Ahad, 29 Mei 2011

MANA MUNGKIN?



 


Ramai aku lihat
rakyat kita ternyata tenat
bagaimana mungkin boleh hidup
jika saban hari menanggung beban   
biasakah kita bernafas dalam lumpur

Ada yang kaya
senang bertambah kayaraya
yang miskin pula kian papa kedana
jika kos keperluan  semuanya naik.
sedangkan pendapatan berkurangan

Mana mungkin
Hidup akan selesa dan bahgia
jika segalanya tidak terdaya mendapatnya
belanja bulanan  sudah lari  jadi harian pula
untuk simpanan tahunan sudah jadi bulanan nampaknya.



Oleh: Qalam Mutiara
Keluhan yang terpaksa ditanggung.
dua hari lalu, pohon cuti dan berhenti nampaknya.





50 ulasan:

  1. Maaf Qalam ada tugas yang tidak dapat dilaksanakan dengan kata lain belum selesai. Dia melepaskan kepada saya boleh dilatakan sahabat Qarib juga, En nuri kata pilih saja yang mana anda suka. Kalau ada yang tidak puas hati lantik dua orang lagi . Mungkin kita minta persetujuan Ziarah Makrifat dan Tan Seri Yunus. kalau saya pilih jika dua orang lagi juri setuju; atau mereka berkata okey! (OK) dikira lulus. Kalau saya pilih dua juri lagi kata tidak okey (TO) Maka pemelihan kena buat 2 atau 3 juri setuju. jika satu juru batal atau tidak boleh diterima. Okey!

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke lapanbelas.

    Sesampai sahaja di puncak Gunung Mentera Alam Putera Wira Syahir bertemu dengan saekor ular yang sangat besar dan garang telah menyerangnya dengan begitu ganas sekali. maka dengan tangkas pula Putra Wira Syahir melompat turun dari kudanya dan menepuk kudanya untuk pergi menyelamatkan diri.
    Ular besar dan garang it uterus menyerang Putra Wira Syahir. bertubu-tubi melepaskan patukkan.

    Dia melompat lagi ke arah kiri dan kanan. Setelah sekian lamanya ular itu kelihatan letih dan marah, Sewaktu itulah Putra Wira Syahir hendak mengeluarkan pedang saktinya untuk memancung kepala ular itu, Tetapi belum sempat dia bertinda dengan pantas pula ular besar dan garang itu menghilangkan diri, ghaiba entah kemana..

    Apabila melihat keadaan kembali tenang , Putra Wira Syahir memanggil kudanya dengan sekali siulan saja, kelihatan kuda kesayangannya itu pun dating dari celah batu besar di atas puncak gunung itu. sambil berbunyi dengan manjanya.

    Putra Wira Syahir segera melompat ke atas kudanya sebagai seorang perwira laganya.Dengan pantas dia meneruskan perjalannannya menuju ke puncak yang lebih tinggi lagi. Tetapi malang masih belum setengah perjalanan dia bertemu pula dengan saekor harimau belang yang sangat besar dan garang, tetiba dengan pantas menyerangnya.

    Maka dengan pantas pula Putra Wira Syahir menyelak dan melompat dari atas kudanya, serta menepok belakang buntuk kudanya sebgai isyarat agar kudanya segera menyelamatkan dir idengan Wira Syahir menyelak dan melompat dari atas kuda kudanya, serta menepok belakang kudanya sebagai isyarat agar kudanya segera menyelamatkan diri.

    Maka Putra Wira Syahir dengan pantas juga menyelak dan melompat dari atas kuda kesayangan serta mengarahkan dengan segera agar kudanya menyelamatkan diri. Dia terpaksa berhadapan dengan musuh yang lebih merbahaya lagi kali ini.

    Harimau belang itu mengum sekuatnya bagaikan ingin mematahkan tengkok Putra Wira Syahir. kelihatan seperti dia sedang mengumpul tenaga untuk menyerang habis-habisan. Ternyata semua usaha Harimau belang itu sia-sia. Kepantasan Putra Wira Syahir melompat dan mengelak dari terkaman Harimau belang itu dapat ditangkiskannya.

    Apabila Putra Wira Syahir melihat akan keletihan sang Harimau Belang itu. Dia segera penghunuskan petangnya yang berkilas ketajaman mata pedang saktinya itu. Tetapi ternyata sekali lagi, belum pun sempat dia melepaskan tetakkan atau tikaman, Harimau Belang itu telah pun gahib serta merta daripada pandangannya, lalu hilang entah kemana.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. PEDIHKAH KAU MEMANDANG MATAHARI

    sesakali bila kau angkat kepala
    cuba dongak ke langit
    mesti pedih mata memandang matahari
    tapi tak mengapa asalkan kau sedar
    kau masih berpijak dibumi tuhan
    kau masih berada di bawah
    belum lagi mencapai langitdan bulan
    tapi kenapa kau takut mahatari
    kerana ia yang paling besar
    jadi kau pasti akan tahu
    masih ada di atas yang memerhati
    kau hanya cuma kerdil disini
    jangan cuba melawan matahari
    kalau kau hanya ada
    bulan,langit dan bintang

    Tuan Haji
    sajak simbolik politik dan sindiran

    BalasPadam
  4. BICARA ANGKUH SELEMBAR KERTAS PUTIH

    selembar kertas putih itu bersuara
    Aku tercipta warna putih suci
    kerana itu aku suci selamanya.
    walau dibakar abuku juga putih
    kegelapan takkan menyentuhku
    aku takkandidekati dengan kekotoran
    Tapi ada satu botol dakwat hitam
    mendengarkertas itu lalu ia ketawa
    disudut lain pula
    ada sebatang pen yang melihat
    hanya tersenyum lebar
    dalam hatinya berkata
    walau seputih manapun kau
    manusia akan menggunakan
    aku untuk menulis atas kau
    jadi yang putih tak selamanya putih

    Syah Inderaputa
    sajak simbolik untuk org yang angkuh

    BalasPadam
  5. KELMARIN IA MENANGIS

    Kemarin kulihat ia menangis
    dalam hening diam tanpa airmata
    Namun kutahu ia menangis
    Kutahu ia telah pasrah
    Kutahu ia telah menyerah
    tak berdaya pada kuasa hatinya
    tak kuasa pada kehendak cintanya
    Dan kini ia hanya diam menanti
    dalam rindu yang amat sangat
    dalam sepi yang menyengat
    Menanti sesuatu yang tak pasti
    tapi ia tak peduli ia hanya tahu
    cinta yang ia miliki pasti.

    kelana nusantara
    sajak jiwa2 utk gf sy

    BalasPadam
  6. HUJAN

    kamu tersenyum kala
    aku ungkap kata perpisahan
    tapi kamu jangan lupa
    mendoakan kebahagiaan aku
    seperti tiada apa yang berlaku
    melihat kamu pergi dengan perlahan
    jangan biar ia dalam kesedihan
    aku pasti takkan mampu bertahan
    pasti takkan dapat melepaskan
    kamu laju didalam hujan
    hujan jadi teman hujan jadi saksi
    kerna hujan tangisan tak kelihatan
    kerna hujan takkan pernah menahan

    Satria Juragan
    sajak perpisahan dgn gf

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Sajak Tuan Haji bertajuk PEDIHKAH KAU MEMANDANG MATARI masih berternaga ungapan simbolik dan sinis politik yang hendak disampaikan. Bengitulah kenyataannya kerana terlalu takut hendak menghadapi matahari terpaksa bekerjasama dengan bulan bintang dan bumi. ternyata tiga lawan satu, mujurlah matahari ada lagibeberapa cekerawala lain membantu, jika tidak sakit juga jadinya. Apa pun yang sedehnya bumi sering saja ditimpa bencana alam dan keadaan, akibat lagaknya sendiri, bulan dan bintang Cuma mengambil kesempatan saja,Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Sajak oleh Sdra. Syah Inderaputra bertajuk: BICARA ANGKUH SELEMBAR KERTAS PUTIH/ Ada simbolik dan sinis tajam buat mereka yang bersifat angkuh dan sumbung. Sebenarnya dalam hidup kita ini, secantik dan saelok mana pun benda yang baharu akan akan ada kelemahannya dan akan menerima kebinasaan. tidak akan kekal. kertas putih pun akhirnya didakwatkan , apatah lagi manusia biasa. pastinya ada kelemahannya , justeru itu jangan terlalu angkuh. Apa yang menarik ada dailog pula dalam pengucapan sajak ini antara kertas putih,botol dakwat dan pen. Layak untuk sajak seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Disebabkan kedua sajak ini bertemanya jiwa-jiwa, terpaksa kami pilih dua sahaja dan yang lebih mantap pengucapan , ada maksud dan isinya. disamping puitis, pada persembahan dan penutup yang lebih berkeyakinan. Sajak bertajuk KEMARIN IA MENANGIS oleh sdra Kelana Nusantara. sajak ini pengucapannya boleh diterima , tetapi nasib tidak menyembelahi anda kali ini , kerana ada persaingan sajak yang lebih hebat di antaranya sajak 1 dan 2 di atas. harap maaf sajak anda terpaksa digugurkan . usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Disebabkan kedua sajak ini bertemanya jiwa-jiwa , terpaksa kami pilih dua saja, dan yang lebih mantap pengucapan dan ada maksud isinya. disamping puitis, pada persembahan dan penutup yang lebih berkeyakinan. Begitu juga sajak bertajuk: HUJAN oleh sdra Satria Juragan, sajak anda juga punya cerita biasa dan boleh dikira ada kemampuannya, tetapi kerana ada persaingan hebat sajak 1 dan 2 di atas harap maaf sajak anda terpaksa digugurkan. usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  11. ada anakonda la plak!!! wah

    BalasPadam
  12. ular anakonda ke yg serang dia?

    BalasPadam
  13. ular tu besar mana?

    BalasPadam
  14. ular tu sebesar ular sawa ke kecik lagi?

    BalasPadam
  15. ular tu besar kereta ke?

    BalasPadam
  16. byk binatang yg dia jmpa nampaknya

    BalasPadam
  17. td ular skrg harimau plak!

    BalasPadam
  18. wah! 2 kali binatang ghaib!!!

    BalasPadam
  19. eh! mcm ada tanda x baik je ada haiwan ganas serang dia

    BalasPadam
  20. entah2 jelmaan kot haiwan tu?

    BalasPadam
  21. selalunya kalau kt hutan binatang semua jelmaan jin

    BalasPadam
  22. binatang tu binatang biasa atau jelmaan jin????

    BalasPadam
  23. mcm ada petanda x baik je?

    BalasPadam
  24. rasanya haiwan tu penunggu hutan tu la

    BalasPadam
  25. selalunya kat hutan binatang semua kebayakan hantu2

    BalasPadam
  26. mmg berani la dia pegi situ sorg2

    BalasPadam
  27. eh! ada apa plak haiwan tu tiba2 serang syahir?

    BalasPadam
  28. kalau ada haiwan msti ada penjaga dia

    BalasPadam
  29. eh! haiwan tu mcm bukan haiwan je entah2 hantu kot?

    BalasPadam
  30. dian kuda dia lari lps tu dtg balik? hahaha

    BalasPadam
  31. kenapa en nuri x buat dia boleh bercakap????

    BalasPadam
  32. haiwan ni misteri la

    BalasPadam
  33. kenapa la dgn haiwan tu mcm ada org yg yg suruh kacau shahir?

    BalasPadam
  34. kalau haiwan yg misteri ni msti ada tuan dia yg menjaga

    BalasPadam
  35. ada lagi ke haiwan yg serang dia lps ni?

    BalasPadam
  36. lps ni binatang apa plak serang dia?

    BalasPadam
  37. kenapa dia x azan?? sbb kalau ada binatang serang kena azan

    BalasPadam
  38. binatang tu gila agaknya

    BalasPadam
  39. entah2 ular dgn harimau tu adik dia kot??? kena sumpah jd binatang?

    BalasPadam
  40. aku rasa dalam perjalanan nnt dia jmpa adik dia plak agaknya

    BalasPadam
  41. binatang tu datang dari mana?

    BalasPadam
  42. haiwan tu pelik la misteri mcm ada sesuatu

    BalasPadam
  43. lps ni apa plak? gajah plak serang dia rasanya

    BalasPadam
  44. semua binatang ganas2 serang dia nampaknya

    BalasPadam
  45. belum sampai lagi mcm2 dugaan dia lalui

    BalasPadam
  46. rasanya lps ni dia patah balik kot?

    BalasPadam
  47. eh! ada apa la kt hutan tua agaknya baru sampai dah kena serang dgn haiwan ganas?

    BalasPadam
  48. pelik la binatang tu mcm jelmaan bunian je?

    BalasPadam
  49. dia x jmpa perkampungan org asli ke?

    BalasPadam
  50. lps ni mngkin org bunian tolong dia

    BalasPadam