Selasa, 3 Mei 2011

ANTARA OSAMA DAN OBAMA




Osama kau diistiharkan  mati
Oleh musuhmu kapir  Yahudi
Selepas 10 tahun kau diburu
Sebagai pengganas  anternasioal
Mayat mu dicampakan ke laut
Sebagai kubur besar untukmu.

Obama kau mungkin bertopeng
Janji membawa kedamaian
Tetapi pemusnah segala harapan
Kini  anda perlu bejaga-jaga
Kebangkitan Osama yang baru
Dendam  pada  negara Pakistan
Dan AS bersama negara bersekutu.


Oleh: Nurimanja,
Catatan  rengkas bila mendengarnya.
Berita terkini ahad Tanggal  1hb, Mei, 2011. 




50 ulasan:

  1. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke lima.

    Seketika datang satu gerombolang yang berkuda dengan muka yang bertopengkan topi besi. Kelihatan semacam bengis dan garang. Mungkin seorang panglima bersama petang terselit di pinggang. Dua pengawal di kiri kanannya dengan bersenjatakan lebing dan perisai. Berdiri di atas kereta kudanya. Sambil melaungkan agar semua penduduk kampung itu berhimpun segera mungkin ada pengumuman hendak di sampaikannya.

    Setelah para penduduk pun berhimpun datang dari segenap cucuk rumah yang berhampiran itu. Keketika panglima gagah perkasa itu pun berkata dengan lantanganya; seperti bertempek bunyi suaranya yang garau besar dan kasar itu.

    “Wahai penduduk desa setengah mati! Dengan satu pengumuman. Seminggu lagi Sang Naga kepala Tujuh akan meminta korbannya pada tahun ini? Kerana tidak ada lagi anak dara yang berusia tujuh belas tahun di negeri ini.”Ucapan Panglima itu terhenti seketika, semacam berat hatinya untuk menuruskan ucapan , terasa sebak dan sedih. Kemudian diteruskan juga.

    Orang ramai pun penjadi cemas. Mereka berpandangan sesama sendiri, ada yang menyeloh dan memukul-mukulkan kepala, minta jangan terkena pula pada anak cucu mereka. Tetiba Pangila arahan di raja itu pun bersuara.

    “ Maka tahun ini. korban makanan naga kepala tujuh itu akan menerima hadiah hidangan daripada anaknda Puteri Rambulan Senja sebagai mangsanya , Demi untuk menyelamatkan negeri ini dari mala petaka. Sesungguhnya banginda sultan amat berduka cita.

    Namun jika ada sesiapa anak mudaYang berani menentang sang naga kepala tujuh itu, untuk menyelamatkan anaknda Puteri Rambulan Senja. Dia kan dikhawinkan dengan nya. Sekian harap maklum!”

    Keketika Panglima yang datang bersama dua pengawal istana itu berlepas pergi dengan kereta kudanya meninggalkan debu merah yang berterbangan. Mungkin dia ingin mengumumkan di desa yang lain pula.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. tentera berkuda pun ada!

    BalasPadam
  3. siap ada topeng besi mcm cerita pahlawan rom

    BalasPadam
  4. eh! siap pedang pun ada wah!

    BalasPadam
  5. alamak! ada pahlawan berkuda la plak!

    BalasPadam
  6. tentera bengis plak nampaknya

    BalasPadam
  7. eh! ada peperangan plak ke?

    BalasPadam
  8. mcm cerita panglima dulu2 kala

    BalasPadam
  9. naga kepala tujuh!!!!!

    BalasPadam
  10. eh! naga kepala tujuh tu nak korban?

    BalasPadam
  11. naga kepala tujuh? mcm cerita merlin jer

    BalasPadam
  12. naga tu nk anak dara 17 thn!!

    BalasPadam
  13. kenapa nama desa setengah mati?

    BalasPadam
  14. naga kepala tujuh pun ada menarik ni

    BalasPadam
  15. naga kepala tujuh tu mcm certa merlin la

    BalasPadam
  16. naga kepala tujuh mcm cerita maharaja cina dulu plak?

    BalasPadam
  17. eh! naga kepala tujuh! seram plak bunyi

    BalasPadam
  18. eh! ada puteri rembulan senja??? kenapa pakai nama aku plak?

    BalasPadam
  19. puteri rembulan senja? mcm nama ahli jer

    BalasPadam
  20. eh! puteri ada 1 hero ada 2 mcm mana ni?

    BalasPadam
  21. byk btol kepala naga tu

    BalasPadam
  22. sampai 7 kepala banyaknya!

    BalasPadam
  23. mana syahir dgn syakir tu?

    BalasPadam
  24. agaknya sapa yg dpt puteri tu syahir ke syakir?

    BalasPadam
  25. mcm cerita qabil dan habil la plak?

    BalasPadam
  26. eh! makin lama makin suspen la cerita ni

    BalasPadam
  27. mcm tgk filem dulu2 plak cerita ni

    BalasPadam
  28. seram plak baca naga ada kepala tjuuh

    BalasPadam
  29. wah! mmg sebijik mcm hikayat merong la

    BalasPadam
  30. en nuri buat cerpen merong mahawangsa nampaknya

    BalasPadam
  31. x lama nnt ada la director ambik cerpen en nuri ni buat filem

    BalasPadam
  32. nampaknya cerpen en nuri ni boleh suruh KRU buat filem hikayat merong mahawangsa 2

    BalasPadam
  33. hikayat merong pun xde naga en nuri pnya cerpen lagi best

    BalasPadam
  34. siap ada tentera berkuda lagi? mcm cerita pahlawan rom

    BalasPadam
  35. buat filem epik cerpen en nuri best ni

    BalasPadam
  36. bila la pengarah nk buat filem cerpen en nuri ni bru la best

    BalasPadam
  37. cerpen kali ni nampaknya msti penuh aksi ni

    BalasPadam
  38. msti ada pertempuran sengit ni

    BalasPadam
  39. mcm cerita orang putih dulu2 plak cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  40. makin menarik la cerpen ni

    BalasPadam
  41. ada peperang besar ke nnt?

    BalasPadam
  42. nampaknya makin lama makin mencabar la cerpen ni

    BalasPadam
  43. SI PEMILIK MATA

    wahai si pemilik mata,
    di remang matamu yang luka,
    ada penawar yang tak tawar,
    menghunjam ia jatuh,
    api pun bisa pudar,
    cahaya lumpuh layuh,
    hatiku karah jiwaku lelah, perit dalam sujud aku menjerit,
    dunia pun telah berpaling tadah,
    bersama sama angin gasar melayangkan seribu kerambit,

    Mak Cik Senah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  44. TUAH

    tuah ayam nampak di kaki
    tuah gajah nampak di gading
    tuah kerbau nampak di tanduk
    tuah harimau nampak di belang
    tuah kita di mana
    kita makhluk terhebat
    ciptaan maha hebat
    kita makhluk bertuah
    tuah kita ada di mana sahaja
    kadang kadang ada di tangan
    tangan kuat tewaskan semua
    kadang kadang ada di kaki
    jejak kita seluruh dunia
    kadang kadang ada di mulut
    petah kita lontar bicara
    kadang kadang ada di suara
    lunak merdu hiburkan semua
    kadang kadang ada di akal
    kunci segala tindak
    ibu segala fikir
    kurniaan paling besar
    kita manusia bertuah…

    Ustaz Sahzan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  45. PENTAS OPERA CINA

    hidup bagai pentas opera cina
    tirai hidup dibuka
    ceritapun bermula
    hidup sehari-hari
    celik sahaja mata
    sudah di pentas dunia
    apakah mantap lakonan kita
    kita sendiri tentukan
    mahu dapat anugerah
    lakonan mesti bersungguh
    ikut segala arahan
    tinggal segala larangan
    pasti berjaya kita
    dapat anugerah pahala
    nawaitu fillah
    jika lakonan tidak menjadi
    sebelum tutup tirai
    muhasabah diri sendiri
    betulkan mana silap
    esok cuba lagi

    Pak Haji
    dpt idea bila terbaca sajak en nuri dulu2 pnya

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.


    Sajak SI PEMILIK MATA oleh Mak Cik Senah nampaknya kian mengancam peserta lain nampaknya? Pengucapnya punya maksud yang tersendiri dan luas pentafsirannya. begitu juga dengan skop penceritaannya. Berbagai andaian boleh diterjemahkan. lihat sajak pada tajuknya. ada motif yang tersurat dan tersirat. Betapa manusia yang mungkin terluka. marahnya yang tidak menentu, tidak mudah diberi nasihat, malah api pun boleh pudar dan cahaya pun tidak bermaya menjadi lumpuh. Tidak tahui sinis kepada siapa? Malah bukan buat penulis sahaja, sesiapa pun melihatnya hati jadi luka, rasa ingin menjerit sewaktu mengadap Ilahi. kenapa keadaan dunia jadi begini?, perkara mungkar dibiarkan, malah semacam membenarkan. Ini mungkin akan menimbulkan situasi yang lebih parah. bila khalayak lebih ramai yang akan marah. Sajak ini pun
    layak dicalunkan ke sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

    Sajak Ustaz Sahzan bertajuk TUAH pengucapannya sebagai orang ingin bermadah dalam puisi. biasanya kalau kita bermadah , biasanya dia tidak akan jadi puisi, rema dan antonasinya akan akan hilang, apa lagi untuk mencari isi dan pengucapannya yang puitis. sekadar kata nasihat dan perbandingan sahaja. mungkin sajak lama agaknya. Harap maaf cuba lagi lain kali. Hanya disini sahaja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

    Sajak Pak haji bertajuk PENTAS OPERA CINA . Walaupun lahir dari ilham setelah membaca sajak en nuri sajak tajuk yang mana satu kami tidak pasti kerana terlalu banyak juumlahnya.Apa-apa pun ada penceritaan yang mencabar minda dan merenungkan akan kehidupan kita di dunia ini. setiap hari kita bagaikan berlakon. (Elok Jamal Hisyam membacanya) jika kita tersalah pilih watak itulah cermin hidup kita. Orang lain akan menilainya. sebaiknya muhasabah diri, kerana iman tidak boleh diwaris atau boleh dapat ditepian pantai. Sajak ini layak sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  49. SUMPAH LAKNAT

    ini sumpahku sumpah sejak dahulu
    bukan sumpah laknat
    tapi sumpah seorang hamba
    tunduk hanya pada tuhan
    taqwa hanya pada tuhan
    waktu di alam roh dahulu
    namun tibanya ke dunia
    aku lupa sumpah itu
    lupa dan terus terleka
    oleh nikmatnya dunia fana
    asyiknya mainan sementara
    bersama godaan hebat
    musuh manusia sejak dahulu
    tolong maafkan aku tuhan
    jangan laknati aku
    berilah aku peluang
    buatku betulkan kesilapan
    sesungguhnya aku hamba
    hambamu yang lemah…

    Ustaz Saad
    sajak simbolik

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

    Sajak Ustaz Saad bertajuk SUMPAH LAKNAT [engucapannya menceritakan akan kelalian manusia pada janjinya dahulu semasa alam roh dengan tuhan sebelum ia lahir kedunia ini.Tetapi setelah dia berada di dunia yang fana ini segalanya menjadi alfa, bersama godaan syitan, asyik dan mekhayalkan, dunia ini cuma tempat mainan dan suka-suka, binasalah orang yang lalai dan leka. Sebgai manusia ciptaannya. Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan bila terasa atau sedar dari kesilapan dan banyak melakukan dosa, sajak peringatan dan nasihat buat yang lupa. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam