipu

    Kelana Nusantara
    sajak sindiran kpd sesumpah

    BalasPadam
  7. Sajak Ustaz nasarudin bertajuk: PTW . Saya tidak dapat menangkapnya. malah di bawah penerangannya pun sekadar tulis simbolik. Harap maaf jika saya gagal membaca sama ada pada tajuk atau isi atau maksudnya, tanya dua juri lagi? Saya kira tersingker ! Guna istilah Qalam. Cuma andain saja: Agak-aganya sajak politik juga ini. Apa pita ? Video xxx yang dipermainkan tu ka? Ternyata peribadi agaknya . Apa pun maaf saya tidak dapat menangkapnya/ terpaksa didudurkan (TK)

    BalasPadam
  8. Sajak kehidupan oleh Atan Yahoo bertajuk Terduduk Lelah. Pengucapan nya mengelurukan, juga saya gagal menangkapnya. Cuma anadain istilah Qalam: Mungkin cerita sebahagian kehidupan politik atau kisah rumaja yang telah hancur. Maaf saya rasa gagal menangkap maksud , Nampak tajuk semacam lelah atau penant. kerja apa yang dilakukan tidak tahu? Maaf Cuma di sini terpaksa digugurkan. (TK)

    BalasPadam
  9. Sajak perjuangan oleh Geletek Pagi dengan tajuknya BILA SEMUA SEDIAatau lebih baik lagi tajuknya Bila Semua Siap Sedia atau siaga. Walaupun saya Cuma samar menangkapnya isi dan maksudnya, tapi ada mesej yang tersurat dan tersirat, . Nampak bentuk dan pengucapanya boleh diterima. bersedia untuk mengempur apa saja yang perlu dan seharusnya di lakukan.demi satu kebaikan bersama. bangsa , agama dan Negara mungkin? Layak istilah Qalam untuk sayembara seterusnya. Tanya dua juri lagi ok? boleh diteri (SM)

    BalasPadam
  10. Sajak sinis tajam daripada Kelana Nusantara bertajuk BAIK TETAPI PELESET . Terang dan nyata pengucapannya yang berani. mengapa sudah terang masih hendak bersuluh. Sudah jumpa masih tercari-cari. Nampak kelemahan kita. bila ada pengaruh wang nampaknya. Lihat saja cerita tamil dan hidustan malah filem china pun semua lewat kebelangannya ini tanyang gambar peguam bela putar belit. beli dan rasuah. Ini satu sinis tajam buat yang buta mata dan hati juga. Tanya dua jiri lagi boleh diterima. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. kenapa syahir cari penyakit nk ke gunung tu>

    BalasPadam
  12. ada apa kat gunung tu agaknya?

    BalasPadam
  13. mcm cerita dupa cendana plak sbb gunung tu memansggil dia

    BalasPadam
  14. mmg cari penyakit la pegi gunung tu

    BalasPadam
  15. kenapa la syahir ni nak gadaikan nyawa dia ke gunung tu?

    BalasPadam
  16. buang masa je pergi ke gunung tu

    BalasPadam
  17. ada apa kt gunung tu sampai dia nak pegi sgt?

    BalasPadam
  18. nama gunung tu dah seram mentera alam

    BalasPadam
  19. kenapa la dia nak sgt ke gunung tu?

    BalasPadam
  20. ada org upah dia kot suruh ke gunung tu?

    BalasPadam
  21. dia nak tunjuk hebat kot nk naik gunung tu?

    BalasPadam
  22. org penang kata syahir ni ketegaq

    BalasPadam
  23. sian bini dia kenapa dia nak ke gunung sgt?

    BalasPadam
  24. malam pertama pun dia dah lari nak ke gunung sgt?

    BalasPadam
  25. berani dia pegi malam2

    BalasPadam
  26. ada apa la kat gunung tu

    BalasPadam
  27. dia nak naik gunung ke bukit????

    BalasPadam
  28. kenapa penting sgt ke nak ke gunung tu?

    BalasPadam
  29. berani btol syahir ni

    BalasPadam
  30. ada apa la misteri sgt gunung tu

    BalasPadam
  31. ada hantu agaknya atas gunung tu

    BalasPadam
  32. kenapa kalau pegi x balik

    BalasPadam
  33. ada ular gergasi agaknya atas gunung tu

    BalasPadam
  34. atas gunung tu ada berlian agaknya sbb tu menyala je

    BalasPadam
  35. entah2 xde ape2 pun atas gunung tu

    BalasPadam
  36. ada hantu pun dia xtakut ke syahir tu?

    BalasPadam
  37. rasanya adik dia la yg dia jmpa nnt atas gunung tu

    BalasPadam
  38. ada org ke tidak atas gunung tu nnt

    BalasPadam
  39. mmg cari nahas la syahir tu

    BalasPadam
  40. bodo la syahir ni xde penyakit cari penyakit

    BalasPadam
  41. mmg menempah maut la siahir ni

    BalasPadam
  42. entah2 khayalan dia je apa yg dia nampak tu

    BalasPadam
  43. rasanya dia jmpa org bunian la

    BalasPadam
  44. rasanya dia jmpa org kerdil agaknya

    BalasPadam
  45. mngkin jgk dia jmpa jin atas gunung tu

    BalasPadam
  46. ada org ke atas gunung tu?

    BalasPadam
  47. mngkin jgk dia jmpa org asli atas gunung tu

    BalasPadam
  48. entah2 dia jmpa adik dia kot?

    BalasPadam
  49. adik dia hilang ke mana?

    BalasPadam
  50. masih hidup lagi ke adik dia?

    BalasPadam