Isnin, 30 Mei 2011

CERITA SUSEK- SUSEK

 
-buat perempuan dan ahli politik

Bila kamu mendengar berita saksi
atau cerita susek-susek dari orang yang pasek
yang datang kena siasat atau selidk
jangan terus buang  atau terima
ditakut fitnah  akan berdosa

Begitu juga jika ada orang susek-susek
eloklah tinggalkan tempat itu dengan segera
dikhuatir kita pun dapat sepanggu dosa
kerana tompang  cuba mendengarnya
susek-susek palsu belum tentu benar salahnya.


Oleh: Nurimanja,
catatan pagi isnin, 30hb, Mei, 2911.
Bila kemalasan mula menyerang  perasaan .

50 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri kali ini menceritakan satu penyakit masyarakat kita hari ini yang suka sangat mendengar cerita susek-susek atau bisikan umpat atau fitnah . Menceritakan tengtang kisah baik buruknya watak seorang itu.Apa pun saya engan mengulasnya terpulang kepada ahli sahabat Citra rasa dan penjaga blog Cr. Cuba menilai dan mengulasnya. Terima kasih

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke Sembilanbelas.

    Namun Putra Wira Syahir meneruskan perjualanannya untuk sampai kepuncak gunung Mentra Alam itu. Kini dia bertemu pula dengan sesekor gajah bertina bernama Tuk Mia. yang cuba menghalang perjalanannya. gajah Tuk Mia ini begitu besar dan hitam berbulu badannya.

    Dengan belalainya yang panjang sambil berdiri di tengah laluan dengan mengangkatkan belalainya ke udara sebagai isyarat untuk menahan dan memberhentikan perjalanan Putra Wira Syahir agar jangan teruskan perjalanan.

    Tetapi Putra Wira Syahir tidak menghiraukan isyarat gajah betina bernama tuk Mia itu. Dia terus merempuh dengan kelajuan kudanya. Tetapi belum pun sempat sampai ke arah gajah betina itu. kuda Putra Wira Syahir berhenti, apabila melihat gajah betina itu mengangkatkan kakinya.

    Menjadikan Putra Wira Syahir jatuh tersungkur ke bumi, kerana kepalanya terhantuk k eats seketul batu pejal, menjadikan dia pengsan tidak sedarkan diri. Kuda kesayangan Putra Wira Syahir memekek di sisinya, bagai meminta tolong lagaknya.

    APABILA Putra Wira Syahir sedar dia terasa kepalanya berbalut dan sedang berbaring di sebuah teratak usang tetapi tenang dan menyenangkan. Dia memengang kepalanya terasa sakit, dan melihat di luar teratak itu, ada kudanya yang tertambat di perdu pokok lambayung senja.

    “Jangan susah hati cucu, kau selamat di sini, duduklah diteratak usang nenek ini, sehingga kau sembuh, nenek jumpa kau terjatuh dari kuda tunggangan barangkali. itu kudanya di luar, nenek tambatkan di situ.”

    Tetiba dia terdengar suara menyebut namanya sebagai cucu . Dia berpaling segera, ternyata ada seorang tua bongkok seperti nenek kebayan menghamperinya. Kulitnya hitam gelap, tetapi rambutnya putih mengerbang tidak bersikat. percakapannya bunyi bergetar, seperti orang sedang mengerang kesakitan.Hati Putra Wira Syahir bertambah hairan dengan apa yang di alaminya ini.

    “Cucu ini ada hajat besar sehingga sanggup dating menadaki gunung Mentra ala mini?” Kata nenek kebayan tua biongkonk itu lagi sambil merenung tajam ke muka Putra Wira Syahir. Di tangannya ada menatang se gelas air untuk diberinya kepada Putra Wira Syahir.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. TERJUN DARI DUNIA MAYA

    Terjun dalam kehidupan dunia maya
    Seperti kujalani sekarang
    Antara aku dengannya
    Kutemukan puncak kebahagiaan itu
    tak mampu untuk kugapai
    Rasa penyesalan semakin tak berarti
    Mustahil menggapai sebuah bayangan
    Tak pernah terlintas dalam lamunan
    Bahwa aku sangat kehilangan dirinya
    paling sempurna pernah kutemui
    Perhatian dan kasih sayangnya
    Tak pernah luput dariku

    Arkenaa
    sajak yg mengharapkan kasih sayang dari tunang

    BalasPadam
  4. MENGAPAI AWAN

    Menggapai awan sepenuh jiwa
    Berbekal tulang,rasa dan cinta
    Terkadang hampa sesak di hati
    Terkulai lesu tangisi diri
    Namun kubangkit teguhkan hati
    Masihlah ada awan menanti
    Walau menempuh jalan mendaki
    Akan kucoba langkah kaki
    Sampai kujatuh terdera batu
    kaku hati membeku
    Seolah tak kuasa untuk melaju
    Terduduk ragu menangis pilu
    Kucuba lagi kumpulkan rasa
    Tabahkan hati cairkan luka
    Terus melangkah terus mendaki
    Menggapai awan agar bisa kugengami

    Siti Hajar
    sajak semangat

    BalasPadam
  5. RINDUKU DI HALAMAN BUKU

    pasti terselip di halaman buku
    rindu yang sering kau terima
    entah saat matahari baru merekah
    atau senja beranjak tenggelam
    pernah kau cari lembar berisi sunyi
    kau bersihkan dari debu
    lipatan yang kaburkan isinya
    sedang rindumu tetap ada
    kusimpan rapi di almari jiwa
    nanti jika kau datang lagi
    bisa kau baca ulang
    biar tahu apakah masih ada
    rindumu ataukah perlahan hilang
    jika lembaran rinduku
    kau temukan kembali kabarkan padaku

    Mawar Harum
    sajak kerinduan

    BalasPadam
  6. OMONG KOSONG

    Ketika mereka berhenti
    bercerita tentang omong kosong,
    aku berhenti berpikir
    diluar logika,
    tiba-tiba mereka diam termangu,
    Aku pun langsung berdiri
    lalu aku berlalu pergi
    tanpa tanpa ucap selamat tinggal

    Hajjah Jamilah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Sajak Bertajuk: TERJUN DARI DUNIA MAYA sajak oleh Arkena.Tajuk agak menarik, tetapi pengucapannya terlalu mudah, menceritakan tentang satu harapan yang mengunung dari seorang tunang yang entah kemana pula menghilang. Ternyata di sini dirinya bagai tidak mengapai dengan apa yang diharapakan, jika orang yang dia harapakan menghilangkan diri, walaupun si penulis tidak pernah luput mengenangkannya buat sepanjang hayat. Semoga tidak bertepuk sebelah tangan. Harap maaf! Kerana sajak jiwa-jiwa ada tiga, kami cuma memilih satu sahaja yang terbaik kami rasakan. Usaha lagi Cuma di sini saja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Sajak bertajuk: MENGAPAI AWAN oleh cikgu Siti Hajar pengucapanya bercampur aduk diantara fantasi dengan reality, temanya juga tidak menentu, jiwa-jiwa, atau satu pengharapan atau mencari semangat yang hilang? .Walaupun bersimbolikan pada alam lihat pada tajuknya, tetapi terlalu longgar dan sadikit sajak pengunaannya. Penceritaan agak kabur dan mengelirukan. bersemangat, tetapi menagis, hampa untuk mengapai awan.. Harap maaf! Kerana sajak jiwa-jiwa ada tiga, kami cuma memilih satu sahaja yang terbaik kami rasakan. Usaha lagi Cuma di sini saja penyertaan anda, kini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Sajak Mawar Harum bertajuk RINDUKU DI HALAMAN BUKU . Apakah buku di sini surat atau facebook atau tempat pengajian. Apapun Pengucapannya agak menarik dan puitis, walau pun temanya kerinduan atau jiwa-jiwa juga. Penceritaanya atau persoalannya Cuma sekadar bertanya tentang rindu pada teman? Adakah masih ingat, dan cuba mencari atau mengenang kembali tentang kemesraan yang lalu. jika sudah hilang atau masih ada akan rasa rinduku dan rindumu , sila nyatakan dan khabarkan pada diriku atau si penulis. Anda masih diberi peluang untuk sajak seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

    Sajak bertajuk OMONG KOSONG oleh Hajjah Jamilah Pengucapannya rasanya secara spontan agaknya, atau dengan kata lain berkebetulan Penceritaan biasa mudah ditangkap dan ada keberkesanannya. Apa pun biasa di tempat kerja atau dimanasaja orang perempuan selalunya memang banyak cerita. Kekadang tidak sedar orang lalu atau orang yang diumpatnya (atau susek-susek) terpandangannya , pasti mereka rasa malu, kekadang cerita yang tak masuk akal dan tidak ada logiknya. Biasanya orang yang kena umpat berlalu begitu sahaja, sekadar cuku memerhati, agar mereka mengerti dan berlalu pergi tanpa promisi. Layak untuk Puan Hajjah Jamilah menyertai sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  11. nama sy jadi nama gajah plak??? adeh...

    BalasPadam
  12. hahahaha sian tunang aku jadi nama gajah plak? adoiyai

    BalasPadam
  13. apa plak nama nenek kebayan tu? mak mah agaknya? hahaha

    BalasPadam
  14. nama gajah tu pelik la tuk mia plak? hahahhaa

    BalasPadam
  15. gajah tu sapa jelmaan ke?

    BalasPadam
  16. gajah dgn binatang yg lain semua sama kot?

    BalasPadam
  17. eh! kenapa dgn gajah tu x bagi syahir lalu?

    BalasPadam
  18. dgn haiwan lain dia menang dgn gajah dia kalah jgk

    BalasPadam
  19. gajah tu mcm nk membunuh dia jer

    BalasPadam
  20. gajah tu mngkin nk tolong dia supaya x pegi kt gunung tu kot

    BalasPadam
  21. gajah tu betina mcm mana syahir tu tahu?

    BalasPadam
  22. gajah tu pelik la mcm thu2 je

    BalasPadam
  23. gajah tu mcm x bagi je syahir teruskan perjalanan

    BalasPadam
  24. inilah org kata sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jgk

    BalasPadam
  25. selamat dia mati walaupun kepala terhantuk batu

    BalasPadam
  26. syahir tu x syak apa2 ke kepada binatang yg serang dia?

    BalasPadam
  27. agaknya bianatang tu buat mcm tu sbb nk selamatkan syahir

    BalasPadam
  28. ingatkan bunian tolong dia

    BalasPadam
  29. kenapa x buat binatang semua boleh bercakap baru best

    BalasPadam
  30. pokok lembayung tu pokok apa?

    BalasPadam
  31. kuda tu mcm phm je dia menjerit minta tolong plak

    BalasPadam
  32. bukan main sedap nama gajah tu... hahahhaa

    BalasPadam
  33. nenek kebayan tu msti nama mak mah ni? hahahaha

    BalasPadam
  34. nenek kebayan tu xde nama ke?

    BalasPadam
  35. nenek kebayan selalu jadi jahat kenapa ni baik plak?

    BalasPadam
  36. nenek kebayan tu jelmaan jgk agaknya

    BalasPadam
  37. nenek kebayan tu hantu agaknya

    BalasPadam
  38. eh! misteri la nenek kebayan tu

    BalasPadam
  39. agaknya apa la muslihat nenek kebayan tu?

    BalasPadam
  40. nenek kebayan tu baik ke atau berlakon jd baik jer

    BalasPadam
  41. nenek kebayan tu msti nk bunuh syahir selalu nenek kebayan jahat2

    BalasPadam
  42. nenek kebayan pun ada jgka!

    BalasPadam
  43. makin ranjak ni byk org dia dah jmpa ni

    BalasPadam
  44. lps ni org bunian confrim dia jmpa plak

    BalasPadam
  45. eh! ada apa la muslihat nenek kebayan tu tolong syahir

    BalasPadam
  46. nenek kebayan tu btol2 baik ke muslihat jer

    BalasPadam
  47. syahir pegi sana xde sapa thu ke?

    BalasPadam
  48. lps ni adik dia plak dia jmpa

    BalasPadam
  49. makin seronok plak pengembaraan syahir ni

    BalasPadam
  50. gajah? harimau dgn ular tu xde nama ke????

    BalasPadam